Tuesday, December 22, 2009

Hadi – ‘penulis blog jangan sebar fitnah’


Berkata ketika merasmikan Konvensyen Blogger di Taman Melewar semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan agar penulis-penulis blog dapat menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat.

Hadi juga berkata, “Bukan semua maklumat boleh didedahkan kepada umum kerana adakalanya boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat walaupun ianya benar. Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul dan bukannya blogger yang mahukan upah semata-mata untuk berbohong”.

Yang Gambi : Betul sangat saranan Presiden PAS ini, lebih sepuluh tahun pembangkang mengunakan media cyber dalam menabur fitnah, memaki hamun, menghina mempengaruhi pemikiran generasi muda yang lebih berminat mendapatkan cerita-cerita politik yang memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan UMNO-BN.

Tidak dinafikan peranan blogger-blogger pembangkang memainkan peranan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO-BN, lihat sahaja bagaimana kesannya pada PRU ke 12, hasil sebaran fitnah melalui media cyber pakatan rakyat dapat menawan beberapa buah negeri.

Pembangkang agak terperanjat bila UMNO memulakan serangan balas dengan menggunakan blogger-blogger pro kerajaan, menangkis segala fitnah, menyerang balas setiap tomahan yang tidak berasas tanpa bukti. Malah ada penulis-penulis upahan pembangkang yang membawa fitnah cabut lari keluar Negara takut di dakwa…….

Bagimana dengan tataetika penulis-penulis blog pro pembangkang ?

Di bawah ini salah satu contoh penulisan yang kawan petik dari salah seorang blogger pembangkang yang disiarkan oleh detikdaily : Klik

Buat seketika media-media barua perkauman UMNO pun "menghembus-hembus" bara agar menjadi api, api perkauman! Celakanya UMNO!

Dan buat seketika UMNO diangkat seolah-olah sebagai pejuang ugama!

Berbalik kepada UMNO, kita merasa pelik bin ajaib mengapa begitu bersungguh UMNO "membela" Islam?

Rekod UMNO selama 52 tahun perintah Malaysia, sememangnya UMNO celaka! UMNO umpama ayam jantan yang berkokok tapi ekornya berlumuran tahi!

Itulah wajah hodoh UMNO. Siapa patut di"sembelih" ayam jantan atau UMNO?

Itulah sebahagian yang dapat kawan paparkan betapa buruknya perangai penulis-penulis blog pro pembangkang yang memainkan peranan lebih dari sepuluh tahun.

Kawan pernah membalas dengan penulisan serta gambar yang agak keterlaluan juga, maka banyaklah komen-komen yang marah, memberi nasihat, mengeluarkan tafsiran dan hadis.

Kalau Presiden PAS benar-benar dapat menasihati penulis-penulis blog pro pembangkang agar sentiasa beretika, kawan rasa amatlah baiknya, tulislah yang benar dan berasas, biar masyarakat sendiri menilai mana yang benar, bukan dengan tulisan yang kotor dan ceramah yang jahat untuk mendapat sokongan……

15 comments:

  1. Dulu tak terpikir pun si hadi tu untuk beri nasihat. Sekarang bila PAS sudah ranap dikerjakan baru nak tunjuk baik? Curi masa tambahan kot!!Manusia hipokrit..Itulah.. Jangan pandang orang UMNO ni pengecut! PAS dan PKR pun lagi kecil hati.

    ReplyDelete
  2. as salam, saya setuju. Sepatutnya blog sigunakan secara bijaksana, get info & be smart.. kasian orang kita, yang masih sentiasa menggunakan cara menyebarkan fitnah... sengaja buat dosa.

    ReplyDelete
  3. cakap tak serupa bikin. padan mujka dia. dulu dia le kaki fitnahnya. sekarang bafru tahu betapa teruknya kesan fitnah. lagi teruk setelah yang memfitnah itu dari blogger upahan pas sendiri. padan muka kau hadi. kau yang melatih mereka semua memfitnah . sekarang kau rasa le penangannya.

    ReplyDelete
  4. Nak tahu bisanya keris ialah bila tertusuk diri sendiri.

    Inilah perangai pemimpin PAS, bila temberang mula memakan diri,cepat-cepat nak tunjuk baik dan menunjuk yang salah tu orang lain konon.

    Sekrang lihat sahajalah. Allah uji mereka dengan sedikit kelebihan, dalam tempoh waktu yg singkat, berbagai tembelang busuk mula meletus dikalangan mereka disana-sini. Allah menunjukkan kepada semua, betapa mereka adalah penipu yang berserban. Tidaklah mereka itu baik, sepertimana yg mereka canangkan, kononnya yang buruk itu semua pada orang lain.

    ReplyDelete
  5. Salam Ziarah.....

    Pesanan ni untuk blogger2 PRO PAS ja Blogger PRO BN tak buat benda-benda ni semua.Tapi nampak sangat PAS sekarang dah takut dengan penulis-penulis blog yang mereka banggakan dahulu..........

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Hj Hadi sedar perangai blogger2 pembangkang ni, harap dorg dengarlah ckp hadi tu

    ReplyDelete
  7. Salam Saudara,
    Salah ejaan FITNAH, bukan FITmAH

    ReplyDelete
  8. suroh dia nasihat diri dia sendirila. hadilah bapak pemfitnah besarnya. keduanya si mahfuz tu

    ReplyDelete
  9. I remember masa PRU 11 where Terengganu tumbang and Kelantan menang tipis. Before PRU 11 Hadi ni mulut celupar (maklumlah masa tu Menteri Besar Terenggau kan? orang menang besar selalunya akan bermulut celupar dan beperangai bongkak.)

    Sejak kejadian Terengganu jatuh Hadi dah slow down sikit. Penyakit mulut celupar dan berperangai bongkak tambah perangai melalut menjangkit pada Menteri Besar Kelantan Pulak

    Anyway PRU 13 tidak menjanjikan bintang dan bulan to PAS. selalunya penyakit penyakit yang tersebut di atas ada balasannya just wait and see............

    p/s: I tak sabar nak mengundi PRU 13 nanti!

    ReplyDelete
  10. Terima kasih sahabat semua dengan komen-komen yang baik........ macam biasa 2-3 hari tak dapat tulis blog..... kena tugas luar kawasan....

    ReplyDelete
  11. Terasa ke YG dengan peringatan TGHH itu... blogger2 lain spt di detikdaily yang YG maksudkan itu bukan menabur fitnah seperti YG.

    Tetapi mengungkit semula kejahatan2 pemimpin2 UMNO yang memang sudah terbukti yang tidak patut langsung dijadikan ikutan atau teladan... tidak patut langsung dijadikan pemimpin rakyat!!!

    Bahasa ataupun material lain (spt gambar) yang mereka gunakan pun bukannya teruk dan tidak bermoral seperti teruknya yang YG gunakan... ah sudahlah YG...

    ReplyDelete
  12. Hang tak baca habis lagi blog pencacai AMNO, kalo hang baca hang tau la dia punya kokok MELAYU, LAYU, LAYU

    ReplyDelete
  13. Dulu dia kecam orang, guna bloger barua suruhan untuk maki hamun, fitnah pemimpin UMNO dok sekarang Tuan Guru Haji Hadi mintak supaya penulis blog berhemah, ngape jadi baik pulak ni? tau tak dalam PAS sekarang ni pun dah kacau bilau, ada orang taja pergi haji, menantu bisnes dalam Kerajaan negeri, melarikan anak orang walaupun dah bukan isteri, kena saman balak RM 800 Juta dan lain-lain lagi!!, Tuan Presiden PAS ni pun nampaknya dah jadi orang tak penting lagi dalam parti, yang lantang siserban Tuan Guru Nik Aziz yang sentiasa beranggapan beliau teror dari semua orang dalam PAS walaupun dah senja, berbalik kepada saranan Tuah Guru Haji Hadi Awang beliau kena ingat balik dosa-dosa penulis yang diupah sehingga negara kacau bilau disebabkan fitnah sehingga pengundi percaya dengan tomahan, mujur Allah SWT masih sayangkan kita dan memberi peluang kepada BN untuk terus memerintah demi islam agama tercinta.. ( Ingat Amanat dulu tu..)

    ReplyDelete
  14. BETULLLLLLLLLLLLLL........BETUL SANGAT HJ HADI TU DIA DAH PERASAN BLOGER PAS N PKR YANG SELALU SEBAR FITNAH....DIA TAK DOK CARA LAIN DAH GUANE NAK SEKAT PUAK2 NI MEMFITNAH...............

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..