Dibawah ini kawan paparkan artikel dari blog gomalaysia.blogdpot.com untuk kita renungi bersama…..
Beri Laluan Kepada Orang Najib, Adnan Yaakob Bakal Tersingkir ?
Beri Laluan Kepada Orang Najib, Adnan Yaakob Bakal Tersingkir ?
Defisit belanjawan untuk 10 tahun berturut-turut sekali lagi menggoyah kedudukan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Negeri Pahang. Sumber maklumat dalaman UMNO menyebarkan khabar bahawa Adnan Yaakob mungkin "dipindah"ke pusat untuk mengosongkan jawatan yang disandangnya lebih daripada satu dekad, lantas diisi oleh calon yang dilantik Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Pada hakikatnya, sudah tiba masanya untuk menukar MB. Pimpinan kerajaan negeri oleh Adnan kini terperangkap dalam kebuntuan. Beliau melihat dasar dirinya sebagai dasar terbaik, malah bermegah dengan dirinya kerana tidak meluluskan lesen pembalakan yang baru.
Namun, beliau bukanlah seorang yang baik dalam pengurusan, bukan sahaja tidak bijak dalam berniaga, malah mengakibatkan defisit belanjawan negeri Pahang untuk 10 tahun berturut-turut.
Pemimpin baru dengan gaya barunya sekurang-kurangnya akan menyuntik sesuatu yang baru untuk negeri Pahang. Dari kaca mata peniaga, MB ini tidak berwawasan, hanya menjaga sumber dan harta yang sedia ada. MB ini juga dilihat gagal memikirkan dasar yang terbuka untuk menarik lebih ramai pelabur.
Sebagaimana yang diketahui, Pahang sebuah negeri yang kaya dengan sumber semulajadi. Seandainya diterokai dan digunakan dengan sebaik-baiknya, maka ia bakal menarik pelaburan, lantas mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan.
Hubungan Najib-Adnan
Hubungan Najib dengan Adnan umpama "mentor" dan "musuh". Adnan diangkat oleh Najib seketika dahulu. Namun, tiada kemestian yang selama-lamanya dalam politik. Semasa zaman Abdullah Ahmad Badawi menjawat PM, Adnan mengalih menjadi pendukung Abdullah sehingga mengabaikan Najib.
Maka, selepas Najib menjawat PM, desas-desus tersebar bahawa kedudukan Adnan akan digantikan pada bila-bila masa. Biarpun begitu, bukan senang untuk menggoyah kedudukan Adnan. Adnan memiliki kelebihan, iaitu hubungannya yang baik dengan Institusi Raja di Pahang. Najib mungkin tidak ingin menimbulkan masalah yang baru buat sementara ini.
Walaupun ini bukan kali pertama tersebarnya khabar bahawa Adnan akan dipindah ke pusat, dan ia mungkin berakhir seperti apa yang berlaku dahulu. Oleh itu, tidak menolak kemungkinan bahawa khabar ini diulangi kerana dua faktor. Pertamanya, ia disebarkan oleh orang UMNO yang tidak berpuas hati dengan Adnan; atau keduanya, ia disebarkan oleh Adnan sendiri untuk menguji siapa yang bermotif untuk mendaki ke atas tangga kuasa untuk menggantikannya, agar beliau boleh memancung kepalanya dengan serta-merta tanpa apa-apa persediaan dari pihak musuh.
Pengganti Adnan
Mereka yang pernah berkesempatan untuk bangkit menggantikan Adnan termasuklah Hasan Arifin dari Rompin, Shahirudin dari Raub, Omar Othman dari Kuala Lipis dan sebagainya. Namun, mereka "ditamatkan" dengan begitu sahaja. Shahirudin gagal mengancam Adnan lagi apabila terlibat dalam politik wang.
Kini, ADUN Lanchang, Mohd Sharkar Shamsudin memiliki peluang yang paling cerah untuk menggantikan Adnan. Mohd Sharkar bukan sahaja seorang EXCO kerajaan negeri, malah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Lebih penting, Sharkar adalah orang rapat Najib.
Selain itu, mereka yang berpeluang untuk naik ke mercu kuasa termasuklah Shafik Fauzan Sharif dari Inderapura, Mohd Soffi Abdul Razak dari Benta dan Ishak Muhamad dari Bebar.
Demikianlah politik. Walaupun Adnan diangkat naik oleh Najib seketika dahulu, namun "pengkhianatan" terhadap Najib telah menggadaikan kepercayaan Najib terhadap dirinya. Najib tidak lagi melihat Adnan sebagai orang rapatnya. Untuk memperkukuhkan kuasa dirinya di Pahang, Najib perlu meletak orangnya agar boleh dijadikan kubu dirinya di negeri asalnya.
Najib tidak akan menggunakan seorang "pengkhianat", lebih-lebih lagi Adnan bukan satu-satunya orang yang berbakat dalam negeri Pahang. Adnan juga menyedari keadaan sedemikian. Menurut orang dekat Adnan, beliau telah mencari jalan keluar untuk dirinya. Rumah kediamannya yang lama tidak diduduki itu mula dibaiki semula. Ini menjadi bukti bahawa Adnan telah mengandaikan sesuatu yang buruk mungkin menimpa dirinya.
Pancung dengan KPI
Sumber dalaman UMNO berkata, Najib bakal merampas kerusi Adnan dengan alasan bahawa prestasi Adnan sebagai MB selama lebih 10 tahun, bahkan defisit belanjawan untuk 10 tahun berturut-turut gagal menjangkau KPI yang ditetapkan. Ini alasan yang terbaik, malah institusi Raja Pahang mungkin mengangguk kepada pertukaran MB.
Mengikut gaya Adnan, beliau yang selama ini bersikap acuh tak acuh tidak akan memberi penjelasan jikalau keadaan tidak genting. Kali ini, ketika menggulung dalam sidang mesyuarat DUN ketika pembentangan belanjawan, beliau mengumumkan stastistik belanjawan dari tahun 2000 hingga 2008, menjelaskan bahawa kerugian hanya berlaku pada tahun 2008, tetapi membuat keuntungan untuk tahun-tahun selainnya.
Mengapa Adnan memberi penjelasan, malah sekaligus mendedahkan perangkaan 8 tahun yang lalu? Tindakan Adnan boleh dikaitkan dengan spekulasi baru-baru ini, iaitu "masanya sudah sampai".
Satu lagi faktor yang mendorong agar Najib menukar MB adalah kesungguhan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan negeri ini. Sememangnya, Pahang memerlukan pimpinan seseorang yang berpotensi dan berbakat secara menyeluruh, malah direstui institusi Raja. Apakah Adnan bakal dipindah ke pusat? Kita tunggu dan lihat!
Apa pemdapat sahabat-sahabat semua dengan artikel ini ?
Salam Hukhuwa Sdr. Yang Gambi.
ReplyDeletePercaturan politik banyak diselaputi pelbagai muslihat dan strategi songsang. Namun pemimpin yang matang dan masak dengan "political game' ini tidak mudah terjerumus. Orang yang berjuang dengan ikhlas dan jujur pasti akan mendapat petunjukNya.
EHEM EHEM NAK BATUK PULAK,
ReplyDeleteSUARA DALAMAN ORANG UMNO
DILUBUK HATI RAKYAT PAHANG
SUARA LISAN PAKATAN RAKYAT
EHEM EHEM NAK BATUK PULAK
DALAM BATUK ADA DEHEMMM
salam bro
ReplyDeletepersepsi, setuju dengan kudaberhias, yg penting kita mesti bijak membuat penilaian
itulah yang ditunggu tunggu oleh rakyat sekelian iaitu umno berubah mestilah tokoh pemimpin berubah dato adnan telah lalui tiga perdana menteri kawasan pelangai pun perlu pemimpin baru pemimpin muda.selamat bersara dato adnan. boleh ganti datok khalil dimelaka.terima kasih yang gambi.
ReplyDeletePerlantikan MB adalah dengan perkenan DYMM Sultan.Sebagai rakyat kita menerima sahaja limpah kurnia perkenan baginda.Janganlah kita mendahului istana dalam perkara hak mutlak Tuanku.Wassalam.
ReplyDeleteTerima kasih KUdaBerhias, AwangKenik, Dr1221, MatMancis........ kawan cuma memaparkan dan ingin pendapat tuan dengan artikel dari blog pembangkang sahaja, bukan ada niat lain demi kebaikan UMNO Pahang.....
ReplyDeletesalam bro..
ReplyDeletedasyat politik depa ni semua....ada sahaja cara nak menabur Fitnah dan melagakan kita semua.
apa pun kita akan serang habis-habisan
salam perjuangan bro...
lu mantap..he he he
Assalamualaikum.
ReplyDeleteKadang-kadang kalau dah lama sangat dekat kerusi tu, orang mula cari kesalahan kita. Baik-baiklah berundur, serahkan dekat orang lain.
Oh ye...MB Johor bila pulak nak bertukar eh???
Salam perjuangan dari hamba
Pena Minang.
SLM BRO..YG BERKOKOK KUAT X SEMESTINYA NAMPAK MACHO..YG X BERKOKOK LANGSUNG PLAK X SEMESTINYA LEMAH KEPALA LUTUT..APE YG PENTING PILIHLAH DGN BIJAK SEBELUM PIHAK PEMBANGKANG MENGGUNAKAN KESEMPATAN
ReplyDeletekadang2 pemimpin perlu juga dicuit, jika tidak mereka hanya melihat bintang dilangit dan sering melupakan rumput yang sering dipijak dibumi ini
ReplyDeleteGomo, PenaMinang, Jeffry, MediaCyber betul sangat dengan apa yang tuan komen, kekadang kena juga dicuit takut terlajak, maklum sajalah kekadang tu pengiring kiri kanan bukan memberi tunjuk jalan yang betul, terjun ke payalah pemimpin dibuatnya.... terima kasih komen.
ReplyDeletesalam bapak yg...PR mana ada kerja,,,kerja PR ni nak porak peranda kat orang lain je..tak puas porak perandakan jalanraya berdemotrasi sibuk hal hal ehwal orang lain pulak...PR lintang pukang..PAS huru hara.PKR dah tertonggeng dan ditonggeng.....DAP terus dengan ideologi perkauman yang sempit ...sepeti Chin Peng.....
ReplyDeleteMenurut Jabatan Audit Negara Negeri Pahang adalah negeri yang paling teruk di Malaysia pengurusan kewangannya bagi tahun 2008.
ReplyDeleteManakala Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak (sepanjang 10 bulan) dan Kelantan adalah negeri2 yang paling cekap menguruskan kewangan negeri masing2.
Sumber2 hasil yang diperolehi meningkat beberapa kali ganda berbanding sebelum diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Contohnya hasil balak di negeri Kedah, hasil daripada keluasan yang sama diperolehi dua ratus peratus daripada hasil yang diperolehi semasa sebelumnya.
Keadaan Pahang ni diibaratkan seperti seorang janda yang berabnak ramai, dah lah anaknya ramai perangainya jahat pulak. (Keadaan Pahang di bawah pentadbiran Kerajaan daripada Parti UMNO)... Teruk, lembab, tak reti.