Kita dikejutkan lagi dengan tragedy yang menyanyat hati apabila 10 penumpang terbunuh, manakala dua cedera, termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, awal pagi semalam.
Sejauh mana perasaan yang kita semua rasakan, sedih, ngeri, marah, tetapi haruskah kita meletakkan semua kesalahan kepada pihak lain setiap kali tragedy berlaku ?
Lihat sahajalah betapa ceteknya pemikiran penulis blog ini mentafsirkan sesuatu tragedy seperti kemalangan bas ekspress semalam :
Dulu, Kini dan Selamanya ... semuanya sama
Ape komen JPJ?
Apa komen menteri?
Hampeh ... !
Klik
Walau pun hanya sekadar tiga soalan yang ditulis, tetapi penulis ini seolah-olah meletakkan kelemahan dan kesalahan kepada pihak-pihak tertentu yang berkaitan dengan kerajaan UMNO-BN……
Cuba kita sama-sama merenungnya, kalau hendak salahkan pengusaha bas, bas yang terlibat hanya beberapa bulan menjalankan operasi, bererti bas barulah….. semuanya dalam keadaan baik dan selamat untuk berada di jalan raya.
Kalau hendak salahakan pemandu 100% tidak juga, kerana pemandu berkenaan baru sahaja bertukar shif dan ini bermakna ianya baru lepas berehat…….
Kenapa kita tidak memikirkan perkara lain selain hendak menujal dikepala pihak-pihak tertentu ?
Kawan tertarik dengan dengan tulisan dari blog msomelayu.blogspot yang pada pandangan kawan kita semua patut merenungi bersama daripada kita mudah meletakkan kesalahan pada orang lain.
Inilah tulisan dari blog msomelayu klik
Antara Kesilapan Dan Takdir
JODOH pertemuan, ajal dan maut semuanya tergenggam dalam tangan Tuhan. Ia merupakan takdir Allah s.w.t. Ia telah ditetapkan demikian. Tidak boleh dipercepatkan atau ditangguhkan walaupun sesaat. Itulah kehebatan Allah.
Kita sebagai hamba-Nya harus menerima dengan penuh redha atas apa yang berlaku. Anggap dan terimalah sesuatu yang ditakdir itu penuh dengan hikmah yang tersirat yang bukan mudah untuk kita selongkari.
Begitulah juga dengan tragedi malang, kemalangan mengeritkan yang berlaku ke atas bas Sani ekspress dua tingkat di lebuh raya Utara – Selatan pagi semalam. Kejadian itu ia sudah ditetapkan berlaku demikian. Adapun punca kejadian itu kerana pemandu terlelap adalah isbatnya sahaja.
Walaupun kita tidak berpuas hati dan kesal kerana isbat manusia itu, namun itulah ketentuan dari Maha Pencipata dan Penguasa.
Kesemua mereka yang maut dalam kemalangan itu sudah ditetapkan sejak diazali lagi. Bahawa mereka akan kembali menemui penciptaan-Nya dalam keadaan seperti itu pada tempat, masa dan hari berkenaan.
Kepada keluarga mangsa harusnya menerima dengan penuh tabah dan keredhaan. Tiada ucapan seaman itu untuk mereka. Kata orang berat mata menadang berat lagi bahu memikul. Tahziah.
Bagaimana pun demikian ketetapan Allah kita tidak boleh menerima begitu saja tanpa memikirkan kesan, akibat serta mencari punca-punca kelemahan manusia bagi mengatasinya. Setiap kejadian harus diambil iktibar agar ia tidak mudah berulang. Kalau sesuatu kejadian itu tidak dijadikan iktibar nescaya ia akan berulang dan berulang.
Yang pastinya kejadian itu kerana kelemahan dan kelalaian manusia. Selalunya kesilapan akan berlaku kerana kelemahan manusia. Jika manusia berhati-hati dan waspada kesilapan boleh dikurangkan kalaupun tidak boleh dielakkan langsung kerana sudah tertakdir begitu.
Kelemahan ini boleh diatasi. Kerana itu kita disarankan agar berdoa, berikhtiar bagi mendapat sesuatu dan meloloskan diri kita dari apa jua kecelakaan. Apakah kalau kita berdoa apa yang ditetapkan itu akan tertangguh? Bukankah sesuatu kejadian itu telah ditetap sejak azali lagi?
Soal tertangguh atau tidak itu kerja Allah s.w.t. Kita makhluk yang kena jadi diminta berbuat demikian. Kita tertakluk dalam kehendaknya. Dia suruh kita berusaha, meminta dan berikhitar tentulah ada muslihat baginya. Sama ada ianya mendatangkan hasil atau tidak, itu soal lain. Sebab itu setelah berdoa, berikhtiar kita diminta pula berserah (tawakal) kepadanya.
Mengenai kemalangan ngeri di kilometer 272.8 lebuh raya Utara – Selatan itu ia boleh dielakkan kalau pemandu itu tidak terlelap. Dia tidak letih dan tidak mengatuk. Di sini kesihatan, kewarasan dan kebijaksanaan pemandu mengawal diri adalah penting dalam berjihad dan berkebajikan membawa bas.
Begitu juga dengan ciri-ciri keselamatan lain. Kalau kita berakal, bijak berikhitar dan berusaha mengelak kemalangan mungkin ia boleh diatasi. Takdir Allah tidak sesiapa yang tahu. Tetapi akal kita boleh menjangkau apa yang harus kita lakukan menerusi pengalaman, sejarah dan kejadian-kejadian lampau.
Misalnya, kalau pagar jalan itu dibina tinggi atau pun diganti dengan tembok, mungkin keadaan yang menimpa bas itu tidak akan berlaku sekejam itu. Besi penghadang jalan itu tidak akan merodok ke dalam perut bas yang boleh memenggalkan kepala dan memburaikan isi perut penumpang.
Besi penghalang yang ada di lebuh raya kini umpama peluru atau anak panah yang siap menanti untuk menikam pemandu lalai dan leka. Ia akan memancung kepala sesiapa saja. Adalah adil kalau ia memancung kepala pemandu yang liar, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, tetapi malangnya ia kadang-kadang mengorbankan penumpang yang tidak berdosa yang sedang lena tidur.
Begitu juga harus difikir penggunaan bas dua tingkat. Mungkin ianya tidak stabil dan sesuai dengan keadaan lebuh raya kita yang berbinggul-binggul dan tidak sekata. Mungkin Jabatan Pengkutan Jalan (JPJ) dan pihak berwajib lain boleh membuat kajian mengenai tahap keselamatan bas berkenaan. Kita tidak seharusnya bermegah dengan kehebatan rupa bentuk bas tetapi yang lebih penting ialah keselamatannya. Penumpang menggunakan perkhidmatan bukan untuk bersantai tetapi untuk tiba ke destinasinya.
Aspek-aspek lain ialah mengenai penguatkuasaan daripada pihak polis dan juga jabatan pengakutan jalan raya. Penguatkuasaan hendaklah berterusan dan bukan bermusim pada musim perayaan sahaja. Polis trafik seharusnya bukan kerja memerangkap untuk menyaman tetapi bertindak sebagai penegur, tampil secara fizkial dijalan raya dan nasihat terus pemandu yang liar.
Begitu juga dengan warga pemandu bas dan pengguna jalan raya seluruhnya. Mereka harus memandu atau mengguna jalan raya umpama mereka sedang meniti satu titian halus yang panjang. Anggaplah memandu sebagai satu cabaran besar yang meletakkan nyawa sebagai sandaran.
InsyaAllah kalau kita berusaha keras, berikhtiar menjaga keselamatan, kematian yang begitu rapuh seperti berlaku ke ata penumpang bas Sani ekspress itu dapat dielakkan.
Akhirnya sekali lagi TAKZIAH kepada seluruh keluarga penumpang yang maut. Marilah kita berdoa semoga kejadian itu tidak akan berulang dan ia merupakan penamat dan penutup kepada tahun 2009, dan kejadian ngeri begitu tidak lagi berlaku selamanya. Kita wajib berdoa! [wm.kl 9:55 am 27/12/09]
A'kum Yang Gambi..setuju dengan teguran sdra. Cumanya penggunaan bas dua tingkat patut dilihat semula. Keuntungan diperolehi oleh syarikat perkhidmatan tetapi keselamatan penumpang bertambah dua kali ganda risikonya.
ReplyDeleteSLM BRO..RASANYA WLU APA PUN JLN PENYELESAIAN YG KERAJAAN LAKUKAN, SEMCM ACUH TAK ACUH JEK. ADUAN DI TALIAN TOL BEBAS LPKP PUN MCM X CKP DGN ROBOT. DATUK HALIMAH PERLU MEMIKIRKAN JLN PENYELESAIAN YG TERBAIK. ADOIYAIII
ReplyDeleteCCZ, Jeffry, terima kasih dengan sokongan anda... bersama kita mencari jalan penyelesaian yang terbaik....
ReplyDeletesaudara gambi..budak haziq yang memberi komen kepada awak di blog saya seperti suka berdebat. marilah berdebat sama. ini blog dia
ReplyDeletehttp://mujahidhaziq.blogspot.com
tapi janganlah gunakan bahasa kasar bila berdebat dengannya. gunakan hujah yang munasabah.
saya tengok dia ni, sokong pas hanya sebab kononnya pas tu perjuangkan islam. dia bencikan umno hanya kerana menyangka umno tak perjuangkan islam.
kalau ada masa, tolong sedarkan dia. marilah kita sama sama sebarkan syiar islam.
As salam,betul saya sokong pendapat saudara.Semua pihak harus mengambil langkah dalam mengelak tragedi.pun begitu,kita tidak dapat menolak Qada dan Qadar Allah.
ReplyDeleteDalam agama,tak ada politik...Zaman rasullullah sehinggalah kerajaan Islam,mana ada orang yang mempertahankan agama dengan politik. Agama bermakna tidak ada caci maki orang,kalau wujud unsur sedemikian,maknanya mereka tidak memperjuangkan agama lagi.
Yb Raz, insyaAllah kawan akan bersama.........
ReplyDeleteNora Fuad, benarlah kata-kata anda, inilah gambaran Isam yang PAS nak bawa.... konon penegak Islam tetapi apa yang jelas Islam dijadikan landasan untuk memenuhi kerakusan nafsu tamak haloba....
aku sembang dengan kawan yg dah 10 tahun bawak lori pasir dan semen:
ReplyDeleteproblem 1: brek angin bocor. kalau tak panik patut diorang bole tarik hand break atau tukar gear tapi bila bab break angin semua akan jammed dan tak berfungsi jika bocor (baru aku tau so jangan salahkan pemandu jika tak bertindak - aku refer xcdent di kedah yg membunuh 3 branak dalam kereta yg dirempuh lori di persimpangan lampu isyarat seminggu lepas)
2. kebocoran break angin: apahal dah lama berjalan bila sampai kat tol jelapang baru sedo break bocor dah terus redah tol. dia kata penyambung/hos getah break angin tu bole bocor tanpa sedar antaranya:
i. pemasangan tak kemas oleh mekanik,
ii. lori lalu di kawasan berlopak menyebabkan hentakan yg menyebabkan kebocoran
iii. terkena objek keras seperti batu atau kayu ketika dalam perjalanan so pengeluar kenderaan kena pikir la tentang kes hos break angin bocor.
problem 3: kawan aku kata kelajuan lori/bas dengan kereta tak sama walaupun meter kelajuan pada tahap yg sama 110 km/sejam di lebuh raya. aku sendiri tak terfikir bila dia kata tayar yg besar memerlukan hanya sekali berpusing berbanding tayar kecil mungkin 2 atau 3 kali utk bergerak sama laju. sebab itu banyak orang bengang dan pelik bila bawa kereta 110 tapi bas dan lori selamba je potong dah tu tak kena saman so jpj kena pikirkan semula had laju yg berbeza utk kenderaan yg mempunyai tayar yg lbh besar
problem 4: tertidur dan mengantuk dua keadaan yg berbeza. mengantuk ada tanda seperti menguap manakala tertidur adalah di luar kawalan kerana aku sendiri pernah tersenguk ketika bawak kereta dok belakang lori yang bergerak perlahan alhamdulillah kereta tak melelong yg bole menyebabkan kemalangan so terlelap bukan boleh disalahkan 100 % kepada pemandu lori atau kenderaan kecil
jom kongsikan pendapat ni kepada polis dan jpj
Salam Yang Gambi..
ReplyDeleteSaya setuju dengan komen anda dalam hal ini..
Sebagai tambahan, kita perlu sedar, bahawa Allah s.w.t. mencipta siang dan malam adalah untuk kebaikkan makhluknya. Namun demikian, kita tidak menggunakan waktu malam untuk merehatkan tubuh badan kita setelah memerah tenaga dan keletihan setelah berjaga di siang hari.
Fitrah kejadian ciptaan manusia mesti tidur di malam hari dan bekerja di siang hari. Hanya Qiamullail untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sahaja yang digalakkan di dalam Islam.
Apabila kita kurang berehat dan badan letih, sudah pasti "malang tidak berbau" akan menghampiri kita selain ianya memang sudah ditentukan Allah s.w.t. dalam bab ajal maut.
Selain itu, kita juga sedia maklum bahawa waktu malam merupakan waktu siang hari bagi makhluk jin. Manakala waktu siang hari bagi manusia merupakan waktu malam bagi jin. Oleh itu, kurangkan aktiviti di malam hari. Jika kita nilai dengan teliti, memang banyak perkara-perkara maksiat berlaku di malam hari.
Manakala, dalam kes kemalangan di malam hari lebih mengerikan berbanding di siang hari. Mungkin JPJ dan Pihak Polis Trafik boleh membuat analisa agar menguatkuasakan melarang perjalanan bas yang melibatkan banyak nyawa di malam hari. Ini kerana kebanyakkan bas expres memandu terlalu laju. Jarang sekali kita lihat pemandu bas expres memandu secara berkhemah dan bersopan santun di jalan raya.
Wallahu a'lam..
adoi aku kena balik ler gambi. budak ni main ayat quran. aku tak boleh attack sebarangan..
ReplyDeleteCemomoi, Selempang Merah, terima kasih dengan komen yang banyak memberi panduan untuk kita sama-sama hayati demi menghindar tragedi...
ReplyDeleteYb Raz, biarlah, kalau menggunakan ayat-ayat Quran semata untuk menguntungkan diri.... hanya Allah sahaja yang maha mengetahwiNya...
Salam,
ReplyDeleteSebelum bertolak setiap pemandu Bas perlu pastikan bas berada keadaan baik, berek, tayer,
lampu dan lain-lain berkedaan baik. Kalau mengantuk tukar pemandu kedua bagi mempastikan kejadian buruk berlaku atau kemalangan yang boleh meragut nyawa penumpang bas. Bagi orang islam kita disuruh berdoa sebelum melangkah ke satu-satu tempat atau bergerak ke tempat yang hendak dituju.
salam takziah kepada mangsa bas expres..
ReplyDeletesemoga roh di cucuri rahmat dan di berkati oleh Allah..Walaupun kemalangan banyak membabitkan bas ekspres , dan ramai y menyalahkan pemandu namun saya merasakan ketidakadilan kepada pemandu bas kerana kisah hidup dan bagaimana keadaan (mempunyai masalah )pemandu tidak pernah di soal siasat dan tidak pernah terfikir untuk mengambil peduli...