Wednesday, December 30, 2009

Juara “Singapore Idol-3”- Disebabkan Sezairi ‘Melayu”, dipandang sinis media Cauvanis Singapura

Beginilah nasib bangsa Melayu di Singapura, apa seorang anak muda berbangsa Melayu bernama SEZAIRI SEZALI yang diumumkan sebagai juara dalam rancangan Singapore Idol-3 anjuran MediaCorp.

Inilah luahan rasa dari penulis dalam blog neutraldaily untuk renungan kita bersama :

Agak malang Sezairi Sezali hanya disebabkan dirinya adalah Melayu, media di negara seberang tambak Singapura tidak memperbesarkan kemenangannya sebagai Singapore Idol 3, tidak diraikan oleh banyak pihak dan tidak dijadikan tajuk berita hiburan utama . Walaupun kemenangan beliau dipilih menerusi sistem undi daripada mereka yang yakin beliau merupakan pilihan yang lebih baik.

Malangnya kemenangannya dipertikaikan beberapa pihak yang mahu melihat Sylvia Ratonel (seorang bukan Melayu )menjulang gelaran Singapore Idol yang diadakan buat kali ketiga dinegara republik tersebut. Ada yang merasakan Ratonel mempunyai 'pakej' yang lebih lengkap untuk pasaran hiburan, tetapi ada juga yang sekadar memberi pandagan mahu melihat seorang wanita, atau lebih tepat, seorang bukan Melayu, dipilih menjadi juara kali ini. Sebelum ini juara kali pertama dan kedua Singapore idol juga adalah seorang Melayu Singapura.

Stadium Tertutup Singapura hujung minggu lepas gegak gempita dengan suara peminat untuk menyaksikan peringkat akhir pertandingan nyanyian realiti itu, dan kebanyakkan peminat menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada Ratonel, kerana sentimen orang Singapura sekarang (majotiti Cina) mereka tidak perlukan lagi seorang Singapore Idol Melayu.

Sebelum ini akhir pertadingan pihak Mediacorp (penganjur pertandingan bersikap terbuka tentang jumlah undi yang diterima pemenang lalu - Taufik Batisah sebanyak 62 peratus daripada sejuta pengundi dan Hady Mirza sebanyak 70 peratus daripada hampir sejuta pengundi, kali ini mereka dikatakan enggan mendedahkan peratusa yang dimenangi Sezairi. Jurucakap Mediacorp hanya menyatakan keputusan undi adalah rahsia. Apakah Sezairi memperolehi undi yang jauh lebih tinggi?

Berdasarkan reaksi orang ramai di Singapua seperti yang dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai kemenangan Sezairi, jelas banyak pandangan sinis beranggapan Singapore Idol akan hanya di monopoli orang Melayu.

Kalau tidak mahu melihat bakat Melayu menang dalam pertandingaan akan datang, saya sarankan agar pihak penerbit sekat terus penyertaan peserta Melayu. Atau untuk 'memaniskan' keadaan agar tidak dilihat bersikap perkauman, para juri boleh pangkah terus peluang mereka daripada mara ke peringkat Top 20.

Atau pastikan peserta Melayu yang masuk Top 20 itu merupakan yang paling teruk dan sukar menang. Yelah, takkan kita mengundi semata-mata kerana bangsa? Kita pun ada 'citarasa', bukan mengundi secara membabi-buta!

Yang Gambi : Dibawah ini pula adalah petikan dari sebuah akhbar berbahasa Melayu di Singapura :

MASYARAKAT umum mengalu-alukan pemenang Singapore Idol terbaru, Sezairi Sezali, dan menganggap kemenangan beliau adalah kerana persembahannya yang mantap sepanjang musim pertandingan dan bukan semata-mata kerana beliau seorang Melayu. Klik

Singapore Idol pertama kali dianjurkan pada 2004 dan dimenangi Taufik Batisah yang meraih 62 peratus daripada 1.1 juta undi.

Pada 2006, Hady Mirza muncul sebagai johan Singapore Idol musim kedua dengan mendapat 70 peratus daripada hampir sejuta undi.

Bagi Singapore Idol musim ketiga ini, MediaCorp dilaporkan enggan menyiarkan jumlah dan pecahan undi yang diterima kedua-dua finalis, Sezairi dan Sylvia Ratonel.

Sezairi, 22 tahun, menewaskan Sylvia, 21 tahun, di pusingan akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura di depan 8,000 penonton dan ramai lagi menyaksikannya di televisyen.

Kejayaan Sezairi telah menimbulkan polemik di kalangan peminat Singapore Idol dengan suara-suara sinis menyatakan kemenangan seorang lagi peserta Melayu telah merubah Singapore Idol menjadi Malay Idol.

Sama-samalah kita fikirkan, apakah Melayu Pulau Pinang juga akan menerima nasib yang sama ? atau mungkin di Perak ? mungkin di Selangor ?




5 comments:

  1. giler kentang x matang sungguh org yg mainkan isu bangsa dlm ptdgn HIBURAN mcm ni. Yoooo, jgn biar 13 mei berulang bila dah ada suara2 bodoh mula bangkitkan isu ketuanan melayu .. WAKE UP!


    >>_______<< happy new year YG ~ xoxoxoxoxo

    ReplyDelete
  2. 2 X 5 jugalah jawabnya nanti kalau Selangor terus bawah DAP. Tapi orang Melayu tak sedar sedar juga, masih bercakaran sesama sendiri. Entah bila dah sedar dari mimpi.

    ReplyDelete
  3. Frodo, inilah yang patut dijaga..... happy new year juga buat awak...terima kasih.

    Melayuangkat, kita sama-sama berdoa agar Melayu sentiasa dilindungi Allah........InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    itulah yg kta takut klu penang jd begini

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Begitulah nasib bila melayu merempat dan tiada lagi kuasa. Jadi apa yang boleh dilakukan jika ini terjadi di negara ini nanti, jika malayu tidak lagi sedar dan menyokong DAP, DAPlah yang mahu hancurkan melayu di malaysia.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..