Friday, October 16, 2009

Amanat Presiden – sejauh mana dihayati oleh semua ahli UMNO dan rakyat berbilang kaum dalam negara ini


Bertemakan "Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan", Dato’ Sri Najib mahukan anggota UMNO mengembalikan budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam parti.

Dalam ucapan sulungnya pada Perhimpunan Agung Umno 2009 di PWTC , Presiden UMNO, Dato’ Sri Najib berkata, ‘UMNO akan terus menjuarai soal kebajikan dan periuk nasi semua rakyat dan mahukan gerak kerja parti selari dengan tuntutan zaman.’

Sebagai tonggak parti pemerintah, UMNO tidak mampu ditanggap hanya sebagai bertumpu kepada inisiatif niaga besarbesaran atau projek mega sematamata, tetapi mesti menjadi parti yang menjuarai rakyat.

Pada malam sebelun itu, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin dalam ucapan perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, senada bagi mengiringi ucapan Presiden apabila mengajak ahli dan kepimpnan UMNO supaya bangkit segera merapatkan saf, bermula dengan mengamalkan empat rukun iaitu kesatuan minda, kesatuan hati, kesatuan amalan dan menuju kesatuan matlamat.

Untuk mencapai matlamat itu, katanya, ahli parti perlu memastikan agar tidak ada lagi di antara kalangan UMNO yang menjadi batu-api, kaki-cucuk, talam dua muka, pepat di luar, rencong di dalam, dan si Kitol yang lidah bercabang, langkah menyilang.

Para pejuang UMNO akan sentiasa berani menyatakan kebenaran (siddiq), bukan dusta, sentiasa amanah (amanah), bukan curang, sentiasa menyampaikan seruan kebenaran (tabliegh), bukan menyembunyikannya, dan sentiasa berfikiran cerdas (fatanah), bukan dungu.

Apakah ucapan yang berupa amanat dari Presiden dan Timbalan Presiden ini mendapat perhatian serta dihayati oleh semua ahli UMNO akar umbi dan rakyat yang berbilang kaum di negara ini ?

Atau pun sekurang-kurangnya mengiringi perjalanan pemimpin dan para perwakilan UMNO untuk melaksanakan misi yang ditanggungjawab kepada mereka sampai ke bawah serta diterjemahkan kepada semua.

Kita mungkin sudah disajikan dengan ucapan dari ketiga-tiga kepimpinan sayap UMNO dan boleh dikatakan semuanya senada mahu UMNO menjalani proses transformasi segera supaya terus diterima rakyat, terutama di kalangan golongan muda, sekali gus memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Tetapi adakah wajar dalam masa UMNO menjalani proses merealisasikan transformasi ini, ada juga beberapa perwakilan dari Wanita dan Pemuda yang lebih mendahulukan tuntutan kedudukan dan jawatan dalam kerajaan atau parti.

Sepatutnya tuntutan seperti ini harus diketepikan dahulu ketika UMNO sedang mengumpul serta memperbaiki kelemahan-kelemahan unutk menghadapi perjuangan sebenar iaitu Pilihan Raya Umum Ke-13.

Wajarkah, apabila perwakilan Wanita dan Pemuda mendesak sebegini rupa dalam keadaan ini ;

Wanita Pahang, Noor Hasita Mat Isa berkata, ramai pemimpin sayap itu mempunyai kualiti untuk memimpin GLC, setanding dengan lelaki.

Wanita Umno menuntut jawatan penting dalam pengurusan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selepas berjaya membantu jentera BN dalam pilihan raya.

Wanita Perak, Salmiah Sutan Taharuddin berkata, Wanita mahu melihat dasar 30 peratus wanita terlibat dalam barisan kepemimpinan parti itu dilaksanakan segera kerana hampir 100 peratus perwakilan Wanita di seluruh bahagian menyatakan sokongan agar kuota tersebut dipenuhi.


Pemuda, Nor Saidi Nayan menyarankan supaya lebih banyak jawatan senator diberikan kepada pemimpin Pergerakan Pemuda.
"Sampai bila Pemuda mahu subur dan dan segar dengan hanya menerima pujian. Pemuda perlu diinstitusikan. Kalau Puteri diberi jawatan senator, kalau Wanita di berikan jawatan senator, bila lagi untuk Pemuda ?
"Apakah lekeh sangat kami ini ?.
Kalau kepimpinan yang ada di atas tidak mampu, bagi yang ada dekat bawah. Tak bolehkah beri kepada wakil Pemuda, sebagai senator ?" soalnya.

Puteri melalui Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Shirlin dalam ucapan sulungnya berharap agar Puteri UMNO tidak lagi dianggap sekadar peraih undi tetapi peranannya perlu dimartabatkan sejajar fungsinya sebagai sayap ketiga terbesar dalam parti.
Jika Wanita dan Pemuda menjadi sayap, Puteri juga mesti terbang dengan sayap itu, jika mereka menjadi tulang belakang, biarlah Puteri kekal menjadi tulang rusuk yang menjadi pasak yang kukuh.

Bagi kawan, tidak salah jika dari kalangan ketiga-tiga sayap UMNO itu menuntut ganjaran di atas usaha-usaha keringat mereka membantu UMNO untuk mencapai kejayaan dalam setiap kali ada Pilihan Raya Umum atau Plihian Raya Kecil.

Tetapi, ini bukanlah masanya menuntut sesuatu yang belum pasti lagi UMNO akan diterima rakyat di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang. Pastikan dahulu bahawa UMNO akan terus menerajui Negara pada PRU ke 13 nanti, barulah di Perhimpunan berikutnya Wanita, Pemuda dan Puteri bersuara lantang menuntut ganjaran masing-masing…………

Kita sepatutnya lebih menjurus kepada ucapan Presiden dan Taimbalannya untuk menjelaskan dasar perjuangan UMNO generasi baru untuk kepentingan rakyat khususnya orang-orang Melayu-Bumiputera.
Jadikan ianya sebagai amanah yang perlu dipikul oleh ahli-ahli dan kepimpinan UMNO perbagai peringkat.Saranan dan isu yang dibangkitkan Presiden dan Timbalannya amat relevan dan perlu kita hayati sepenuhnya. InsyaAllah UMNO akan bangkit dengan semangat serta berwajah baru untuk meneruskan perjuangannya selepas ini…………..

10 comments:

  1. Falsafah kepimpinan Melayu:

    Di Depan = Memimpin dan Bertanggong jawab kepada Allah swt. Untuk memimpin di atas landasan perintahNya.

    Di Tengah = Bantu dan Sokong. Itulah Tanggong jawabnya. Menyusahkan pemimpin itu derhaka dan dilarang oleh Allah swt. Masih bertanggong jawab memimpin paras di bawah daripada kedudukannya.

    Di Bawah = Ikut dan kena ikut je; melainkan apabila diperintahkan mengerjakan yang bertentangan dengan ajaran Islam, yang haram. Dan tatkala itu wajiblah menyuarakan dengan cara yang bijaksana. a) Tindakan b) Kata kata c) Debgan hati berdoa.

    Namun peringkat ini ada pemimpin langsung di atasnya. Jangan langkah tangga/pagar. Takut koyak seluar terselak kain.

    Wallahuaalam.

    ReplyDelete
  2. Jangan terlalu banyak slogan dan janji.. takut nanti tak mampu untuk dipenuhi.

    Pada perwakilan UMNO.. cakap berdegaq-degaq pun tak guna.. kerja haram tak buat. Macam tin kosong. Jadilah macam ubi, diam-diam berisi.

    Semua orang UMNO.... TAK DAK SORANG KA YANG MACAM MAHATHIR?? CAKAP KURANG KERJA BANYAK. LAGI SATU... HANGPA SEMUA ADA VISION KA? HALA TUJU UMNO DAN NEGARA? KALAU IKUT IDEA MAHATHIR UTK WAWASAN 2020.. TAK LA MALAYSIA JADI MACAM NI. PASAI APA, HANGPA TAK DENGAQ CAKAP MAHATHIR? PASAI APA, HANGPA SEMUA DENGAQ CAKAP DOLLAH DULU? PASAI APA, HANGPA TAK BELA MAHATHIR BILA DOLLAH BUAT MACAM-MACAM KAT DIA????? HANGPA MEMANG TAK KENANG JASA..MASING-MASING NAK JAGA PERIUK NASI SENDIRI. LAA NI..BILA NEGARA JADI LAGU NI..BARU HANGPA SIBUK-SIBUK NAK PERBETUIKAN UMNO..

    BARU AKU NAMPAK CERITA-CERITA POSITIF PASAI MAHATHIR..BARU ADA MUKA DIA KAT TV DAN SURATKHABAR... HANGPA TAU KA? MAJORITI RAKYAT SAYANG MAHATHIR LAA..RAKYAT SEBENAQNYA BENCI TENGOK HANGPA GUNA NAMA UMNO UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.. AKU MINTAK, ORANG-ORANG UMNO, HANGPA PI LAA MINTAK MAHAP KAT MAHATHIR..HANGPA DAH BUAT SALAH BESAQ KAT DIA LAAA !!!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Che Lah Jangok dan Anony....., satu komen dan pandngan yang baik...

    Buat jawapan Anony, kita sebagai orang peringkat bawahan ini, macam kata Che Lah Jangok, kena ikut apa yang pemimpin suruh, tak kiralah siapa yang telah ditentukan menjadi pemimpin. Pak Lah dulu menjadi PM di atas cadngan Tun Mahathir juga, kita hanya menurut sahaja, corak kepimpinan terserah kepada mereka.

    Kalau di ikut kehendak sebahagian besar rakyat, mereka tidak mahu Tun melepaskan jawatan PM, melainkan puak-puak Anwar dan pembangkang macam Anony sahaja yang sering melebelkan Tun dengan gelaran mahazalim dan mahafiraun, tetapi kini, apabila Tun sedikit menegur UMNO, puak-puak kamulah yang melambong memuji Tun.

    Tetapi kawan pelik juga, mengapa Pak Lah membebaskan Anwar dulu, dan kini ibarat 'melepaskan anjing tersepit', apa hubung kait Anwar dan Pak Lah ?

    Cuba kalau Anwar masih di dalam UMNO, kawan rasa entah apa-apa lagi puak-puak Anony hentam, silap-silap gaya gambar rakaman video Anwar tengah jolok belakang pun mungkin terkeluar, tapi oleh kerana Anwar menyertai pembangakang, itulah menjadi idola puak-puak Anony......

    Senang cerita, puak-puak kamulah yang sebenarnya perlu memoho maaf dengan Tun Mahathir, puak-puak Anony telah mencerca Tun berbagai-bagai cercaan, sedangkan Anony sendiri hidup bermaruah hasil kebijaksanaan Tun mentadbir negara......., kami sebagai penyokong setia UMNO, walau siapa yang telah ditentukan menjadi pemimpin, kami akan akur dan taat selagi tidak diarah ke jalan-jalan yang mungkar...

    ReplyDelete
  4. Huh? Benarlah bagai dikata.. bloggers banyak membuat andaian.
    Hello bro... aku dari dulu sampai sekarang memang ahli UMNO, tapi peringkat ahli sahaja. Aku pergi mesyuarat peringkat bawahan.. maaf aku kata.. mesyuarat macam orang tak bersekolah. Lepas itu memang aku tak pergi mesyuarat UMNO lagi. TAPI AKU TETAP AHLI UMNO, DARI DULU HINGGA SEKARANG.
    Dari tahun 1986 lagi aku dah tau, Dollah memang tak dak kualiti mentadbir. Selepas tamat perang dingin, semua dunia tahu, bahawa Amerika pasti akan menjadi kuasa unggul dunia.. kecuali Dollah yang tak tau ( masa tu dia menteri luar ). Dia boleh cakap dlm rancangan tv tersebut (maaf aku dah lupa nama rancangan itu) bahawa Amerika tak mungkin akan menjadi kuasa unggul dunia. Benda simple pun dia tak boleh predict ka?

    Yang aku cuba cakap di sini... memang Mahathir pilih Dollah jadi pengganti dia. Kamu tau pasai apa Mahathir pilih dia? Kamu ingat Mahathir tak tau credibility Dollah? Kamu ingat sebarang tindakan Mahathir tak ada yang tersirat? Kamu pikir baik-baik. Orang Melayu harus pikir baik-baik. Pasai apa Mahathir pilih Dollah? Kamu tak tengok macamana Mahathir menangis bila dia nak letak jawatan? Kamu tak tengok betapa kecewa dan frustratednya Mahathir dengan bangsa dia..bangsa Melayu? Dia buat apa saja...semua salah. Malah dia dikecam..dia diberi pelbagai gelaran.
    Melayu perlu dikejutkan. Melayu perlu diberi pengajaran secara total. PENGAJARANNYA.. LANTIK DOLLAH !!! Kamu tengok apa jadi pada Melayu hari ini? MELAYU BARU MULA SEDAR!
    Kita mula sedar tentang ketuanan kita.
    Kita mula sedar tentang perlembagaan kita.
    Kita mula sedar.. kalau kita bodoh..kita akan dipijak oleh bangsa lain yang lebih cerdik.

    DOLLAH WAS JUST A TOOL laa. Untuk sedarkan Melayu. Hanya dengan cara ini, baru Melayu sedar. Baru nampak banyak kepincangan Melayu.

    And again.. you said, I'm from pembangkang?? Bloody hell. Jangan sebut nama Anwar yang jijik itu laa. Aku hidup dan mati kerana Allah dan memperjuangkan nasib Melayu diperingkat bawah. Dan please laaa..jangan hanya akur dan taat membabi buta kepada mana-mana pemimpin yang dipilih hanya kerana takut periuk nasi kamu terjejas. Itu sifat lalang. Jangan ahli-ahli UMNO jadi lalang, kerana lalang ini bila kering..sangat senang untuk DIBAKAR.

    DAN SEKALI LAGI AKU INGATKAN...SETAKAT INI..MAHATHIR TIADA GANTINYA. AKU DARI DULU SAMPAI SEKARANG PENYOKONG SETIA DIA.

    Anony atas tadi..

    ReplyDelete
  5. Wah..Sekalung pujian terhadap Yang gambi kerana menarik banyak komen yang bernas. CCz cuma tak setuju kalau Anon mengatakan Mahathir sengaja memilih Dollah untuk menyedarkan Melayu. Tun bukannya Tuhan. Tun manusia biasa. Tun tak akan bertindak hampir-hampir menjual negara hanya untuk menyedarkan Melayu. Dollah telah menyebabkan berapa ribu ketua keluarga yang semakin tipis pendapatan? Dollah menyebabkan berapa puluhan juta duit rakyat dibazirkan? Bukannya Tun yang rancangkan. Segala-galanya ditentukan Allah. Dan sekarang kita wajib bersyukur kerana UMNO kembali bernafas.

    ReplyDelete
  6. Salam anon,

    Tun Mahathir pun ada silap dia...
    Antaranya;
    1) Ambik DSAI masuk Umno - Sekarang dia dah tahu selok belok Umno. Masa dalam Umno habis dia susun orang2 dia kat sana. Nasib baik aje dia terlewat sikit kalau X sehingga hari ini kita ber PM kan DSAI.
    2) Cara dia singkirkan DSAI, nampak macam fabricated. Kawan dulupun percaya kat DSAI. Tenguk Tun Ma masa tupun macam kecik aje.

    DSAI memang master of perception... Dah macam bomoh pulak boleh pengaruhi orang ramai. Islam dipergunakan untuk menarik orang2 Islam dan penghapusan DEB digunakan untuk menarik orang2 bukan Melayu.

    Cara ko cakap mula2 tadipun berbau pembangkang, aku X salahkan YG kerana beranggapan sebegitu. Anyway masing2 kena mainkkan peranan.

    Baiknya satu, kini kita lebih kenal siapa kawan dan siapa lawan.

    ReplyDelete
  7. Maaflah sdr anony, kalau kawan salah anggap, tetapi bagus juga kalau ada pandangan sebegini dan bukan bererti anony atau kawan pembangkang..

    Terima kasih CCZ dan ISAC yang juga menberi komen mengikut pandangan tersendiri, kepimpinan UMNO perlu tahu, kalau ada komen-komen seperti ini, bukan bererti komen itu membangkang, melalui cara ini jugalah rakyat macam kita semua dapat melahirkan apa yang berlaku diperingkat akar umbi, kekadang pemimpin UMNO hanya sekadar meninjau pandangan mengikut cita rasa pemimpin tertentu yang bukan datang dari akar umbi....

    Hidup UMNO.....

    ReplyDelete
  8. salam bro YG n pada semua bloggers,
    apa2pun bagi MK ni adalah masa untuk kita orang melayu bangkit semula. kita bina semula jatidiri kita, kita mesti pastikan orang melayu takkan hilang didunia.
    pemimpin umno baik di atas atau dibawah kena kerja lebih kuat lagi. kena pastikan ketuanan melayu terus kekal di bumi malaysia ni dan kesucian agama islam mesti terpelihara.
    hentikan segala sengketa di antara kita orang melayu nanti orang melayu juga yang akan rugi.

    ReplyDelete
  9. Salam sahabat semua...

    Pakatan vs BN = DAP gembira

    Biasalah sifat2 org melayu, dah tahu Umno itu terbaik utk org melayu dan sdh terbukti sekian lama, Pas dan PKR nak kondem lagi. DAP pun akui, tiba2 hadir Pas dan PKR kerjasama dgn DAP hentam melayu dlm Umno, apa lagi menang besarlah DAP dlm PRU12 lepas. Tak pernah DAP memperolehi kerusi sebanyak itu biar pn dah berjuang berpuloh tahun. Siapa yang bodoh sebenarnya?

    Umno berhempas pulas menjaga org melayu dan negara sebaliknya Pas dan Melayu PKR tetap mahu mengkianati Umno...

    Syabas DS Najib, Pemuda, wanita dan Puteri dan perwakilan.baru Sejarah buat Umno, persiapan menjelang PRU13...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Mat Kelubi dan PakMie, itulah yang kita harapkan dari perubahan baru dari DS Najib serta sayap-sayapnya. Apa yang penting keutuhan perjuangan UMNO untuk bangsa Melayu, agama dan negara berterusan walaupun telah dikhianati oleh PAS dan Melayu PKR..... Allah bersama perjuang-pejuang UMNO...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..