Monday, December 28, 2009

Desak keluar pakatan – mudahnya ‘Mahfuz hamPAS’ tuduh UMNO

Beginilah agaknya sikap muka-muka yang kononnya akan menjadi pemerintah Negara, semua kepincangan mereka dalam parti hamPAS, semuanya dituding kepada UMNO………

“itu kerja orang UMNO” kata seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz apabila ada kumpulan yang menggelar diri mereka Badan Bertindak Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas Negeri Selangor (GKPPNS) mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu. Klik

Kalau semalam Naib Presiden PAS, Salahuddin menafikan kumpulan ini adalah ahli-ahli PAS, kini rata-rata kepimpinan tertinggi PAS juga mengeluarkan berbagai-bagai hujah menafikan kumpulan pendemonstrasi ini bukan ahli-ahli PAS……

Mungkin benar mereka ini bukan ahli-ahli PAS, tetapi mereka ini mengakui adalah penyokong dan pengundi PAS yang memberi kemenangan kepada calon-calon PAS di Selangor……..

Mereka inilah sebahagian dari pengundi-pengundi yang memberi mandat kepada kerajaan pakatan rakyat memerintah Selangor……

Lupakah PAS ?

Wan Hilman Wan Ibrahim adalah salah seorang yang membantu PAS mencapai kemenangan di Selangor ?

Mereka cuma mahukan Pas terus kekal sebagai parti politik dan tidak perlu bersekutu dengan PKR dan DAP itu sahaja.

Mereka tidak mahu PAS dipermain-mainkan oleh PKR dan DAP dalam membuat keputusan melibatkan pentabdiran negeri termasuklah dalam menangani isu-isu sensitif melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.

Sebagai penyokong dan pengundi, mereka meminta kepimpinan PAS bersikap realistik dalam menyelesaikan isu orang Melayu dan Islam, bukannya mengikut kehendak pakatan rakyat yang didominasi oleh Anwar Ibrahim.

Mereka mahukan agar kepimpinan PAS melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan Perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu serta kedudukan agama Islam di Selangor. Itu sahaja……….

Inilah balasan yang diterima oleh penyokong-penyokong dan pengundi-pengundi parti yang mendakwa memperjuangkan Islam iaitu PAS tetapi sebenarnya hamPAS……..

Kepimpinan PAS hanya tahu mengkritik, mencaci, memfitnah serta memecahbelahkan masyarakat Melayu dalam Negara, tetapi mereka tidak boleh menerima teguran, kritikan atau desakan segala kepincangan dalam diri mereka.

Demi jawatan dan kuasa yang sedikit, pemimpin-pemimpin PAS lebih rela bersikap bacul dan dayus, lebih rela menghapuskan hak-hak bangsa Melayu-Bumiputera, lebih rela agama Islam dicaci hina serta dipersenda, lebih rela mengkafirkan umat Islam sendiri seperti UMNO…….. dan lebih malang mereka lebih rela bersekongkol dengan parti rasis DAP untuk melihat kemusnahan kuasa Melayu UMNO…..

Sedarlah wahai saudara-saudaraku yang dulu menyokong, yang dulu mengundi PAS, inilah habuan yang akan diterima jika terus memberi kepercayaan kepada kepimpinan hamPAS……..





9 comments:

  1. Yang Gambi..kalaulah CCZ yang jadi wan hilman and the gang..baik keluar saja dari PAS. Jawapan dari seorang pemimpin macam tu kah? Memalukan. PAS dah tak ada pemimpin yang betul2 berkualiti hanya yang tahu buat kenyataan tak pakai otak dah.Ikut suka hati saja...Itu pun nak percaya kah?

    ReplyDelete
  2. salam
    semoga pengikut PAS akan dapat menilai yg mana kaca & yg mana intan, insyallah

    ReplyDelete
  3. betul ke yang mereka ni ahli pas? yelah setahu aku kebanyakkan ahli pas paling tidakpun akan berkopiah. benar juga alasan naib presiden pas tu.

    akupun tak cakap mereka ini orang umno. tapi mungkin kerja orang yang mahukan orang melayu terus bergaduh sesama sendiri. dalam politik banyak kemungkinan boleh berlaku.

    terima kasih sebab sama sama berhujah didalam blog haziq. memang ayat quran itu benar tetapi kalau tak laksanakan hudud, ia bukanlah satu dosa besar. banyak lagi masalah besar yang perlu umat islam selesaikan daripada bergaduh sesama sendiri.

    akupun tak percaya pada pas sebab mereka tak akan buat hukum hudud walaupun mereka menang majoriti. kita boleh lihat di kelantan dan terengganu dulu.

    ReplyDelete
  4. saudara haziq tu macam dah kecewa je hehehe.

    ReplyDelete
  5. Itu lah dia serpihan daripada kumpulan pijak kepala lembu dulu... muka2 yang sama... puak2 UMNO... macam orang Selangor tak tahu... piirahhh!!!!

    ReplyDelete
  6. Salam YangGambi,
    Kalau hang boleh buktikan si Wan Hilman Wan Ibrahim tu ahli PAS, tolong beri no keahlian dia jika dakwaan hang benar. Dari raut wajah dia aku dapat agak yang dia orang upahan UMNO. Aku cabar lahabau tu boleh jumpa aku kat Gombak pasal aku duduk Gombak. Tak pernah nampak muka pun.

    ReplyDelete
  7. Salam YG,
    Apa perkara yang tak baik kata UMNO yang punya angkara, mereka kata penggundi PAS itu sahaja, pasal tak puas hati itu perkara biasa, PAS patut terima,apa yang dibuat oleh pentadbiran PAS Selangor yang ikut sahaja kata DAP,itu sahaja.

    ReplyDelete
  8. CCZ, Dr1221, Mat Yen, komen anda menjadi panduan kawan...terima kasih..

    Yb Raz, biarkanlah anak muda ini, dia sudah dididik dengan dakyah PAS sejak belum akhil baligh lagi......

    Kuda Perang, Parpu Kari (celup), kawan tak kata Wan Hilmi ahli PAS, dia pun kata dia penyokong dan pengundi PAS masa PRU 12 dulu...... tak pe lah, lepas ni harap-harap Wan Hilmi dan kumpulannya tidak perlu lagi mengundi dan sokong PAS..... buat apa kalau tidak dihargai....

    ReplyDelete
  9. Salam Ziarah.......

    Allah akan bukakan hati untuk penyokong-penyokong PAS yang berpiket ini untuk menyertai UMNO percayalah.UMNO DULU KINI SELAMANYA

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..