Tuesday, December 29, 2009

Bekas model Kartika – ‘terharu menemui tok guru Nik Aziz’




HarakahDaily melaporkan : Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Yang Gambi : Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya yang ingin kembali kejalanNya…….. InsyaAllah

Kawan bukan hendak mempertikaikan bekas model yang berumahtangga dengan seorang Melayu muslim warga Singapura ini pergi menemui tok guru Nik Aziz……

Apa yang kawan agak musykil cara berita yang di buat oleh HarakahDaily yang menyebut “Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.”

Apakah penulis ini tidak tahu kepimpinan UMNO sebenar tiak mempertikaikan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di atas kesalahan Kartika minum arak di khalayak umum lima tahun lalu.

Kepimpinan UMNO, malah Perdana Menteri Dato’ Sri Najib sendiri memberi nasihat agar bekas model ini membuat rayuan di atas hukuman tersebut.

Perlu diingatkan, penangguhan hukuman ke atas Kartika kalau mengikut penjelasan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar hukuman sebat masih belum dapat dilaksanakan kerana menunggu proses rayuan.

Bagitu juga dengan penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang, Dato’ Mohd. Sahfri Abdul Aziz menjelaskan hukuman tidak dapat dijalankan kerana menghormati bulan Ramadan. Bukan sengaja hendak lambat-lambat hukuman…….

Kenapa sikit-sikit hendak memburuk-burukan UMNO …………..

Perlu diingatkan juga, bekas model sambilan ini adalah diantara lima pesalah yang dijatuhi hukuman penjara dan sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas kesalahan minum arak di khalayak umum, dua daripada mereka adalah wanita termasuk Kartika Sari Dewi binti Shukarno.

Terserahlah apa kata atau pandangan umum berhubung hukuman samaada di atas kerelaan, kesedaran atau keinsafan Kartika, atau pun kerana hendak cari publisiti….. hanya Allah sahaja yang tahu niat sebenar apa yang tersirat di dalam hati Kartika……..

Persoalannya, apakah Kartika seorang wanita Islam akan datang rasa insaf, sedar dan ingin bertaubat kalau bukan kerana Pegawai Penguatkuasa JAIP mencekup Kartika ketika sedang menogok arak bersama suaminya ?

Andaikata Kartika tidak dicekup pada malam itu, mungkin juga sampai sekarang Kartika akan meneruskan amalan minum arak ?

Terserah pada pendapat atau apa-apa sahaja jawapan yang ada dipemikiran anda untuk menilainya…………..

Bagi pendapat kawan, sebagai seorang umat yang mengaku Islam, walau pun sudah berumahtangga dengan warga asing dan bermastautin di Negara yang tidak ada Undang-Undng Jenayah Syari’ah, perlu sedar bahawa di Malaysia tidak kira di negeri mana kita berada harus tahu larangan kepada umat Islam Negara ini meminum arak dikhalayak ramai.

Tak tahulah pulak kalau di Selangor………. Boleh kot…… Ustaz Ronnie dah buat kenyataan ‘beer tidak haram bagi umat Islam minum’…….

Mungkin juga, oleh kerana tok guru Nik Aziz boleh menjanjikan ‘syurga’ kepada sesiapa yang menyokong PAS, maka ramailah pendosa-pendosa datang mengadap memohon taubat kot…………




12 comments:

  1. SLM BRO...KTA TNGOK MCM MANA PLAK PAK AJIS HUKUM KARTIKA TU HEHEH

    ReplyDelete
  2. Saya tak berani nak ulas banyak-banyak tentang Nik Aziz ni, kalau ibaratkan beliau berada dan menjadi MB di Afghanistan, ada dikalangan penyokongnya yang sanggup meletupkan diri untuk mempertahankan Tok Guru ini.....jangan main-main....

    ReplyDelete
  3. baru nak cakap..Nik Aziz kan boleh ampun kan dosa..dia boleh bagi jaminan syurga tu..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Jeffry, CCZ dengan komen tuan, kawan pun tak berani nak komen banyak, nanti ada yang letupkan diri nak bunuh kawan macam komen Blok328 heh...heh...... terima kasih Blok328 komen....

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Kah3x sbnrnya ada hati nk bt post ni tp nk tgelak, buat salah sja jumpa pok nik, apa nih kah3x

    ReplyDelete
  6. TGNA, sila jalankan hukuman HUDUD terhadap Kartika dan Rosli (hamPAS) yang kini bersekedudukan dengan Illyani (isteri kedua diragui). Dahla Ingkar perintah mahkamah dan lari menghilangkan diri plak.

    ReplyDelete
  7. Junah, tak pe.... kawan tolog post dulu....tergelak dengan berita harakahdaily....publisiti murahan...

    GW, samapi sekarang pun draf Hudud tak nampak batang hidungnya........ cakap je berdegar untuk tipu orang kampung......hamPAS....

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah. Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada umat Muhammad...Kita manusia adalah hambaNya yg lemah...

    ReplyDelete
  9. silap orang UMNO gak. yang si datok syahrizat dulu sibok sibok nak pertahankan dia buat apa. dia sendiri tak mintak sesapa bela dia kan.

    elok disebat je. buat apa nak tangguh. benda baik tak elok ditangguh. kalau mahkamah xnak sebat, biar aku je yang sebat.

    sekarang dia dah carik nik aziz, adalah point orang PAS nak hentam orang UMNO. Sepatutnya UMNO jangan kasi muka dulu.

    dia nak taubat ke tak, itu lain cerita. kasi sebat dia dulu yeaa. padan muka sape suh minum arak.

    kill kill die die!!

    ReplyDelete
  10. jgn jadi gila. jgn bunuh diri kerana manusia lain. berani mati untuk Allah. bukannya utk pemimpin! Saje kartika nak kes dia dipolitikkan sebab dah memang otak dasar putar belit.

    ReplyDelete
  11. Hajah Nafisah, benar sangat komen puan... terima kasih sudi melawat blog kawan.

    Yb Raz, inilah yang sepatutnya berlaku, JAIP perlu tegas dengan setiap hukuman yang telah dijatuhkan....Terima kasih.

    Media Cyber, bukan orang politik sahaja yang pandai main politik..... artis, model juga lagi bijak berpolitik untuk glamor.... Terima kasih komen..

    ReplyDelete
  12. Tuan Guru Nik Aziz nak sokong Kartika atau setuju hukuman sebat dijalankan?, yang Si kartika ni pulak jangan le sebok-sebok nak cari publisiti murahan, tunggu je apa keputusan JAIP.. selaku orang islam dan pesalah beliau patut akur dengan apapun keputusan, Kartika sepatutnya jangan biarkan diri dipolitikan oleh sepenangguk di air keroh.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..