Friday, December 11, 2009

PKFZ-dakwa bekas Pengurus Besar, ‘taktik padam skandal’ ?


Anwar Ibrahim menyifatkan penahanan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dan dua lagi, hanya satu permulaan kecil.

“Seperti kes Perwaja, ada permulaan kecil tapi jerung-jerung besar tak tertangkap. Langkah awal itu jangan pula untuk memadamkan cerita PKFZ,” kata Anwar

Lim Kit Siang pula menganggap perkembangan itu cuma berkaitan usaha kecil dalam permasalahan besar (small piece of a larger picture) skandal berkenaan.“Jika tidak, tindakan kerajaan hanya menyentuh permukaan masalah sahaja. Tidak lebih dari itu,” katanya KLIK

Begitulah pandangan dari dua orang pemimpin pakatan rakyat, kalau dulu mereka inilah yang terlalu hebuh dengan penyelewengan PKFZ, tapi bila kerajaan dan SPRM sudah mula buat kerja-kerja mendakwa, lain pula cerita mereka.

Sedangkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan, akan mendakwa lebih ramai individu termasuk 'jerung' di mahkamah berhubung projek kontroversi PKFZ. KLIK

Mengapa Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang dikendalikan oleh menantu kesayangan tok guru Nik Aziz tidak Anwar dan Lim desak agar SPRM segera buat siasatan ?

Sedangkan sudah jelas dan nyata Syarikat Abroad Technologies Sdn Bhd yang (telah dijual kepada taukeh Cina) diberikan hak eksklusif untuk memasang papan iklan di seluruh negeri Kelantan yang memaparkan gambar Nik Aziz dan cucu-cucunya.

Jelas dan nyata pihak yang membiayai perbelanjaan haji Nik Aziz serta keluarga mempunyai kepentingan terhadap projek yang dikendalikan oleh PMBK yang diterajui oleh menantu Nik Aziz Ariffahmi.

Selain itu, pembinaan sebuah sekolah agama berhampiran rumah Nik Aziz yang diberi nama “Darul Anwar” dibiayai oleh Syarikat Sensa Timur yang telah mendapat kontrak membina bazar Tok Guru di Kota Bharu.

Tidakkah ini ada unsur-unsur rasuah yang boleh dipersoalkan ?

Macam mana pula dengan kes ‘meliwat’ Anwar sendiri ?

Kes ‘meliwat’ Saiful Bukhari Azlan yang sudah sekian lama tertangguh ini akan mula didengar pada 25 Januari hingga 25 Februari ini, barbagai-bagai usaha Anwar Ibrahim mencari jalan supaya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan kes.

Kesimpulannya, Anwar dan Lim Kit Siang janganlah mempermudahkan mengeluarkan dakwaan setiap tindakan Kerajaan UMNO-BN semuanya sekadar hendak ‘menutup skandal’, ‘kambing hitam’ atau sebagainya.

Tunggu sahajalah akan keputusannya, jangan kerana terlalu sangat hendak berkuasa sehinggakan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menjadi lupa akan skandal-skandal dalam kerajaan ‘pakatan’ sendiri………..



6 comments:

  1. Siasatan dan pendakwaan biarlah berterusan,tak kira lah apa kes pun, dari harga RM1 hingga RM Juta2. Jangan harap sangat pada Inkues. Dah berapa bulan inkues TBH, sampai sekarang tak tau hujung pangkal ! Buang beras dan banyakkan TAIK je.

    ReplyDelete
  2. Matrengganu, betul sangatlah dengan komen tuan.... terima kasih beri komen.

    Tuan bila nak buat artikel dalam blog ?

    ReplyDelete
  3. LKS dan Anwar double standard... kes menantu nik aziz mereka diamkan ..malah mahfuz pun kena hantam balik oleh tok guru kalu sebut isu PMBK

    ReplyDelete
  4. salam sobat
    alhamdulillah Yang Gambi,,saya sekeluarga disana sehat .
    wah ini seru sekali ya postingannya,,dilihat dari foto2 yang dipostingkan.
    semoga keputusannya antara Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang,,segera terselesaikan.

    ReplyDelete
  5. MULUT PELACUR MEREKA INI. CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..