Sunday, October 11, 2009

Bagan Pinang : Kalau PAS-pakatan rakyat mampu buat kejutan, berakhirkah kuasa politik MELAYU ?


Hari ini penentuan pengundian di Bagan Pinang. Kita telah mendengar dan menilai penjelasan dan kempendari kedua-dua pihak lebih seminggu dan di tangan pengundi akan membuat pilihan.

Sebilanhgan besar daripada 13,664 pengundi berdaftar di Bagan Pinang sudah membuat keputusan siapa yang akan mereka pangkah. Keputusan yang akan diterjemahkan hari ini oleh pengundi sama ada UMNO-BN atau PAS-pakatan rakyat.

Dari segi fizikal UMNO-BN akan memperoleh kemenangan. Keyakinan jentera dan calon yang bertungkus lumus bekerja bagi menebus kekalahan dalam tujuh pilihan raya lalu, disusuli dengan pengaruh Tan Sri Isa yang cukup kuat dengan masyarakat setempat, keyakinan kerusi UMNO-BN kekal di Bagan Pinang.

Begitu juga dengan pandangan PAS-pakatan rakyat mampu membuat kejutan dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang hari ini bersandarkan kepada penerimaan masyarakat setempat yang dilaporan petugas-petuga PKR di semua daerah mengundi.

Kebanyakan blog-blog pro pembangkang meramalkan UMNO mendahului dengan majoriti tipis iaitu 51 peratus berbanding dengan 49 peratus untuk calon PAS.

Bagaimanapun mereka juga optimis bahawa PAS-pakatan rakyat mampu merapatkan jurang yang tipis tersebut dan ada kemungkinan akan melakukan kejutan dengan menumbangkan calon BN.

PAS-pakatan menaruh harapan kepada undi protes yang membantah pencalonan Tan Sri Isa sebagai calon BN, akan memberikan undi tersebut kepada calon PAS.Kalau benar seperti yang diwar-warkan PAS-pakatan rakyat, bermakna orang Melayu sememangnya sudah muak dan jemu duduk di bawah kuasa Orang Melayu sendiri…….

Sama-sama kita tunggu keputusannya…..





12 comments:

  1. Kuasa politik orang melayu Islam tidak akana berakhir, tetapi kuasa politik orang melayu nasionalis insyaAllah akan berakhir selamanya...

    ReplyDelete
  2. Negara ini demokrasi berparlimen. ada pelbagai kaum di sini. semuanya diakui rakyat Malaysia. Rakyat kena matang untuk membuat pilihan dan menerima konsep ini. Kalau tak sanggup menerima pilihan raya dan tak mengiktiraf parti2 politik lain untuk memerintah, balik lah ke zaman monarki....

    ReplyDelete
  3. Salam Bro YG

    Kuasa politik orang melayu akan berakhir jika PAS n PKR memerintah. ni berbeza dengan zaman UMNO yang memerintah yang mana kita tau pemimpin2 UMNO berusaha untuk mengekalkan penguasaan orang melayu dan agama Islam .Pemimpin Melayu di dalam PAS n PKR telah dicucuk hidung DAP .

    ReplyDelete
  4. Kuasa politik Melayu Islam yang NASIONALIS tidak akan berakhir, tetapi kuasa politik orang Melayu Islam yang GANAS & EXTREM insyaallah PASTI akan berakhir

    ReplyDelete
  5. MENANG DORAEMON TU. NO PROBLEM

    ReplyDelete
  6. kuasa sebilangan islam yg ekstrimis tu pasti tak akan berakhir.tunggulah negara menjadi seperti afghanistan,palestin atau iraq pastu baru PAS,PKR akan tepuk kepala atau hentak kepala.cerdik kan org2 islam yg mcm tu.BODOH punya melayu PR.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih para sahabat, itu menandakan Melayu akan terus berkuasa di bumi sendiri.

    Kuda Perang, dalam PAS tiada Melayu yang ada hanya bangsa PAS, PAS terang-terang menolak Melayu Islam. UMNO dikafirkan kerana memperjuangkan bangsa dan agama, yang dilebelkan 'assobiyah'. PAS telah membuang bangsa, cuma yang ada hanya slogan 'Islam untuk semua', macam slogan Yahudi 'Israil for all'.

    Cuba kuda perang renung, dimanakan kuasa bangsa PAS Islam dalam kerajaan 'pakatan' ? MB yang dilantik DAP semuanya barua agama Islam, macam Lee Kuan Yu meletak Presiden Singapura pertama Alayarham Datuk Ishak juga, untuk menarik hati orang Melayu, selepas itu, sampai sekarang batang mula Melayu pun entah ke mana.......

    Tak mustahil nanti, DAP akan letak Nik Aziz Presiden Pertama Malaysia, Anwar, Perdana Menteri pertama, tapi semuanya boneka DAP dan Yahudi....... bangsa Melayu Islam akan dikotakkatikkan macam di Singapura juga, janji perut pemimpin-pemimpin bangsa PAS Islam kembong sudahlah......

    ReplyDelete
  8. Kawan setuju dengan komen Anony, Malaysia mengamalkan konsep demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan, adakah tuan tahu apa isi-isi dalam konsep tersebut ?

    Dapatkah PAS pertahankan kalau mereka memerintah bersana DAP, atau akan membubarkan konsep tersebut termasuk Raja Berpelambagaan dan hak-hak orang Melayu-Bumiputera ?

    Kalau kita lihat dari cara PAS menangani martabat Melayu dan Islam di Selangor dan Pulau Pinang, kawan rasa berkuburlah Melayu Islam...

    Tak tahulah kalau Anony bukan dari keturunan Melayu, mungkin 'bangsa PAS Islam' agaknya....

    ReplyDelete
  9. Kuda Perang, Dalam Islam X salam menjadi Nasionalis.

    Mati mempertahankan watan juga mendapat pahala syahid.

    ReplyDelete
  10. Kuda Perang, Dalam Islam X salah menjadi Nasionalis.

    Mati mempertahankan watan juga mendapat pahala syahid

    ReplyDelete
  11. salam.

    Apa pun yang penting kita tidak berada dan bersubahat bersama si kapiaq harbi dan tidak menjadi lembu pada DAP.Biar kita bertuan pada bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  12. ISAC, MATI MEMPERTAHAN WATAN BUKAN SETAKAT MENDAPAT PAHALA SYAHID BAHKAN MATINYA ADALAH MATI SYAHID.

    TETAPI MEMPERTAHANKAN DENGAN CARA BAGAIMANA MATI SYAHID, PERJUANGAN YANG BAGAIMANA, ADA SYARAT2NYA, MESTI MENGIKUT SYARAT2 SEPERTI YANG DITETAPKAN ISLAM.

    BEGITU JUGA NASIONALIS, NASIONALIS YANG BAGAIMANA DITERIMA ISLAM, ADAKAH NASIONALIS YANG MENINGGALKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DITERIMA ISLAM, TENTU SEKALI TIDAK.

    NABI TIDAK MENGAKU UMMATNYA BARANGSIAPA YANG MEMPERJUANGKAN SEMANGAT NASIONALIS YANG SEBEGITU.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..