JAKARTA - Sesetengah rakyat Indonesia menyalahkan nasib malang Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan bukannya pergerakan kerak bumi sebagai punca gempa bumi kuat melanda wilayah Sumatera Barat pada Rabu lepas.
Susilo yang popular dengan singkatan SBY kerap dipersalahkan berhubung bencana dan tragedi di Indonesia termasuk ombak besar tsunami yang membunuh 220,000 di rantau Asia selepas beliau memenangi pilihan raya Presiden pada 2004.
Susulan pelbagai bencana yang menimpa Indonesia sejak beliau memerintah, penduduk tempatan menggelarkan singkatan SBY sebagai 'Selalu Bencana Ya'.
Tanggapan bahawa SBY bernasib malang semakin tersemat di hati rakyat selepas bencana terbaru yang dipercayai membunuh lebih 1,000 orang berlaku pada Rabu lepas.
"Jika dilihat pada tarikh lahirnya, SBY akan sentiasa menarik bencana ke atas Indonesia, ia berpandukan kitab Primbon (sebuah kitab ilmu mistik Jawa)," kata seorang ahli politik veteran, Permadi yang turut mengamalkan ilmu perdukunan.
"Lihatlah tarikh lahirnya, 9 hari bulan 9 yang membawa pada jumlah 49 jika didarabkan. Angka itu membawa malang," tambahnya yang merupakan anggota parti Gerindra yang menjadi pembangkang.
Jelas Permadi, bencana lebih besar pasti akan menimpa Jakarta sekiranya Susilo kekal sebagai Presiden Indonesia.
Walaupun tahyul, tanggapan itu telah mempengaruhi ramai penduduk sehingga Susilo terpaksa menerangkan kepada sekumpulan pemimpin di Sumatera Barat bahawa gempa bumi berpunca akibat ketidakstabilan kerak bumi dan bukan dirinya selepas wilayah itu dilanda gempa bumi dua tahun lalu. KLIK
Macam-macam cara manusia untuk mendapatkan sokongan mudah, apa lagi bila dikelilingi juga sebilangan penyokong jumud yang mudah yakin dengan ketahyulan serta hidup dalam serba ketinggalan masa, dungu dan tidak berilmu.
Apatah lagi, bila ada manusia seperti Permadi dari parti Gerindera ini, yang pandai mengambil kesempatan diatas kelemahan-kelemahan yang ada pada masyarakat. Demi kepentingan politik dan kuasa, Permadi begitu mudah membuat andaian tahyul seperti itu untuk menipu masyarakat yang terlalu yakin dengan ramalan berpandukan kitab-kitab seperti itu.
Kerana kejumudan, maka manusia yang berkepentingan ini sanggup mengenepikan hukum-hukum alam serta kebesaran Allah SWT. Begitulah kerakusannya manusia untuk memiliki jawatan dan kuasa, jawatan dan kuasa yang tidak mampu diperolehi melalui pemilihan rakyat, maka dakyah tahyul seperti ini menjadi landasan untuk mendapatkannya.
Sepatutnya, pemimpin ini lebih memberi kerjasama dengan Presiden untuk mengatasi bencana yang menimpa Negara mereka, dari mengambil kesempatan mendakyah perkara-perkara tahyul dan syirik.
Sikap manusia seperti ini, tidak kurangnya juga bilangannya di Malaysia, terutama dari kalangan pembangkang. Cuma caranya sahaja yang berbeza……..

Salam. Namapun dah "dukun". Sudah jumud...bagi kita semua itu adalah ketentuan Allah SWT dan tak ada kena mengena dangan tarikh lahir SBY. Indonesia memang ramai yg terjerumus ke dalam kegiatan "paranormal"...
ReplyDeleteBetul tu SLiza,
ReplyDeleteKawan jadikan contoh kejumudan sebahagian warga Indon ini, kalau tidak masakan Malaysia ibarat tangan yang menyuap nasi kepada mereka diperhinakan kedaulatannya...... kadang-kadang terfikir juga dalam hati, mungkin ini balasan dari Allah kerana menghina kedaulatan negara Malaysia oleh segelintir warga Indon, tetapi beribu warga yang tidak berdosa menerima akibatnya.....
Aku setuju dgn Yang Gambi yang bijak ni , UMNO benci rasuah dan UMNO menyeru pengundi Bagan Pinang tidak melibatkan diri dengan rasuah dan memilih calon yang bersih.......rasuah tu keji.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKita seharus bersyukur dapat hidup di bumi Malaysia. Jika banyak bencana alam yang berlaku di Indonesia kita masih selamat dengan kekuasaan Allah. Apa yang berlaku menjadi aktibar dan sedarlah kekuasaan Allah boleh berlaku tanpa mengira tempat dan waktu. Kuatkan keimanan dan kunjungilah rumah Allah ( Masjid ) jika ada masa terluang. Saya setuju dengan pendapat Senjaliza.
Mudz, mengapa terlalu mengenengahkan rasuah dikalangan UMNO, mengapa tidak besarkan asuah dikalangan PKR, PAS dan DAP.
ReplyDeleteIdola kamu Anwar mempunyai lebih 20 akaun bank diluar negara, dari mana dia dapat kekayaan ini ?
Sekutu kamu DAP, bangaimana dengan kerja-kerja rasuah mereka bersama PAS dan PKR sehinggakan sanggup mengorbankan Teoh......... kenapa kamu tidak pernah pertikaikan ? Kamu lebih yakin dengan dakyah kafir laknat yang mempengaruhi ulama-ulama PAS kamu yang sedang selesa dengan hasil rasuah.....
Apakah sudah tidak ada isu lain lagi dari puak-puak khawarij seperti kamu ? kerana kamu sudah rasakan rakyat Bagan Pinang tidak sebodoh itu untuk terpengaruh dakyah-dakyah orang macam kamu ?
Anwar, pengkhianat bangsa dan agama menjadi talibarut Yahudi dan Nik Aziz yang telah menjual agama dan bangsa juga tidak pernah kamu pertikaikan.........bangsa apa kamu ini ? Munafik atau sama juga dengan Yahudi yang duduk dalam Malaysia........
org yg berfikiran jumud, ortodok dan primitif ramai dr kalangan pengikut PAS,PKR n DAP. samalah ngan puak2 indon yg dok sibuk nk ganyang Malaysia tu...membuat tuduhan yg bukan2, ikut kepala lutut diorang je!!!
ReplyDeleteBetul Mat popia, dalam negara mereka yang ditimpa malapetaka, penduduk kebuluran, mayat bersepah tertimbus, masih bersikap bodoh sombong. Kita lihat sahaja sebuah parti mereka yang mengadakan perhimpunan besar-besaran di Pekan Baru, bersuka ria tanpa memikrkan kesengsaraan rakyat mereka yang berjuang untuk hidup.....
ReplyDeleteBeginilah yang sebahagian orang Melayu inginkan untuk melihat bangsa berterusan jumud dengan dakyah-dakyah mereka....
tuhan yg jadikan bencana alam jugak yg dapat nama kenapa x sebut bencana tuhan hehehhehe sori la yang wa konar jap..
ReplyDeleteeerrr kenapa berprasangka & terus hukum dgn komen mudz
Terima kasih KUNYiiL menegur, maaflah kalau ada yang terasa.....
ReplyDeleteKita sebagai orang Melayu, apalagi yang senja macam kawan, kita kenal antara 'pujian ikhlaas' dengan 'pujian sindir'....... lainlah kalau kita bukan dari keturunan bangsa Melayu......