Saturday, October 10, 2009

Bagan Pinang - pembangkang sudah terlalu kering modal kempen


Hari-hari terakhir menjelang mengundi bermula pagi esok, PAS dengan bantuan kuncu-kuncunya PKR dan DAP seolah-olah sudah kekeringan modal berkempen untuk memanipolisaikan suasana kempen di Bagan Pinang.

Apa tidaknya, sejak mula pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang pembangkang telah mengwujudkan berbagai-bagai isu serta fitnah untuk menyemaikan perasaan benci dikalangan rakyat terhadap calon dan UMNO-BN.

Pas dan kuncu-kuncu yang begitu parah tertekan dengan persekitaran yang kurang mendapat sambutan terhadap kempen mereka sejak awal-awal lagi, akhirnya terdesak untuk mencari sokongan walau dengan apa cara sekalipun.

Boleh dikatakan setiap isu fitnah yang cuba diwar-warkan kepada masyarakat akhirnya memakan diri sendiri.

Penyebaran SMS oleh Ketua Pemuda juga gagal mengambil perhatian pengundi, sehinggakan pembangkang membidas pula Dato’ Sri Najib atas sebab menaikkan papan tanda yang menunjukkan beliau menziarah Nik Aziz yang sedang dirawat di hospital.

Anwar Al-jub paling marah dengan papan tanda berkenaan sehingga menuduh Najib sengaja mahu menunjukkan perwatakan yang baik, sebaliknya bersikap zalim pada rakyat, memfitnah, tidak bantu rakyat miskin.

Beginilah cara pengkhianat bangsa ini memberi hujah agar rakyat benar-benar yakin bahawa semua pemimpin UMNO-BN bersikap zalim pada rakyat Malaysia.

Teramatlah bodoh kalau rakyat mengiakan tuduhan seperti itu, kalau benar pemimpin kerajaan UMNO-BN zalim, mungkin manusia seperti Anwar dan penjarah-penjarah pembangkang yang lain sudah lama berkubur.

Tak cukup dengan itu, Tan Sri Isa menimang cucu pun puak-puak pembangkang memfitnah kononnya Tan Sri
Isa telah mendapat anak luar nikah dengan seorang wanita.

Inilah cirri-ciri kepimpinan Islam yang hendak ditonjolkan PAS untuk mendapatkan kuasa, tak tahulah macam mana kalau PAS khawarij ini benar-benar dapat memerintah Negara……..

Kawan rasa sudah pasti mereka akan buat apa sahaja untuk menghapuskan musuh-musuh politik mereka dengan cara fitnah seperti ini, aatau mungkin terus sahaja dihukum bunuh tanpa bicara oleh samseng-samseng mereka, macam komunis pernah lakukan pada zaman darurat dulu.

Kawan yakin pengundi-pengundi DUN Bagan Pinang tidak sebodoh itu untuk menerima apa sahaja kempen-kempen jahat dari pembangkang, terutama Ketua Penasihat mereka Anwar Al jub barua Yahudi yang ingin melihat kuasa Melayu dan Islam terkubur dalam Negara Malaysia…….

Mari kita renung bersama pesanan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengingatkan rakyat Malaysia bahawa ‘negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbiran kerajaan berpindah kepada pembangkang, kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian semata-mata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.

‘Mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka haramkan semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.’






















8 comments:

  1. Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus menjadi parti rasuah. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

    Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada penyelewengan. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

    Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus dikotori oleh perompak harta rakyat. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

    Pendek kata, UMNO akan mampu diselamatkan jika tiada lagi manusia seperti Isa Samad di dalam UMNO. Isa Samad hanya boleh dinyahkan daripada UMNO jika beliau kalah di Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.

    Anda tidak perlu mengisi borang PAS tetapi anda mampu membersihkan UMNO dengan memBERIKAN UNDI ANDA KEPADA PAS.

    ReplyDelete
  2. erkkk ~ mende lak atas nih!!

    KOrank mmg xder rahsuah coz dah tukar istilah >>> "bagi hadiah" .. xoxoxoxoxo


    >____<

    ReplyDelete
  3. frodo,
    bukan hadiah tapi sedekah kata sikambing2 berjubah jahanam tuh.

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat dengan pendapat THF dan RAM, puak-puak ini memang pakar berdalil menghalalkan benda haram jika masuk ke tembolok dia orang.... yang teramatlah bodoh adalah penyokong-penyokong buta mereka, mana tidaknya peliwat, penjenayah, bapak rasuah dan barua yahudi mereka jadikan Ketua Penasihat.......

    Ulama-ulama mereka jual agama Islam, jadi bacul dengan DAP pasal nak jaga jawatan dan kuasa, dia pun jadi buta....., inilah balasan Allah kepada manusia yang tidak pernah bersyukur dan berterima kasih.....

    ReplyDelete
  5. Betapa pun usaha mereka untuk menyesatkan umat sehingga samggup berjihad untuk menyelamatkan kedudukan mereka sambil memburu cita cita impian tanpa sempadan itu; kerja kita tetap kena tegap.

    Kita kena bela dan selamatkan umat daripada diselewengkan fahaman oleh mereka untuk keuntungan mereka yang Assobiah yang Khawarij itu.

    ReplyDelete
  6. Rasuah Amalan Haram... Rasuah adalah Haram...
    Ar-Raasyi wal Murtasyi fin Naar... Say no to Rasuah... Say no to Isa...Mansuhkan Isa... Say no to Isa...

    Kepada rakyat Bagan Pinang, anda semua diseru menggunakan kuasa undi anda dengan jauhari dan bijaksana.

    InsyaAllah PAS-PR akan diisytiharkan menang PRK N31 Bagan Pinang jam 8pm malam besok.
    Takbir!!!
    Allahu Akbar!!!
    Takbir!!!
    Allahu Akbar!!!
    Takbir!!!
    Allahu Akbar!!!

    ReplyDelete
  7. Daripada pilih PAS yang menjual agama untuk kuasa, biar seribu kali baiknya Isa, Anwar penjenayah, peliwat dan talibarut Yahudi yang bersekongkol dengan PAS dan DAP sepatutnya dihumban terus. Pengundi-pengundi Bagan Pinang bukan mudah untuk ditipu bodoh-bodoh macam sebahagian besar rakyat di Kelantan, PUlau Pinang, Selangor dan Kedah.

    ReplyDelete
  8. Yalah tu YangKambing..

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..