Thursday, December 10, 2009

Mahfuz – ‘jangan jadi budak nakal’ tok guru Nik Aziz

Mahfuz disifatkan sebagai ‘memandai-mandai’ kerana kembali mencungkil isu PMBK. Tok guru Nik Aziz dengan tegas menyatakan Mahfuz tidak perlu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya kepada media.

Baru padan dengan muka Mahfuz, dia ingat dia boleh tegur pasal tok guru Nik Aziz dengan keluarganya….

Kalau selama ini Mahfuz bebas mengkritik kepimpinan kerajaan UMNO, memfitnah, mencaci, sesuka hati. Macam mana dengan kepimpinan PAS ?

Inilah kepimpinan PAS, lebih-lebih lagi macam tok guru Nik Aziz sudah dilebelkan manusia maksum, bertaraf Nabi, Wali, para Ambia, mana boleh sesama manusia menegur, apatah lagi kalau dihina……..

Kalau tidak masakan tok guru Nik Aziz boleh menjanjikan ‘syurga’ kepada penyokong-penyokong PAS, kalau tidak masakan tok guru Nik Aziz boleh mengeluarkan fatwa ‘UMNO’ itu kafir………

Kalau tidak masakan ‘rasuah pergi haji ke Mekah’ boleh dipanggil ‘hadiah’, ‘saguhati’, sampai ke Nazri Tan Sri Aziz pun tidak berani hendak dakwa tok guru Nik Aziz………. Tun Mahathir pun Nazri boleh lebelkan sebagai ‘Bapak perkauman’……… Nik Aziz, tiada sesiapa boleh tegur ……….

Mahfuz buat satu kesilapan bila berani menegur tok guru Nik Aziz dan keluarganya, kalau Mahfuz mengkritik, memfitnah keimimpinan UMNO-BN sudah pasti melambung-melambung puak-puak PAS memuji, silap-silap tok guru Nik Aziz sudah pasti memberi tempat ‘syurga’ kelas satu…………

Sudahlah Mahfuz disindir tok guru Nik Aziz, nasib baik tidak disuruh keluar dari PAS macam Nasharuddin, blogger-blogger pengampu PAS juga berduyun-duyun mengambil kesempatan mengutuk Mahfuz….. macam-macam Mahfuz kena kali ini…..

Mahfuz dikatakan tidak matang dalam tindakan politik, lebih teruk lagi Mahfuz dikatakan sudah menghidap sindrom ‘ketagihan media’. Pantang media ajukan soalan, cepat-cepat nak berikan pandangan, walaupun pandangan yang nak diberikan bukan dalam pengetahuan mereka. Begitulah kata-kata dari blog pengampu Nik Aziz….. KILK

Kerana sikap tidak berhati-hati Mahfuz memberi komen tentang Ariffahmi menantu kesayangan tok guru Nik Aziz, Mahfuz dianggap tidak waras dan cuba menjadi ‘hero’ untuk mendapatkan ‘millage politic’ untuk dirinya sendiri.

Padan dengan muka Mahfuz, mengkritik kepimpinan UMNO tidak sesedap megkritik kepimpinan PAS, lebih-lebih lagi tok guru Nik Aziz dan keluarganya…..

Ini sifat-sifat sebenar kepimpinan PAS……….. tahunya mengkritik, tetapi bukan untuk dikritik…….




12 comments:

  1. Heran ye..kenapa media taknak tanya mahfuz tentang isu fatine ker atau isu homoseksual?nampaknya mahfuz boleh digelar mahfuz microfon..

    ReplyDelete
  2. salam.

    Hidung tak mamcung pipi tersorong-sorong ! Baru padan dengan muka nak tunjuk ayam jantan digelangang orang digelangang sendiri jadi ayam betina.....

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Menegur Nik Aziz adalah blasphemy

    ReplyDelete
  4. salam ziarah, jika mahu mengetahui rahsia nusantara, islam dan kebangkitan akhir zaman sila mengunjungi www.nusanaga.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Dalam PAS semua nak jadi hero kritik BN macam2..bila dah dapt memerintah..langsung tak jadi ape..lebih hancur malaysia jika dibawah pakatan jahanam ni

    ReplyDelete
  6. CCZ, GunungMatCincang, Junah, Kelambu Harimau, terima kasih dengan komen tuan......

    ReplyDelete
  7. wah...nak tegur nik aziz mana bole.sunah nabi apenye tu..nabi pun minta sahabat2 tegur jika ada sebarang kemusykilan atas ajaranya.

    ReplyDelete
  8. SALAM BRO...Orang kalau dah kaki kritik, takde keja lain..last-last tak sengaja kritik BAPAK sendiri..nak kena rotanlah tu..

    ReplyDelete
  9. Salam Bapak....Memang la Mahfuz tu suka mandai-mandai sebab tok guru dia juga suka buat mandai-mandai "Syurga PAS punya" Doa binasakan sesama islam Boleh" Lantik Menantu Jadi CEO Boleh" orang lain je yang tak boleh Mandai-mandai...Tok Guru NA dan Menantu Boleh Mandai-mandai..Syabas Mahfuz teruskan menegur orang Tua itu...Koi Sokong Awok Mahfuz.........

    ReplyDelete
  10. Kelambu Harimau, UdangGalah, Emokapok, biarlah dengan puak-puak ni..... biarlah dia orang rasa dia lebih Islam dari yang lain....... kita sama-sama lihat sahaja nanti bila panjang umur, Allah maha adil.....

    ReplyDelete
  11. InsyaAllah, kita sama2 tunggu.. Allah itu Maha Adil.

    ReplyDelete
  12. Kuda Perang, betul kata tuan, sama-sama kita tunggu.... selagi kita redha bahawa Allah itu Tuhan kita, maka sesungguhnya Allah akan sentiasa memberi pertunjuk akan kebesaran dan kebenarNya..... InsyaAllah....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..