Thursday, October 1, 2009

DUN BAGAN PINANG – UMNO sudah habis ‘gas’ ?





PAS khawarij menyifatkan UMNO 'sudah kehabisan gas oksigen untuk bernafas' kerana mencalonkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam PRK Bagan Pinang. Begitulah kata Ketua Penerangan PAS khawarij, Idris Ahmad.

Idris masih mengulangi isu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat bahawa Tan Sri Isa tidak seharusnya menjadi calon BN, imej UMNO akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.


Pencalonan Tan Sri Isa telah menggambarkan bahawa UMNO sudah kehilangan pemimpin yang berwibawa dan bersih dari segi moral dan rasuah.

"Sedia maklum DUN Bagan Pinang mempunyai ramai pengundi tentera dan mereka adalah orang yang berdisiplin dan bermoral tidak akan rela berketuakan orang yang telah terpalit dengan rasuah," kata Idris. KLIK

Nampaknya PAS khawarij sudah merasakan akan menerima tamparan hebat apabila Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN. PAS khawarij sudah mula berjinak-jinak untuk meraih undi simpati dari pengundi-pengundi Tentera dan Polis.

Apa lagi yang dapat dibuat oleh PAS khawarij untuk kempen memburuk-burukkan calon BN, hendak bawa isu ke kampung-kampung mereka tahu pemilihan Tan Sri Isa berdasarkan kehendak masyarakat akar umbi, bukan berdasarkan kroni kepimpinan UMNO.

Apatah lagi Bagan Pinang adalah kampung halaman Tan Sri Isa, kemahuan dan kehendak pengundi tempatan berdasarkan khidmat Tan Sri Isa sejak tahun 1982 lagi menyebabkan mereka sudah melupakan serta memaafkan kesalahan yang tercatat dalam sejarah karier politik Tan Sri Isa sebelum ini.

Inilah budaya yang diamalkan oleh UMNO, orang-orang Umno sememangnya senang melupakan dan memaafkan serta tidak terus menghukum seseorang yang sudahpun menjalani hukuman.

Tidak cukup dengan isu Tan Sri Isa, Idris Ketua Penerangann PAS khawarij buat pula cerita Datuk Noh Omar mengugut pengundi serta mengekang pegawai kerajaan dan tentera dari menyokong PAS khawarij dan ‘pakatan rompak’, kerana UMNO-BN sudah tidak yakin Tan Sri Isa mencapai kemenangan.

Apa lagi kata Idris, “rakyat Malaysia sebenarnya dimundurkan dengan tindakan serta cara berfikir Menteri 1Malaysia UMNO-BN." KLIK

Begitulah jahat dan liciknya PAS khawarij membuat fitnah, tanpa mereka sedar PAS khawaijlah sebenarnya telah memundurkan serta menjumudkan pemikiran rakyat dengan menjual agama Islam untuk jawatan dan kuasa, khususnya bagi rakyat di negeri Kelantan ’serambi Mekah’ kata Nik Aziz.

Bagaimana PAS khawarij memundurkan dan menjumudkan pemikiran rakyat Malaysia ?

Tan Sri Isa, PAS khawarij telah melebelkan lebih dari seorang penjenayah yang pernah dihukum penjara, sedangkan Anwar al-jub pengkhianat adalah seorang penjenayah liwat dan penzina isteri orang diagung-agungkan, malah diangkat sebagai Ketua Penasihat Pakatan Rakyat. Malah ramai lagi dikalangan pemimpin-pemimpin PAS khawarij yang berjubah, berserban, berjanggut dan berjambang yang rendah moral dan akhlak dijadikan pemimpin dalam parti mereka.

Di negeri Kelantan, PAS khawarij telah memundur dan menjumudkan pemikiran rakyat Kelantan dengan janji-janji ‘syurga’ oleh mursyidul amnya Nik Aziz, sehinggakan beratus ribu rakyatnya berhijrah ke negeri-negeri di bawah kerajaan UMNO-BN untuk memajukan diri dalam sektor pekerjaan, usahawan dan perniagaan.

Di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, memperlihatkan wakil-wakil rakyat PAS khawarij tunduk dan bacul apabila berdepan dengan kuasa DAP komunis dan PKR pengkhianat walau pun agama Islam dicerca serta dihina, maruah dan hak bangsa Melayu-Bumiputera dilacur kerana jawatan dan kuasa.

UMNO dikatakan kafir serta assobiyah kerana meletakkan asas perjuangan kepada bangsa Melayu-Bumiputera, sebaliknya PAS khawarij lebih mesra bersekudukan dengan DAP komunis walaupun sedar DAP komunis juga lebih mengutamakan perjuangan untk kaum Cina sahaja. Tidakkah DAP komunis lebih kafir dan assobiyah ?

PAS khawarij telah memecahbelahkan perpaduan umat Islam di Malaysia dengan semaian kebencian serta permusuhan sesama umat Islam dengan fatwa Nik Aziz bahawa pendokong-pendokong UMNO tidak akan boleh membawa ke akhirat, tidak akan dapat masuk ‘syurga’, lebih mudah mengkafirkan umat Islam yang tidak sehaluan dari kaum kafir.

Apakah rakyat, khususnya umat Islam sedar bagaimana pemimpin-pemimpin PAS khawarij ini memundur dan menjumudkan pemikiran rakyat Malaysia dengan dakyah-dakyah songsang yang berlandaskan hokum agama untuk mendapatkan kuasa.

Cuba kita renung bersama, apakah wakil-wakil rakyat PAS khawarij benar-benar menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan rakyat ?

Atau

Hanya datang merayau-rayau mengadakan cermah menipu disegenap pelusuk kampung pada waktu malam, membawa cerita berunsur fitnah, memaki hamun orang lain dan hanya tahu mengutip derma dari penduduk kampung dengan alasan untuk ‘berjihad’ ?

Merekalah petualang sebenar yang selama ini telah memundurkan orang Melayu dan rakyat, apabila rakyat memberi mereka kuasa, mereka gagal serta buta dalam melaksanakan tanggungjawab untuk membangunkan kesejahteraan rakyat dan Negara.

Sesunguhnya kepimpinan UMNO-BN sejak dari mula merdeka lagi sentiasa mendahulukan rakyat serta mengutamakan pencapaian perlaksanaannya dalam membangunkan sebuah Negara Islam yang maju dan moden.

Slogan ‘1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ maka UMNO-BN memilih Tan Sri Isa Samad sebagai calon di DUN Bagan Pinang, itu kehendak suara rakyat setempat, bukan kehendak suara kroni pemimpin-pemimpin UMNO-BN, PAS khawarij perlu tahu itu…………






15 comments:

  1. Yang Gambi..UMNO sampai bila-bila pun tak bersih bagi depa..Jangan tak tahu, puak khawarij nie sampai ke lubang hidung pun depa teropong. Punyalah nak cari kesalahan. Dulu kawasan depa, bolehlah depa berkokok sakan..Sekarang macam harimau nyanyuk mengaum..Bukan keluar suara tapi keluar gusi..

    ReplyDelete
  2. SLM BRO...KLU DULU MEREKA GEMAR MENUDUH PEGAWAI KESELAMATAN SBG PAK TURUT DAN ANGGOTA YG SUKA MENANGANI SITUASI DGN KEGANASAN TP SKRG NI APE DAH JADI? MEREKA CUBA PULAK NAK MERAIH SOKONGAN. MEREKA NI BTUL2 PUAK YG TAK TAU MALU!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih CCZ dan Jeffry,

    Begitulah perangai PAS khawarij ini, menggunakan segala bentuk rupa agama untuk menipu masyarakat. Kawan yakin pengundi-peengundi di Bagan Pinang tidak sebodoh itu untuk terus hanyut dengan penipuan mereka....

    ReplyDelete
  4. Aku setuju dengan Yang Bingai ni...

    Rasuah bukan jadi isu bagi pengundi Bagan Pinang. Jasa Isa di Teluk Kemang menjadi faktor kemenangan Isa. Isu rasuah hanya kecoh bagi orang luar bukan penduduk tempatan.

    Dengan pengalaman rasuah ISA dan 5000 undi pos, ISa akan menang bergaya.

    Tanpa rasuah UMNO dah lama jadi sejarah.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih TokMudim, dalam PAS, PKR dan DAP dah lama pengamal rasuah, tak payah nak tipu, kawan lihat sendiri bagaimana PAS beri rasuah semasa PRK-PRK di Kelantan...... hanar beras, biskut, kopi dan gula ke rumah-rumah pengundi bukan rasuah ke ? Janji Nik Aziz kepada yang mengundi PAS akan masuk syurga juga bukan rasuah ke ? macamlah syurga itu hak milik Nik Aziz.....

    ReplyDelete
  6. pilih ISA dia kata umno dah abih gas, dah takde orang lain, mencalonkan seorang perasuah. kalau tak calon ISA diaorang la jugak yang akan mengatakan ISA telah dipinggirkan oleh umno, umno tak kenang jasa ISA dan sebagainya. Jadi jangan peduli apa diaorang kata, yang penting kemahuan rakyat bagan pinang didahulukan. ISA bukan penjenayah seperti Lim Guan Eng dan Anwar AlJuburi yang pernah kenan penjara..

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Memang perangai Pas apa cara memburukkan dan mencari kesalahan orang. Apa kerja mereka berceramah menyatakan kerajaan rasuah sedangkan apa yang dilakukan cuma memfitnah orang dan mencari kesalahan kerajaan. Calon Tan Seri Isa adalah calon yang dikehendaki penggundi di Bagan Pinang, yang pasti kemenangan di tangan BN nanti.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Tentera nak sokong barua cina? nak sokong org nk bw balik chin peng? bolehlah salahkan undi pos smpi mati.

    ReplyDelete
  9. salam, teman setuju dgn bro bahawa bukti UMNO dan pimpinan tertinggi mendengar kehendak rakyat bukan kroni, jika kroni diambil kira bukan TS Isa yg jadi calon.

    teman di ceritakan oleh rakan di NS bahawa hari pengumuman calon oleh TS Muhyidin seramai 6,000 orng tempatan bagan pinang hadir memberi sokongan.

    Ini merisaukan Paih dan sebelum ini yg cuba mengunakan strategi saraf untuk UMNO agar UMNO tdak mencalonkan TS Isa yang diketahui mereka agak susah untuk meruntuhkan kubu kuat UMNO ini, mereka gagal...tetamn percaya Paih sedang mencari isu peribadi untuk diserang seperti berlaku di permatang pasir.

    Tahniah UMNO jangan peduli apa yg Paih kata kan, lawan tetap lawan.

    ReplyDelete
  10. UMNO adalah sebuah parti suci yang membela Islam dan Melayu.
    Hidup UMNO!...

    Kami tetap nak Isa Samad "NATANG"

    ReplyDelete
  11. SALAM BRO...
    PERGH..MANTAP ARTIKEL NI..HE HE HE....

    BIASALAH BRO...
    PAS HAPRAK NI MEMANG AKAN MENABUR FITNAH PADA SEMUA CALON BARISAN NASIONAL.

    HE HE HE....
    APA PUN RAKYAT DI BAGAN PINANG SEDAR PAS HANYALAH KUDA TONGGENGAN ANWAR AL-JUBURI DAN PARTI KOMUNIS SEMATA-MATA.

    ReplyDelete
  12. Pas mmg di ajar utk berdendam dengan UMNO semenjak PAS menarik dirinya sendiri daripada BN disebabkan PAS terlalu mementingkan kemahuannya sendiri tanpa memikirkan kepentingan kaum lain.

    berdendam, bermusuh dan bagainya itu semua mmg menjadi satu sifat yang harus ada dalam diri mereka pas. pas terlalu taksub dan takbur dan menganggap diri mereka terlalu sempurna untuk mengantikan kerajaan pusat.

    tetapi tidakkah mereka ingat yang mulut mereka setiap kali berceramah hanyalah mengutuk pemimpin kerajaan pusat? tidak pernah saya mendengar mereka berceritakan tentang kemajuan utk sesebuah tempat.. yg diketahui umum ialah hudud dan hudud dan lagi2 hudud..

    ditentang oleh pakatan sendiri mereka terus membisu dan terus menyalahkan umno atau bn yang tidak mahu melaksanakan hudud.. ah! cerita lapuk! boleh pergi mampus!

    sudah diulangi beribu2 kali, orang2 pas tetap tidak mahu menerima kebenaran yang dikhabarkan oleh kita.. di dalam diri mereka hanyalah PAS yang mampu memerintah dan mengubah malaysia menjadi negara islam.. inilah dia sifat terkeji pas sekarang ini...

    Pemilihan isa samad sebagai calon utk bagan pinang adalah amat sesuai sekali.. kes2 yang lama tidak seharusnya diungkit.. bukankah dalam islam seharusnya memaafkan saudaranya sendiri? lebih2 lagi bagan pinang adalah tempat isa samad sendiri? bukannya tempat khalid samad yang murtad yang juga membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam gereja?

    Pas seharusnya mencerminkan diri mereka terlebih dahulu.. banyak kes mengenai mereka masih belum selesai.. jangan ingat mereka boleh lari dengan mewujudkan satu isu yang baru.

    kini Pakatan rakyat sudah pun dilabelkan sebagai pakatan haram yang tidak berdaftar... saya harap SPR benar2 jalankan tugas... terutamanya semasa dihari pengundian bagan pinang di mana tidak ada sesiapa pun mewakili mana2 parti dibenarkan berkempen pada hari tersebut....

    berlaku sekali di permatang pasir tidak bermakna ianya akan berlaku kali kedua di bagan pinang... semoga rakyat bijak memangkah calon yang benar2 tulus ikhlas hati budi pekertinya berbakti utk rakyat di bagan pinang...

    ReplyDelete
  13. Warispura, matyen, junah, ddinbunga dan UMNOB.Pinang, terima kasih komen tuan.....

    Mr Gomo,apa nak kata memang kerja PAS sejak dari azali lagi.....he...he....

    Media Cyber, kalau rakyat sedar, mengapa sampai sekarang PAS, DAP dan PKR masih tidak mampu dan berani mendaftar di bawah satu komponen macam BN, bolehlah mereka menggunakan satu lambang saja...... ini menandakan bahwa mereka hanya satu kumpulan pakatan jahat dalam satu kapal lanun yang berlainan agenda.........

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Saudaraku Yang Gambi dan Saudara-Saudarku Yang Lain.

    Keputusan telah dibuat oleh Kepimpinan Tertinggi UMNO.

    Sebagai seorang yang menuruti kehendak Sunnah, sudah menjadi kewajipan saya untuk menyokong kerajaan selagi mana ianya tidak melanggar kehendak Islam.

    Mengenai dakwaan puak Khawarij ini, saya berdoa agar ALLAH memberikan hidayah kepada mereka. PRK yang lalu memperlihatkan mereka semakin bongkak dan berbangga dengan kemenangan mereka.

    Saya cuba bersikap rasional. Pemilihan Tan Sri Isa walaupun tidak dipersetujui oleh saya, namun apalah kehendak saya. Dan jika dilihat dari rekod Tan Sri Isa, rekod baiknya adalah jauh lebih banyak dari rekod buruk.

    Jadi apa salahnya kita memaafkan kesilapan lampaunya? Bukankah Islam itu gemar penganutnya memaafkan kesalahan saudaranya.

    Cuma menjadi kebimbangan saya ialah peratus pengundi Cina dan India yang akan memangkah Barisan Nasional pada pilihanraya kecil kali ini.

    Sejauh manakah kesetiaan Kaum India dan Cina Malaysia keatas Barisan Nasional? Yang pastinya saya rasa mereka lebih senang dan gemar memangkah PAS ekoran PAS merupakan anggota Pakatan Khawarij.

    Semoga ALLAH menyelamatkan negara Islam Malaysia Ini.

    1 Aqidah, 1 Tauhid, 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  15. WALAU APA PUN ULASAN YG SEBAGAI KEMPEN UNTUK PRK DUN N31 BAGAN PINANG INI, INSYAALLAH PAS AKAN MENANG BERGAYA...

    TERUSKAN KEMPEN ANDA SECARA MEMAKI DAN MENGEJI SEPERTI INI.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..