Tuesday, October 6, 2009

N.31 BAGAN PINANG – Calon PAS lancar ‘MANIFESTO’


‘Nak tegolak ado, nak muntah ado, nak tekinciet pun ado’ kata sahabat-sahabat dari Negeri Sembilan, bila terdengar setiap kali ada Pilihan Raya Kecil adalah calon-calon PAS khawarij ini buat manifesto untuk memancing undi.

Manifesto kelentong ‘Kerajaan Kebajikan’ yang ‘pakatan’ PAS, DAP dan PKR buat dalam PRU12 sehingga memperoleh kemenangan di lima buah negeri, macam mana ? Sudahkah ditunaikan ?

Apa jadi dengan manifesto kelentong ‘Kerajaan Kebajikan’ di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan ?

Agak-agak kawanlah, mungkin manifesto Anwar Al jub sahaja yang menampakkan kejayaan, ia itu ‘sama rasa, sama rata’, ‘berbagi-bagi rasa’ , itu pun hanya kepada golongan-golongan yang seangkatan dengan Anwar Al jub sahaja…………

Kalau Anwar Al jub jadi PM, kawan rasa filem “BRUNO’ tentu dah berbulan-bulan ditayangkan dalam pawagam di Malaysia.

Berbalik kepada manifesto calon PAS di Bagan Pinang, ini kawan salin 100% dari blog pro PAS khawarij untuk tatapan semua ;

October 5, 2009
MANIFESTI CALON PAKATAN RAKYAT N31 BAGAN PINANG - KLIK

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.

2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.

3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.

4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.

5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang. Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.

6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi. Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.

7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.

8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.
BERSAMA KEHENDAK RAKYAT
Zulkefly Mohamad Omar

Persoalannya, apakah selama ini wakil rakyat-wakil rakyat ‘pakatan’ di Telok Kemang dari 3 ADUN dan 1 Parlimen tidak pernah memperjuangkan apa-apa yang tercatat dalam manifesto (dia tulis manifesti) calon ?

Apa kerja mereka buat sebagai wakil rakyat ?

Kawan rasa, pengundi-pengundi di DUN Bagan Pinang bijak menilai janji-janji minafik puak-puak PAS, sejauh mana mereka dapat menunaikan janji mereka, sedangkan manifesto ‘Kerajaan Kebajikan’ di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dalam PRU 12 masih beku, sejuk begitu sahaja.

Apa yang jelas kita lihat hanya ‘kebajikan’ untuk poket wakil-wakil rakyat mereka sahaja yang terlalu lebih dilaksanakan. Lihat sahajalah apa sudah jadi dengan janji-janji Anwar Al jub kepada pengundi-pengundi DUN Permatang Pasir, Anwar Aj jub menjanjikan akan melantik Salleh Man Pengerui MUIP jika menang, akhirnya siapa yang mereka pilih ?

Pengundi-pengundi Bagan Pinang wajib menolak calon munafik dari PAS khawarij ini……………..




12 comments:

  1. Apokobondo la PR ni! Tak paham den. Negaro kebajikan apokojadahnyo, kalau kt selangor tu sampai duit zakat pun nak disosahnyo..ni bunyi lg manifesto jamban tu..

    ReplyDelete
  2. salam yanggambi,eden raso betuah sobab ekau punyo pandangan samo dengan eden, klu nak tipu orang janganlah sampai jual maruah agama,bangso dan negaro.lepas ni apo pulak janji PR pada rakyat.eden yakin semuo org bagan pinang semuonyo pandai2.daripada PR kelentong rakyat lebih baik pergi beri bantuan pada mangsa2 gempabumi kat Indon sambil2 bantu orang susah.

    ReplyDelete
  3. Barjanji memang pandai, apa kerja Ahli Parlimen Telok Kemang, menghilangkan diri tidak memperdulikan rakyat, ia membetulkan dirinya bila berkempen bermacam,-macam janji yang beri peruntukan kerajaan pusat.
    Sedarlah penggundi Pas apa yang boleh dibuat oleh PAS yang ada peruntukan kerajaan pusat.
    Pilihan UMNO yang mampu melaksanakan pembanmgunan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  4. salam yang gambi..yang paling nak termuntah ialah dikatakan 'kehendak rakyat'..rakyat mana tu? calon PR adalah calon yang paling dikehendaki oleh rakyat? ye ker?

    Rakyat suruh PAS hentikan keganasan. Itu yang paling betul.

    ReplyDelete
  5. Setakat cakap....Terutamanya geng2 DSAI...Memanglah boleh...

    Amik duit untuk mengkayakan diri sendiri pun boleh...

    Betul2 nak membela rakyaat...Belum tahu lagi...

    Kat Selangor, bill air pun dah nak kena bayar balik, duit zakat nyaris nak kena songlap, dana kerajaan negeri dah nak kering. Boleh jual video2 exco kot nak tambah dana.

    Kat P.Pinang, Pelabuhan yang X rugi pun dilaporkannya rugi, Kg. Buah Pala pun dah X ade...Kata nak adil...Cadang jawatan KM digilirkan terus melenting....

    Kedah, Perempuan simpanan pun boleh bawak masuh Istana, Sampah X tahu nak urus...

    Kelantan, kerajaan persekutuan bangunkan negeri, mengaku dia punya usaha. Hari2 buat ceramah aje...

    Perak, 999 tahun. Suku-sakat Chin Peng dapat Tanah Askar yang berjuang...Dapat tengok sahaja...

    ReplyDelete
  6. YB Pakatan Rakyat hanya pandai korek hidung!!! Kawasan yang dia menang tak nak jaga. DUN PD dipegang oleh Pakatan. Parlimen pun Pakatan. Sibuk cakap longkang tersumbat la apa la..Apa YB dia buat? Cakap dulu nak jadi Yang Berkhidmat...haha.

    ReplyDelete
  7. Begitulah sahabat, sejak dari PAS ujud kerja dia orang hanya ceramh macam bulan juga, bila malam je dia datanglah. DAP timbul selepas Singapura keluar dari Malaysia, itu pun nasib baik PAP tak dapat keluarkan sama Pulau Pinang sebab ada dua kawasan pulau dan daratan, kalau tak dengan Pulau Pinang sekali PAP bawak keluar..... itulah DAP sedang cuba buat, dengan pertolongan PKR dan PAS...

    PKR pulak, timbul bila Anwar dipecat dari Kerajaan, tujuan utama PKR cuma nak bebaskan Anwar dari penjara saja.

    Kini dia orang dah berpakat, membawa agenda Yahudi dan Amerika melalui Ketua Penasihat mereka Anwar untuk melumpuhkan sebuah negara Islam di Asia ini, Singapura kurang senang selagi wujud negara Malaysia, Indonnesia dia dah dapat goda, Thailand huruhara dengan keganasan hasil hasutan Taksin, kaum kerabat Lee di Singapura, Taksin bukan keturunan Thailand.... beginilah cara-cara Yahudi cuba melemahkan negara Islam di Asia.....

    PAS dan PKR sebagai landasan Yahudi untuk menjayakan cita-cita Yahudi....

    ReplyDelete
  8. Yang gambi..memang ccz yang tulis..ccz cuma meluat bila dengar yang calon dari PR adalah calon yang dipilih rakyat..kalau ccz salah, tolong maklumkan pada ccz..tak faham dengan pertanyaan yang gambi..lagipun tadi dan sekarang ccz tak dapat nak tumpu betul-betul pembacaan dan penulisan komen sebab tempat kerja bising dan anak pulak buat hal..

    ReplyDelete
  9. Kenapa UMNO pilih Isa??

    Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.

    UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.

    Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.

    Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta.

    Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.Kalau UMNO kalah lagi kali ini maka UMNO berada di landasan yang betul untuk mengakhiri riwayatnya.

    Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkan UMNO secara tidak langsung mengiktirafkan politik wang. Walaupun kehendak rakyat menolak politik wang, UMNO lebih mementingkan kemenangan. Jika Isa benar-benar mementingkan masa depan UMNO, dia sepatutnya menolak pencalonan tersebut. Isa lebih mementingkan diri sendiri.


    Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkkan sikap kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang lemah dan tidak berani berani membawa perubahan kepada UMNO. Mereka lebih takut kepada desakan dan kekalahan BN dari masa depan UMNO. Beginikah kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin Malaysia?


    Demi masa depan UMNO , saya tidak dapat menerima Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.

    Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.

    ReplyDelete
  10. CCZ, maaf saya sendiri sila[ tanggapan. Terima kasih komen.

    Mudz, terima kasih menjelaskannya, tetapi kawan kawan tidak mahu komen pendapat tuan, cuma pada pandangan kawan, bahawa Dato' Sri Najib dan Tan Sri Muhyidin telah menerima pandangan akar umbi dari masyarakat setempat, khususnya UMNO Telok Kemang. Adalah tidak wajar mereka berdua dipersalahkan......

    Kawan sebagai orang yang tidak berada ditempat Mudz, mungkin tidak tahu akan ini semua, tetapi kita harus menerima hakikatnya. Kita lihat sahaja bagaimana puak-puak pembangkang menyemaikan budaya satu suara kepada calon mereka walau pun pelbagai masalah yang ada pada calon mereka, tetapi di atas dasar parti, mereka sentiasa menganggap calaon mereka bersih...

    Walau bagaimana pun terserah pada masyarakat dan pengundi-pengundi Bagan Pinang......

    maafkan kawan kalau tersalah tafsir....

    ReplyDelete
  11. Jemputan untuk disedut gambar kartun di http://sudutkartunis.blogspot.com/2009/10/kartun-bagan-pinang.html

    anakmuda
    http://ohpolitik.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Aku sebagai ahli UMNO sangat kecewa disebabkan UMNO tetap memilih calon yang pernah rasuah bagi mewakili kawasan aku. Kali ini aku akan tolak UMNO walaupun hatiku berat untuk melakukannya. Tapi aku terpaksa kerana tak mahu bersubahat.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..