Thursday, December 31, 2009

Bulan PAS menghadapi gerhana menjelang malam 2010


Inilah makbulnya doa tok guru, ungkapan celako……..celako…….celako dari mulut Nik Aziz……………… ungkapan yang selama ini sering ditujukan kepada UMNO, kini terbalik kepada blogger-blogger sendiri…….

Menjelang 1 Januari 2010, Jumaat, bersamaan dengan 15 Muharam 1431 Hijriah bermulaFenomena bermula jam 1.15 pagi, gerhana bulan separa dijangka berlaku dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi. Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi.

Bukan soal gerhana bulan yang hendak diperkatakan, tapi secara kebetulan tahun 2010 disambut oleh parti PAS dengan pelbagai kenangan tidak manis sepanjang tahun 2009. Seolah-olah sedikit demi sedikit sepanjang 2009, gerhana bulan sudah melanda parti PAS yang akan menghadapi tahun 2010.

Penghujung tahun 2009, satu persatu tembelang kemungkaran kepimpinan PAS terserlah,bermula dengan kerajaan perpaduan dari idea Presiden Hadi Awang sehingga muncul kumpulan erdogan dan UG, isu arak Selangor melihatkan Dr Hasan Ali terpinggir.

Belum reda kebaculan kepimpinan PAS menangani karenah DAP menghina Islam bersama sekutunya PKR, timbul pula isu rasuah Haji Menteri Besar, PMBK dikuasai anak menantu, Ketua Penerangan bawa lari anak dara orang dan macam-macam lagi lah………..

PAS juga menghadapi penentangan beberapa pemimpin akan tindak tanduk Nik Aziz dalam mentadbir kerajaan Kelantan…….. habislah Anwar…… kalau Nik Aziz terguling nanti…….

PAS juga akan menghadapi tuntutan saman syarikat balak RM800 juta kepada kerajaan PAS Kelantan, itu pun tuduh dari hasil kerja Kerajaan UMNO……

Kalau ia pun kes itu dari zaman kerajaan UMNO, PAS telah ambil alih sepenuhnya sejak 1990, bererti kerajaan PAS kena ambil alih keseluruhan permasalahan yang belum dapat diselesaikan dari kerajaan UMNO dulu…… kenapa dibiarkan sampai sekarang berlarutan ?

Dengar cerita sepanjang pemerintahan kerajaan PAS, banyak, hutan, gunung, bukit bukau habis licin balak-balak ditebang……….. mana pergi duitnya ?

Mudah sangat kalau macam tu……

Pengakhirnya hari 2009, hari ini kita lihat inilah hasil perjuangan Islam PAS bersama PKR dan DAP apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut dan akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Dengan keputusan itu, bererti gereja, The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain dibolehkan mengguna perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Inilah hasil perjuangan menegakkan Islam PAS hasil bersekedudukan dengan DAP dan PKR……

InsyaAllah, hasil doa-doa tok guru Nik Aziz untuk melihat kebinasaan dan kehancuran UMNO akan kembali kepada PAS…….. satu persatu kepincangan, kemungkaran, penipuan kepimpinan PAS akan dipentunjuk Allah…………


9 comments:

  1. Salam,
    Itulah, kalau ikut sahaja sedap mulut mahu bercakap tanpa memikirkan baik buruk atau soal agama, macam ia boleh menentukan semua akibat terbalik ke PAS. Tengoklah akhir-akhir ini bermacam perangai dan lagak pemimpin PAS yang boleh merosakkan parti PAS, orang ramai telah muak, cara yang diperlakukan jika ada kuasa, soal kahwin yang meragukan, mahkamah telah melarang tapi masih tinggal sekali, bini muda itu yang disayang kalau ada duit dan kuasa.

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..ANUWAR DH BEJAYA 'MENGKAFIRKAN' UMAT ISLAM M'SIA IKUT PINTU BELAKANG. KHALID MLM NI BLH TAKEBEER SAMPAI MABOK. LPAS NI RAMAI LA ORG YG BLH TUKAR2 MINTAK DOA ATAU PERTOLONGAN DARI TUHAN YG SAMA. KLU ANUWAR RASA DOA DIA TAK DI MAKBOLKAN OLEH ALLAH S.W.T, DIA BLH MINTAK DOA KAT 'ALLAH' YG SATU LG

    P/S: rase mcm nak penerajang je muke si jubor dgn si khalid sial tu..harkkk ptuihh!! >:-0

    ReplyDelete
  3. Salam Sdr Yang Gambi,
    Cantik Tajuk tu....
    Yang terkini AMK PKR di KelantE kena cekup...Nah..pakai mercedes pula angkut benda haram tuu.. ini biasanya kerja org underwater world @ mafia..

    Kita kena sedarkan orang kita dari ancaman ini termasuk ancaman politik DAP bin PAP.

    Selamat menyambut tahun baru, 2010. Selamat Berjuang.

    ReplyDelete
  4. Kenapa nak marah dengan keputusan mahkamah yang benarkan penggunaan perkataan ALLAH untuk gereja herald. Bukankah hakim-hakim mahkamah seluruh 1Malaysia itu sendiri dilantik oleh UMNO@BN, so marahlah pada kerajaan BN.

    Bengap punya penyokong UMNO@BN. Sendiri buat sendiri marah!... Pastu salahkan orang lain jadi kambing hitam. UMNO@BN jangan nak cuci tangan pulak lepas ini

    ReplyDelete
  5. Bengap lagi kamu A-I-B..tak baca skarang yang kebanyakn hakim dan peguam sebelahi PR. Tak tanya kenapa? Sebab Melayu macam kamu senng dikelentong. Pulak tu percaya cakap orang bukan Melayu bagi menjauhkan sama-sama Melayu. U-Turn tak kena lah beb!!!

    ReplyDelete
  6. Mat Yen, Jeffry, benarlah apa yang tuan perkatankan...... terima kasih dengan komen.

    Senja Liza, inilah yang ada pada mereka, sudahlah menjual bangsa dan agama untuk jawatan dan kuasa, kini jual dadah pulak untuk nak jadi kaya....Dia tak tahu ke dengan benda haram itulah yang membunuh anak-anak bangsa sendiri..

    ReplyDelete
  7. A-I-B, terima kasih komern, kawan setuju dengan komen CCZ, betul sangat tu..... kenapa jumud sangat ni.....

    Ini membuktikan sistem Mahkamah bukan di bawah kuasa UMNO-BN yang selalu puak-puak pembangkang tuduh........ cuba tuan bertenang dan berfikir sedikit.....

    CCZ, terima kasih dengan komen anda....

    ReplyDelete
  8. AIB..
    salah UMNO lagi lantik hakim. jadi terima hakikatlah bahawa mahkamah di Malaysia ni bebas. tu lah kalaubaik untuk PR mahkamah adil, kalau kena PR mahkamah konspirasi.
    tengak Anwar lengah bicara, tapi kes Pemuda AMK minta cepat pula.
    cakap macam taik.....

    ReplyDelete
  9. Gambi,
    Mahkamah kena membicarakan sebarang tuntutan atas permintaan, pokok pangkalnya puak islam dalam Pakatan Rakyatlah yang memberi muka kepada yang menuntut menjadikan mereka besar kepala kerana ada orang islam sendiri yang besetuju perkataan ALLAH juga boleh diguna dalam agama lain, puak ini sememengnya ingin melihat kepimpinan Kerajaan BN seolah tidak mampu menangani isu agama sebab itulah mereka tanpa segan silu 'menyelak kain' sendiri dengan niat supaya ada orang yang berlari untuk menutup 'aib' yang sengaja dibuat-buat. Fikir-fikirkan lah....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..