Friday, October 23, 2009

PAS – dikafankan PKR, ditalkinkan DAP – Muktamar khas PAS pecat Hadi ?


Pengaruh kumpulan erdogan-erdogan PAS yang berkiblatkan Anwar sedikit demi sedikit dapat menguasai PAS, Anwar terlalu bijak memegang tampok kuasa mutlak dalam parti PAS apabila Mursyidul Am PAS Nik Aziz sudah mula bersuara garang.

Nik Aziz telah menunjukkan taringnya, tulisan di dalam blognya yang mencadangkan agar PAS mengadakan ‘muktamar khas’ bagi membincangkan isu ‘dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah’, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Aziz tidak dapat menahan kemarahannya terhadap karenah beberapa kepimpinan PAS yang dipanggil UG (unity government), antaranya Nasharusdin Isa, Mustafa Ali, Dr Hassan Ali yang masih berminat dengan isu ‘kerajaan perpaduan’ iaitu bekerjasama antara PAS dan UMNO.

Inilah sebahagian kemarahan yang dituliskan oleh Tok Guru Nik Aziz di dalam blognya ;

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.
KLIK

Rasa-rasa kawanlah, selama ini Nik Aziz dan pakatan rakyat sudah terlalu bernafsu dan ghairah untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan dalam PRU ke-13 nanti. Nik Aziz begitu riak dan bongkak merasakan semua rakyat sudah bangkit, rakyat sudah faham perjuangan ‘pakatan rakyat’. Nik Aziz sudah banyak mengeluarkan air liur berahinya bagi merasakan kemenangan apatah lagi dengan tujuh kemenangan berturut-turut dalam PRK.

Nik Aziz dan PAS sebenarnya terpedaya dengan keriakan dan keangkuhan emosi sendiri, hakikat sebenarnya rakyat sudah mula membuka mata setiap pembohongan PAS yang menggunakan Islam untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Maka kekalahan di Bagan Pinang adalah pertunjuk yang terbaik dari rakyat bahwa ‘pakatan rakyat’, khususnya PAS bahawa Allah yang maha bijaksana telah memaparkan kepada rakyat bahawa perjuangan PAS telah jauh terpesong dari asas perjuangannya.

Apa yang jelas juga, Allah sedikit demi sedikit menunjulkan disebalik ‘doa tok guru’ yang ingin sangat melihat ‘UMNO berkubur’, apa yang lebih jelas ‘PAS for all’ akan sedikit demi sedikit berkubur dengan kemungkaran mereka sendiri.

Nik Aziz, terlalu riak dan angkuh untuk mentalkinkan ‘UMNO’, tanpa dia sedari bahawa tindak tanduk kesombongannya sebagai Tok Guru, PKR sedang mengkafankan PAS, sementara DAP sudah bersedia untuk mentalkinkan PAS.

Terimalah kekalahan dan manfaatkanlah hikmah yang terdapat dari kekalahan ini. Selamat bermuhasabah diri Tok Guru Nik Aziz……


7 comments:

  1. Tok Guru Nik Ajis tak berapa faham bermuhasabah..MunakgiSabah, dia faham lah..Maklumlah dah nak recycle jadi bayi..Yang Gambi..inilah antara petanda akhir zaman. Bilamana adanya ramai ulama tetapi perosak Islam dan perpaduan.

    ReplyDelete
  2. SALAM BRO, INI BUKAN GOLONGAN ULAMA TAPI UL...LA..MAK!!!

    ReplyDelete
  3. Salam,

    kecewa juga nampak sangat dia anti perpaduan islam

    ReplyDelete
  4. SLM BRO..MMG TGH TUNGGU MASA JEK PAS DI SEMADIKAN UTK JANGKA MASA PNJG. NIKY AJIS DAH FOBIA BILA MENGALAMI KEKALAHAN BESAR DI BAGAN PINANG. SKRG NI BARU DIA TAU TINGGI RENDAH LANGIT TU KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sahabat setia, sebab doa tok guru jugalah yang terlalu hendak sangat melihat UMNO berkubur dan Allah makbulkan permintaan dia untuk berbalik kepada PAS akan bakal berkubur....

    ReplyDelete
  6. kecelakaanlah kepada yang mengutuk Tuan guru dan kepada ulamak...Takbirrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  7. Kalau setakat pengikut kau geng2 mat rempit baik tak payah buat blog.Carilah pengikut yang ada latarbelakang akademik yang berhujah mengikut fakta dan sejarah.Jangan pakai emosi dan kutuk mengutuk lebih2 lagi kepada golongan pewaris nabi.Biar reti ckit.Permulaan blog cantik aje siap dengan bismillah lagi tengah2 dan hujung hampeh,tiada moral dan kesedaran.Taubatla wahai saudaraku.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..