Tuesday, October 13, 2009

UMNO dan rakyat Malaysia menghalalkan dan mendewa-dewakan ‘Sang Perasuah’ – Azmin Ali


Benarlah kata-kata Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di dalam blognya, jika ditanya kepada sebahagian pemimpin veteran Umno, penganalisis politik dan pembangkang, pastinya Tan Sri Isa tidak layak menjadi calon.

Dr Mohamad Khir berpendapat, ‘seolah-olah tiada lagi peluang kedua ke atas mereka yang pernah dihukum atas apa kesalahan sekalipun.’ Sedangkan BN memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang kerana "mengutamakan pendapat rakyat" ketika memilih calon.

Azmin Ali menulis di dalam blognya menyatakan, UMNO perlu membuat persiapan awal untuk menghadapi PRU ke 13 dengan menonjolkan barisan calon-calon UMNO di kalangan perasuah kerana itulah ‘cita rasa rakyat Malaysia.

Dunia hari ini mendapat jawapan yang jelas bahawa UMNO menghalalkan rasuah dan 'rakyat Malaysia mendewa-dewakan Sang Perasuah.'

Azmin juga menulis, UMNO juga tidak perlu sebarang transformasi. Justeru itu, UMNO tidak memerlukan Perhimpunan Agung Khas ( EGM ) untuk meminda perlembagaan bagi membendung gejala dan amalan rasuah yang sudah menjadi barah dalam institusi politik perkauman sempit di Malaysia. Malahan, sebarang usaha untuk melakukan transformasi dalam UMNO adalah usaha yang sia-sia kerana sekurang-kurang pengundi di Bagan Pinang amat selesa dengan UMNO dan pemimpin UMNO yang rasuah.

Begitu marah Azmin dengan kekalahan PRK di Bagan Pinang sehingga mlebelkan ‘rasuah adalah cita rasa rakyat Malaysia’.

Azmin lebih mudah menyebut perkataan ‘rasuah’ untuk melindungi kepincangan ‘pakatan rakyat’ sendiri yang telah begitu banyak berdusta dengan rakyat dengan janji-janji ‘kerajaan kebajikan’ pada PRU ke 12.

Rakyat bukannya buta sentiasa atau pekak tuli selalu, mereka sudah mendengar dan melihat apa yang kerajaan ‘pakatan rakyat’ lakukan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan serambi Mekah Kelantan.

Rakyat sudah mula sedar segala tomahan-tomahan zalim, perompak, perasuah, penjenayah oleh ‘pakatan rakyat’ terhadap kerajaan UMNO-BN sebenarnya telah mencerminkan kepada tindak tanduk pemimpin-pemimpin ‘pakatan rakyat’ sendiri.

Apa, Azmin sudah lupa, bahawa beliau adalah ‘barua nombor 1’ kepada bosnya Anwar menjalankan aktiviti ‘rasuah’ di dalam UMNO dan Kerajaan BN untuk cepat sampai ke puncak politik ?

UMNO dan kerajaan BN sungguh bernasib baik kerana Tun Mahathir pada masa menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO cepat sedar dan mengambil tindakan segera menyikirkan Anwar dan kuncu-kuncunya untuk menyelamatkan UMNO dan Kerajaan Malaysia.

Azmin sama juga dengan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang@Ching Peng yang menujah bahawa UMNO dan BN tidak dapat berubah untuk membersihkan negara daripada gejala rasuah.

‘Apa yang tidak dapat dijangkakan, kemenangan Isa dengan 8,013 undi dan majoriti 5,435 undi, menyapu bersih kesemua lapan pusat mengundi – keputusan yang jelas berhubung salah guna kuasa, politik wang dan penipuan undi pos,’ kata Lim di blognya.

Macam mana dengan kerajaan ‘pakatan rakyat’ di Selangor ?

Lim dan Azmin tidak perasan kah macam mana ‘perasuah’ diberi kekebalan oleh kerajaan Selangor, bagaimana ‘salah guna kuasa’ oleh penyangak-penyangak samseng yang sanggup mematikan bukti untuk lari dari tindakan SPRM.

Tetapi Lim dan Azmin lebih memperbesarkan fitnah kepada SPRM dan UMNO sebagai pembunuh.

Adalah wajar rasanya Azmin dan Lim lebih memikirkan bagaimana untuk melaksanakan segala perancangan-perancangan yang ‘pakatan rakyat’ telah janjikan kepada rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.

Bersihkan ‘budaya rasuah’ dikalangan pemimpin-pemimpin ‘pakatan rakyat’ dahulu, sebelum menghukum serta mendakwa ‘RASUAH ADALAH CITA RASA RAKYAT MALAYSIA’.







15 comments:

  1. org PAS ke org UMNO ke PKR ke, aku pasti ada yg terlibat dengan rasuah. cuma ada yg tidak didedahkan dan ada yg tak kene tangkap lg...aku pasti penulis blog ni tentu dh lama berkecimpung dlm arena politik dan dah lali dengar cerita ahli politik yg terlibat denga rasuah.

    ReplyDelete
  2. Betul cakap budak Ibam dan terima kasih dengan komen.

    Tetapi kita juga harus merenungi, mengapa wujudnya rasuah ?

    Kalau ada manusia yang tidak amanah dan ikhlas untuk mendapatkan sesuatu. Bila ahli-ahli setiap sessuatu pertubuhan itu lebih menilai kebendaan daripada kemuliaan seseorang pemimpin....

    ReplyDelete
  3. SLM BRO..SBB TU TOK GURU NIKI AJIS ANGGAP "RASUAH ALA2 SEDEKAH" CARA PAS TU LEBIH ELOK DRP RASUAH ORG2 UMNO. JADI ORG2 PAS BLH ANGGAP SEMUA BENDA YG BERBENTUK WANG RINGGIT, PROJEK2 BALAK, DLL SEMUA DI ANGGAP 'SEDEKAH'..HARKK PTUIH!!

    ReplyDelete
  4. Salam..Budaya rasuah bukan milik mana-mana parti
    Lebih buruk lagi jika yang mengata orang lain rasuah tapi dia pengkhianat besar.Jangan kata penyokong parti yang memerangi rasuah kononnya tak kaki rasuah.Jangan kata PR memerintah rasuah dapat dibendung bahkan lebih berleluasa.
    Cuma satu jabatan saja yang tak boleh nak beri atau terima rasuah iaitu Jabatan Kaji Cuaca.Kalau PR memerintah semua jabatan perlu ditiadakan kecuali JKC...

    ReplyDelete
  5. Salam Sdr Yang Gambi,
    Azmin tu Ketua Perhubungan PKR Sabah. Dia asyik warning orang lain, diri sendiri lupa tengok muka dalam cermin. 16 Bahagian PKR Sabah mendesak Azmin letak jawatan. PKR Sabah sendiri muak dengan Azmin. MCM mana Azmin arah orang bersedia PRU13 sedang rumah Azmin dilanda Tsunami. Dia asyik menonggeng jee. Kegagalannya di Sabah membuat dia PERLU RESIGN menerima tanggungjawab kegagalan..

    ReplyDelete
  6. Balik kepada asas. Kita ada dua pasukan politik. Satu yang memerentah. Satu lagi tugasnya membangkang. Aci potong jari, kedua-dua pasukan ini ada memberi dan menerima rasuah/sedekah.
    Kita yang bertongkoih lomoih keluaq pi mengundi ada satu pilihan.
    Macam orang putih cakap. "Chose the lesser of the two evils".
    Kita pilih team yang kurang sikit jahatnya (ikut persepsi masing masing naaaa) dan hiduplah kita untuk lima tahun lagi. :-)

    ReplyDelete
  7. AZMIN PUN APA KURANGNYA. DIA PUN HALALKAN PENGLIWATAN DSAI DAN JUGA MENGHALALKAN PERZINAAN ISTERINYA DENGAN DSAI. LAGI TERUK.

    ReplyDelete
  8. Jeffry, setuju dengan komen, sepatutnya Azmin dan Lim perlu membongkar dulu keraj-kerja rasuah dia orang....

    Udang Galah, PAS, PKR dan DAP jelas dan terang pengamal rasuah, salah guna kuasa, tetapi macam kata orang 'kata dulang, paku yang serpih'....

    Senja Liza, itulah semangat PKR yang diketuai Anwar 'barua Yahudi', sepatutnya PKR lebih menghurmati kepimpinan setempat, ini corak penjajahan politik cara Yahudi yang rakyat tidak namapk.....

    Laptop, setuju komen tuan, tetapi kita harus juga melihat dan mendengar dengan cara yang terbaik, supaya kita tidak memilih kerana cakapa atau tuduhan yang tidak berasas, orang politik boleh mengwujudkan isu dengan mudah dan mengambarkan iaunya seolah-olah benar terjadi. Tetapi apa yang terbentang, adalah satu fitnah, macam dakwaan pakatan rakyat terhadap undi POS juga....

    ReplyDelete
  9. Sdr Ariff Omar, inilah rupa lelaki dayus yang paling jijik pernah kawan lihat. Terima kasih komen....

    ReplyDelete
  10. hehehe bini kasi org lain pakai.mulut kasi org lain resah.duit kasi pengganas bermaharajalela.sendiri punya btg apa dah jadi?

    ReplyDelete
  11. meh kita menilai pemimpin yang berkerja untuk rakyat dan bukan menilai keperibadiannya.
    semoga perubahan membawa keberkatan.

    ReplyDelete
  12. Cite pasal politik lah...Pasal peribadi kita pun X pasti. Ikut Islam kalau kita cuma dengar2 tanpa 4 saksi X beleh nak tuduh. 80 rotan. Ianya dikira sebagai fitnah.

    Islam juga melarang kita mengumpat dan menceritakan aib orang. Itu adab Islam.

    Kita tunjukkan kepada Pas contoh budaya politik Islam yang sebenarnya.

    Islam bukan setakat pakai serban, berjanggut dan pakai jubah.

    Iman dan amal sepatutnya membendung kita daripada membuat benda2 yang mungkar....

    Satu soalan pada Azmin, bagaimana dengan cadangan anda untuk menukar exco2 DAP yang X bekerja tu? Cukup dengan berpeluk tubuh ke?

    ReplyDelete
  13. RAM, gotahlanton dan ISAC, terima kasih komen.

    Kita tak boleh biarkan Azmin ni meroyan sepanjang masa, kena cari dukun atau bomoh supaya dapat buangkan penyakit kena nasi kankang tu.......

    ReplyDelete
  14. Itu Azmin Ali yang bersama Anuar yang lebih dahsyat pada masa Anuar Ibrahim berkuasa dahulu.
    Sekarang Anuar ke keluar negara merayu bantuan wang untuk partinya, wang yang dapat tu lagi tidak tentu baik atau dari sumber wang haram. Bila sudah tidak berkuas, mereka kata semua itu rasuah.

    ReplyDelete
  15. bodoh betul umno mcm dah takde pemimpin lagi ke dah le tua terpalit dgn kes rasuah plak tu,
    dah mampos baru tau byk yg tak dibuatnya sbb tu byk janji2 yg dibuat masa kempen...

    cili merah

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..