Saturday, October 3, 2009

Pak Samad – akan keluar dari gua pertapaan bila ada piliharaya kecil


Pak Samad sudah memulakan langkahnya keluar dari gua pertapaan, kali ini dengan memulakan kritikan terhadap Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, telah meluluskan resolusi untuk "mendesak kerajaan memberi kuasa penguatkuasaan kepada DBP bagi memartabatkan bahasa Melayu."

Pak Samad berkata usaha untuk "memartabatkan" lagi bahasa Melayu melalui penguatkuasaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berkesan selagi kerajaan tidak memansuhkan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). KLIK

Pak Samad akan memulakan langkah keluar dari gua bila setiap kali adanya pilihanraya kecil, semangat juang mempertahankan bahasa Melayu akan mencapai klimaknya bila tiba musim-musim pilihanraya.

Kalau di pilihanraya kecil Kuala Trengganu dan Permatang Pasir Pak Samad diusung ke pelusuk kampung oleh DAP, PKR dan PAS untuk memberitahu orang-orang Melayu kononnya pemimpin UMNO dan kerajaan BN hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.

Pak Samad sentiasa memberi pesan, jika rakyat sayangkan bahasa Melayu. Jika mahu bahasa Melayu dilanjutkan dan dilestarikan gunakanlah undi rakyat, sebab, pemimpin-pemimpin UMNO hanya tahu ‘bahasa undi’ sebab Pemimpin Umno tidak tahu bahasa Melayu.

Pak Samad mendakwa UMNO-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini. Oleh itu, Pak Samad menggesa golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.

Begitulah
bahasa puisi Pak Samad yang bergelar Sasterawan Negara, bila tiba musim pilihanraya kecil akan mendakwa pemimpin Umno-BN melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasa Melayu kerana PPSMI dilaksanakan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Pak Samad macam juga sesetengah penulis blog yang dulunya berkobar-kobar menulis kebenaran kerajaan UMNO-BN, kini bertukar arah bila kurang mendapat perhatian atau tidak menerima upah.

Mungkin Pak Samad sendiri tertekan kerana budaya membaca buku-buku sastera, cerpen, novel dikalangan muda sudah lenyap kerana wujudnya PPSMI.

Tetapi Pak Samad tidak nampak minat golongan muda membaca buku-buku berbentuk sanstera berkurangan sebelum wujudnya PPSMI lagi, kerana apa ?

Kerana terbitnya majalah-majalah kartun humor yang diterbitkan oleh penulis-penulis kreatif seperti Zuna, Cabai dan ramai lagi yang melukis kartun-kartun dengan gaya bahasa Melayu kartun juga.

Pak Samad tidak sedar golongan ini yang telah melacurkan bahasa Melayu dengan gaya kartun sehingga menjadi ikutan anak-anak muda sejak dari dulu lagi. Majalah-majalah humor yang menjadi langanan anak-anak muda semakin berkembang luas demi keuntungan bagi penerbit dan penulisnya, tanpa memikirkan kesan kepada budaya itu sendiri.

Demi keuntungan Pak Samad juga menumpang dalam majalah humor yang tidak bermoral seperti ‘Gedung Kartun’ terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd. Pak Samad yang yang lantang menentang dasar PPSMI, turut menyumbang rencana demi duit dan keuntungan.

Adakah Pak Samad tidak sedar, Pak Samad juga telah menyokong majalah seperti ini untuk mempengaruhi generasi muda hilang budaya hurmat menghurmati kepimpinan Negara, Pak Samad juga penyemai sikap kurang ajar kepada anak-anak muda melalui majalah humor seperti itu.

Pak Samad mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu jenayah melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan kerana melaksanakan PPSMI dalam pembelajaran di sekolah-sekolah dan IPT, tetapi tidakkah penerbitan majalah humor yang tidak bermoral seperti itu juga satu jenayah yang memesongkan adapt budaya Melayu ?

Yang menjadi peliknya, parti yang mendokong Pak Samad adalah sebuah parti yang menentang perjuangan kebangsaan yang menjadi landasan perjuangan UMNO.

Tidakkah ‘bahasa itu menunjukkan bangsa’ ?

Tidakkah Pak Samad sedar PAS, PKR dan DAP yang mendokong perjuagan Pak Samad itulah pengkhianat bangsa, parti yang ingin menghapuskan bangsa Melayu ?

Kalau Pak Samad rasa gah untuk memperjuangakan martabat bangsa dan bahasa, mengapa tidak terus sahaja berpolitik macam Shahnon Ahmad pernah menjadi wakil rakyat PAS dalam Parlimen Sik. Shahnon Ahmad juga seoarang Sasterawan Negara yang mengarang novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ sampai ke novel SHIT @ PukiMak @ PM tahun 1999.

Bertandinglah jadi wakil rakyat atas tiket PAS, PKR atau yang lebih bagusnya DAP, PAK Samad boleh siang malam keluar berkempen, kalau jadi wakil rakyat boleh berjuang dalam Dewan Rakyat………. Mintalah PAS, PKR atau DAP mencalonkan Pak Samad sama ada di Melaka, Perak, Pulau Pinang, kan bagus kalau majoritinya pengundi-pengundi Cina…

Mengapa Pak Samad tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan ‘Satu Sekolah Untuk Semua’, bukankah Malaysia sebuah Negara Melayu, berbahasa Melayu, mengapa mesti ada sekolah jenis kebangsaan Cina dan India, kalau mereka mendokong Pak Samad untuk menghapuskan PPSMI, mereka juga mesti mendokong untuk menghapuskan sekolah jenis kebangsaan Cina dan India.

Mereka mendokong Pak Samad menghapuskan PPSMI, tetapi tidak juga fasih berbahasa Melayu, malah lebih mengutamakan bahasa Inggris dalam pertuturan harian, anak-anak mereka terus maju dalam pendidikan, tetapi anak-anak Melayu terus ketinggalan……..

Pak Samad tidak sedar yang diri Pak Samad diperhunakan untuk menghapuskan PPSMI, mereka mendokong Pak Samad dengan budaya sastera melalui majalah-majalah humor untuk melatih generasi muda Melayu dengan budaya Melayu yang kurang ajar.


18 comments:

  1. PAK SAMAD ADALAH PEJUANG SEBENAR, PEJUANG BAHASA, PEJUANG TAMADUN MELAYU DI TANAH MELAYU, PENYUMBANG KEPADA KEKAYAAN TAMADUN DUNIA.

    PAK SAMAD LAH PEJUANG BAHASA MELAYU BAHASA IBUNDA SEBENAR, BUKANNYA UMNO YANG TIDAK PERNAH BERBUAT APA2 UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU, MELAINKAN HANYA MEMUSNAHKAN BAHASA SENDIRI.

    ITU LAH WAJAH UMNO!!!

    PAK SAMAD BERJUANG TANPA ADA KEPENTINGAN APA2, IKHLAS DEMI MASA DEPAN ANAK BANGSA, TANPA MENGHARAPKAN APA2.

    JIKA MENGHARAPKAN KEBENDAAN, HARTA YANG PAK SAMAD ADA SUDAH TIDAK KEHABISAN UNTUK DINIKMATI, HARTA INTELEK HASIL2 DARIPADA KARYA AKADEMIK DAN SASTERA BELIAU.

    LAGI PULA UMURNYA YANG TELAH DIPENGHUJUNG SENJA, TIADA APA LAGI KEPENTINGAN DIRINYA YANG HENDAK DIPERJUANGKAN MELAINKAN HANYA PERJUANGAN UNTUK ANAK2 BANGSA.

    WALAU APA PUN ULASAN YG DAN KAWAN2 SEBAGAI KEMPEN UNTUK PRK DUN N31 BAGAN PINANG INI, INSYAALLAH PAS AKAN MENANG DENGAN PENUH BERGAYA...

    TERUSKAN KEMPEN ANDA SECARA MEMAKI DAN MENGEJI SEPERTI INI.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Pak Samad on call. Nnt DAP berkuasa BM dihapuskan kt tgk cmna dia nk revert.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kuda perang, sejak bila pula kuda perang boleh menyebut anak bangsa...... kuda perang apa ? Bukankah selama ini menyebut bangsa dan memperjuangkan bangsa itu 'assobiyah' ?

    UMNO memperkenalkan PPSMI bukan untuk menghapuskan bahasa Melayu, dalam mengejar arus kemajuan pendidikan negara, anak-anak bangsa Melayu sudah jauh ketinggalan terutama dari bidang sain dan perubatan yang banyak dimonopoli oleh kaum Cina dan India. Kuda perang lihat sahaja di IPTA/S sekarang berapa kerat anak Melayu yang sanggup menceburi bidang itu ? Kenapa ? kerana penguasaan bahasa Inggris mereka terlalu lemah untuk menceburinya, anak-anak Melayu lebih menumpukan kepada kursus-kursus mudah untuk mendapat sijil, ijazah, kemudian disogok dengan dakyah-dakyah polotik jumud oleh pembangkang.....

    Yang ketinggalan siapa ? Anak-anak bangsa juga, kalau kuda perang masih mengaku bangsa Melayu...

    ReplyDelete
  4. ala orang melayu pembangkang ni malu nak mengaku dia bangsa melayu. kalau boleh mereka nak salahkan mak bapak sendiri sebab dia dilahirkan dari perut orang melayu.

    Biasalah orang melayu suka hiburan dari perkara berfaedah. sebab tu mereka tak sokong ppsmi sebab mereka malas belajar.

    ReplyDelete
  5. Betul komen Yb Raz dan Junah, kerana terlalu taksub dengan Tok Guru penipu, mereka sanggup menafikan dia adalaj keturunan Melayu.....

    Belajar di IPTA pun cuma cari kursus-kursus yang mudah dapat sijil, lepas tu berlagak aku graduet....... padahal ada yang keputusan peperiksaan akhir semester bawah 2.0 pointer..... lepas tu tunjuk lagak menentang kerajaan UMNO-BN, itulah perangai sesetengah anak Melayu yang diberi bantuan kerajaan UMNO.

    ReplyDelete
  6. ANAK MELAYU ANAK CINA ANAK INDIA ANAK IBAN ANAK KADAZAN ADALAH ANAK BANGSA MALAYSIA.

    PELAKSANAAN PPSMI TELAH MENYEBABKAN ANAK2 BANGSA MALAYSIA TERUK TERJEJAS, PALING TERUK ADALAH ANAK2 MELAYU DAN ANAK2 BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK.

    PERKARA INI DIAKUI SENDIRI OLEH TAN SRI MUHYIDDIN YASIN. KATANYA 3 JUTA ANAK2 BANGSA TERJEJAS KESAN DARIPADA PELAKSANAAN PPSMI.

    PPSMI SEJAK DULU LAGI DITENTANG OLEH PARA CENDIKIAWAN MELAYU, NGO, PERTUBUHAN2 PELAJAR, PARTI2 POLITIK PAS DAN PKR, BAHKAN ORANG2 UMNO SENDIRI RAMAI YANG TIDAK BERSETUJU DENGAN PPSMI, BUKTINYA BANYAK BAHAGIAN2 UMNO DI JOHOR YANG MEMBANTAH SEJAK TAHUN 2002 LAGI SPT UMNO BAHAGIAN PAGOH DAN BATU PAHAT.

    PPSMI BUKANLAH CARA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DIKALANGAN ANAK2 MELAYU DAN BUMIPUTERA, BAHASA INGGERIS JUGA BUKAN BAHASA ASAS YANG UTAMA UNTUK MEMILIKI KEMAHIRAN DALAM ILMU MATEMATIK DAN SAINS.

    SAYA TAHU PERKARA INI KERANA RAMAI KAWAN2 'SCHOOL-MATE' SAYA DAHULU TERLIBAT DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.

    KALAU DULU ANAK2 MELAYU KURANG PANDAI DALAM SATU MATA PELAJARAN SAHAJA IAITU BAHASA INGGERIS, NAMUN SEJAK ADANYA PPSMI ANAK2 MELAYU MENJADI SEMAKIN TIDAK PANDAI BUKAN SAHAJA DALAM SATU MATA PELAJARAN TETAPI EMPAT MATA PELAJARAN!!! TAK PANDAI DALAM MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS, MATEMATIK, SAINS DAN PALING TERUK (MAKSUD SAYA MEMALUKAN) BAHASA MELAYU JUGA.

    INI DAPAT DILIHAT KEPADA DATA MARKAH YANG DICAPAI OLEH MURID2 DAN PELAJAR2 TERUTAMA MURID2 PERINGKAT SEKOLAH RENDAH YANG PADA ASASNYA SANGAT MEMERLUKAN PENDIDIKAN ASAS BAGI MEMUPUK KECENDERUNGAN DAN MINAT TERHADAP MATA PELAJARAN PENTING DEMI MEMBINA MODAL INSAN GEMILANG MALAYSIA MASA DEPAN!!!

    SEPATUTNYA KERAJAAN MALAYSIA NI BIJAK MERENCANA MASA DEPAN ANAK2 MALAYSIA TERUTAMA UNTUK MELAYU DAN BUMIPUTERA, TETAPI HAMPEHHH.. RUPANYA TIDAK BIJAK TETAPI MANGKUK!!!

    ReplyDelete
  7. Kuda perang pernah ke berkunjung ke Sabah dan Serawak, pergi ke kawasan-kawasan pendalaman, lihatlah suasana muka bumi di sana, kerajaan BN berusaha memajukan anak-anak bumiputera di sana, jangan hanya tahu cakap je....

    Pencapaian murid-murid sekolah rendah, jangan letakkan 100% kesalahan pada PPSMI, berapa ramai Guru-Guru yang pro pembangkang yang sengaja membenamkan perlaksanaan PPSMI kerana otak mereka tidak mahu maju, pemikiran mereka hanya politik dengan menghasut ibubapa, sedangkan mereka sendiri tidak mampu mengajar, jadi guru pun kerana terpaksa nak kan kerja....

    Di tempat kawan 80% Guru-Guru dari Kelantan yang pro PAS, mereka inilah yang jadi dalang mensabotaj PPSMI...... jangan pandang sebelah mata sahaja dan meletakkan kesalahan pada kerajaan UMNO-BN.....

    Kerana kebijaksanaan merencanakan masa depan anak-anak bangsa dengan pelbagai subsidi dalam pembelajaran, adakah kerana kelemahan mereka sendiri harus diletakkan kepada kerajaan ?

    Kerana kebijaksanaan merancang maka kuda perang boleh mencapai pendidikan sedemikian rupa, berbeza dengan bumiputera di negara jiran Indonesia yang kebanyakan tidak mampu menampong pembiayaan pelajaran walau pun mempunyai otak yang cerdik......

    Kalau kuda perang berada di zaman kawan dahulu, semuanya harus ditanggung oleh ibubapa untuk belajar, tiada pinjaman buku tek, tiada biasiwa sekolah menengah, tiada pinjaman untuk ke IPTA/S, berapa kerat anak Melayu zaman kawan berjaya ke IPTA, yang banyak semua anak-anak Cina......, kawan bersyukur dengan dasar kerajaan sehingga anak-anak kawan dapat meneruskan pelajaran ke IPTA tanpa kawan menjual harta benda, macam bapak kawan dulu terpaksa menjual sebidang tanah untuk menampong kawan belajar.....

    Jangan menafikan apa yang kerajaan UMNO-BN buat untuk rakyat, belajarlah sedikit bersyukur dan berterima kasih kerana kuda perang tidak lahir zaman kawan dulu.....

    ReplyDelete
  8. MANGKUK SEBAB ADA UMNO DI DALAM KERAJAAN..

    NAK MAJU DALAM BAHASA INGGERIS BUKANNYA KENA BELAJAR BAHASA INGGERIS MELALUI MATEMATIK DAN SAINS, TETAPI PERKASAKAN LAH SILIBUS ATAU SUKATAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS ITU SENDIRI.

    PADA PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH RENDAH, SEPATUTNYA MURID2 TIDAK BELAJAR MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS, TETAPI DALAM BAHASA IBUNDA.

    TENGOK SAHAJA IRAN, PAKISTAN, JEPUN, KOREA UTARA, KOREA SELATAN DAN INDONESIA. MEREKA SEMUA MAJU DALAM ILMU SAINS DAN MATEMATIK BUKAN MELALUI BAHASA INGGERIS TETAPI MELALUI BAHASA IBUNDA MASING2.

    IRAN MAJU DALAM ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI HINGGA MAMPU MENGEKSPLOITASI TENAGA NUKLEAR SEBAGAI TENAGA GUNA NEGARA DAN JUGA SUMBER TENAGA INDUSTRI, MEREKA JUGA BERUPAYA MEMILIKI PELURU BERPANDU SHAHAB I, SHAHAB II DAN SHAHAB III YANG BERKEUPAYAAN MEMBAWA PELEDAK SEHINGGA SEJAUH 1500KM KE 2000KM.

    BEGITU JUGA DENGAN PAKISTAN, MEREKA TELAH MENCIPTA PELURU BERPANDU GHAZNI I, GHAZNI II DAN GHAZNI III. TAK KURANG HEBATNYA KOREA UTARA DENGAN PELURU BERPANDU RODONG I DAN RODONG II.

    JEPUN DAN KOREA SELATAN PULA MAJU DALAM PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR UNTUK MENJANA INDUSTRI DAN BEKALAN TENAGA ELEKTRIK NEGARA MEREKA.

    INDONESIA PULA TELAH BERUPAYA MEMBINA PELANCAR ROKET UNTUK MELANCAR ROKET KE ANGKASA YANG DIBINA SENDIRI DI DALAM NEGARA MEREKA SENDIRI.

    SEMUA PENCAPAIAN MEREKA DIPEROLEHI MELALUI PENGUASAAN ILMU SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI MENGGUNAKAN BAHASA IBUNDA SENDIRI.

    DALAM MASA YANG SAMA MEREKA TETAP TERKEHADAPAN DALAM MENGUASAI BAHASA INGGERIS - IAITU SATU BAHASA ANTARABANGSA YANG PALING TIDAK BERGUNA DAN PALING HAMPAS DI DUNIA PADA ASALNYA..!!

    TETAPI BAHASA INGGERIS HANYA MEMPUNYAI NILAI SETELAH BANGSANYA MENJAJAH BUMI ISLAM DAN MERAMPAS SEGALA KHAZANAH ILMU YANG DIMILIKI OLEH UMAT ISLAM KEMUDIAN DITERJEMAHKAN KEPADA BAHASA MEREKA.

    SAYA BUKAN PENENTANG BELAJAR BAHASA INGGERIS, TETAPI NAK MAJU DALAM MENGUASAI BAHASA INGGERIS BIARLAH KENA CARANYA.. JANGANLAH LAKSANAKAN DASAR2 MANGKUK YANG TAK BERGUNA, SEPERTI KATA PROF DIRAJA DATO UNGKU AZIZ: "DASAR PPSMI ADALAH DASAR GILA" SEBALIKNYA PERKASAKAN BAHASA INGGERIS MELALUI KAEDAH LAIN YANG LEBIH EFEKTIF DAN BERDAYA MAJU!!!

    ReplyDelete
  9. Saya minta maaf kepada YG kerana teremosi dalam melontarkan kata2, ini adalah tidak lain dan tidak bukan kerana manifestasi daripada nafsu ammarah saya terhadap UMNO.

    Tidak dinafikan ada benyak juga kebaikan yang telah dilakukan oleh UMNO, tetapi oleh kerana tidak kurang juga banyaknya kemusnahan yang telah dibuat oleh UMNO membuat hati saya menjadi jengkel.

    Dahulu kaum kerabat saya sendiri adalah ahli dan penyokong UMNO termasuk ayah saya. Tetapi bermula pada akhir tahun 80-an, seawal tahun 90-an keluarga saya dan kaum kerabat telah berubah hati dan pendirian setelah menemui kebenaran.

    Kronologinya bermula slepas UMNO diHARAMkan oleh mahkamah, Peristiwa Memali dan Pemecatan Ketua Hakim Negara pada masa itu.

    Sementelahan pula kami mula mengenali poltik cara Islam.

    Harap maaf di atas kekasaran bahasa..

    ReplyDelete
  10. Kuda Perang, jangan mudah menghina orang,

    Apakah tidak mangkuk PAS yang bersama kerajaan pakatan di Selangor dan Pulau Pinang, sehinggakan wakil rakyat PAS diperbodohkan dalam mentadbir kerajaan....... walau pun UMNO anda kata mangkuk, tetapi sekurang-kurangnya menerajui kerajaan, untuk mempertahankan hak Melayu-Bumiputera dan agama, bukan jadi barua DAP kerana jawatan....

    Awak tahu ke, ahli-ahli sain di Indonesia menggunakan semata-mata bahasa ibunda mereka....

    Kenapa terlalu jumud membuat andai dengan Jepun dan Korea, bukan Jepun sejak dari belum perang dunia mereka sudah mencipta kereta, kapal terbang dan senjata sendiri, mereka ada ilmu sendiri, sebab itu mereka tidak perlukan belajar dari luar dan menceduk ilmu bangsa asing..

    Iran, bukankah Iran kebanyakkan berbahasa Perancis selain bahasa ibunda sendiri, mereka juga menceduk ilmu dari Perancis dan Rusia.

    Pakistan, juga kebanyakan ahli-ahli bijak pandai sain berlajar dari bahasa Inggris, bukan 100% dalam bahasa ibunda mereka, itu bagi yang keluar dari kepompong budaya kuno Pakistan, kalau nak kaji warga Pakistan kuno dan jumud sesama bangsa dan agama pun bunuh membunuh....

    Orang-orang Arab, walau pun ahli-ahli sain datang dari bangsa Arab, datang dari cendiakawan Islam, kerana kebodohan, sekarang terpaksa menggunakan kepakaran asing untuk mengendali waima jet pejuang yang mereka beli...

    Kita di Malaysia, orang Melayu baru menuju ke arah kemajuan pelbagai bidang, sebab itu apabila mulanya merdeka, Tun Razak mengutamakan ilmu sebagai landasan untuk perubahan nasib orang Melayu, tanyalah mak bapak anda, kenapa dulu ada 'sekolah dewasa', apa tujuan kerajaan pada masa itu mengutamakan celik huruf ? sehingga sekarang sekurang-kurang bangsa Melayu bukan tidak berilmu dan harus dipertingkatkan....

    Perlu diingat juga, kenapa kerajaan sekarang menambahkan juga matapelajaran sain dan matematik di sekolah-sekolah aliran bahasa arab atau agama ?

    kalau zaman kawan dulu, kalau nama sekolah agama, hanya tertumpu kepada agama 100%...... ini bertujuan selain pelajar mendapat didikan agama mereka juga mendapat didikan dalam bidang ilmu lain......

    Sekali lagi kawn nak ingatkan, jangan terlalu jumud dalam pemikiran dan jangan terlalu riak dan angkuh untuk menghina orang lain.....

    ReplyDelete
  11. Kuda perang, kita sesama Islam yelah diajar untuk memaafkan antara satu sama lain....

    Kawan juga datang dari keluarga totok PAS, alayarham bapa saudra kawan 5 penggal menjadi calon dalam pilihan raya, sekali pun tidak menang, Tok Aki kawan lebih 20 ekar menjual tanah harta pusaka untuk menampong perjuangan PAS, tetapi apabila keluaraga kami sedar telah terlalu banyak pembohongan dan penipuan, sedangkan kami langsong tiada harta, kami meninggalkan PAS dan menyertai UMNO.

    Hasil pertolongan UMNO, anak-anak alayarham bapa sudara kawan dapat belajar sampai ke IPTA, dan sekarang menjadi orang berguna, salah seorangnya telah menjadi profesor (DR) di UIA sekarang.......

    ReplyDelete
  12. Hamba adalah hasil dari zaman susah. Zaman bangsa Melayu ini lemah, tidak berpelajaran, miskin dan hina. Sekolah, yang sampai ke peringkat menengah, yang kedua dalam negeri Terengganu DI mula mengambil 41 orang murid darjah 1 pada tahun 1954. Salah seorang daripada 41 orang itu adalah hamba sendiri. Sekolah itu ialah sekolah Inggeris. Hamba pun belajarlah semua mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.

    Ada kawan kawan yang bertugas sebagai editor bagi beberapa media cetak termasuk DBP pernah mengutip beberapa tulisan hamba untuk dimuatkan dalam penerbitan mereka. Pada ketika itu bila menulis dalam bahasa Melayu hamba selalu keraskan hati untuk menggunakan perkataan perkataan Melayu sepenuhnya.

    Malangnya apabila hamba berkeras begitu banyak jugalah istilah bahasa Melayu yang tulin terpaksa hamba kembarkan dengan perkataan bahasa Inggeris yang diletakkan dalam kurungan. Sebabnya hamba terpaksa berbuat begitu ialah kerana takut ramai pembaca tidak akan faham istilah Melayu yang tulin itu.

    Dengan pengalaman itu hamba tidak dapat mengelak daripada bertanya kepada Pak Samad; kenapa kita ini takut sangat nak belajar dalam bahasa lain? Tidakkah penguasaan bahasa lain itu boleh membantu kita dalam usaha mengukuh dan memperkasakan penguasaan bahasa ibunda kita sendiri.

    Cuba cubalah kita belajar membina tambahan kebijaksanaan dengan mengizinkan diri memandang secara terbuka dari jurus jurus berlainan. Janganlah kita merelakan diri untuk mematikan diri terkurung dalam petak terkotak minda perasan.

    Hamba juga ada tiga orang anak yang pernah belajar dalam jurusan sains tulin sebelum PPSMI dilaksanakan. Sebagai bapa yang mengambil berat terhadap pelajaran anak anak hamba pun membiasakan diri membaca juga buku buku yang mereka baca, termasuk buku teks mereka.

    Rupanya buku buku yang ditulis dalam bahasa Melayu itu penoh dengan istilah dari bahasa Inggeris. Sememangnyalah begitu; kerana ilmu asalnya adalah dari bahasa Inggeris.

    Maka terfikirlah hamba betapa kalau anak anak kita itu diberi peluang untuk secara langsung mengamati pelajaran tertentu (Meths. & Sains) itu dalam bahasa asalnya. Minda dan nilai Melayunya tentulah dapat kita belai dan kekalkan melalui asuhan persekitaran.

    Apabila PPSMI diumumkan hamba cukup seronok kerana ia serasi dengan pemikiran hamba sendiri. Namun rupanya ada yang menentang dan dihujung kini golongan penentang itu termasuk Pak Samad.

    Pak Samad ada hal lain ke ? Tidak ada kena mengena dengan rajuk sastra kan ?

    Seterusnya hamba juga mempunyai pengalaman menyimpan mesai dan janggut yang panjang. Cuma hamba tidak perlu menyelak mesai ketika hendak menyuap makanan kedalam mulut kerana hamba masih sedar bahawa mengikut sariat mesai tidak boleh melangkau paras bibir. Begitu juga janggut hamba; bila panjangnya melepasi ukuran setapak tangan, hanba akan potong ia. Kerana itu adalah sariat.

    Walau macam mana pun hamba tidak pernah menyentuh misai dan janggur orang lain kerana ia adalah masing masing. Masing masinglah kena jaga. Tanggongan juga adalah masing masing.

    Janganlah hendaknya kita menjadi bijak makan orang untuk kepuasan napsu ummarah atau sedikit untung untuk diri sendiri tersirat disebaliknya.

    Wallahuaalam.

    ReplyDelete
  13. Bukan semua yg pak samad kata tu tak betul.

    ReplyDelete
  14. salam..

    memang benar pak samad seorang intelek..
    tapi kadang -kala seseorang itu kalau dah terlalu pandai dia terlupa mengenai perkara2 kecil..

    beliau sudah merasa kemewahan hidup atas daya usaha beliau..
    memang itu kita akui..
    dia boleh hidup dengan bahasanya..

    tapi saya nak bertanya pada pak samad..
    apa pula nasib graduan muda yang baru nak bertatih seperti saya di alam pekerjaan ini..

    cuba fikirkan jika kami hanya tahu berbahasa melayu bagaimana kami ingin bersaing di peringkat antarabangsa..

    bukankah dengan mempelajari banyak bahasa kita dapat menambahkan ilmu..bahasa inggeris dikenali karana ia merupakan sumber rujukan ilmu di dunia ini..

    jadi pada pak samad..cuba2lah bertemu dengan2 kam di bawah ini..janganlah anda perjuangkan prinsipal sempit anda sahaja..

    ReplyDelete
  15. yangGAMBI,

    sudah2lah..mengucap banyak2..sapelah nak baca ko punye blog nie..tak matang betul...cakap pun tongang tebalik..ape nak jadilah ko ni GAMBI..baik GAMBIR je...nak tunjukkan anda tu betul..bagilah fakta..barulah org nak baca..kalau ikut kepala ko , kawan2 ko jelah yang baca...

    ReplyDelete
  16. Saya tidak menghina orang, apa yang saya nyatakan adalah kenyataan sebenar, kalau terkena pada batang hidung pun bukan niat saya untuk menghina. Saya berpegang kpd prinsip ‘Qulil haqqa walau kaana murran’ (Berkatalah benar sekalipun ianya adalah pahit).

    Berdasarkan faktor apa YG kata PAS mangkuk? PAS di Selangor dan Pulau Pinang adalah kerajaan. Jika dikatakan PAS diperbodohkan, diperbodohkan disegi apa? Sedangkan dalam Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang PAS berada dalam semua peringkat pentadbiran kerajaan dari peringkat negeri hingga ke peringkat bawah Pihak Berkuasa Tempatan dan JKKK. PAS juga berada dalam Syarikat2 Kerajaan Negeri (GLC) anak2 syarikat. Kedudukan ini memberikan kuasa kepada PAS bersama2 PKR dan DAP membentuk dasar kerajaan negeri bahkan menjadi pemantau semak dan imbang (check and balance) terhadap pentadbiran kerajaan nnegeri.

    Dalam tempoh baru dua tahun PR memerintah di Selangor dan PP banyak kejayaan telah disumbangkan oleh PAS untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum. Malah dalam masa yang sama Islam juga lebih terbela dan semakin dimartabatkan. Usaha2 meningkatkan prasarana dan mengadakan kegiatan2 bagi menjadi pemangkin kepada perkembangan Imu Islam juga sedang digiatkan. Ini semua tidak pernah terjadi semasa pemerintahan UMNO-BeEND.

    Pada zaman UMNO-BeEND kegiatan agama Islam di negeri2 tersebut dihalang dan dibataskan dengan pelbagai syarat dan halangan bermotifkan politik. Takut sangat rakyat faham Islam, takut rakyat tolak UMNO-BeEND! Kegiatan di masjid2 hanya terbatas setakat solat lima waktu dan ceramah agama yang tidak merangkumi semua bab yang sepatutnya umat Islam fahami. Sedangkan ilmu Islam adalah sangat luas dan tidak terbatas kepada perkara2 asas mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan nikah kahwin sahaja. Masih banyak lagi Ilmu Islam yang perlu dipelajari; politik, sosial, ekonomi, jenayah, perniagaan, pertanian, penternakan, pembinaan, pembangunan, perubatan, teknologi dan banyak lagi mengikut ajaran Islam.

    Kalau PAS terhegeh-hegeh nak sangat jawatan, dah lama PAS sambut Kerajaan Perpaduan yang ditawarkan Najib Razak Presiden UMNO! Tetapi oleh kerana PAS memperjuangkan kebenaran maka PAS tidak terjerat dengan umpan Kerajaan Perpaduan atas nama PERPADUAN PAS + UMNO. Kenapa PAS tolak?! Kerana perpaduan sebenar bukan hanya PAS + UMNO, PERPADUAN SEBENAR ialah perpaduan yang melibatkan semua Parti Politik yang membabitkan seluruh rakyat Malaysia barulah PERPADUAN. Kalau perpaduan setakat untuk menyelamatkan UMNO (Parti Melayu untuk kepentingan Melayu aristokrat sahaja) baik TAK PAYAH! Perpaduan sebenar ini mesti melibatkan kepentingan Islam bukan melibatkan Melayu (atau Arab atau apa2 bangsa pun), bila Islam dijaga, semua yang lain pun akan turut terjaga kerana Islam itu adil dan saksama.

    Ahli-ahli sains Indonesia memang mempelajari Ilmu Sains dan Matematik dalam Bahasa Ibunda mereka pada peringkat asas. Kemudian setelah mereka menguasai prinsip2 ilmu tersebut barulah mereka mengkaji dan mendalami ilmu itu melalui bahasa selain Indonesia. Saya tahu kerana saudara saya berkahwin dengan orang Indonesia, seorang bersuamikan orang Mendailing, Sumatera (Ahli Perniagaan, Graduan Universitas Andalas) dan seorang lagi bersuamikan orang Solo, Jawa (Wartawan, Graduan Universitas Gajahmada). Banyak maklumat dan perkembangan terkini dapat kami kongsi bersama walaupun jarang kali berjumpa, sekali atau dua kali dalam setahun seperti terutama di hari raya.

    ReplyDelete
  17. Yang saya tekankan disini ialah untuk menguasai ilmu2 Sains dan Matematik diperingkat asas mesti melalui Bahasa Ibunda! Barulah PENGUASAAN dapat dicapai pada TAHAP MAKSIMA. Setelah menguasai asas2 ilmu itu dengan kukuh terserahlah samada mahu mendalaminya melalui Bahasa Jepun atau Bahasa Arab atau Bahasa Russia dan apa bahasa sekalipun!

    Yang Gambi jangan nak menipu saya di sini, Yang Gambi membuat saya tergelak sahaja, Penduduk Iran tidak menggunakan Bahasa Perancis, samada sebagai bahasa kedua atau ketiga pun tidak, mereka menggunakan Bahasa Parsi sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Arab sebagai bahasa kedua, tetapi mereka juga menguasai bahasa2 asing yang lain. Mereka mempelajari Ilmu Sains dan Matematik melalui bahasa ibunda.
    Betul orang2 Jepun mula mengorak langkah menjadi maju sejak zaman sebelum Perang Dunia Ke-II lagi, sejak zaman Keshogunan Tokugawa lagi, bermula pada era Pemerintahan Meiji Mikado lagi mereka telah memperkasakan ilmu pengetahuan mereka. Mereka menceduk segala ilmu daripada bahasa asing dengan cara menterjemahkan ilmu tersebut ke bahasa mereka, lalu mereka menyebarluaskan dan mempelajarinya. Selepas Perang Dunia Ke-II orang Jepun lebih giat mendalami ilmu sains, matematik dan teknologi. Hingga menjadi ibarat hari ini USA menerbitkan buku, besoknya orang Jepun terus menterjemahkan buku itu ke bahasa mereka. Nah Yang Gambi lihat di situ bagaiman orang Jepun lakukan untuk menguasai ilmu. Begitu lah juga yang dilakukan oleh negara2 lain yang saya sebut tadi.

    Saya nak tanya Yang Gambi sikit, orang German, French, Spanish, Portuguese, Italy, Russia dan Belanda belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris jugak ke?

    Pasal Pakistan berperang dan membunuh atau apa pun yang berlaku di negara mereka bukan berkaitan dengan mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa apa.. mereka maju dalam mengejar ilmu bermula dengan penguasaan asas ilmu2 itu melalui Bahasa Urdu dan Pushtun, daripada terjemahan buku2 ilmiah bahasa asing ke bahasa mereka. Pun begitu mereka tetap mahir dalam bahasa Inggeris juga, apa kaedahnya? Itu yang kita nak tahu..

    Apa yang berlaku terhadap orang2 Arab samalah seperti yang berlaku kepada orang2 Melayu, menggunakan kepakaran asing! Masing2 membiarkan kepala otak dijajah oleh pemikiran barat yang kononnya Barat Hebat! Kolot sungguh..Padahal Barat tidaklah hebat, tetapi yang hebatnya ialah ilmu yang mereka ada yang asalnya adalah memang milik orang Islam sendiri.

    Tetapi sekarang ini orang Arab pun sudah mengorak langkah baru, tinggal lagi sebahagian umat Melayu sahaja yang masih dibalut pemikiran orthodoks..berahak..

    Dulu sekolah agama tidak mempelajari ilmu2 selain ilmu agama secara khusus kerana kesan pengasingan antara aagam dan duniawi mengikut dasar secular yang diamalkan oleh Kerajaan pimpinan UMNO-BeEND. Tetapi dalam kitab2 agama sebenarnya ada ilmu2 dunia yang orang yang tak belajar tak tahu, iaitu perkara2 yang saya sebutkan di atas tadi; politik, sosial, ekonomi, jenayah, perniagaan, pertanian, penternakan, pembinaan, pembangunan, perubatan, teknologi dll.

    Saya sentiasa terbuka dan tidak akan jumud kerana Islam tidak mengajar umatnya menjadi umat yang jumud beku atau kaku yang tidak dapat menerima kebenaran yang dibawa oleh Islam. Jika sesuatu perkara itu benar sekalipun dari pihak UMNO saya akan tetap terima.

    Tidak seperti sesetengah kawan saya, apa sahaja yang di bawa oleh PAS semuanya ditolak dan dibangkang.

    ReplyDelete
  18. Aku Darah Anak Melayu,
    janganlah jadi jumud seperti yang diperingatkan oleh Yang Gambi! Martabatkan Bahasa Melayu pun jangan sampai tinggal dan tak pandai Bahasa Inggeris atau bahasa2 asing yang lain.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..