Selasa Oktober 6, 2009
Tidak ada sebab pertikai pelaksanaan hukum syariah - Azizan
ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tidak ada sebab untuk mana-mana pihak mempertikaikan pelaksanaan undang-undang Syariah di negara ini memandangkan Islam adalah agama rasmi dan undang-undang Syariah sudah lama diguna pakai.
"Kenapa nak pertikai undangundang yang dah ada? Saja nak cari publisiti, buang masa, nak bagi orang sakit hati dan nak buat suasana jadi tidak stabil," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan watikah pelantikan anggota Lembaga Rayuan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri di sini hari ini.
Azizan mengulas tindakan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) yang menyifatkan hukuman sebat tehadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang. KLIK

Siapa Azizan ?
Menteri Besar dari UMNO atau dari PAS ?
Mengapa Azizan begitu lantang dan berani mengakui bahwa Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan undang-undang Syariah sudah lama diguna pakai di dalam Negara.
Tidakkah Azizan takut dengan kemarahan tok guru Nik Aziz ?
Apakah Azizan tidak gentar dengan amaran tok guru macam mana dia telah buat pada Nasharuddin dulu ?
Kalau Azizan Menteri Besar Kedah dari kerajaan PAS mengakui bahawa Malaysia sebuah Negara Islam, mengapa tok guru Nik Aziz, Hadi Awang dan pemimpin-pemimpin PAS lain masih melebelkan Malaysia bukan sebuah Negara Islam ?
Bukankah UMNO yang menerajui kerajaan Malaysia ?
Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS sama ada dari golongan ulama, ustad dan erdogan-erdogan begitu lantang menuduh UMNO kafir kerana kononnya UMNO memperjuangkan kebangsaan dan menolak kemuliaan islam, Al-Quran dan Hadis.

Kalau begitu 'FATWA' Nik Aziz selama ini terhadap UMNO adalah satu ‘PEMBOHONGAN TERBESAR’ kerana telah memperdaya pemikiran orang Melayu dan umat Islam dalam Negara.
Nik Aziz menuduh UMNO kafir amat keterlaluan kerana berpunca daripada sikap taksub hendak mendapatkan kuasa. Sikap keangkuhan Nik Aziz serta pemimpin-pemimpin Pas yang enggan mengakui bahawa fatwa mengkafirkan UMNO adalah salah, cuma sekadar mainan politik bimbangkan PAS akan kehilangan kredibiliti dalam perjuangan untuk mendapatkan sokongan dan kuasa.
Nik Aziz tahu, UMNO tidak pernah menolak Islam, Al-Quran dan Hadis mutawatir yang boleh dilebelkan sebagai kafir, dan Nik Aziz juga lebih tahu bahawa UMNO sentiasa menjunjung dan mendaulatkan Islam untuk kesempurnaan kehidupan rakyat sesama Islam di dunia dan akhirat.
Tuduhan Nik Aziz itu amat berat di sisi agama, tuduhan yang akan dianggap oleh pengikut-pengikut Pas adalah sebagai fatwa. Nik Aziz sebagai seorang insan Muslim yang bergelar ulama sepatutnya lebih berdakwah kepada umat Islam, bukan untuk menghukum orang Islam lain kafir.
Nik Aziz seharusnya sudah tidak perlu berselindung di sebalik kata-kata, ‘UMNO kafir’ untuk mengelirukan masyarakat Melayu kerana sudah jelas dan nyata bahawa UMNO tidak pernah menolak Al-Quran dan Hadis.
Kalau tidak, masakan ustad Azizan Menteri Besar PAS begitu berani mengakui Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang telah melaksanakan undang-undang syari’ah di dalam Negara.
Beranikah para pemimpin Pas membetulkan kesalahan ‘fatwa’ Nik Aziz ini ?
Apakah Nik Aziz tidak sedar dengan kedudukannya sebagai ulamak, Menteri Besar dan Mursyidul Am yang lebih tinggi daripada Presiden Pas, fatwa songsangnya boleh merosakkan akidah pengikut-pengikut PAS dan umat Islam ?
Maka tidak salah kalau selama ini kawan mengatakan terdapat unsur 'khawarij' di dalam parti PAS, dan tidak salah juga kalau kawan melebelkan dengan panggilan 'PAS khawarij'. Apa tidaknya, selama ini PAS khawarij ini begitu mudah mendakwa UMNO kafir dan ajaran sesat semata-mata kerana tidak sehaluan dengan politik PAS serta untuk mendapatkan kuasa dan jawatan.
Justeru itu, Nik Aziz adalah orang yang bertanggungjawab jika berlaku dari kalangan umat Islam serta bangsa Melayu berpecah, jika umat Islam, bangsa Melayu rosak akidah dan jika kuasa politik Melayu Islam hancur berkecai kerana mengeluarkan ‘fatwa-fatwa’ munafiknya.
SALAM;
ReplyDeleteTahniah Yangambi kawan rasa inilah satu-satunya pendedahan yang betul-betul exclusive tentang Azizan Razak MB Pas Kedah.
Dan jika benar kenyataa ini keluar dri mulut Azizan Razak kawan rasa ini kali pertama sejak 2 tahun perintah kedah Azizan Razak membuktikkan dia bertelor labuh walaupun sudah tua.Asal jangan telor kemuruk saja sudah !
Pada kawan Azizan Razak perlu pertahan kebenaran bukan terus menjadi kuda pada pemimpin PAS yang lain lagi pun rasa kawan Azizan Razak lebih awal dari Nik Aziz berada dalam PAS….agak kawan saja..kalau silap maaf!
Baru dan lama tak kisah asal jgn dilembukan oleh mana-mana pemimpin PAS yang sanggup mengampu telor Nik Aziz yang juga sudah labuh itu sudah cukup membuktikan berani kita kerana Benar?
Dan jangan pula Azizan Razak membuat kenyataan seperti sahabat2nya yang lain.Bila berdepan dengan Nik Aziz telor sudah menjadi kecut sebesar guli batu.
Syabas Azizan Razak…kali ini Azizan Razak tidak lagi mengguna teori lamanya….”saya tak tau..pa..pa..”
Pada YanGambi kawan nak minta izin untuk menyimpan artikal serta gambar Azizan Razak yang berani ini dari blog tuan. Harap dapat keizinan tuan..
Wassallam.apbs.
la ni baru hangpa tau! betoi apa yg YG habaq tu.
ReplyDeleteKau ni bodoh ke Yang Gambi?
ReplyDeleteAzizan ckp undang2 syariah dah lama diguna pakai, tapi dia tak kata undang2 syariah dah dilaksana sepenuhnya dlm Malaysia! Tu beza tuh.
Yes, Malaysia bukan negara islam ikut Imam Abu Hanifah dan sbhgn ulamak lain. Ikut fuqaha', Malaysia negara Islam yg fasik bukan hakiki.
Kau paham?
Salam:Alontoi
ReplyDeleteTapi kawan rasa lebih hina dari terus berkubang dengan kapiaq harbi ni..dari berada dalam sarang yang suci terus berkubang dalam kubang babi..sudahlah fasik terus menjadi kapiaq harbi..
Terima kasih Pasbuih dan Mat Popia membantu menjelaskan pda Alontai orang cerdik tapi lebih bodoh, tak pandai guna otak...
ReplyDeleteTerpulang pada Alontai nak tafsir mengikut pemikiran politik sendiri. PAS sendiri pun kalau memerintah Malaysia langsung tak dapat melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya, nak pinda undang-undang jual arak di Selangor pun tak mampu bila kena sergah DAP.......
Di Kelantan lebih 20 tahun berkuasa, sampai sekarang tak dapat merangka hukum hudud untuk mahkamah syari'ah negeri....., entah-entah lebih teruk dari kafir kalau PAS memerintah....
Puak-puak Pas tidak akan mengaku negara ini sebagai negara Islam,Malaysia telah membangunkan
ReplyDeletedari rakyat hidup merempat kepada yang lebih baik pada masa ini.
Mereka tak akan berkata negara ini negara islam, dan tidak akan mengucapkan terima kasih kepada kerajaanm UMNO, contoh di Felda mereka datang dan menduduki Felda dan menikmati kehidupan yang lebih baik dari mula-mula mereka berhijrah dahulu sepatutnya berterima kasihlah kepada Allah dan kerajaan yang mampu mengubah nasib mereka....
Sdr Mudz, terserah kepada pandangan sdr, tepuk dada tanyalah hati sendiri...... segalanya di tempat sdr sendiri, penilaian sdr dan masyarakat setempat mungkin berbeza.......
ReplyDeleteMat yen terimakasih sentiasa melawati blog kawan, komen tuan dihargai....
alontai! kawe raso demo tu yg budoh..bg pandange ikut kepalo lutut..demo ni kawe yakin terdidri drpd golonge ortodok n primitif. apo yg pas buak selamo ni? kijo bangke ja.orge buak kebaike pun tak beto.. pas saing dgn kapir n tunduk pada oghe kapir.demo tahu dok kapir apo yg oghe umno saing denge kapir hok oghe pas saing? kawe raso demo buleh la tanyo guru demo tuh!
ReplyDelete