Thursday, October 15, 2009

PAS Kalah – di mana letaknya ‘setia kawan’ dalam pakatan rakyat ?


Kekalahan di Bagan Pinang, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, PAS bukan sahaja menerima tamparan hebat dari UMNO-BN, tetapi agak malang juga bila ditempelak oleh regu dalam pakatan sendiri.

PKR-DAP boleh mendabik dada dengan kekalahan PAS, sekaligus menilai bahawa selama ini PAS hanya menumpang kekuatan mereka. Apa tidaknya, kalau dilihat kemenangan PAS di PRK Manek Urai, PAS hampir-hampir lemas dengan kelebihan 65 undi sahaja untuk mengalahkan calon BN.

Di PRK Permatang Pasir, PAS berbangga dengan kemenangan besar, tetapi yang lebih mendabik dada adalah PKR dan DAP, tanpa sokongan padu penyokong-penyokong setia mereka, PAS mungkin tidak mencapai kemenangan sebegitu rupa. Ertinya, PAS masih juga menempel kekuatan DAP dan PKR……..

Oleh kerana PAS hanya menempel, sebab itulah wakil-wakil rakyat PAS di Selangor dan Pulau Pinang ibarat ‘Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai’, bagai ‘anjing menyalak bukit’ dalam kerajaan pakatan.

Di Perak, kalau tidak kerana UMNO-BN mengambil alih kuasa kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat PAS ibarat macam watak ‘pak dogo dan wak long’ dalam pentas ‘wayang kulit’. Lihat sajalah sekarang, macam mana Nizar jadi ‘Pak Dogo’ di dalangi DAP dan PKR, melalak, melolong menuntut kembali kerusi Menteri Besar Perak.

Di Kedah, nama sahaja PAS berkuasa, ngauman se ekor harimau DAP sudah cukup bagi PAS menjadi kucing bergegas-gegas mencakar tanah mengambus tahi, bimbang terhidu harimau……….

Itulah nilai sebenar PAS dalam pakatan rakyat, orang tua-tua kata, ‘macam ayam jantan, harapkan kokok berdegar-degar tetapi ekor bergelumang najis’.

Mari kita lihat apa kata kritikan-kritikan yang dilemparkan oleh sahabat ‘setia kawan’ pakatan kepada PAS ;

Sebahagian petikan dari blog wargamarhaen.blogspot KLIK


PRK N31 Bagan Pinang: Pemimpin Tertentu PAS Patut Muhasabah Dan Berundur

Menang sikit sibuk berebut ”ghanimah”. Kerusi Ahli Majlis Perbandaran, Ketua JKKK, dan seumpamanya menjadi igauan. Pemimpin pula leka dengan kerusi empuk pimpinan.

Isu hangat yang timbul dan melibatkan PAS seperti Selcat, isu kuil di Shah Alam, mana dia pimpinan tertinggi PAS bersuara?

Dan membiarkan Hassan Ali membuat sesuka hati. Penyokong bukan Islam sudah ada yang tawar hati dengan PAS. Ketelusan dan integriti bukan lagi fokus utama, sebaliknya membela melayu yang korup menjadi agenda. Pimpinan tertinggi langsung tak menegur perbuatan sesetengah pesuruhjaya yang bertindak di luar batasan.

Kesannya pengundi-pengundi tidak berapa yakin dengan PAS. Seolah-olah sokongan kaum bukan Islam bukan menjadi perkara penting. Kalau nak Islam memerintah, sesuaikanlah dengan suasana Malaysia! Strategi, bukannya asyik membuncitkan perut.

Nak sangat berbaik dengan UMNO, sampaikan perwakilan parti jadi membodohkan diri nak pertahankan kepimpinan ulamak konon. PAS boleh lagi ke kawal masjid, pantau Majlis Agama Islam, kawal aktiviti arak, judi, dan lain-lain kalau dengan UMNO?

Sebahagian petikan dari blog politibanjar.blogspot KLIK

Tiada Tarbiyah : Umno dan PAS sama saja ?

Di mana silapnya apabila sistem tarbiyyah ini dikatakan gagal ?

Silapnya adalah ulama yang ada, walaupun ramai, masih gagal untuk menterjemahlan ilmu yang dikurniakan oleh Allah swt ke dalam masyarakat. Ulama yang ada tenggelam dalam "lautan" ilmunya sehinggakan asyik "syok sendiri" ketika mengajar dan lupa untuk mempastikan para ahli jemaah ini faham apa yang diajar.Lebih malang lagi, apabila ada "ulama" dalam PAS yang menjadikan dakwah itu sebagai satu komoditi dan menjadikan "ceramah" itu sebagai suatu sumber pendapatan.

Berceramah berapi-api. Sebutan ayat al-Quran dan hadith lancar tahap gaban tapi merokok macam mat Indon kerja kontrak.Pemuda PAS, time demonstrasi, bukan main lagi garangnya. "JAHANAM AMERIKA". "JAHANAM ISRAEL". Malangnya, rokok Winston tersepit kemas di celah jari. "HANCUR AMERIKA". "HANCUR ISRAEL". Tapi every weekend bawa family makan di McDonald atau KFC.

Nak dapat keredhaan Allah swt macam mana kalau munafik yang mudah tu pun sukar nak dibuang jauh daripada kehidupan ?

Pergi jahanamlah dengan daki daki munafik yang ada tu...baik pimpinan, baik penyokong, baik petugas, baik ahli, baik dewan-dewan, baik Kawasan-kawasan, baik Cawangan Cawangan, baik bloggers, baik apa sekalipun. Pergi jahanam selagi anda gagal untuk keluar daripada lumpur munafik tu.

Nak marah? Marahlah....ada aku kesah? Redha manusia lebih mendekatkan kita dengan neraka berbanding redha Allah swt yang memudahkan kita ke syurga.

Sebahagian petikan dari blog wargamarhaen.blogspot KLIK

Kekalahan PAS adalah kesalahan PAS sendiri

PAS terlalu menumpukan kepada isu rasuah dan integriti sehingga menenggelamkan isu kebajikan - yang pernah dianggap berjaya meraih perhatian pengundi bukan Melayu.

Isu rasuah tidak pernah memberikan apa-apa impak. Semakin kuat seseorang itu melakukan rasuah, semakin popular jadinya dan seterusnya meraih sokongan untuk menang.Kemenangan calon Umno-BN Isa Samad di Bagan Pinang bermakna kemenangan untuk rasuah dan penyelewengan.

Ada juga yang mengatakan pengundi bukan Melayu di Bagan Pinang menolak PAS kerana tidak berpuas hati terhadap beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor.Isu-isu kontroversi seperti penjualan arak , isu kepala lembu dan Selcat di Selangor sedikit sebanyak memberikan kesan negatif kepada pengundi-pengundi bukan Melayu kali ini.

Kekalahan PAS adalah kesalahan PAS sendiri yang semakin hilang fokus terhadap polisi PAS untuk Semua.

Catatan Oleh alhusseyn


Disinilah dapat kita melihat bahawa PAS terpaksa memikul sendiri di atas kekalahan mereka di Bagan Pinang, semua kritikan hanya tertumpu kepada kelemahan PAS sendiri. Sikap setia kawan dalam menghadapi kemurungan kekalahan yang sepatutnya dipikul bersama-sama, terpaksalah ditanggung sendirian….

Inilah nilai diri PAS dalam ‘pakatan rakyat’







8 comments:

  1. SLM BRO..PAS MASIH X PHM2 AKAN MAKNA 'KUDA TUNGGANGAN'. PAS MASIH SANGGUP DI PERKUDAKAN SERELA HATI DEMI UTK MENDAPAT TEMPAT DLM PAKATAN WALHAL PKR-DAP MMG MAHU MEMPERGUNAKAN PAS SEBAGAI LANDASAN POLITIK SEMPIT. MALANG BAGI PAS SAMPAI BILA2 SELAGI PUAK2 PENYOMBONG, PEMBONGKAK, PEMBONGAK DAN ULALAMAK BETERUSAN MENONGKAT DAGU DAP-PKR..HAI NASIB2!

    ReplyDelete
  2. PAS = PARTI RAKAN SELIWAT anwar ni tidak akan pernah sedar la YG. Kita inform dorang ni berapa banyak kali pun, PAS tetap akan berzina dengan PKR DAP ni. Biarkan saja.. biarkan saja melihat segala kecurangan mereka terhadap Islam. Rakyat sendiri akan menentukan nasib mereka di PRU13 nanti.

    kalau mereka kalah di PRU13 nanti, ape komen mereka? Pengundi di Malaysia ni masih pakai cawat dan tak reti mengundi? Keranda cina tersedia untuk mereka pada masa tu nanti.

    ReplyDelete
  3. Perlu diingat PAS tanpa sokongan DAP... pas hanyalah parti melayu dan Islam sahaja.... tentu kaum Cina dan india takkan sokong.. itulah hakikatnya... Mereka bukan menyokong kerana mereka PAS tetapi mereka menyokong sebab PAS jadi kuda tunggangan DAP.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Jeffry, MC dan Aspirasi, inilah yang patut disedari oleh penyokong-penyokong ada ada di dalam PAS, di mana kedudukan mereka di samping DAP dan PKR serta bagaimana pemimpin-pemimpin PAS memperbodohkan mereka dengan slogan Islam untuk semua, berjuang berlandaskan Islam...

    ReplyDelete
  5. Pas ingat dia boleh kawal orang lain... Apa ingat dap tu kepalo lembu ke boleh ditarik ke hulu ke hilir....

    ReplyDelete
  6. Itulah Parti PAS yang terlalu banyak mweleberkan parti UMNO dengan berbagai geliran. Kata-kata Nik Aziz menyebabkan penyokong Pas sendiri kurang yakin dengan sikap tersebut. Dia macam tuhan yang boleh meleberkan barmacam kepada orang lain. Bahana ini parti Pas sekarang tidak lagi mengikut perjuangan Islam sebenar tetapi mengikut telunjuk DAP dan PKR sahaja. Sebab itu ia di tolak rakyat.

    ReplyDelete
  7. hmm...PAS sebuah parti yang memperjuangkan Islam..tp smpi skrg..apa yg diperjuangkannya tidak menepati sasaran..nk wat Kerajaan Kebajikan, DAP n PKR x bg...nk wat hukum Hudud..Karpal Singh suh langkah mayat dia dulu..nk dapat undi org Melayu semua x dpt..jd nk xnk knelah cam menagih undi bangsa Cina dan India..

    ReplyDelete
  8. Pokok Nyiur di tepi Laut,
    Layu Pucuk dimakan Kumbang,
    Takkan hilang tempat berpaut,
    Selagi Umno tak tumbang.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..