PETALING JAYA: Majlis Sekolah-sekolah Kristian Malaysia meminta Kementerian Pelajaran untuk memasukkan Pengetahuan Bible sebagai antara mata pelajaran pilihan untuk dua subjek tambahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pengerusi majlis itu Yap Kok Keong berkata keputusan kerajaan untuk menghadkan subjek tambahan kepada Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil akan memberi kesan kepada jumlah calon Pengetahuan Bible.
Pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata terdapat 1,350 calon yang ingin mengambil subjek Pengetahuan Bible pada peperiksaan SPM.
"Sekarang, kami perlu memberitahu mereka yang telah mengikuti subjek Pengetahuan Bible selama setahun bahawa mereka tidak boleh mengambil subjek itu dalam SPM kerana ia di luar kuota dan ia menyedarkan kami bahawa ramai pelajar akan menggugurkan subjek itu.
"Akhirnya, ia akan menamatkan satu subjek penting dalam kurikulum sekolahkita," katanya.
Yap berkata, pihak majlis meminta kementerian supaya memberikan pilihankepada calon untuk memilih dua subjek tambahan yang ingin mereka ambil dalampeperiksaan itu. – BERNAMA klik disini
Yang Gambi : pada pendapat kawan Yap Kok Keong mungkin tersalah pandang, kesemua mata pelajaran bahasa Cina, India, serta Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil bukan mata pelajaran agama, ianya mengikut bahasa ibunda dari pelbagai etnik di Malaysia.
Bagi mata pelajaran agama Islam di sekolah-sekolah, ianya berdasarkan Perlembagaan Negara yang memperuntukan bahwa Islam adalah agama rasmi Negara. Maka kawan rasa Yap Kok Keong tidak perlu memperbesarkan atau mempertikaikan isu ini lagi……..
Pengerusi majlis itu Yap Kok Keong berkata keputusan kerajaan untuk menghadkan subjek tambahan kepada Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil akan memberi kesan kepada jumlah calon Pengetahuan Bible.
Pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata terdapat 1,350 calon yang ingin mengambil subjek Pengetahuan Bible pada peperiksaan SPM.
"Sekarang, kami perlu memberitahu mereka yang telah mengikuti subjek Pengetahuan Bible selama setahun bahawa mereka tidak boleh mengambil subjek itu dalam SPM kerana ia di luar kuota dan ia menyedarkan kami bahawa ramai pelajar akan menggugurkan subjek itu.
"Akhirnya, ia akan menamatkan satu subjek penting dalam kurikulum sekolahkita," katanya.
Yap berkata, pihak majlis meminta kementerian supaya memberikan pilihankepada calon untuk memilih dua subjek tambahan yang ingin mereka ambil dalampeperiksaan itu. – BERNAMA klik disini
Yang Gambi : pada pendapat kawan Yap Kok Keong mungkin tersalah pandang, kesemua mata pelajaran bahasa Cina, India, serta Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil bukan mata pelajaran agama, ianya mengikut bahasa ibunda dari pelbagai etnik di Malaysia.
Bagi mata pelajaran agama Islam di sekolah-sekolah, ianya berdasarkan Perlembagaan Negara yang memperuntukan bahwa Islam adalah agama rasmi Negara. Maka kawan rasa Yap Kok Keong tidak perlu memperbesarkan atau mempertikaikan isu ini lagi……..
as salam, itulah agaknya mereka terlepas pandang. Bahasa dan agama adalah dua subjek yang berbeza.
ReplyDeletehmm pada aku tak salah kalau mereka nak pengetahuan bible dlm spm. Bagi aku pendidikan harus dipisahkan dari politik. sebenarnya aku sendiri tak setuju dengan kuota 10 subjek untuk spm.
ReplyDeletebiarlah berapa banyak yang pelajar nak ambik. mereka sendiri yang bayar, mereka sendiri yang belajar.
sebenarnya keputusan nak ambik berpuluh subjek ini terpulang pada individu. kalau dia sanggup belajar, ambiklah. Tapi kalau gagal, malu tanggung sendiri.
kalau pelajar dapat 20A dalam spm, kerajaan patut berbangga sebab generasi sekarang sudah pandai. Ataupun silibis matapelajaran perlu dirombak semula untuk mengimbang kepintaran pelajar.
Kegilaan pelajar mendapat A bukanlah disebabkan jumlah mata pelajaran tetapi kegilaan ibu bapa pelajar berkenaan. Mereka dulu sekolah bodoh, tapi berlagak nak anak pandai. Jadi mereka yang menekan anak mereka sendiri. Bukan salah pelajar tersebut.
Aku dulu ambik spm 10 subjek. Aku gagal 3 subjek. Dan sehingga sekarang aku gagal dapat kerja yang elok.
Jadi tak payahlah kerajaan pening kepala nak buat kuota matapelajaran. Yang 10 subjek asas inipun masih ramai pelajar yang gagal.
Tergelak aku bila kerajaan nak sekat kebebasan pelajar yang mahu belajar.
SLM BRO..KLU MEREKA MAHUKAN SUBJEK BIBLE DI MASUKKAN SBG SUBJEK TAMBAHAN, BIARKAN SAJE. MUNGKIN PIHAK JBTN PELAJARAN BLH MEMBERI GARIS PANDUAN KPD PIHAK SEKOLAH BAGAIMANA CARA2NYA.
ReplyDeleteMUNGKIN MEREKA BLH MENGIMPLEMENTASI WAKTU SESI PEMBELAJARAN AGAMA ISLAM DIMANA MURID2 YG BERAGAMA ISLAM DI LETAKKAN DI DLM SATU KELAS. WALLAUALAM
Salam saudara Yanggambi,
ReplyDeleteSaya sebagai penganut Roman Katholik bertambah semakin pelik apabila melihat tuntutan yang yang tidak berasas sama sekali oleh puak-puak yang langsung jahil tentang sesuatu sejarah atau perkara itu.
Sebagai orang Kristian saya juga langsung tidak bersetuju dengan syor yang dicadangkan oleh sdra Yap Kok Keong yang mahukan walau mana-mana kandungan yang ada didalam Kitab Injil baik pada Perjanjian Lama atau juga Perjanjian Baru untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada subjek peringkat manapun dalam sekolah bantuan penuh kerajaan. Perkara ini sangat tidak baik untuk perpaduan kaum serta keharmonian beragama di negara ini.
Ada satu lagi Yanggambi, mengenai usaha pihak Majlis Gereja-gereja Malaysia yang memperjuangkan Kalimah ALLAH didalam Kitab Injil. Saya merasa sepatutnya perkara tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Kalimah ALLAH hanya diguna dalam Kitab Injil di Malaysia dan Indonesia saja manakala di lain-lain negara seperti Filipina, Singapura, Austaralia, Eropah, Amerika dan lain-lain lagi perkataan ALLAH tiadapun dalam Kitab Injil atau Bible yang digunakan oleh mereka.
Dalam Malaysia sendiri juga begitu, ada tempat-tempat tertentu di negara ini bahawa ada sebenarnya phak Gereja yang tidak menggunakan Kalimah ALLAH dalam upacara sembahyang yang di jalankan. Misalnya di Sarawak, negeri kelahiran saya... banyak gereja-gereja yang mengamalkan sembahyang menggunakan shift untuk kaum-kaum yang tertentu jadi ada shift yang menggunakan Kalimah ALLAH dan ada yang langsung tidak menyebutnya ketika Missa berlangsung.
Contohnya Kristian yang bukan Bumiputera, mereka akan bersembahyang terlebih dulu pada jam 7.30 pagi begitu, sepanjang upacara berlansung...mereka akan hanya menggunakan bahasa ibunda mereka termasuk sebutan untuk sebutan nama Tuhan. Selepas itu pulak apabila upacara untuk kaum bukan Bumiputera selesai, maka giliran untuk kaum Bumiputera Kristian pulak akan bersembahyang..kekadang apabila terdiri daripada berbagai bangsa didalamnya ketika itu maka mereka lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris untuk menjalankan upacara sembahyang. Oleh itu sudah pasti mereka tidak akan menggunakan Kalimah ALLAH dalam doa mereka. Mereka hanya menyebut perkataan LORD, GOD atau hanya Jesus Christ.
Jadi apa yang boleh saya katakan ialah, bahawa Kalimah ALLAH itu pada asalnya memang tidak pernah wujud didalam Kitab Injil asal. Ianya hanya diadakan dalam Kitab Injil versi Indonesia yang juga digunapakai oleh gereja-gereja di seleuruh Malaysia ini. Orang Kristian boleh merujuk perkara ini dalam Kitab Injil di Perjanjian Baru pada surah Matius 27 ayat 45-50, surah Markus 15 ayat 33-41, surah Lukas 23 ayat 44-49 dan surah Yohanes 19 ayat 28-30.
Nura, MH, Jeffry terima kasih komen yang bagus untuk difikirkan bersama....
ReplyDeleteHilbert, terima kasih dengan penjelasan yang panjang lebar, sebagai rakyat Malaysia yang pelbagai kaum kita perlu sama memahaminya... serta menghurmati Perlembagaan Negara.....
Salam bro.,
ReplyDeleteterima kasih singgah dan komen di blog saya.
subjek diatas adalah contoh untuk orang melayu bangkit dan jangan leka berdansa mengikut rentak dan tepukan orang lain.
semangat dan roh perlembagaan tentang kedudukan orang melayu dan agama Islam sudah tidak dihurmati dan cuba diragukan pentafsirannya.
selagi orang melayu terusan dilihat lemah dan berpecah belah, kita akan terus diasak dengan berbagai desakan semacam belanda dapat tanah, diberi betis hendakkan paha. bukan salah mereka mencuba,salahnya kita yang sibuk melayan dan akhirnya nanti beruk dihutan disusu,anak sendiri dianak tirikan.
apa guna akta dan undang-undang kalau terus-terusan orang mencabarnya tanpa kita ada keberanian untuk mematikan. salah siapa? salah kita yang majoriti yang telah berpecah-pecah menjadi kecil dan lemah!
as salam, mungkin saudara mahu membaca sejarah rentetan felda yang ditulis oleh Tan Sri Sanusi Junid. Menarik sekali nukilannya. Ada link daripada blog saya.
ReplyDeleteTerima kasih penpusaka dengan komen yang begitu menarik untuk renungan kita semua.....
ReplyDeleteNoraFuad, insyaAllah, kawan akan lihat. Terima kasih.....
saya x setuju dengan subjek bible ni...apa faedah nya bagi negara yg majoriti org islam ?...lain la kalu sekolah yang bukan dibwah kementerian pendidikan...
ReplyDeleteApakah kita nak jadi seperti di Indonesia ?...terlalu liberal walaupun penduduk islam paling ramai...
bermula dengan tuntutan kalimah " Allah " digunakan dalam injil..seterusnya bible dalam mata pelajaran SPM..lepas ni apa pula ?...mintak ceramah @ khutbah kristian dalam TV ( seperti yag berlaku di Indonesia )
seharusnya kita sedar dan jangan layan bagi tuntutan2 sebegini kerana implikasi nya amat besar di masa depan kelak...walaupun ia hanya subjek tapi dengan macam2 lagi yg diorg akan mintak dan seterusnya kita jadi liberal..
apa jadi pada umat2 islam kita..generasi islam di masa akan datang kelak ?.
fikir-fikirlah..
Salam.
ReplyDeleteSepatutnya beliau perlu difikir dengan waras, isu ini tidak boleh dituntut kerana agama Kristian bukan agama rasmi negara mengikut perlembagaan negara. Isu ini tidak boleh dilayan.
Masih lagi tidak bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada mereka. PAS dan Melayu PKR tak nak komen apakah?
ReplyDelete