Wednesday, October 28, 2009

Komen pelancap Anwar- Jambatan gantung runtuh, peserta perkhemahan 1Malaysia lemas


Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus.Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras, 19 lagi murid ditemui selamat.

Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam kemarin.Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Ekoran tragedy tersebut, satu Jawatankuasa Siasatan ditubuh untuk menyiasat kejadian jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat Ipoh yang diketuai Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan akan dianggotai para pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil kerajaan negeri Perak.

Jawatankuasa itu akan membuat siasatan terperinci bagi menentukan fakta sebenar yang membawa kepada insiden berkenaan dan membentangkan laporan itu kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Itulah cerita sebenar dari insiden yang berlaku, tetapi apa pula cerita dari blog Hishamuddin Rais pelancap Anwar Al-jub melalui blognya tukartiub.

SATU MATI – DUA MASIH HILANG – JAMBATAN PROJEK MEGA BARU DIBUAT

KAH KAH KAH..kah kah kah…. SATU LAGI PROJEK TIPU RAKYAT… kah kah kah…

woit… STADIUM RUNTUH… kah kah kah..

woit… JALAN RUNTUH… kah kah kah..kah kah kah…BANGUNAN RUNTUH…. kah kah kah..

woit…. KALI INI JAMBATAN PULAK RUNTUH… kah kah kah..

kah kah kah…. INI SEMUA PROJEK KRONI KETUANAN MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah… INI SEMUA PROJEK GEROMBOLAN… kah kah kah..

woit…. KALAU DI EROPAH … TUAN PUNYA PROJEK AKAN DI TANGKAP..kah kah kah…

woit… AKAN DI TANGKAP … KES BUNUH…. kah kah kah kah…

kah kah kah … DI MALAYSIA….BEROK AKAN DIBERI LAGI BANYAK PROJEK… kah kah

kah…kah kah kah... RAJA GOPAL AKAN BERI ...HADIAH PULAK... kah kah kah..

kah kah kah... SILAP SILAP... JADI MENTERI... kah kah kah
nota:

sila siasat siapa kontrektor projek ini.
jamin kroni gerombolan.
zaman british tak pernah jambantan runtuh.
hanya di bom oleh jepun baru runtuh
itu pun susah macam nak rak

sekarang berjalan atas jambatan pun
amat bahaya.

woit... bilalah orang melayu nak sedar
nak tunggu loji nuklear meletup
baru nak sedar... kaha kah kah
masa itu dah jadi satay kah kah kah

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 11:42:00 AM
Label: jangan bodohkan melayu

Inilah pemikiran orang yang bernama Hishamuddin Rais, orang yang lama hidup merempat di Negara-negara barat, kononnya bumi Malaysia penuh dengan ranjau, tidak bertamadun yang akhirnya menyembah untuk balik ke bumi Melayu ini juga.

Kalau hendak dikira berapa sangat peruntukan bagi membina sebuah jambatan gantung seperti itu bagi kontraktor-kontraktor kelas ‘F’ yang dimiliki oleh sebahagian besar Bumiputera. Bukannya projek mega seperti yang didakwa Hishamuddin………

Janganlah terlalu menghina atau menperkecil-kecilkan sangat kebolehan orang Melayu-Bumiputera atau pun menghina kepimpinan kerajaan UMNO-BN.

Apakah Hishamuddin juga sudah melupai ketentuan Illahi di atas sesuatu kejadian malapetakan yang datang ? Atau pun dek kerana terlalu lama berada di Eropah, Hishamuddin sudah merasakan diri sudah bukan dari umat Muslim lagi ?

Beribu jambatan gantung seperti ini ada didirikan di Malaysia, paling banyak di kawasan-kawasan pendalam Sabah dan Serawak, tidak pun menimbulkan masalah.

Apa salahnya kita serahkan sahaja kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menyiasat punca-punca insiden itu berlaku, adakah dari kesilapan pengguna, kontraktor, Jurutera, pelan binaan atau pun struktor muka bumi.

Kalau kelemahan dari segi pembinaan yang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, maka yang bersalah akan diambil tindakan, mengapa kita tidak pernah memberi kepercayaan kepada jawatankuasa penyiasat yang dilantik ? apakah kerana mereka dari Kerajaan UMNO-BN tidak boleh diberi kepercayaan lansung ?

Bersikap rasionallah sikit wahai Hishamuddin…………………….

Bukan kerajaan UMNO-BN sahaja yang didakwa memberi projek-projek kepada kroni mereka, cubalah tanya kerajaan ‘pakatan rakyat’ di Pulaun Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor, tidakkah mereka juga mengutamakan kroni-kroni mereka. Di Selangor lagi dasyat, perojek tipu pun ada yang diberi melalui kroni-kroni mereka, kalau tidak masakan TBH jadi korban………….

Tuh….. cuba Hishamuddin tanya pada Anwar Al-jub, berapa banyak dia beri projek-projek kerajaan kepada kroni-kroni dia semasa jadi Menteri Kewangan dulu ?

Tanya Anwar Al-jub berapa ramai kroni-kroninya menjadi jutawan semasa dia dalam kerajaan UMNO-BN dulu ?

Ini bukan macam buat cerita filem, ikut suka Hishamuddin hendak buat cerita, ikut kepala kamu sendiri sebagai pengarah filem………

Jadi-jadilah Hishamuddin buat cerita bodoh yang hendak menipu rakyat, betullah apa kata Nik Abduh dalam blognya, orang-orang pro pembangkang macam Hishamuddin ini banyak menulis perkara-perkara yang bohong dan pembawa fitnah, merosakkan pemikiran masyarakat……



16 comments:

  1. Yanggambi buanglah kalimah Bismillah atas tu, malu tengok kepala/muka dah elok, tapi badan dan isi di dalam penuh dengan fitnah, kata2 nista, dan gelaran2 buruk yang keji terhadap orang lain.

    Sini yang menjadi isu bukan semata-mata projek kpd kroni, tetapi projek yang disiapkan tanpa mematuhi spesifikasi keselamatan yang sebenar dengan memperjudikan nyawa orang lain.

    Baik atau buruk sesuatu perkara yang berlaku memanglah ketentuan Ilahi, tetapi sejauh mana usaha atau ikhtiar manusia. Kita jangan nak berselindung disebalik ketentuan Ilahi untuk melepaskan tangan menyelamatkan diri.

    Lainlah jika struktur binaan yang dibuat itu memang kukuh, tetapi tiba-tiba terkena bencana gempa, banjir besar, banjir lumpur atau tsunami lalu runtuh kita tidak akan mempersoalkan.

    Tetapi jambatan gantung yang ini budak2 yang memang dimaklumi perangainya melompat-lompat siket atas jambatan, terus runtuh. Ini baru berapa hari siap, kalau tidak sebulan dua lagi akan runtuh sendiri. TERAMAT DAHSYAT SEKALI hasil binaan Ketamadunan Melayu Moden pimpinan UMNO-BeEND!!!

    Pihak2 yang terlibat dalam setiap pembinaan binaan yang runtuh dan ranap itu MESTI DISIASAT dan DIHADAPKAN ke pengadilan segera.

    Para penyokong dan pendokong UMNO-BeEND mesti mendesak Kerajaan UMNO-BeEND mengambil tindakan segera mengatasi masalah seperti ini demi membuktikan 'Satu Malaysia Kemakmuran Bersama'.

    ReplyDelete
  2. Kuda perang, kenapa sesuatu insiden itu kita tidak menilai dari pelbagai sudut, jangan asyik hendak menyalahkan UMNO-BN sahaja, cuba kita fikir betul-betul, titian gantung seperti itu mesti ada syarat-syarat kepada pengguna, seperti jumlah pengguna boleh berada pada seseatu masa atau sebaliknya. Pengawal atau guru perlu mengawasi pergerakan pelajar semasa melaluinya dan banyak lagi....

    Jangan kepala otak kita asyik memikirkan kesalahan UMNO-BN..... bukankah mereka sedang membuat penyiasatan ? berilah kepercayaan kepada mereka, jangan kita awal-awal sudah menganggap yang bukan-bukan....

    Kuda perang, jangan terlalu riak dengan ilmu tuan dan memandang rendah pad orang lain...

    ReplyDelete
  3. tukar tiub ini pun hanya pandairuntuhkan negara aje. tak ada kerja lain. kalau tak kerana dsai bawa dia balik , mungkin dia hanya gelandangan aje di eropah. itu pun dsai bawa pulang hanya nak jadikan dia tiup aje bagi memudahkan perjalanan dsai ke sana-sini.

    ReplyDelete
  4. Daripada gambar yang disiar akhbar, kelihatan jambatan itu kecil dan panjang. Tentulah tidak mampu menanggung berat 30 orang termasuk guru serentak.Pihak bertanggung jawab perlu meletakkan notis yang menadkan bilangan pengguna pada sesuatu masa.

    mok

    ReplyDelete
  5. Kawan setuju dengan komen Arif Omar, kalau tak kerana DSAI, mungkin sampai kini Hishamuddin ni masih merempat kat Eropah...

    Anonymous, itulah yang sepatutnya diperhatikan dulu, pengawal Guru-Guru dan sesiapa sahaja yang bertanggungjawab sebagai penganjur perlu dititiberatkan, apalagi jika pesertanya melibatkan kanak-kanak sekolah yang masih mentah dalam memikirkan buruk baik, mereka hanya tahu nak enjoy sahaja.....

    ReplyDelete
  6. yang saya difahamkan, bukan pembinaan jambatan punya salah tapi penganjur yang membenarkan terlebih 'muatan' tanpa mengawasi budak2 tu. the kids naik ramai2 dan melompat2 serta menggoyang2kan jambatan tu. kalau di hempap ramai2 macam tu, mau tak roboh? bab nak assign blame kat kerajaan BN, cepat aja.

    ReplyDelete
  7. "...betullah apa kata Nik Abduh dalam blognya, orang-orang pro pembangkang macam Hishamuddin ini banyak menulis perkara-perkara yang bohong dan pembawa fitnah, merosakkan pemikiran masyarakat……"

    Tidak kurang juga penglibatan pengendali blog penyokong BN dan UMNO dalam penulisan dan penyebaran perkara bohong dan FITNAH. Penulisan yang berteraskan matlamat memenangkan BN dan UMNO tanpa memperdulikan yang betul atau salah.

    Mengapa dengan mudah menerima kenyataan Nik Abduh? Kerana ianya memberikan markah kepada BN dan UMNO? Mengapa tiada di kalangan ahli dan penyokong BPN yang memberikan teguran apabila ahli dan penyokong mereka sendiri berbuat salah?

    Sekurang-kurangnya Nik Abduh berani membuat teguran walaupun teguran sedemikian boleh menyebabkan tercemarnya imej parti politik yang dianggotainya sendiri. Jauh lebih baik tindakan Nik Abduh dalam menzahirkan sokongan kepada PAS berbanding sokongan membabi buta ahli dan penyokong BPN yang sentiasa menyokong walaupun yang nyata salah.

    ReplyDelete
  8. Sikap Hismuddin Rais yang menyalahkan kerajaan dan kroni adalah PKR,PAS & DAP tak guna kroni ke. Itu adalah sikap penipu yang melampau yang cuma pandai mencari kesalahan orang lain.

    ReplyDelete
  9. Kama, Matyen, terima kasih komen anda, sama-samalah kita berharap keluaraga pelajar yang terlibat dapat bertenang sehingga selesai penyiasatan....

    Wong Pencen, lama tak melawat blog kawan, terima kasih di atas komen tuan yang penuh bermakna dan kawan faham........

    ReplyDelete
  10. SLM BRO...HISHAMUDIN RAIS AKA TUKAR TIUB AKA PEROT BOROI TU KENA LA SELIDIK DLU BLOG PENCACAI PAKATAN. TP MALANGNYA DIA X BERANI NAK KOMEN PUAK SENDIRI WLUPUN TAU PIHAK PAKATAN PUN 2 X 5 MALAH LG TERUK! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  11. Aku tahu cerita sebenarnya pasal jambatan gantung tu! Jambatan gantung tu telah dibuat oleh kerajaan PR. Jadi mari kita salahkan PR.
    "1Malaysia merana kerana guna jambatan kaler biru"
    Kah!...3X

    ReplyDelete
  12. Salam bro,

    sosialis tu kan adik beradik komunis. takziah kpd keluarga mangsa, hrp benda2 ni disiasat dahulu. jgn main bantai tuduh saja. klu dpt kat kerajaan Pakatan pun nk jd jd juga!

    ReplyDelete
  13. Jeffry, itulah sikap puak-puak ni, walau besar mana sekali pun kemungkaran pemimpin mereka buat, mereka akan tutup sampai tidak berbau....

    Dollah, selain kita perlu yakin dengan Qada' dan Qadar, kita juga perlu menggunakan akal fikiran yang waras unutk menilai sesuatu malapetaka yang menimpa, kealpaan manusia juga perlu diambil kira sebelum insiden berlaku... dah perlu dijadikan pengajaran untuk hari akan datang... bukan kerana 1 Malaysia atau jambatan warna biru..... waima warna apa sekali pun kalau manusia itu lalai, alpa dan cuai akan menerima musibahnya....ingatlah itu...

    Junnah, itulah yang kita harapkan, ketelusan Jawatankuasa penyiasat bagi menangani insiden ini....

    Terima kasih semua, respon yang diberi...

    ReplyDelete
  14. salam bro...harap dapat sebarkan...
    Kecoh isu perjumpaan Blogger bersama Hassan Ali pada malam yang lepas. Apa yang sampai kecoh sangat ni??? Apa isu yang menarik sehinggakan Blogger Pakatan Al Banjari dan geng nya yang lain Kepanasan dengan artikel Gomo???
    http://www.papagomo.com/2009/10/live-blogger-pakatan-kepanasan-dengan.html

    ReplyDelete
  15. itu jambatan gantong
    adalah projek bagi punya
    projek kelas F
    tak ada pelan
    tak ada BQ punya
    Inden belum ada
    Jambatan sudah siap
    jangan bising bising
    Ini projek Dato' punya !!!

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..