Friday, December 18, 2009

Surat kepada Melayu PKR & PAS – mampukah pertahankan Melayu-Bumiputera dan Islam dengan muslihat DAP ?


Kalau dilihat dari petikan Lim Guan Eng dalam blognya, apakah orang-orang Melayu yang mendokong PKR dan PAS lebih meyakini peranan DAP dapat menerima perjuangan mereka untuk bangsa Melayu-Bumiputera.

Nik Aziz dan PAS berkata akan berdakwah kepada DAP dan PKR dan sekarang pun kononnya sudah berusaha ke arah itu sehinggakan ada kalangan pemimpin DAP dan PKR boleh berceramah menggunakan ayat-ayat suci Quran untuk mentarbiah orang-orang Islam PAS.

Tetapi bila bilangan kerusi Parlimen Pas tidak dapat menandingi kerusi DAP dan PKR, apakah PAS akan jadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat dan mampukah PAS melaksanakan pemerintahan secara Islam sepenuhnya di Malaysia ?

Kalau dilihat kepimpinan PAS ‘menikus’ berhadapan dengan DAP dan PKR, mampukah mereka melaksanakannya ?.

Mungkin jika pakatan rakyat dapat berkuasa, orang Melayu-Bumiputera tidak merasa bimbang selagi Raja dan Sultan ada, kuasa Melayu tetap terjamin.

Jawatan Perdana Menteri mungkin dari kalangan orang Melayu, tetapi barisan kabinet akan dipenuhi dari DAP dan PKR.

Lihat sahajalah apa yang berlaku kepada kerajaan pakatan rakyat di Selangor dan sedikit masa dulu di Perak. Exco-exco DAP lebih berkuasa dari Menteri Besar, walaupun jawatan Menteri Besar dilantik oleh Sultan tetapi urusan pentadbiran negeri DAP yang berkuasa.

Menteri Besar dan exco-exco PAS & PKR menjadi bacul bila diherdik oleh DAP dan tidak mampu menentang segala tindak tanduk DAP, tetapi terlalu jaguh bila berhadapan dengan UMNO.

Begitulah keadaannya jika pakatan rakyat berjaya memerintah Malaysia, pemimpin-pemimpin PAS dan Melayu PKR akan terus ditundukkan oleh DAP.

Kalau dalam Perlembagaan, kekebalan Raja boleh dirombak, apakah DAP akan berdiam diri atau tidak mahu buat rombakan ke atas Artikel 153 jika mereka sudah berkuasa ?

Apakah tidak mustahil kuasa Sultan, Raja-Raja Melayu dan hak Melayu-Bumiputera juga akan berakhir jika mereka-mereka ini memutar-belitkan fakta di atas nama keadilan dan undang-undang ?

Kalau dilihat dari jumlah kerusi milik PAS dalam pakatan rakyat hari ini, PAS sudah dicebik juih serta diperlekehkan oleh DAP, apatah lagi jika pakatan rakyat berjaya menguasai Negara dengan keadaan jumlah kerusi yang sama dalam PRU13 akan datang.

Lihat sahajalah bagaimana DAP-Lim Guan Eng menjadi pemerintahan di Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terlalu banyak membuat perubahan yang bakal menenggelamkan hak-hak orang Melayu-Bumiputera di Pulau Pinang.

Ungkapan Lim Guan Eng dalam blognya untuk memastikan kekuasaan dan ketuanan Melayu akan terhakis, dominan Melayu akan hancur akan tercapai akibat gara-gara orang Melayu sendiri.

Maka tinggallah bangsa Melayu-Bumiputera yang tidak bermaruah menjadi penghuni bumi Melayu ini apabila dominan kekuasaan Melayu sudah hancur dan apabila orang Melayu sudah hilang kuasa.

Maka pada masa itu kelihatan genarasi Melayu-Bumiputera mengigit jari apabila berkuasanya kaum bukan Melayu yang tidak perduli terhadap Melayu lagi.

Kita perlu ingat, generasi muda Melayu-Bumiputera juga perlu tahu, bahawa kerana perpaduan bangsa Melayu jugalah yang menjadi senjata paling ampuh menghancur leburkan rancangan Malayan Union.

Kerana perpaduan Melayulah yang mencetuskan kemerdekaan negara. Kerana perpaduan Melayulah maka termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, kedaulatan Raja-Raja dan bangsa Melayu dalam Perlembagaan negara.

Itulah perjuangan UMNO……………………..

Perjuangan Pas, walaupun mereka mengatakan memperjuangkan Melayu dan Islam, tetapi setakat ini PAS masih belum menunjukkan kemampuan sebenar dalam memastikan hak Melayu-Bumiputera dan Islam tidak terus tercabar.

Pas sanggup membuang slogan untuk menegakkan negara Islam semata-mata hendak bermadu kasih dengan DAP, walaupun sudah nyata dan jelas DAP menentang hasrat PAS mengwujudkan sebuah Negara Islam tulen di Malaysia.

Macammana dengan perjuangan PKR, apakah nasib orang Melayu-Bumiputera boleh diharapkan kepada mereka ?

Kalau kita lihat daripada peratus pemimpin Melayu dalam PKR yang tidak sampai separuh, apakah orang-orang Melayu Islam di dalam PKR mampu menentang kuasa-kuasa DAP ?

Kerana inginkan jawatan Perdana Menteri serta untuk menjaga hati DAP, pemimpin Melayu macam Anwar sanggup menjadi pengkhianat bangsa sendiri, sanggup perjudikan matlamat perjuangan bangsa Melayu-Bumiputera semata-mata mahu bergabung dengan DAP.

DAP yang licik dan khianat mengambil peluang keemasan mempergunakan Pas dan PKR untuk menghancur dan memecahbelahkan orang Melayu-Bumiputera kerana kerakusan kepimpinan PAS dan PKR.

Lebih enam dekad UMNO berbakti kepada bangsa Melayu-Bumiputera, UMNO masih relevan dalam perjuangan menegakkan hak-hak orang Melayu. Rekod UMNO telah membuktikan bahawa UMNO mampu memimpin masyarakat majmuk daripada perspektif 'unity in diversity' sambil mengangkat martabat Melayu.

Sama ada suka atau tidak, UMNO sahajalah sebuah parti yang bakal mempertahankan maruah untuk anak cucu kita seterusnya di bumi Malaysia ini.

Bersatu, itulah benteng terakhir bangsa Melayu-Bumiputera……... Itupun jika masih ada naluri-naluri bangsa dikalangan Melayu di dalam PAS dan PKR……….

Renunglah kata-kata Lim Guan Eng-DAP di bawah ini :

"Saya berharap semua ahli DAP berhati-hati dalam menjalankan gerakan kita. Kita semakin hampir dan DS Anwar Ibrahim tidak boleh berbuat apa-apa. Ingat, gerakan kita adalah untuk anak bangsa kita yang selalu dikeji oleh Melayu. Ayuh, bangsa Cina, kuasai dan rebut apa yang Melayu tidak mampu. Jangan kita terhutang budi dengan Melayu...."

15 comments:

  1. salam bro,
    semoga semangat hijrah ini dapat menyedarkan semua umat melayu agar lebih berhati-hati dan sedar akan semangat komunis cina yang tidak jemu untuk menumbangkan kuasa melayu dan islam dalam negara...amin

    ReplyDelete
  2. Semua yang UMNO buat betul belaka.Kata orang kampung saya.

    ReplyDelete
  3. SLM BRO..SBB TU KETUA MENTERI JAMBAN MENJADIKAN LEE KA YU SBG MENTOR BELIAU. TENGOK LA BARISAN KABINET S'PURA YG RATA2NYA ADALAH DR KAUM CINA MANAKALA PRESIDEN BONEKANYA ADALAH KETURUNAN INDIA. KUASA MUTLAK DI TGN BANGSA CINA WLU PUN S'PURA PD ASALNYA DI KUASAI OLEH RAJA MELAYU. RENUNG2KAN LAH WAHAI BANGSA KU!

    ReplyDelete
  4. Salam Ziarah......

    Orang melayu didalam PAS dan PKR masih tidak sedar dan masih lagi lena sebab itu DAP semakin berani untuk buat apa saja.Yang pastinya ANWAR dan PAS hanyalah boneka kepada DAP untuk berkuasa di Tanah Melayu ini........

    ReplyDelete
  5. Dari Blog LGE tu, sebenarnya Allah nak tunjukkan kepada kita musuh Islam itu. Adakah kita sedar sekarang? adakah kita ummat Islam dan Melayu ambil ikhtibar dari kenyataan kafir harbi ini?

    Sudah terang lagi bersuluh, muslihat sebenar si kafir harbi adalah untuk memusnahkan kita umaat Islam dan Melayu....

    ReplyDelete
  6. ...orang Melayu ni, bodohnya tak boleh diajar dan cerdiknya tak boleh nak ikut..mereka sanggup berperang sama sendiri..tapi kaum Cina dan India, matlamat perjuangan mereka cukup jelas walau berada dalam parti politik yang berbeza..mereka akan bersatu bila ada peluang untuk menubuhkan kerajaan..Melayu pula sanggup menjadi alat asalkan dapat jadi MB atau Exco walau pun ditangan orang..'cerdik' punya Melayu..

    Pak Pandir

    ReplyDelete
  7. PuteraM, Jeffry,Lagenda, OrgKampung terima kasih dengan komen...... yang penting orang Melayu tidak lena dengan buaian mereka-mereka, tidak salah perpaduan dijalin antara kaum demi keharmonian negara, tetapi keihklasan dari kaun-kaum yang mendatang diperlukan, bukan sekadar ikhlas semata-mata kerana mendapat keuntungan sahaja....

    PKGmen, tidak bererti semua yang UMNO buat betul, selagi kita bernama manusia, selagi itu kita tidak lari dari salah dan silap, perbaikilah..... bukan untuk meruntuhkannya....

    ReplyDelete
  8. tak hairan dengan pas ini/ semuanya bermulut pelacur dan bercabang

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Melayu yg gila kuasa, jual melayu sendiri.

    ReplyDelete
  10. salam bro...
    ini lagi dasyat..nak jadi macam hong kong. sah nak keluar dari Malaysia dan menjahanmkan pulau pinang.

    melayu sana suka ka?

    ReplyDelete
  11. Hj Markoko, Arif, JUnah dan Gomo, terima kasih dengan komen-komen tuan.....

    ReplyDelete
  12. Salam bro,

    Melayu perlu sedar permainan DAP yang mahu berkuasa di Malaysia. Adakah orang melayu mahu hilang kuasa, kerana menyokong PKR dan PAS, ini benar, mereka cuma menyokong perjuangan tetapi tidak berani menyanggah kenyataan DAP yang dah melampau dalam membandingkan peruntukan membina masjid, kuil dan tokong, sedangkan agama islam adalah agama Agama Rasmi Negara ini mengikut Pelembagaan Negara.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Salah UMNO juga....Masa bagi Gerakan pegang dulu tak mau jaga Melayu P.Pinang elok2 sampai Melayu P.Pinang lari keluar... La apa dah jadi...???

    ReplyDelete
  15. mmng lah UMNO dulu pembela bangsa tapi tidak skrg sbb asyik nak cari kekayaan diri n merompak harta negara serta bsekonkul dgn lain bangsa untuk mngejar kekayaan diri dan banyak pemimpinnya terpalit dgn salah guna kuasa kalu didpti bsalah pun tindakan hanya nak tunjuk pd rakyat konnonya mreka btul2 serius tapi akhirnya di simpan bawah karpet

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..