Thursday, October 29, 2009

GEMPAR ‘lembu pandai bercakap’-jambatan maut SK Kuala Dipang, JKR belum luluskan ?


Bukannya apa, kawan saja nak sambung artikel semalam, sambung komen-komen dari blog ‘lembu pandai bercakap’ pasal jambatan gantung runtuh semasa aktiviti program perkhemahan 1 Malaysia, Isnin lalu.

Kisah drama puak-puak komunis Nizar and the geng dalam sidang DUN Perak sudah banyak kawan-kawan blog seperjuangan mahu pun pro pembangkang dah bawa cerita dalam blog mereka. Jadi apa salahnya kawan sambung cerita ‘titian gantung’ ini.

Puak-puak ini kerjanya lain tidak ada, cuma hendak buat fitnah kepada kerajaan UMNO sahaja untuk menarik kemarahan rakyat.

Jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan seorang murid sekolah meninggal dunia dan dua lagi hilang dalam tragedi kelmarin dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

Jelasnya, beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.

Pelan pembinaan jambatan yang dibina merentasi sebuah sungai berhampiran sekolah itu di Kampar sepatutnya dirujuk kepada JKR terlebih dahulu sebelum diluluskan, tambahnya. KLIK


Amat jelas sekali bukan ? Jambatan yang hanya layak dipanggil ‘titian gantung’ ini bukan melibatkan projek mega dari Kerajaan Barisan Nasional atau UMNO, ianya hanya inisiatif pentadbiran sekolah berkenaan di atas sumbangan dan bukan projek JKR dan kerajaan. KLIK

Biarlah badan-badan atau agensi yang diberi tanggungjawab menjalankan kerja-kerja menyiasat mencari punca-puncanya di atas insiden tersebut.

Sepatutnya kita lebih bersimpati dengan keluarga-keluarga yang terlibat, membantu dengan apa cara untuk meringankan beban kesedihan mereka, bukan menbawa cerita-cerita fitnah, menghina kepada kerajaan UMNO-BN.

Ada juga satu dari blog pro PAS yang mengambil kesempatan mendakwa kononya di atas usaha kuat pasukan amal mereka maka seorang mangsa dapat ditemui.

Bukankah, semua agensi dan badan-badan sukarela bersama-sama bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat, tidak payahlah hendak membesar-besarkan khidmat yang diberi seolah-olah orang lain tidak membantu sama.

Betul sangatlah kata Nik Abduh anak Tok Guru Nik Aziz di dalam blognya, ‘Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.’

Jadi, apa salahnya kalau puak-puak pro pembangkang ini jangan mudah mencari kesempatan mencari kemarahan rakyat kepada kerajaan UMNO-BN,

Kan lebih baik kalau blog-blog pro pembangkang ini membawa agenda-agenda yang akan mereka lakukan untuk kepentingan rakyat daripada membawa cerita-cerita fitnah yang akhirnya memalukan serta memakan diri sendiri.

Rakyat bukan sentiasanya bodoh, buta dan tuli, rakyat yang bijak akan sentiasa menilai setiap perkara yang kerajaan buat untuk mereka, bukan terus menerima membuta tuli begitu sahaja. Itulah sifat-sifat yang ada pada sebahagian besar rakyat dalam Negara Malaysia.

‘1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’




8 comments:

  1. Yang ngko pun sama buat cerita fitnah jugak kat pemimpin PR. 2x5 bro!... dengan blog pencacai UMNO

    ReplyDelete
  2. bloggers mereka ini memang pemfitnah aje siang malam. itu yang dr hassan ali pun tak percaya. dr hassan semasa perjumpaan dengan para bloggers 3 hari lepas pun dirumahnya, memanggil sama bloggers umno termasuk papa gomo. apa maksudnya itu. ? dia tahu jika tak panggil bloggers umno , maka tak terkeluar le berita tentang luahan hati dr hasssan. sebab itu mereka marah , bila gomo dedahkan hasil pertemuan malam itu. mereka ini bloggers pelacur. sumbangan tak ada langsung. hanya fitnah

    ReplyDelete
  3. Anonymous, kita orang bawa cerita apa yang kamu semua fitnahkan, yang paling banyak buat cerita bohong puak-puak kamulah...

    Arif Omar, Terima kasih komen yangboleh membuka mata puak-puak ini yang terlalu sangat bawa cerita fitnah dan apabila blogger UMNO mula mrnyrrang dia jadi panik pulak.....

    ReplyDelete
  4. salam bro YG
    puak2 pembangkang ni memang mcm tu hanya tau nak wat fitnah je. xde kesedaran sivik lgsg. MK tak rasa heran sangat ngan perangai puak2 ni sbb tokguru n penasihatnya pun memang teruk akhlak.

    ReplyDelete
  5. salam
    ni la padahnya klu asyik ikut je kata orang yang tak betul. pemimpin puak2 ni bukan nya nak bela rakyat tapi nak berkuasa je nak penuhkan nafsu setan je.

    ReplyDelete
  6. SLM BRO...BIASAKA LA PERANGAI PEMBANGKANG NI..KLU ORG LAIN YG BUAT SLH, ORG LAIN YG KENA GETAHNYA. SI NIZAR TU PANDAI PUTARALAM BILE DH SESAK NAPAS. LEBIH BAIK SI NIZAR TU SERENDER MASUK SPITAL GILER SUKARELA JEK HEHEHE

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Lubuk Baung, MatKelubi and Jeffry, biasalahpuak-puak mereka ni.....

    ReplyDelete
  8. salam, bro,.... takdir tuhan semua kena terima walau pun pahit....

    Semua kena muhasabah diri....sistem kena perbetulkan oleh individu2 seperti Gurubesar, Pegawai Pelajaran, Kontraktor, penderma semua berperanan untuk melaksanakan tanggungjawab.

    ini lah salah satu petunjuk bahawa setiap sistem perlu dipantau dan diketatkan, dan ini tentu tidak disukai oleh pihak sekolah kerana akan dianggap mengongkong mereka untuk bergerak...maka satu pihak lagi akan dipersalahkan...

    maka kita doakan agar tiada lagi insiden haru ini berlaku lagi..maka setipa sumbangan harus mendapat kelulusan jab pelajaran dan jabatan yang mempunyai teknikal knowledge untuk membantu dan meluluskan sebarang pembangunan...dah jadi tak guna nak di kenangkan.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..