KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata aspek kebudayaan, bahasa dan seni antara Malaysia dan Indonesia adalah serupa sejak dahulu lagi kerana penduduk kedua-dua negara adalah daripada rumpun Melayu.
Untuk itu mana-mana pihak di Malaysia dan Indonesia tidak boleh mempertikaikan jika terdapat persamaan budaya antara rakyat keduadua negara kerana masing-masing mempunyai talian darah dan sejarah, katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan 19 wartawan dari Bukit Tinggi, Padang, Indonesia di pejabatnya di sini hari ini. KLIK
Komen ; Dahulunya, Malaysia - Indonesia adalah negara yang mempunyai masyarakat pribuminya berasal daripada satu rumpun yang bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan.
Di Malaysia, bangsa Melayu terdiri dari etnik yang berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan nusantara kepulauan Melayu di Indonesia.
Akibat daripada perjanjian penjajah Inggeris-Belanda 1824, gugusan kepulauan nusantara Melayu telah berlaku pengasingan yang ditadbir oleh Inggeris dan Belanda, kemudiannya menjadi negara Malaysia dan Indonesia. Selepas Indonesia mencapai kemerdekaan dari Jepun-1946 dan Malaysia dari jajahan British-1957, ianya telah membawa kepada pemisahan dua rumpun bangsa Melayu Malaysia dan bangsa Melayu Indonesia.
Ciri kebudayaan yang sama serta seni tradisional yang diamalkan oleh etnik Jawa seperti Kuda Kepang, Barongan, Tarian Pendet, Tarian Kecak dan sebagainya juga diamalkan oleh masyarakat Melayu yang berketurunan Jawa di Malaysia.
Mengapa mesti timbul isu “meniru dan mencuri budaya” oleh warga Indonesia, sedangkan Melayu Malaysia dan peribumi Indonesia datang dari satu rumpun yang sama ?
Sepatutnya masyarakat pribumi Malaysia dan Indonesia seharusnya mencari titik-titik persamaan dan bukannya mencari titik-titik perbezaan yang boleh mengeruhkan keharmonian antara kedua-dua Negara.
Rakyat Negara Malaysia dan Indonesia harus berbangga kerana mempunyai kebudayaan yang sama dan serupa hasil dari satu aliran darah dan bangsa serumpun.
Adalah wajar kalau Datuk Seri Dr Rais menjelaskan kepada wartawan-wartawan dari negara Indonesia berhubung titik persamaan dan keserupaan budaya serumpun di antara Malaysia dan Indonesia. Kerajaan memerintah di Indonesia haruslah mengajar dan mendidik warganya ke arah kejernihan dan keharmonian hubungan akrab di antara kedua-dua bangsa yang serumpun.
Sudah masanya masyarakat serumpun Melayu di Malaysia dan Indonesia mewujudkan kemesraan dan keharmonian yang akrab melalui kebudayaan yang serupa ini. Perasaan curiga dan syak wasangka terhadap pengamalan budaya yang sama dan serupa di antara Malaysia dan Indonesia tidak seharusnya di jadikan isu untuk merenggangkan hubungan yang jernih dek kerana budaya yang banyak persamaan.
Kata orang,kita serumpun tetapi bukan setakat carik-carik bulu ayam..hubungan tak semesra mana pun..malas nak guna ayat-ayat keras sebabnya Malaysia saja tunjuk baik tapi Indonesia tak hargai pun..
ReplyDeleteBetul tu CCZ, dah menjadi adat orang-orang Melayu di Malaysia yang banyak menggunakan akal dari bertindak melulu.......
ReplyDeletesalam yang gambi
ReplyDeleteisu Budaya ini ditimbulkan Media Indonesia... kerana isu ini juga timbul ganyang Malaysia.. dan kerana ini juga kita bersenggeta.. tapi bila berlaku bencana, Malaysialah antara negara terawal turun membantu mangsa.. jesteru, apa guna kita bersenggeta? kenapa kita tak share apa yang ada? dunia ni sekejap saja... share-sharela apa yang ada.
Salam Yanggambi,
ReplyDeleteSebenarnya rakyat Indonesia tidak terasa yang "tebalnya semangat nasionalisme" mereka terhadap negara Indonesia telah diperhatikan oleh Singapura. Saya lihat perkara ini adalah suatu kemungkinan yang besar.
Pihak Singapura telah melihat terdapat kelemahan yang ada pada diri rakyat Indonesia iaitu terletak pada ketebalan semangat kebangsaan pada negara mereka.
Jadi kita tahu-tahu sajalah bahawa Singapura memang semakin tidak selesa dengan Malaysia dan juga Indonesia... maka Singapura telah mencari jalan awal bagaimana untuk mengkucar-kacirkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia. Bagi Singapura, jika hubungan antara kedua negara itu semakin akrab maka bermakna ianya secara otomatik adalah satu ancaman juga kepada Singapura.
Singapura telah menggunakan cara yang paling halus yang sukar untuk dilihat oleh orang lain dari luar. Oang Malaysia sendiri mungkin ramai yang tidak menyedari akan hal ini...
Salam yang gambi,
ReplyDeleteSepatutnya jika satu rumpun bangsa perlulah bertolak ansur di antara satu sama lain. Jika tidak puas hati kita boleh berbincang tidak melakukan protes yang menguris hati hati rakyat Malaysia. Kita lihat banyak sumbangan yang diberikan kepada kerajaan Indonesia dalam hal bencana gempa bumi, rakyat Indon banyak di negara ini bekerja dan berkahwin dengan rakyat negara ini dan berbagaibagai lagi. Perkara sedikit ini sepatutnya bertimbang rasalah sedikit.
kita semua tahu yang singapore ini ibarat israel di asia tenggara..malah mereka memang mempunyai hubungan diplomat dengan israel..
ReplyDeleteindonesia mempunyai masalah kewangan dan kepimpinan maka mereka boleh mengambil kesempatan..mereka nak cucuk jarum pada rakyat malaysia tak jalan sangat..
kalau indonesia, malaysia dan brunei bersatu didalam segala bidang, tak mustahil orang melayu akan mencapai kemajuan yang paling tinggi di asia tenggara ni..
ini lah salah satu sebab kenapa singapore takut kalau negara melayu islam ni bersatu..
maaf kalau keluar topik ini antara satu sebab rasional yang boleh kita sama fikirkan..apatah lagi israel sememangnya benci dan berharap negara malaysia menjadi lemah seperti indonesia..
israel tak takut orang arab kerana orang arab tidak bersatu..sebab itu mereka takut kalau orang melayu islam ni bersatu..
dan apabila orang melayu ni bersatu dan mempengaruhi orang arab untuk sama bersatu, mereka akan kehilangan baitulmuqdis..
inilah cara perang salib yang baru..dengan memecah belahkan umat islam, yahudi dan kristian dapat memerintah dunia..
Isu ini memperlihatkan kepada Dunia bahawasanya kebijaksanaan Kerajaan Malaysia menangani Isu ini. Malaysia tidak pernah melatah bahkan terus memberi sumbangan kepada mangsa gempa bumi. Biarlah Dunia yang menilainya keikhlasan Malaysia untuk terus berkawan dengan Indonesia. Jangan bimbang apa yang berlaku hanya segelintir sahaja, puak macam ni pun bersepah di Malaysia.
ReplyDeleteKomen sahabat-sahabat yang patut direnungi semua rakyat Malaysia khusus orang Melayu-Bumiputera, keutuhan kekuatan yang menjadi kebimbangan musuh-musuh Islam dan berusaha menjatuhkannya melalui jiran-jiran dan juga pengkhianat-pengkhianat dari dalam negara....
ReplyDeleteTerima kasih di atas komen yang membina....