Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang dan tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku.
"Penyiasatan dilakukan secara menyeluruh dan saya tidak fikir syarikat penyelenggara pesawat itu terlibat secara langsung kerana ia melibatkan sebuah syarikat pembeli yang berpangkalan di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran.
"Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus.
Begitulah serius Kerajaan untuk menangani isu kehilangan enjin pesawat F-5E, tetapi terlalu banyak blogger-blogger pro atau mirip-mirip pro pembangkang membuat andaian untuk memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan UMNO-BN.
Ada juga yang terlebih dahulu menghukum Perdana Menteri Dato’ Sri Najib dengan pelbagai tuduhan, tetapi tidak pula puak-puak ini mempertikaikan atau menghukum dengan karenah pemimpin-pemimpin mereka macam Anwar al-jub yang berdalih seribu tingkah dalam kes liwatnya. Begitu juga dengan kes Nik Aziz dan menantu yang berdalil, berfatwa dalam isu PMBK.
Kawan begitu tertarik dengan memaparkan tulisan yang dikirimkan oleh seorang sahabat melalui facebook untuk kita renungi bersama :
Ali Baba Bujang Lapok pada 26hb Disember pukul 1.04 pagi
Oleh Lebah Kota
Semasa dua enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang pada 2007, Menteri Pertahanan ketika itu adalah Perdana Menteri kita sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mendengarkan sahaja nama Najib, maka bersorak gembiralah blog-blog dan pemimpin pembangkang di negara ini dengan meletakkan sepenuhnya kesalahan kejadian itu ke atas bahu beliau.
Nampak macam ada lojik dan perkaitan bahawa kehilangan enjin itu perlu dipertangungjawabkan ke bahu Najib.
Namun, adakah kita bersikap adil dengan membuat rumusan menyalahkan Najib dalam kejadian itu?
Pertama sekali, kita perlu melihat secara umum dahulu.
Menteri di setiap kementerian ada tanggungjawab masing-masing, itu tidak boleh dinafikan.
Tetapi kita harus ingat dan berfikir dengan baik bahawa tanggungjawab seorang menteri adalah dari segi dasar dan polisi kementerian.
Menteri akan mempengerusikan mesyuarat dan membincangkan hala tuju kementerian dan program-program yang diperlukan untuk membantu rakyat.Menteri akan memantau pergerakan bajet yang diberikan kepada setiap kementerian.
Soal operasi sesuatu kementerian bukan tanggungjawab menteri. Komponen lain dalam kementerian iaitu Ketua Setiausaha dan pegawai-pegawai lain yang perlu melihat dari segi operasi.
Untuk menerangkan lagi kenyataan di atas, kita kembali kepada persoalan Najib menjadi Menteri Pertahanan ketika dua buah enjin pemintas itu hilang.
Sebagai Menteri Pertahanan, peranan Najib ketika itu sudah tentu dari segi dasar dan polisi Kementerian Pertahanan.
Antaranya, beliau ketika itu perlu melihat perjalanan ke arah program pemodenan pertahanan negara.
Beliau perlu melihat apakah aset-aset yang perlu ditambah ke dalam inventori pertahanan negara yang sejajar dengan tuntutan proses pemodenan angkatan tentera itu.
Bukan sama sekali peranan beliau untuk memastikan apakah dua buah enjin jet pemintas yang rosak sampai ke destinasi pembaikkan atau tidak.
Itu adalah soal operasi angkatan tentera. Tenteralah yang perlu melihat kepada perkara-perkara seperti itu.
Peranan Menteri Pertahanan mungkin menilai keperluan negara untuk memiliki pesawat pemintas seperti F-5E, namun selepas pesawat sudah dibeli, cara ia digunakan, bagaimana ia diselenggara dan sebagainya jatuh dalam aspek operasi aset pertahanan yang perlu dijaga oleh pihak tentera.
Menteri Pertahanan mungkin tahu di mana sesuatu aset pertahanan negara berada, tetapi keluar masuk aset berkenaan untuk baik pulih dan sebagainya bukan tanggungjawab beliau.
Kalau ada enjin rosak pun seorang menteri juga perlu ambil tahu dari A hingga Z, baik juga menteri ambik tahu kalau pagar mana-mana kem tentera yang hendak runtuh.
Kalau ada pagar yang rosak, maka salahkan Menteri Pertahanan tersebut.
Wajarkah pemusatan tanggungjawab yang begitu tinggi di bahu Menteri Pertahanan atau mana-mana menteri sekalipun di kementerian masing-masing?
Jadi, bila enjin pesawat pemintas hilang, sama sekali tidak adil untuk meletakkan kesalahan itu di bahu Najib.
Bukan hendak mempertahankan Najib, tetapi kalau kita hendak melihat kesalahan itu patut berada di bahu siapa, maka penulis melihat Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin yang ketika itu merupakan Panglima Tentera Udara yang sepatutnya dipersalahkan.
Aspek operasi adalah di pihak tentera dan beliau selaku pemimpin tertinggi TUDM (cabang di mana kejadian enjin hilang berlaku) perlulah memikul tanggungjawab.
Sepatutnya beliau yang perlu ambil tahu ke mana enjin itu dihantar, siapa yang hantar, kenapa dihantar, bila dihantar, bila terima balik dan sebagainya.
Nyata beliau telah gagal memainkan peranan yang sewajarnya dalam kejadian itu.
Jeneral Azizan yang perlu memikul tanggungjawab kerana kehilangan berkenaan.
Kini, selaku Panglima ATM, tanggungjawab beliau semakin besar. Dan kejadian kehilangan dua enjin pesawat pemintas yang memalukan negara itu harus beliau jadikan teladan dan segera memperbaiki aspek operasi serta keselematan aset-aset angkatan tentera kita.
Kalau beliau gagal, maka lepas ini bukan setakat enjin, takut ada jet pejuang sendiri yang hilang atau dilarikan ke luar berlaku, maka Azizan perlu sangat meletak jawatan terus.
Nanti orang buat lawak, selama ini kapal pejuang hilang akibat terhempas, sekarang pulak hilang pasal diterbangkan terus ke negara lain.
Rumusan yang tepat, dalam kejadian kehilangan dua enjin itu, pihak tentera yang perlu bertanggungjawab dan lebih spesifik, Jeneral Azizan perlu memainkan peranan yang lebih effektif selepas ini.
kawan lama dah nak tulis pasal zahid ni. dia ni sama aje macam hamid albar. albar bila jadi Menteri pertahanan terus burokkan najib kerana masa tu najib nak bertanding naib presiden bersamanya. ia pasal besi buruk di atm. sekarang ini zahid , lepas satu, satu dedahkan hal ATM. macam ada agenda aje nak jatuhkan PM. Rekod dia pun bukan baik sangat sebelum ni. sebelum ni pernah tikam belakang tun Mahathir kerana bersekongkol dengan DSAI. Jadi bab ini kawan cukup hati-hati dan memandang dari sudut lain bab zahid ni............
ReplyDeleteZaman Najib banyak perkara2 hilang berlaku. Itu berkat doa Tok Guru Nik Aziz mohon pada Allah tempohari. Bawak2lah bertaubat jadi pembohong pada rakyat
ReplyDeletePG, terserahlah pada pandangan DS Najib selaku PM menilainya...... terima kasih dengan komen..
ReplyDeleteJeffry klon, tak payah nak menyamar guna nama orang lain, belajar jadi jantan, jangan jadi bacul boleh tak ?
Salam Yangg Gambi,
ReplyDeleteJangan lupa Dato Zahid Hamidi dan jelaskan terlebih dahulu bahawa tiada pegawai kanan terlibat,yang terlibat hanya pangkat Sarjan dan ke bawah.Takkan nak salahkan Pegawai atau Pak Lah sebagai PM & Menteri Dalam Negeri masa tu?
Yang jadi pengkhianat tu semuanya orang-orang UMNO-BeEND dan penyokong-penyokongnya..... PENDERHAKA!!!
ReplyDeleteHEHEH MMG DASAR KLON..SUKE MENCIPLAK!. PETANDA PUAK PENCACAI DH KEPANASAN. TP APEKAN DAYA DIORANG DH KEHABISAN MODAL NAK BALUN KERAJAAN HUHUHU
ReplyDeleteSalam Yang Gambi,
ReplyDeleteSdr kerap komen di blog kawan, terima kasihlah...
Bab enjin jet hilang ni, kawan terkilan sikit,
ngapa hilangnya hujung 2007, reportnya awal 2008, tapi hujung 2009 baru heboh nak siasat ?
Itu yang kawan marah ke Najib tu....
Sepatutnya dia ada kuasa, arahkanlah Polis siasat selepas dia buat lapuran tu...
Ini dak, buat tak tahu je...., ngapenya dia buat macam tu...
Sepatutnya sebagai Menteri Pertahanan, dia ambil beratlah kes ni, tanya Polis ngape tak siasat dan tahan orang yang mencuri tu....
Nasib baik Zahid Hamidi dedahkan, jika dak senyap terus.....
Yang peliknya ada pulak yang marah pada Zahid Hamidi kerana mendedahkan penyelewengan ini...
Pelik, pelik.....patutnya kita sebagai rakyat berterima kasih pada Zahid Hamidi, ni dak maroh pulok......gila....
Soal Zahid Hamidi nak memalukan Najib tak timbul, kerana memang patut pun Najib sepatutnya merasa malu......ngape dia buat tak tahu je...selepas dia tahu bende tu hilang....
Tu...yang kawan ralat tu....
PAS CBS2, betul dengan sindiran tuan, tapi mengapa tidak sabar tunggu siasatan dulu...terima kasihlah buat komen....
ReplyDeleteKuda Perang, walau pun orang UMNO awak katakan pengkhianat, tapi hidup tuan hasil dari kerja-kerja khianat UMNO...... kita akan lihat siapa yang sebenar-benar pengkhianat... InsyaAllah....
Jeffry, betul sangat kata tuan.... mereka sudah kepanasan...... kepanasan dengan api fitnah mereka sendiri....
Sdr azinang,betul tu, tidakkah tuan sedar, laporan ini terbongkar hasil dari laporan Audit Negara, macam di Kementerian dan Jabatan lain juga..... lagi pun mungkin tuan tertinggal maklumat, pada waktu itu kes ini tiak perlu diheboh-hebohkan untuk mengenalpasti dalang sebenarnya..... itulah kebijaksanaan namanya.....
ReplyDeleteSekali lagi terima kasih Yang Gambi,
ReplyDeleteKawan bukan berniat nak berlawan taki dengan sdr,
Cumanya sdr kata "laporan ini terbongkar hasil laporan dari ketua Audit Negara"
Maaf ye...tak betul tu...didalam lapuran audit negara kes kehilangan ini tidak disentuh langsung.
Walau macam mana pun, jangan ambik hatilah cakap kawan ni....
Kalau kita duduk dekat, malam ni kawan ajak sdr ngeteh, ni nak buat macam mana, kawan di gelanggi 01, sdr di Keratong....eh yee ke Keratong....kawan lupa pulok.
Terima kasihlah kerana sudi melayan kawan....
Hamba nak cakap pun banyak ragunya dalam perkara ini. Perkara dalam siasatan. Pendakwa raya dah tengok kertas siatan awal. Dah hantar balik untuk.. ... ... ... kita cakap kan terganggu siasatan atau tercacat kekesanan siasatan.
ReplyDeleteSiasatan ada kaedahnya. Keselamatan negara juga ada tahap kerahsiaan yang cukup tinggi. Kita kira nak cakap dengan cap cap sesuka kita lak.
Hasil siasatan tu nak digunakan oleh pihak pendakwaraya untuk bawa ke mahkamah. Kurang pulak kekuatan maklumatnya. Lemah pula elemen dalam pengukuhan faktanya boleh buat segalanya terlepas.
Takutnya kekurangan itu tak dapat ditampong kerana kita dok berterusan memasang penggera dengan pandai pandai yang suka suka kita.
Asal saja ada fraud maka perlu dihebahkan. Asal saja ada isu yang back dated maka dikatakan cuba disembunyian. Fikirkan tentang keselamatan negara dan kebaikan mendiamkannya dahulu. Pertahanan bukan satu institusi yang ringan fungsinya.
ReplyDeleteMaaf cakap lah!... UMNO memang suka benda2 nie dirashiakan. Dah banyak contoh seperti PKFZ, Altantuya dan kalau boleh dihilangkan saja dari kes
ReplyDeleteAzinang, kita sesama memberi dan menerima pendapat, yang baik dijadikan tauladan......terima kasih dengan komen. Kawan selalu balik Jengka 6 dan kekadang bertugas di Jerantut, kalau ada masa kita ngeteh bersama..
ReplyDeleteCLJ, CCZ, terima kasih dengan komen yang membantu...
ReplyDeleteDollah,jangan mudah meletakkan prasangka sebegitu... lihat sahaja logo tuan dan blog yang tersembunyi pun kawan tahu tuan juga lebih teruk dari apa yang tuan perkatakan kepada orang lain... cermin diri dulu...
Salam Ziarah......
ReplyDeleteSetuju dengan Yang Gambi pengkianat ada dimana-mana dan tidak dijangka kehilangan ini...Contohnya Amerika tahu ke WTC tu akan diserang pengganas mari kita semua renung-renungkan dan tidak adil untuk menyalahkan Dato Seri Najib atas kecuaian ini....