Sunday, December 6, 2009

ADUN bukan Islam PKR takbir raya ?

Belum pun reda isu pemimpin DAP memberikan salam dan membaca ayat suci Al-Quran dalam majlis-majlis ceramah anjuran mereka, kini timbul pula cerita ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dari PKR pula mengaku pernah bertakbir raya.

Rakaman video di laman Youtube yang menyiarkan dirinya lengkap berbaju Melayu dan bersongkok dilihat bersama-sama sekumpulan lelaki Islam bertakbir raya dalam sebuah majlis hari raya di sebuah rumah.

Apakah kerana slogan parti PAS ‘Islam for all’ dan perkataan Allah boleh digunakan di dalam gereja oleh Anwar Ibrahim sehinggakan membenarkan penceramah bukan Islam berceramah di dalam Masjid ?

Apakah kerana PAS merasakan mereka sudah Berjaya mendekatkan atau memperkenalkan Islam kepada ADUN-ADUN dari DAP dan bukan Islam dari PKR, sehingga membebaskan mereka ini berceramah dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran untuk menasihati umat Islam ?

Tidakkah tindakan mereka-mereka ini hanya semata-mata memperalatkan Islam semata-mata untuk meraih sokongan orang Melayu ?

Pada pandangan mata kasar kawan, tindakan pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam DAP dan PKR ini sekadar mencari keuntungan dengan cara melibatkan diri dalam segala aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan agama Islam.

Kerana apa mereka-mereka ini semakin berani mempermainkan Islam ?

Ini adalah kerana mereka mendapat sokongan dari sekutu-sekutu Islam mereka dari PAS dan PKR sehinggakan mereka sudah tidak lagi menghormati sensitiviti umat Islam.

Mereka sanggup memperalatkan Islam untuk mendapat sokongan orang-orang Melayu. Mereka telah belajar dan melihat bagaimana pemimpin-pemimpin PAS memperalatkan agama Islam untuk menarik sokongan dari kalangan orang Melayu.

Beginilah caranya Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang-orang Melayu supaya menyokong dan bersama mengikuti perjuangan mereka. Padahal hakikat sebenarnya PKM hanya ingin memperalatkan orang-orang Melayu untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Republik Komunis Malaya oleh Ching Peng.

Tanpa disedari orang-orang Melayu Islam dari PAS & PKR, kuncu-kuncu komunis ini telah mengambil kesempatan mempergunakan mereka kerana kerakusan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR yang terlalu ini inginkan berkuasa.

Kalau tidak benar, mengapa Nik Aziz seorang ulama yang tersohor dengan kelembutannya tiba-tiba berubah rupa dan perangai sehingga sanggup ‘mendoakan agar Allah menjahanamkan masa depan Perdana Menteri dan UMNO’………. Tok guru Nik Aziz begitu bersemangat untuk melihat kuasa Melayu dari UMNO hancur dan rebah………

Kerana PAS mempergunakan Islam untuk kepentingan politiknya, maka kesempatan ini juga diambil oleh mereka untuk memecahkan serta mengelirukan umat Islam. Pemimpin-pemimpin PAS dan PKR diperkudakan oleh mereka untuk menjayakan agenda komunis di Malaysia…..



39 comments:

  1. Inilah perangai UMNO dari dulu kini dan selamanya menolak dan tidak sukakan kepada Islam. UMNO begitu amat takut jika orang bukan islam mahu memahami dan mendekati islam kerana jika mereka benar2 faham tentang islam maka dengan sendirinya bukan islam akan menolak perjuangan UMNO yang berlandaskan perkauman.

    Kaum india yang terdiri daripada Kelab Penyokong PAS melebihi 20000 keahlian pun faham tentang bagaimana keadilan dalam pemerintahan adil secara islam yang dibawa oleh PAS, inikan pula orang UMNO yang terdiri dari kaum melayu yang mengaku beragama islam pula yang menolak ajaran islam sebenar.

    Jangan sampai kaum india pula yang akan memberi kuliah kepada melayu UMNO menerangkan bagaimana baiknya PAS memerintah secara islam di Kelantan

    ReplyDelete
  2. Kalau Yang Gambi Nak Tahu kami Dikawasan Rompin dah biasa perkara begini. Yang ambil mata pelajaran Islam SPM ada anak bangsa kami, mereka diajar jawi dan arab serupa orang melayu. Dan Ramai orang Melayu duduk dengan kami jadi keluarga kami beranak pinak dan meraikan hari besar kami sama sama siwang.
    bahkan kami boleh sembelih rusa jika minta cari rusa. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Anon: Kau jangan nak merepek mengenai Kelab Penyokong HIndu tu. Mereka semua ada tujuan apabila menyertai PAS. kalau betul nampak Islam itu bagus sudah semstinya mereka semua berjaya di dakwah oleh PAS PIS PUS. Mereka hanya berminat menjadi golongan penekan di dalam PAS.

    Mengenai slogan ajaran islam yg sebenar tu, kau jgn perasanlah beb. Aku tak nampak ajaran Islam sebenar apa yang dibuat oleh PAS kalau setakat memaki, fitnah, doa laknat, menyumpah orang lain, ujub, takbur.

    ReplyDelete
  4. SETAHU SAYA ADA BEKAS MENTERI KITA
    MENDAPATIJAZAH Phd DALAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM DISCOTLAND
    DIBAWAH PENYELIAAN PROFESSOR YAHUDI.BETULKAH?

    ReplyDelete
  5. kami juga ahli umno
    kami kenal baik dengan datok Maznah dan Datok JJ.

    ReplyDelete
  6. AntiHipokrit, harap-harap anonymous paham dengan komen tuan.... terima kasih.

    Anakcucutangkak, benar kata tuan, tapi kerana apa ? kerana bilangan ini sedikit dikalangan kelompok Melayu..... kalau tak campur masyarakat Melayu susah nak cari makan..... pergilah kat Perak, Shah Alam atau mana-mana tempat India ni ramai, muka tuan mungkin dia orang tak pandang..... silap-silap gaya anak awak dia ajak pergi kuil....

    Untunglah tuan dikenali Dato Maznah dan JJ.... kawan walau pun anak jati Rompin, mereka berdua ni tak kenal pun kawan......

    4x4group, itulah ceritanya, bukan itu sahaja, kita pun tahu sejarah, bagaimana puak yahudi belajar mendalami ilmuan Islam semata-mata untuk memesongkan Islam..... cuma kita tidak prihatin dan mudah terpengaruh dengan gaya dan lagak Islam komunis.....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Gambi kerana mengutarakan topik seperti ini.

    Pertama sekali, saya pernah mengutarakan persoalan mengenai negara Islam kepada salah seorang ustaz saya yang menuntut di Arab Saudi. Katanya, tidak ada satu surah dan hadis pun yang menyatakan kewajipan untuk seseorang muslim itu menubuhkan negara Islam. Yang ada hanyalah untuk menegakkan syariat ISLAM di muka bumi ALLAH ini.

    Hujjah ini dikuatkan lagi dengan pengistiharan Madinah sebagai sebuah bandar bercahaya (Madinatul Munawarrah) oleh Rasulullah S.A.W.

    Mengapa Rasulullah S.A.W menamakan kota Yatrib sebagai Madinah dan bukannya Kota Islam? Ini kerana Rasulullah S.A.W lebih mementingkan pengisian Islam di dlm kota berkenaan melebihi hanya meletakkan nama ISLAM pada kota tersebut.

    Selain itu ianya adalah satu strategi Rasulullah S.A.W untuk menyatukan umat ISLAM dan YAHUDI dibawah panji Islam yang sebenar.

    Dalam hal ini, apabila PAS mengatakan mereka mahu mewujudkan negara Islam, maka PAS masih tidr dan buta dengan keadaan sekeliling. Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Ini kerana Malaysia diperintah oleh pemerintah beragama Islam. Pas juga harus mengkaji semula portfolio mereka sebagai pembangkang, samaada ianya berlandaskan hukum syarak ataupun menyasar dari Jalan Islam yang sebenar.

    Dalam Al-Quran dan Hadis, ALLAH dan pesuruhnya Rasulullah S.A.W melarang dari perbuatan berpecah belah dan keluar dari kesatuan. Malah Rasulullah S.A.W menggelarkan mereka yang bangun menentang pemerintah Islam adalah sebagai seorang yang khawarij. Dan darah orang khawarij ini halal dibunuh.

    ReplyDelete
  8. anak cucu tangkak buluh nipisSunday, 06 December, 2009

    terima kasih bahasa awak orang gunakan kepada kami orang hina. sudahlah.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih dengan komen Pena Minang yang bernas dan terang...... sebab itu kawan pernah kata, PAS sekadar mempergunakan agama Islam untuk memenuhi kerakusan kuasa mereka...... kalaulah ada dikalangan Melayu Islam sedar akan penipuan PAS dan kuncu-kuncunya........ Alhamdulillah..... tapi apa yang kita lihat mereka terus dihanyutkan arus penipuan ulama-ulama jahat ini.....

    ReplyDelete
  10. AnakCucuTangkak, mengapa awak terasa ? kawan tidak berniat menghina sesiapa pun...... apa yang kawan paparkan semata-mata hendak mengingatkan sahaja agar orang Melayu tidak mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah menghancurkan perpaduan umat...... puak-puak ini boleh berupa pelbagai wajh dan budaya, waima budaya Islam sekali pun asal dapat memperdayakan Melayu......

    ReplyDelete
  11. Untungnya yanggambi ada pemimpin Rompin seperti JJ yang suka raba punggung perempuan. Itulah contoh kepimpinan Islam Hadhari yang dibawa oleh UMNO.TQ

    ReplyDelete
  12. Agak agak saya Sdr. Yang Gambi ni macam orang BTN. Betulkah ?

    ReplyDelete
  13. Dari senario PAS sekarang rakyat yg menggunakan akal fikiran boleh nampak bahawa PAS ni memperalatkan ISLAM utk kepentingan peribadinya iaitu utk merebut kuasa di M'sia dan seterusnya membalun duit rakyat spt orang politik yg lain.
    Tetapi yg orang Melayu agak terkilan dan bosan ialah bagaimana PAS boleh biarkan dirinya diperkudakan oleh PKR dan DAP komunis utk menghapuskan orang Melayu. PAS ingat bolehkah menegakkan Islam tanpa adanya orang melayu? Karpal Singh kan dah kata langkah mayat dia dulu. Tak faham2 ke? Bodoh piang!

    ReplyDelete
  14. Saidina Umar sebelumnya adalah penentang Nabi Muhamad. Akhirya menjadi Sahabat dan Khalifah
    Yang Empat. Sdr. Pemerhati diharap perhatikan sama fakta ini !!!

    ReplyDelete
  15. Pemerhati, terima kasih komen tuan yang jelas, tapi puak-puak macam anonymous ini bukannya nak membuka mata......

    Anonymous, bagi kawan bukan soal untung rugi ada pemimpin macam JJ di Rompin...... itu soal pribadi dia, yang peliknya kenapa pihak yang mengadu tarik balik dakwaan ?

    Soal Islam Hadhari tidak ada kena mengena dengan tingkah laku JJ, tuan sepatutnya menghayati apa yang dimaksudkan Islam Hadhari, dah baca ke mengenai Islam Hadhari.... kawan rasa tuan buakan jenis suka membaca, tapi suka dengar ceramah je.... lepas tu 'takebeer'....

    Kawan bukan sesiapa cuma orang Melayu yang tidak mahu anak cucu merempat dibumi sendiri.

    Tentang cerita Syaidina Umar tu tidak dinafikan, tapi adakah Nik Aziz itu sama taraf dengan Nabi Muhamad SAW ? Nik Aziz dan PAS hanya sekadar manusia bukan maksum yang hanya mempergunakan Islam untuk mencapai nafsu serakah mereka sahaja..... jangan angap PAS itu Islam atau Nik Aziz itu Nabi....... mereka orang politik yang tahu kelemahan orang Melayu dalam bab agama, sebab itu mereka gunakan sepenuhnya kesempatan ini.....

    ReplyDelete
  16. Pemerhati said...

    PAS ingat bolehkah menegakkan Islam tanpa adanya orang melayu?
    ------------------------------------------------

    Inilah spesis melayu yang telah rosak akidah seperti Pemerhati.
    Untuk pengetahuan Pemerhati, di negara Arab tertegaknya negara islam pun tanpa bantuan orang melayu. Adakah mereka gagal dalam memperjuangkan islam? Tlg jawap?

    ReplyDelete
  17. AIB, terima kasih komen..... di negara Arab tegaknya Islam kerana bangsa Arab, di Malaysia bangsanya Melayu, maka orang Melayulah yang menegakkan Islam, begitu juga di negara-negara lain...... setiap Melayu adalah Islam, maka tidak salah komen dari PEMERHATI di atas....

    Kita orang Melayau sebagai peribumi dalam negara ini, maka orang Melayulah yang mesti menegakkan Islam, kaum bukan Melayu tidak akan menegakkan Islam melainkan mempergunakan Islam semata untuk mendapat kuasa dan sokongan orang Melayu..... apalagi kalau sudah ada Melayu yang telah sanggup menggadai maruah Islam.....

    ReplyDelete
  18. Bangsa akan berubah macam bunga orkid.Lihat Amerika Syarikat daripada Red India -Eropah/Negro-American
    Negara akan berubah juga seperti Langkasuka-Pasai-Sriwijaya-Palembang-Melaka-Tanah Melayu- Malaysia......
    Pengaruh Ugama juga berubah Dari Animisme - Hindu - Islam......

    UMNO JUGA AKAN BERUBAH atau DIUBAH
    (yang gambi tak berubah ke)

    ReplyDelete
  19. Untuk pengetahuan yanggambi, Islam bukan kepunyaan melayu atau mana2 kaum tetapi Islam untuk semua bangsa manusia. Tidak timbul soal islam mesti ditegakkan oleh bangsa melayu di Malaysia, kerana islam bukan hak orang melayu tetapi juga bangsa cina, india dan kaum2 lain yang mengaku beriman dengan ajaran islam.
    Berbeza dengan individu yang mengaku islam tetapi hanya mengambil sebahagian ajaran serta hukum-hakamnya. Menolak sebahagia hukum islam mengikut selera kita jika ianya bertentangan dengan naluri kita bukanlah islam tulin sebaliknya inilah dinamakan islam plastik. Kenapa soal nikah kahwin mesti mengikut islam tetapi soal aurat, halal-haram, pemerintahan dll tidak mahu mengikut islam.

    ReplyDelete
  20. Saya rasakan bahawa ADUN bukan Islam bertakbir adalah kekuatan bagi Islam bukan merupakan apa apa ancaman. JANGANLAH JAMBATAN SUNGAI PAHANG DAH SIAP,YANG GAMBI MASIH BERKAYUH PERAHU LAGI.
    (orang dah naik kebulan, awok terdemut demut)

    ReplyDelete
  21. YG Gambi,yg gambi....Assalamualaikum & selamat sejahtera di ucapkan kepada mu...Apasal JAKI bebenor mu ni kalau orang bukan Islam nak bertakbir???DAN kenapa nak Burok Sangka pd ADUN yg dimaksud tu??
    Biasa nya,kalau seseorang tu berjinak2 dgn ISLAM,ada tanda dia akan tertarik memeluk Islam,
    tapi bila?itu terpulang kepada Taufik dan Hidayah dari ALLAH SWT...Tengok saja YUSOF ISLAM
    (dulu Cats Steven)penyanyi pop tahun 70,80an....
    DIA MASUK ISLAM selepas 4tahun berdoa dlm ugama
    Kristian dan juga 2 tahun selepas MEMBACA Quran..!!(walaupun belum Islam,dia dah baca Quran!).Begitu juga Muhammad Ali(Cassius Clay) dan Michael Jackson...!!!JADI JGN lah bersalah anggap..!!Sepatutnya kita ni MIM terus berdakwah
    dan berdakwah untuk mengajak orang2 bukan Islam ke jalan Islam(wasiat akhir Nabi Muhammad SAW).!
    Awak tu,mengaku aje org Islam,rajin membaca buku2 ugama dan professional pulak..!tapi kenapa
    ikut perangai Lucifer??dari mengikut perintah Allah SWT dan sunnah Rasullulah SAW????????

    ReplyDelete
  22. Asm,YG gambi...Jgn Marah ya..Saja nak ngigat,Wal Asr...tapi kalau marah,takut kena JUAL...!!!Hehe

    ReplyDelete
  23. rata2 penyokong PAS yang menyokong tindakan char ko ming bertakbir seperti dibutakan mata mereka... kanak2 pun tahu, semua itu gula2 chauvanist DAP untuk tarik sokongan orang melayu... orang yahudi sanggup berpura2 masuk islam demi menghancurkan islam..ambil itu sebagai pedoman. baru2 ini, dalam malaysian insiders, terpampang headline DAP perak anjur majlis berkhatan untuk menarik sokongan. melayu... x ke mcm bodoh je kita dipermainkan dan digula2kan? mula2 dibenarkan membaca ayat alquran, bercermah dalam surau, bertakbir pula... khalid samad sokong perkataan Allah diguna dalam kristian. apa lagi nak dirobek oleh golongan opportunist agama ini?

    kalau nak puji orang cina yang btul2 membantu islam... puji la Dr Ridhuan Tee, dekati persatuan MACMA dan mauallaf yang lain.. bukan AHLI PARTI POLITIK ANTI ISLAM DAP!!!! Aku heran btul... buta sangat..

    PAS dah terdesak, sokongan orang melayu dah luput...

    EDEXJB

    ReplyDelete
  24. Pendekar Bukit TinggiSunday, 06 December, 2009

    KALAU nak harapkan AMENOO,dah 52 tahun perintah majoriti Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri,
    bolih tanya sikit tak?? Berapa orang MCA,MIC,PPP,
    Gerakan dsb yg dah jadi MUAALAF..??

    Yang FAKTAnya mengikut Mufti Perak: dah lebih 200,000 orang Melayu MURTAD..!!Berapa agaknya org
    AMENOO......???????
    Sori lah EDEXJB,you are not tat smart,bro,maybe AJK cabuk aje...Ingat SENANG ke puak2 DAP nak langgar MIM dalam PR??Kalau depa kuang ajar,kita
    terajang depa keluaq jadi parti LIBERAL,mah...

    ReplyDelete
  25. Salam Yang Gambi,
    Berikut adalah rujukan mengenai perkara itu:-
    http://www.youtube.com/watch?v=NmH6LBbLkCY
    layari youtube ini sebagai bukti.

    ReplyDelete
  26. Islam boleh disepak PAS kata boleh. Btanggungjawablah disana nanti n.ajis dan puak PAS kerana membenarkan semua ini. Takbir yang sia-sia.

    ReplyDelete
  27. Salam Yang Gambi..maaf..CCZ teramat sibuk sangat. Baru malam ni agak berkesempatan. Tentang perkara ini, CCZ rasa biar PKR dan PAS terus buat perkara kontroversi lagi jahil ini. Biar rakyat tahu apa yang dibawa sangat oleh kedua-duanya. Menggelegak marah kerana Islam begitu teruk dipergunakan hanya kerana kuasa.

    Nak tahu apa yang PAS pegang. Untuk pertahankan Islam dan bina negara Islam maka kena kejar kuasa. Buat apa pun tak apa demi untuk dapat kuasa. Bila dapat kuasa baru boleh mengubah. Tapi ini sudah melampau. Jangan tanya ahli politik samada tindakan YB kafir ni betul atau tidak tapi tanya ahli-ahli marhain PAS dan PKR.

    ReplyDelete
  28. fobiatonggeengpunggongMonday, 07 December, 2009

    sehari, tak sebut Pas takboleh ke ?
    Dah jadi Fobia kat pas nampalnya macam fobia kat Harakah, Kat Warna Hijau, Kat orang pakai songkok putih, kat janggut !!!

    ReplyDelete
  29. AMENO Chacha MarbaMonday, 07 December, 2009

    Dah FOBIA kat PAS,Harakah,warna Hijau,AMENOO nak HARU BIRU kan negeri kito pulok,kot.....???
    Sori lah..,kata CheDet @ Dr.M "AMENOO is Rotten to the core".....PRU 13,kalau AMENOO tak ubah perangai,asyik SEKULAR,....asyik,asyik,asyik lah
    KORUPSI,asyik nak cantas sesama sendiri,asyil nak hentam sesama Melayu PAS dan PKR...,alamatnya
    UMNO PUNOH RANOH lah nanti...NOH..??KESIAN DIA!!

    ReplyDelete
  30. PERISTIWA 1999 akan berulang sekali lagi . DiDUN Chini yang tak ada walau seekor pun ahli Keadilan, tak ada pejabat tak ada jentera boleh menang mengalahkan Umno-BN. Moto: PANGKAH APA SAJA ASALKAN JANGAN BN .

    ReplyDelete
  31. Salam, Yang Gambi,

    Saya tak boleh terima orang kafir sewenangnya mempersendakan islam, bertakbir sedang kamu bukan islam. Apakah perkara ini perlu dibiarkan,
    akan hancor dan rosaklah agama islam sebenar.
    Renongkan apa kah jahir mereka yang memberikan ruang demi merosakkan agama islam itu sendiri.

    ReplyDelete
  32. sdr mat yen,

    Orang kafir ialah Orang Islam yang telah membuat U TURN (melalui lisan atau amalannya atau kedua duanya sekali)....bukan orang lain!!!

    AWAS...boleh balik kepada diri sendiri.

    ReplyDelete
  33. Siapa yang memperalatkan Islam sebenarnya, UMNO-BeEND mula2 dulu2 Islamisasi, kemudian Islam Hadhari, kemudian lagi 1Malaysia...

    PAS tunjangnya ialah Islam, tiada Islam tiadalah PAS, perjuangan PAS mengangkat Islam ke martabatnya, UMNO tunjangnya SEKULAR, agama suku politik suku, tak boleh campur agama dengan politik, perjuangan UMNO memartabatkan diri menggunakan Islam...

    Separuh daripada Islam diambil separuh lagi pula ditolak, tak mahu, tak sesuai kononnya, malah ditentang mati-matian...

    ReplyDelete
  34. kenapa Nik Ajis tidak pernah pertikai penghinaan Islam yang dilakukan oleh orang bukan Islam..nampak sangat demi kepentingan politik maruah Islam tergadai

    ReplyDelete
  35. SDR KELAMBUHARIMAU,
    (bior ambo tulong jewab)
    DIO TAK RETI, KALU DIO RETI
    DIO TAK ROYAT LAGU TU.....

    nok berpolitik kena dengan ugama
    bawok ugama kena ada politik
    politik -orang tak reti....
    kalu orang dah reti
    tidak jadi politik doh

    ReplyDelete
  36. Terima kasih sahabat-sahabat semua respon dengan artikel kawan ni.....

    Maaflah, 2-3 hari ini kena diarahkan bertugas luar, kawasan pendalaman lagi....... walau bagaimana pun kawan hurmati komen tuan-tuan......

    ReplyDelete
  37. Nasib orang Islam di Malaysia amat malang, selalu malang dan lebih malang lagi bila dalam keadaan sekarang. Asyik bertengkar dan berperang.

    Penyelesai sebenarnya dihati
    carilah kiblat diri.

    ReplyDelete
  38. perkauman,rasis..memecahbelahkan rakyat..menimbulkan keresahan..mcm pernah dengar jea ayat tu...dulu kini dan selamanya..hi2..

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..