Hishamuddin tidak pula memaparkan mitos mengundi PAS masuk ‘syurga’ adalah satu pembohongan.
Inilah cara Hishamuddin membawa propaganda komunis untuk memesongkan pemikiran rakyat Malaysia terutama generasi muda dengan memecahkan mitos-mitos sebegini berdasarkan fakta-fakta mengikut selera komunis dan pemikiran pembangkang ;
Mitos pertama
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. Bohong. Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya, sila tanya orang Sabah dan Sarawak.
Komen : Semua rakyat Malaysia tahu 16 September adalah tarikh penubuhan Malaysia dan 31 Ogos adalah hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai negeri-negeri yang telah bersedia bersekutu dengan Malaysia, apa salahnya mereka menyambut bersama tarikh 31 Ogos adalah hari kemerdekaan Malaysia.
Sabah dan Serawak bersetuju bernaung di bawah satu bendera yang dinamakan Malaysia menyebabkan Indonesia yang diterajui Sukarno menganjurkan konfrantasi dengan Malaysia, kerana Sukarno menganggap Sabah dan Serawak adalah sebahagian dari Indonesia. Ternyata rakyat dan kepimpinan Sabah dan Serawak sendiri lebih rela menjadi sebahagian dari Malaysia.
Singapura, meninggalkan Malaysia atas dasar putar belit kepimpinan PAP yang mahu mengwujudkan sebuah Republik Cina di kepulauan nusantara Melayu.
Sebuah Negara Komunis moden seperti yang Hishamuddin kehendaki berlaku di Malaysia.
Mitos kedua
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. Bohong. Parti yang awal memperjuangkan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud, slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA!
Komen : Hishamuddin cuba putarbelit fakta, betul KMM wujud menentang penjajahan British dan kekejaman penjajahan Jepun, tidakkah pada masa itu mereka lebih menumpukan penentangan Jepun bersama PKM, dan kumpulan-kumpulan ini lebih terpengaruh dengan tanah besar Cina dan pejuang kemerdekaan Indonesia dari Belanda. Kumpulan ini lebih berminat membuat penentangan ala gorilla macam pengganas PKM.
UMNO wujud di atas kesedaran orang-orang Melayu, dan perlu diingat UMNO menuntut kemerdekaan dengan cara perundingan, cara berhemah. UMNO berjaya mengabungkan perpaduan parti kaum Cina-MCA, India-MIC dengan nama Perikatan berjaya menuntut kemerdekaan dari British.
Mitos ketiga
Kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah. Bohong. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata. Pada mulanya melawan Jepun, kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata, British tidak akan undur.
Komen ; Hishamuddin kena ingat, semua kumpulan-kumpulan yang di sebut itu berjuang menentang kekejaman Jepun dan selepas Jepun berundur, kumpulan ini lebih terpengaruh dengan gaya komunis PKM dan mengganas melakukan kekejaman terhadap rakyat Tanah Melayu termasuk kaum Cina dan India.
Apabila, British bersetuju memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu, kumpulan-kumpulan ini tidak mahu membubarkan pertubuhan mereka malah bergabung dengan PKM untuk menentang kerajaan baru Perikatan.
Apa tujuan mereka ? Bagi pertubuhan-pertubuhan yang mirip kepada perjuangan Indonesia, mereka mahukan Persekutan Tanah Melayu menjadi sebahagian daripada Indonesia, dan bagi PKM pula mereka mereka mahukan Tanah Melayu adalah sebuah Negara komunis di bawah naungan kerajaan Cina komunis.
Tidak dinafikan mereka ini banyak berkorban menumpah darah, tetapi lebih kepada menentang Kerajaan Persekuatuan dan selepas itu Malaysia, tetapi yang lebih banyak menderita dan berkorban adalah anggota Tentera dan Polis Malaysia yang menjaga keamanan Negara dari keganasan PKM dan konfrantasi Indonesia-Malaysia.
Mitos keempat
Lagu Negaraku dikatakan lagu kebangsaan kita. Bohong. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Penciptanya orang Perancis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857).
Nama asal lagu ini, Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman konfrontasi Malaysia-Indonesia, radio repuklik itu memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku Abdul Rahman yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negaraku.
Komen ; Hishammuddin sama juga macam sebahagian warga Indon yang dungu dan jumud. Tidak dinafikan lagu itu dicipta oleh Pierre Jean de Beranger (1780-1857) seorang warga Perancis. Tetapi bukan ciptaan warga Indonesia, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu mengupah kepada sesiapa yang dapat mencipta lirik dan melodi lagu kebangsaan, macam sekarang juga.
Waktu itu tidak ada orang Melayu yang bijak pandai dalam bidang ini, belum wujud lagi orang bernama Hashamuddin Melayu murtad atau Mior Yusuf Aziddin yang boleh menyumbang lirik dan melodi lagu kebangsaan.
Yang hairannya, kenapa Hishamuddin tidak mahu menjadi rakyat Indonesia atau mana-mana Negara yang dapat mengikut selera sendiri, tetapi mengemis hendak jadi rakyat Malaysia juga.
Mitos kelima
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru berusia lima tahun. Ia adalah tiruan bulat-bulat bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled–Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Jalur Gemilang diciplak daripada bendera Amerika.Buktinya, lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara atau Melayu. Warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah ertinya darah rakyat dan putih pula hati rakyat. Motif Nusantara ini wujud pada bendera Singapura dan Indonesia.
Komen ; Hishamuddin memang kaki penipu, pengkhianat bangsa kerana mahu memutarbelit fakta bahawa bendera Malaysia yang asalnya dicipta untuk bendera kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah direkabentuk oleh seorang Arkitek Kerajaan di Johor, berbangsa Melayu iaitu Alayarham Mohamad bin Hamzah.
Majlis Perundangan Persekutuan pada waktu itu menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada beberapa rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti rakyat telah memilih rekabentuk ciptaan Alayarham Mohamad bin Hamzah.
Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Penafian Hishamuddin ini, samalah juga dia menafikan hak rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Raja-Raja Melayu pada waktu itu. Hishamuddin juga seolah-olah menafikan ketentuaan Allah SWT, bahawa Negara ini telah dinamakan dengan Malaysia, dan menpunyai bendera ‘Jalur Gemilang’. Macam juga dengan Hishamuddin, Allah SWT telah menentukan bahawa nama manusia yang lahir di Negeri Sembilan pada 3 Februari 1951 telah di beri dengan nama Islamnya Hishamuddin Rais.
Mitos keenam
Wujud perpaduan Melayu. Bohong. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan Cina, perpaduan Arab, perpaduan Itali, perpaduan India.
Mitos perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu daripada 'ditelan' oleh Cina dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampung yang takut pada hantu memanggil bomoh untuk menghalau hantu.Ini cara klasik sesuatu mitos bergerak - takut-takutkan orang ramai. Apabila orang ramai takut, maka mereka akan mencari perlindungan.
Maka muncul United Malays National Organisation menjadi pelindung, walhal yang menimbulkannya gerombolan ini juga.
Komen ; Manusia yang tidak mahu melihat wujudnya perpaduan Melayu adalah Hishamuddin, dia jadi lupa kerana terlalu lama tidak mahu memijak bumi Melayu, malu dengan nama bangsa Melayu. UMNO tidak akan wujud kalau bukan dari kalangan bangsa Melayu sendiri yang mengwujudkannya, etnik-etnik Jawa, Banjar, Bugis, Minang, Aceh, Melayu jati dan pelbagai etnik dari nusantara Melayu menganuti agama Islam yang memijak bumi Tanah Melayu ini bersatu mengwujudkan atas satu nama iaitu ‘Melayu’ dan bernaung di bawah satu lambang UMNO.
UMNO wujud bagi mengukuhkan perpaduan Melayu untuk menghindari dari jajahan pemikiran orang-orang seperti Hishamuddin yang mungkin sudah lama membuang bangsa Melayu dan agama Islam.
Kalau tidak masakan sehingga kini Melayu masih menguasai kerajaan untuk mengutamakan kebjikan masyarakat Melayu di bumi Melayu sendiri, cuma orang macam Hishamuddin serta pendokong PAS-PKR sahaja yang mahu melihat perpaduan Melayu berkecai, kuasa Melayu terhumban, agama Islam sekadar hiasan untuk menjahanamkan bangsa dan agama Melayu.
Mitos ketujuh
Malaysia negara unik. Bohong. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar.Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia ini unik.
Hakikatnya Malaysia tidak unik; bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang-bilang kaum, berbilang-bilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolithic dalam dunia ini – semua ada kepelbagaian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.
Komen ; Orang seperti Hishamuddin sebenarnya menipu dan memperbodohkan rakyat Malaysia, dengan cerita metos seperti ini yang amat takut menerima Malaysia sebuah Negara yang unik. Rakyat pelbagai kaum dapat menikmati hidup dan mencari kekayaan yang kadang-kadang meninggal jauh dari kaum Bumiputera sendiri.
Di India, walaupun hanya terdapat satu kaum satu bahsa yang terbesar dan berlain agama, tetapi mengamalkan kasta-kasta sehingga mengenepikan hak peribumi, berperang antara Islam, Hindu dan Sikh. Bagaimana India menafikan kewujudan etnik Roghingya bersama Burma, sehingga etnik ini hidup melarat,diperlakukan lebih daripada haiwan.
Di Cina, walau pun dikatakan satu rumpun bangsa, tetapi masih berlaku pengasingan etnik, sehinggakan tercetus pembunuhan penganut-penganut agama Islam, bagaimana etnik Tibet diperlakukan ?
Di Thailand, bagaimana etnik Melayu Islam diperlakukan ?
Di Indonesia sendiri, bagaimana wujudnya satu warga satu Negara, satu bahasa, bebas beragama, tetapi masih di belenggu dengan etnik dan keturunan. Mengapa masih wujud permusuhan etnik dan agama ? Mengapa etnik yang minority boleh menguasai ekonomi sehingga etnik peribumi banyak merempat ke Malaysia mencari rezeki ?
Di Singapura, memang Negara unik dari pelbagai kaum sehingga etnik peribumi asal hampir lenyap dari catatan sejarah dan bagaimana Singapura melayani Melayunya untuk menghindari perpecahan kaum ?
Adalah wajar Hishamuddin pergunakan kelebihan pengalaman dan ilmu itu untuk tujuan yang baik daripada memutarbelitkan fakta untuk kepentingan politik yang dianuti Hishamuddin.
Bukan orang macam Hishamuddin Rais sahaja yang cuba mengubah fakta sejarah, malah pensyarah-pensyarah IPTA/IPTS juga banyak yang cuba mengubah fakta sejarah untuk menghalalkan perjuangan komunis dan Ching Peng, untuk memenuhi keperluan parti yang mereka sokong.
Tidak hairanlah propaganda seperti ini juga sudah terlalu jauh menyerap dikalangan pelajar-pelajar IPTA/IPTS sehingga ada yang tidak mahu mengaku mereka adalah berbangsa Melayu, malu menjadi rakyat Malaysia.
Inilah cara komunis moden mempengaruhi generasi muda dalam Negara, mereka sama juga macam puak-puak khawarij, mengaku beragama Islam, bersolat dan sebagainya, tetapi lebih kepada mengkafirkan umat Islam lain serta menghalalkan darah umat Islam yang tidak sehaluan dengan mereka dan lebih mengagungkan kaum-kaum kafir.
Umat Melayu Islam akan terus menjadi lemah kalau generasi muda ini terus hanyut dengan propaganda komunis seperti ini……..