Wednesday, December 16, 2009

AHLI PARLIMEN BN BOIKOT BAJET NAJIB ? – Cubaan Anwar ‘tumbangkan kerajaan BN’ gagal lagi



Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan pembangkang melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menggulingkan’ kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.

Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya. KLIK

Bajet 2010, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam.

Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu. KLIK

Persoalannya ?

Berdasarkan amalan, jika bajet tidak diluluskan, dalam bahasa mudahnya, kerajaan sedia ada dianggap telah tumbang dan diganti dengan kerajaan baru. Tidak hairanlah Anwar sebelum ini jarang berada di Parlimen hingga lewat malam, tetapi kerana usaha-usaha menumbangkan kerajaan BN berterusan, Anwar memastikan seramai mungkin Ahli Dewan Rakyat pembangkang tetap berada di Dewan.

Apakah Ahli-Ahli Dewan Rakyat BN tidak berfikir akan pentingnya pengundian untuk meluluskan bujet ? atau mereka tidak tahu peraturan Dewan ? atau sengaja hendak memboikot pembentengan bujet Najib ?

Apakah akan terjadi sekiranya pada siding dewan malam tersebut pengundian berpihak kepada pembangkang ?

Mengikut makluman, senario seperti ini sering terjadi yang mana kehadiran Ahli-Ahli Dewan Rakyat BN yang kadang kala tidak sampai 50 orang di dalam Dewan.

Anwar dapat merancang untuk menumbangkan kerajaan BN berdasarkan pemerhatiannya terlalu ramai Ahli Dewan Rakyat BN yang tidak hadir atau tidak berada di Dewan. Mujurlah rancangan Anwar kali ini gagal juga…..

Senario yang sama juga telah dirancang oleh pembangkang sewaktu pembentang bujet 2010 di Dewan Negeri Pahang, apabila pembangkang cuba mencari jalan agar pembentangan bujet 2010 dibentangkan semula.

Alasan pembangkang bahawa pembentang bujet 2010 oleh Dato’ Sri Adnan Yaakub tidak sah dan perlu dibentang semula adalah satu perangkap untuk menumbangkan kerajaan BN di Pahang.


Melihat kepada situasi ini, apakah Wakil-Wakil Rakyat BN tidak boleh berfikir betapa pentingnya setiap pembentangan di Dewan ?

Ketidakpekaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat/Negeri BN yang mungkin sentiasa merasa selesa menyebabkan pembangkang sentiasa mengintai peluang untuk mengambil kesempatan menumbangkan kerajaan.

Sepatutnya Wakil-Wakil Rakyat BN tidak mengambil mudah dalam perkara kehadiran persidangan Dewan serta perlu lebih sedar akan kelicikan pembangkang yang sentiasa mencari kesempatan di atas kecuaian Wakil-Wakil Rakyat BN.

Datuk Sri Najib selaku Perdana Menteri, perlu juga memastikan KPI kepada Wakil-Wakil Rakyat yang cuai ini agar tidak berulang ………….







8 comments:

  1. sebenarnya ahli BN ini cuai dan leka. mereka rasa mereka boleh berdiri teguh sehinggalah PRU nanti. Mungkin juga ada diantara mereka yang tidak tahu peraturan sedemikian.

    Tapi sebab yang pasti, mereka leka dengan kedudukan sekarang.

    Harap lepas ini ahli BN sedar akan tanggungjawap mereka. Beginilah orang kerja kerajaan. Sedangkan ahli parlimen sendiri kaki ponteng, inikan pula penjawat awam biasa dijabatan kerajaan.

    ReplyDelete
  2. MP BN kena focus tanggungjawab mereka. Jangan sesatpun leka dan alpa pada saat-saat genting demikian kerana maruah negara di tangan mereka. Sementara pembangkang mengintai setiap ruang dan peluang mengaibkan negara di mata dunia. Bayangkan jika 3 MP PAS hadir (YG TIDAK HADIR MASA ITU) apa akan jadi dengan negara dan maruah kerajaan Malaysia. Bukankah setiap pemimpin politik mengarah kita sebgai rakyat untuk turun mengundi pada setiap pRU dan PRK? Kenapa mereka sendiri gagal menunaikan kewajiban yg teramat penting untuk negara itu? Nasib baik Speaker kita seorang "Pendekar". Jika calang-calang orangnya pasti kerajaan sudah diaibkan oleh para "lanun" @ "mundu" politik Malaysia.

    Kes tidak hadir di dewan oleh MP BN ini semasa "belah bahagian" suduh kerap kali berlaku. Sekarang ini kita tanya-kalo perlu desak- adakah mereka yg kerap tidak hadir sidang dewan ini SUDAH PENAT? kalo penat ramai lagi "penyapu baru yang berkualiti". Kita minta mereka ke pinggir dan beri laluan kepada pemimpin kita yang lain "yang berwawasan.

    ReplyDelete
  3. Salam, Yang Gambi,
    Itulah sikap Ahli Parlimen Kerajaan tidak ambil kisah persidangan dewan, mereka ambil sikap sambil lewa sahaja, tetapi sekirannya pembangkang menang dalam undian tersebut amatlah sukar kerajaan melaksanakan Bajet 2010.
    Apa yang berlaku diharapkan diambil aktibar supaya tidak berulang lagi.

    ReplyDelete
  4. Kenapa MP Pembangkang bertindak menolak usul Bajet???? Inilah pembangkang Malaysia dengan niat JAHAT bukan untuk sama-sama membangun negara TETAPI mahu menjahanamkan Negara.

    Berpolitik setiap masa. Apa tujuan MP2 Pembangkang hadir sepenuhnya untuk mengundi sedangkan masa lain yang tidak membabitkan Undian mereka ponteng?? Tidak lain untuk mensabotaj keamanan negara.

    Inikah jenis Pembangkang atau MP yang Rakyat Malaysia mahu dan akan pilih pada PRU13 kelak??? Sangat Bahaya.....

    Seharusnya apa2 langkah Kerajaan Pemerintah yang baik perlu diSokong tidak kira MP2 Kerajaan atau MP2 Pembangkang supaya negara maju ke hadapan.

    Dinzi.

    ReplyDelete
  5. Salam Ziarah......

    Ternyata ALLAH masih menyayangi kerajaan BN kalau tak mesti dah tumbang semalam.Ambillah iktibar dari kejadian semalam jangan terlalu leka kerana Anwar sentiasa akan berusaha untuk menumbangkan kerajaan sekarang untuk menjadikan beliau PM...........

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah..lama aku tak singgah ke sini... erm... Jika MP BN disalahkan kerna beza 3 undi saja bagi membolehkan bajet 2010 diluluskan, MP PR pula dilebelkan cap ayam dan Cakapnya berdegar-degar tetapi tidak berakhlak/berdisiplin..siap senaraikan lagi MP itu. nak tengok senarai tew ushar kat http://ohpolitik.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. SLM BRO..PSL TU LAH ANUWAR SURUH YB2 PEMBANGKANG SENTIASA BERADA DI DEWAN PARLIMEN. UTK MENUMBANGKAN KERAJAAN DGN JLN MUDAH. DI TAMBAH PULAK DGN KEBODOHAN YB BN/UMNO YG X PEKA LANGSUNG DGN AGENDA LICIK PEMBANGKANG. ADOIYAIII

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kekawan semua........ kita harap semua MP-M dan ADUN-ADUN BN lebih peka dengan kelicikan pembangkang...... bukan sahaja di Parlimen, malah di dalam kawasan sendiri.....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..