Kesudahannya pucuk pimpinan UMNO akur dengan mandat yang diberi oleh keseluruhan ahli-ahli UMNO Cawangan dan masyarakat akar umbi di Bagan Pinang. Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam PRK DUN Bagan Pinang oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berbagai-bagailah sindiran, cemuhan dari blogger-blogger pro PAS khawarij, antaranya ; ‘UMNO sudah tidak mampu menonjolkan calon bersih’.
Ada juga blog pro PAS khawarij meluahkan rasa kesal kerana UMNO tidak akur dengan nasihat bekas pemimpin UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkali-kali secara terbuka menentang pencalonan Tan Sri Isa Samad, tokoh yang terpalit dengan rasuah politik dan digantung oleh parti.
Blog pro PAS khawarij mengandaikan, ‘pemilihan Isa sebagai calon BN, ini menunjukkan UMNO masih sukar untuk melakukan tindakan yang betul memilih calon yang bersih kerana kepentingan kuasa'.
Ada juga yang blog yang membuat andaian dengan menyatakan, ‘tindakan mencalonkan Isa bagi menegelakkan tindakan boikot daripada ahli-ahli UMNO akar umbi yang menyokong kuat Isa untuk kembali menjadi Menteri Besar kerana mereka kurang senang dengan kepimpinan Menteri Besar sedia ada, Datuk Seri Mohamad Hassan'.
Begitulah kebodohan yang ditonjolkan oleh penulis-penulis blog pro PAS khawarij, dia orang ingat masyarakat di bagan
Mengapa puak-puak PAS khawarij ini sebuk sangat ?
Kalau PAS khawarij selama ini angkuh dan bongkak dengan kemenangan 7-1, kenapa perlu sebuk dan kecuh bila Tan Sri Isa di umum oleh sebagai calon UMNO-BN di Bagan
Bukan kah PAS khawarij pakar dalam penyebaran fitnah, caci maki, putar belit, menipu, memecahbelahkan umat, apa tunggu lagi…….. pergilah buat fitnah banyak-banyak kat UMNO di Bagan
Pas khawarij perlu sedar, ini bukan Permatang Pauh, bukan Permatang Pasir, bukan Penanti dan bukan Manek Urai, ini DUN Bagan Pinang…….
PAS khawarij perlu tahu, masyarakat dan pengundi-pengundi bukan bodoh dan jumud macam di PRK yang lalu, memadai dengan ‘undi PAS boleh masuk syurga’, mereka bukan tempat untuk tok-tok guru PAS khawarij boleh menipu…….
PAS khawarij perlu tahu juga, bahawa kerusi DUN Bagan Pinang adalah hak milik BN yang mesti dipertahankan. Keseluruhan rakyat tempatan bersepadu dari pelbagai lapisan bangsa tidak akan berbelah bagi memberikan sokongan kepada UMNO-BN menerusi calonnya Tan Sri Isa Samad.
salam...
ReplyDeletePAS dah umumkan calonnya dengan kedatangan lebih 2000 penyokong datang...
ble lawan ker dengan lebih 30 ribu penyokong UMNO Barisan Nasional yang datang bagi sokongan Kepada ISA?
BAGAN PINANG MENJADI SAKSI UMNO BANGKIT
Yang Gambi!
ReplyDeletePercaya tak, kalau ramai yang bagi undi kat Tan Sri Isa Samad, saheh BN menang dalam PRK Bagan Pinang?
Ekeng percaya 100%.
Salam, Yang Gambi,
ReplyDeletePemilihan Tan Seri Isa Samad adalah calon yang diterima oleh masyarakat di Dun Bagan Pinang.
Ia perlu disokong dan akan mendapat sokongan oleh penggundi di bagan Pinang.Itu adalah kehendak akar umbi dan perlu diikut demi kepentingan undi BN di Bagan Pinang serta mempastikan kemenangan BN di bagan Pinang.
Hujan emas :
ReplyDeleteSama-samalah kita doakan agar BN akan menang nanti.
bagus3x..budaya br utk lantik pemimpin...lepas ni bole lantik penjenayah yg dah taubat utk jd pemimpin supaya berkat nya melimpah kpd rakyat m'sia wuhahaha...
ReplyDeletewala' pd pemimpin bro...hehehe
kesian TDM dah x laku...
pemimpin pas yg kena tgkap khalwat pun org sokong lg...kalau masuk pas, wat salah pun org wat tak tau je...kalau org umno wat salah kecik walu tak sengaja pun org2 pas n pkr akan ungkit sampai bila2
ReplyDeleteTerima kasih sahabat buat komen yang baik untuk semua....
ReplyDeleteKunyiil, kalaulah Isa semasa dipecat dulu terus masuk PAS macam Anwar aj-jub, kawan rasa Niko Aziz awal-awal lagi beri pengampunan dan buat fatwa Isa boleh masuk syurga.......
Isa bukan melakukan jenayah besar macam Anwar al-jub, hanya didapati bersalah melanggar etika kempen UMNO je....... cuba kunyiil buka mata dan minda sikit......, peliwat, penzina isteri orang macam Anwar al-jub pun PAS khawarij jadikan Ketua Penasihat PR....
Salam. Yang Gambi..
ReplyDeletePAS lepas umum calon dia..
arini sampai malam ni terus hilangkan diri..
dah tau kalah awai kot..haahahah!!
Betul ke Anwar peliwat, penzina isteri orang? Mahkamah pun dah sabitkan beliau tidak bersalah.
ReplyDeleteAmalkan rasuah langgar etika kempen UMNO aje ker? Jangan memperkecilkan dosa besar amalan rasuah YG, 'Arraasyi wal murtasyi finnaar'.
Rasuah ni adalah dosa yang besar.. walau bagaimanapun Allah Taala tetap menerima taubat hambanya yang ikhlas walau sebesar mana sekalipun dosanya.
SLM BRO...NMPKNYA KALI NI PAS LETAKKAN CALON SAMBIL LEWA DGN ALASAN KLU MENANG PUN MUNGKIN SBB ISA ADE KES DAN KLU KALAH ALASANNYA ISA MENANG SBB UNDI POS..TU AJE. PAS SAJE NAK TEST MARKET KEHKEHKEH
ReplyDeletesalam bro..
ReplyDeletekalau melanggar etika & dihukum oleh puak sendiri & nampak mamat tu redo je lu anggap x besa , lu bg bola tanggung bro...
kes makluq tua tu gua malas nak komen sbb sistem yg bicarakn kes tu x islamik... berat tuduhan tu beb hingga dikategorikn 7 pembinasa...
Kawan bangga sangat kalau sahabat-sahabat respon blog kawan, terimakasih.
ReplyDeleteKuda Perang dan Kuanyiil, kita akan kata apa sahaja yang buruk kalau kita sudah tidak berkenaan pada seseorang. Biasalah tu..... tetapi kena ingat, Anwar telah dibicarakan dan dihukum penjara dengan kesalahan itu, tapi Pak Lah bebaskan dia atas bab kesian kat Wan Azizah, tapi orang kata, macam 'melepas anjing tersepit'.
CENCARU ISA INI AKAN MAKAN PETANG. LIHATLAH NANTI. ABIS DI MAKANNYA IKAN-IKAN HIJAU TU. ITU YANG PAS TAKUT TU. UMNO TERUTAMA PAK LAH DAN RADZI SHEIKH AHMAD AMAT TAKUT KEPADA CENCARU INI. ITU YANG DICARI PASAL NAK KENAKAN ISA DULU. BN MENANG. INSYAALLHAH.
ReplyDeleteSetuju dengan Arif Omar, PAS kalau dalam kubu sendiri bolehlah angkuh dan memperbodoh-bodohkan penyokong mereka dengan janji-janji 'syurga'....
ReplyDelete