Sunday, December 13, 2009

Tun Dr Mahathir-jangan pertikai kenapa ramai Bumiputera di IPTA


Tun Dr Mahathir berkata, “peluang memasuki universiti awam yang diberikan kepada lebih ramai kaum Bumiputera berbanding kaum lain di negara ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.”

“Adalah tidak adil untuk melabelkan kerajaan mengamalkan sifat perkauman dan meminggirkan kaum-kaum lain,” katanya lagi.

Tun berkata, memberi peluang kepada lebih ramai Bumiputera berbanding kaum lain adalah bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan yang akan hanya memberikan pelbagai kesan negatif.

“Ini adalah kerana jumlah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kini hampir sama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kemasukan pelajar Bumiputera amat kecil iaitu hanya di sekitar 10 peratus sahaja dan selebihnya kaum-kaum lain.”

“Perkara itu berlaku kerana tidak ramai kaum Bumiputera mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS disebabkan masalah kewangan yang terhad.”

"Kalau kita buat banci jumlah (keseluruhan) pelajar di universiti kerajaan dan swasta... pelajar bukan Bumiputera lebih banyak dari Bumiputera. Itulah sebabnya kita beri tumpuan dan lebih banyak tempat kepada Bumiputera.

"Oleh itu, kita tidak harus berasa bersalah (semata-mata) kerana kita adakan tempat untuk Bumiputera. Kita ada hak untuk dapat kedudukan seimbang di negara ini. Kita nak hak secara berpatutan," katanya dalam ucaptama bertajuk 'UUM 25 Years Expectation vs Reality' di Konvensyen Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) 2009 semalam. KLIK

Yang Gambi : Berapa ramai anak-anak Melayu-Bumiputera sedar akan hakikat ini ?

Berapa ramai anak-anak Melayu-Bumiputera tahu yang mereka diberi peluang dengan pelbagai kemudahan untuk belajar di IPTA ?


Dan berapa ramai pula anak-anak Melayu-Bumiputera lupa daratan serta mengabaikan tanggungjawab mereka untuk belajar di IPTA………

Berapa ramai pula anak-anak Melayu-Bumiputera sudah merasakan mereka lebih pandai, lebih berkuasa sehinggakan sudah begitu megah menghina pemimpin-pemimpin kerajaan, mengugut kerajaan…….

Belajar tidak sebijak mana, berlagak akulah lebih pandai, menghentam kerajaan, menghina kepimpinan kerajaan, kononnya akulah pejuang tulen…….

Tapi bila disemak keputusan peperiksaan tidak sampai pun ke paras 3 pointer…….. inilah sikap anak-anak Melayu-Bumiputera yang diberi peluang…….

Yang paling menyedihkan, ada juga puuk-puak ini mempertikaikan kononnya kerajaan zalim, kerajaan berat sebelah kepada kaum-kaum lain……..

Inilah pemikiran jumud anak-anak Melayu-Bumiputera yang sudah dilatih oleh pembangkang seawal usia empat tahun………. Tidak diajar dengansikap bersyukur dan berterima kasih……





2 comments:

  1. SLM BRO..MMG ADA SEGELINTIR MAHASISWA/SISWI YG LEBIH MUDAH TERMAKAN HASUTAN DR PIHAK2 TERTENTU TANPA MEMIKIRKAN KESAN2 YG BAKAL MENIMPA KE ATAS DIRI MEREKA. TIDAK TERFIKIRKAH MEREKA AKAN PENGORBANAN MAK BAPAK MEREKA YG SANGGUP BERGOLOK BERGADAI SEMATA2 NAK MELIHAT ANAK2 MEREKA BERJAYA DLM PELAJARAN DAN HIDUP?

    SEPATUTNYA MEREKA HARUS MENGUTAMAKAN PELAJAR DAN MENIMBA ILMU SEBAIK MUNGKIN DRP MEMIKIRKAN SOAL POLITIK. SEKURANG2NYA TUNGGU LAH SEHINGGA SELESAI PENGAJIAN DAN SELEPAS ITU BLH LAH MEMIKIRKAN SAMA ADA INGIN MENCEBURKAN DIRI DLM BIDANG POLITIK PULA

    ReplyDelete
  2. Kerajaan telah memberi peluang kepada orang Melayu/bumiputera belajar di universiti. Tetapi mereka harap saje belajar di universiti tetapi bodoh. Aku rasa mereka dapat masuk U bukan sebab cemerlang dalam SPM atau STPM tetapi ambil bidang yang orang bukan Melayu taknak ambik atau tak boleh ambil seperti sastera, sejarah, geografi, usuludin, syariah dan pendidikan.

    Budak Melayu kita apabila masuk U mula rasa diri mereka dah pandai. Tentang segala dasar yang dibuat oleh kerajaan walaupun dasar itu baik bagi mereka. Contohnya budak GAMIS, Persatuan mahasiswa Islam (PMI). Kalau adapun antara mereka yang ambil jurutera, arkitek, doktor atau akauntan pasti mereka cuma dapat gred purata terkumpul (GPT) 2.750 ke bawah.

    Sepatutnya masa di U sibuk belajar tetapi mereka masuk U sibuk berpolitik.

    Selepas graduat, tak ada kompeni nak bagi kerja kat dia sebab mereka bodoh-bodoh dan suka menentang. Ye lah, waktu belajar asyik menentang kerajaan yang bagi mereka peluang belajar, jadi majikan risau mereka akan menentang majikan yang bagi mereka kerja. Majikan takut budak GAMIS/Melayu ini akan ekstrim dalam kesatuan sekerja dan mempengaruhi pekerja-pekerja lain mogok.

    Nak kerja dengan kerajaan PAS/Pakatan. Apa mereka boleh bagi kerja pada budak-budak ini. Jadi cikgu PASTI? hehehe...

    Apabila tiada kompeni nak bagi budak GAMIS/Melayu kerja dan taknak kerja kat sekolah PASTI, mereka merayu-rayu kepada kerajaan untuk masuk KPLI/DPLI/J-QAF/Guru Sandaran. Kerajaan yang mereka benci inilah yang sanggup terima mereka.

    Dah dapat kerja, mereka tentang kerajaan pulak. Memang budak-budak GAMIS ini tidak sedar diuntung. Bak peribahasa Melayu, seperti melepaskan anjing tersepit.

    Sebenarnya, perkara ini memang berlaku dalam kumpulan guru-guru di sekolah. Tak percaya..? Cuba Pemuda UMNO hantar orang jadi cikgu dan siasat perkara ini. Minta kerjasama dengan Kementerian Pelajaran agar dapat serapkan pemuda UMNO jadi cikgu. Enam bulan cukuplah.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..