KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Projek Sayang, projek terbaru Wanita Umno yang melibatkan program kebajikan, kesukarelawan dan kemasyarakatan dapat menampilkan imej baru untuk pergerakan itu dan kepada Barisan Nasional secara keseluruhan.
"Harap semua bahagian dan parti-parti komponen BN akan melaksanakan aktiviti Skuad Sayang ini dengan penuh semangat sebagai satu lagi program baru yang boleh tingkatkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran projek itu serta majlis rumah terbuka Aidilfitri pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Pelancaran projek itu disempurnakan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam ucapannya, Rosmah berkata dengan Projek Sayang melalui penubuhan 'Skuad Sayang' dan 'Stor Sayang' ia bukan sahaja mampu mengatasi masalah orangr amai malah ia dapat mendekatkan dan mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dengan pemimpin.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata projek itu diharapkan dapat mendekatkan anggota pergerakan itu terus kepada masyarakat tanpa perlu melibatkan peruntukan besar. Selanjutnya KLIK
"Harap semua bahagian dan parti-parti komponen BN akan melaksanakan aktiviti Skuad Sayang ini dengan penuh semangat sebagai satu lagi program baru yang boleh tingkatkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran projek itu serta majlis rumah terbuka Aidilfitri pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Pelancaran projek itu disempurnakan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam ucapannya, Rosmah berkata dengan Projek Sayang melalui penubuhan 'Skuad Sayang' dan 'Stor Sayang' ia bukan sahaja mampu mengatasi masalah orangr amai malah ia dapat mendekatkan dan mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dengan pemimpin.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata projek itu diharapkan dapat mendekatkan anggota pergerakan itu terus kepada masyarakat tanpa perlu melibatkan peruntukan besar. Selanjutnya KLIK
Pendapat kawan, ini adalah satu idea yang baik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO-BN.
Rakyat bukan semuanya meminggirkan atau sudah hilang keyakinan kepada UMNO-BN, terutama dari golongan keluarga miskin yang berpendapatan rendah, sama ada yang berada di kota-kota besar, pinggir-pinggir kota atau di kampung-kampung pendalaman.
Kadang-kadang, golongan ini yang dahulunya setia kepada UMNO-BN begitu mudah dipengaruhi dakyah pembangkang untuk beralih arah, membenci UMNO-BN. Sentimen perkauman, rasa tidak dipedulikan, dipinggirkan begitu mudah meresap ke dalam jiwa mereka kerana kegagalan kepimpinan setempat memberi permerhatian sewajarnya.
Tidak salah kalau dikatakan konsep ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ sememangnya sudah lama lenyap dari sebahagian kepimpinan UMNO-BN sama ada di peringkat Cawangan, Bahagaian, Majlis Tertinggi mahu pun dari Wakil-Wakil Rakyatnya, sehinggakan golongan ini begitu mudah mengambil jalan mengenepikan UMNO-BN dari lubuk hati mereka. Buktinya dapat kita lihat pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, disitulah tempat mereka meluahkan segala perasaan yang telah lama tersurat di dalam hati mereka.
Perlu diingatkan juga kepada rakyat golongan pertengahan, kakitangan kerajaan, swasta, pekerja kilang dan guru-guru juga perlu pendekatan yang sewajar.
Tidak keterlaluan dinyatakan, kebanyakkan golongan ini juga tidak pernah diambil peduli oleh sebahagian kepimpinan UMNO-BN, terutama dari kalangan guru-guru, kadang-kadang kita melihat golongan ini seolah-olah berada dalam kelompok masyarakat berasingan dengan masyarakat setempat.
Syukurlah, dalam merealisasikan konsep ‘1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’, wujudnya ‘skuad sayang’ Wanita UMNO-BN mengiringi program ‘beras percuma’ kepada keluarga miskin tegar berpendapatan rendah dan sederhana.‘dari kerajaan.
Walau bagaimanapun, pelaksana tugas ‘skuad sayang’ ini perlu disemaikan sikap ikhlas dan jujur, hindarkan menampilkan watakwatak yang boleh mendatang rasa meluat dikalangan masyarakat, hindarkan sifat-sifat mementingkan kaum kerabat serta kroni-kroni. InsyaAllah, rakyat akan sentiasa mengenang budi dan jasa yang telah dihulurkan……..
WANITA UMNO.. Love u all...hahhaah!!
ReplyDeleteitu la budaya umno yg dah berjangkit kpd puteri2 & putera2nya... cuba nengok akhlak puteri & putera pd hari mengundi di mana2 saja
ReplyDeletepenulis blog ni pon sama dkt atas blog ada kalimah bismilla tapi tuduh orang kaki liwat kaki jubur macam dah nampak depan mata jer... sedangkn islam itu kata selagi tak nampak jgn tuduh2... ada otakpon terpegaruh dgn permaian yahudi... camner umno nak dpt sokongan orang2 ugama dlm parti pembangkang... kalau perangaipon sama jer
cili merah
salam bro,
ReplyDeletecerita serius...gud but bila tengok gambar tu terguling-guling teman dibuatnya...
Salam Yang Gambi,
ReplyDeleteGambar bawah tu kena extra squazeeeddd. Funnylah.
Satu tindakan menepuk air di dulang ialah bial bila Ketua Puteri Pahang yg kalah bertanding Ketua Puteri Malaysia melihat bahawa Puteri konon lsesu..Commonlah..rehatkan sikap "Kalo Aku Baru Bole" sambutlah sikap dan Konsep 1Malaysia.
Salam lagi Bro.
Moga Skuad Sayang ini boleh mengembalikan kepentingan Wanita UMNO. Untuk Puteri, CCZ lihat dan cadangkan bawa satu program yang sama hebat dengan Puspanita yang diwujudkan di setiap jabatan dan agensi Kerajaan.
ReplyDeleteTerima kasih sahabat komen,...
ReplyDeleteSenja Liza, kawan sebenarnya tak berapa faham komen puan dan dengan bekas Ketua Puteri Pahang yang kalah bertanding, maaflah.
Sebenarnya kawan tidak bermaksud menyindir sesiapa dalam artikel ini, ianya sekadar pandangan kawan agar semua agenda/program/projek yang dilaksanakan UMNO serta sayap-sayapnya untuk mendekati masyarakat, khususnya Melayu-Bumiputera bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.....
Hasrat kepimpinan tertinggi parti-kerajaan dalam melancarkan pelbagai program untuk kebajikan rakyat tidak berterusan serta lancar terlaksana apabila kepimpinan akar umbi melaksanakannya sambil lewa, tidak ikhlas dan tidak amanah...... akhirnya hanya tinggal slogan.
Era Najib, pembaharuan dalam UMNO yang dihasratkannya perlu dipandang serius oleh semua pihak, sikap medekati ahli-ahli dan masayrakat apabila tiba musim bertanding peringkat Bahagain dan Cawangan atau musim Pilihan Raya perlu diubah oleh kepimpinan setempat.....
Salam Yanggambi,
ReplyDeleteSkuad Sayang tu janganlah nanti jadi seperti hangat-hangat tahi ayam... mula ditubuhkan bukan main semangat mereka tapi bila dah seringkali berdepan dengan masalah rakyat yang tak pernah-pernah selesai...tawarlah pulak hati mereka untuk membela...
walauapapun jua...selamat berjuang dan semoga berjaya kepada "skuad sayang" sama seperti "bersamamu TV3" kan...
SLM BRO..BAGUS GAK MEREKA TUBUHKAN SKUAD SEBEGINI. DPT SAMA2 BERGANDING BAHU MENAWAN HATI PENGUNDI UTK BERSAMA UMNO-BN. HARAP2 PUTERI PUN BLEY JOIN SAMA HEHEH
ReplyDeleteHilbert dan Jeffry, itulah yang kita harapkan, semoga hasrat murni ini dapat dimanfaatkan kepada seluruh rakyat......
ReplyDeletewoii..itu mulut beruk ke mulut monyet
ReplyDeleteItu adalah langkah terbaik yang dilakukan Wanita UMNO dalam memperkasa lagi UMNO.
ReplyDeleteitu simbol nak baham rakyat la bro kakakakaka..... sbb perangai umnogok memang camtu dulu kini & selamanya
ReplyDeleteveteran umno