Thursday, December 31, 2009

Bulan PAS menghadapi gerhana menjelang malam 2010


Inilah makbulnya doa tok guru, ungkapan celako……..celako…….celako dari mulut Nik Aziz……………… ungkapan yang selama ini sering ditujukan kepada UMNO, kini terbalik kepada blogger-blogger sendiri…….

Menjelang 1 Januari 2010, Jumaat, bersamaan dengan 15 Muharam 1431 Hijriah bermulaFenomena bermula jam 1.15 pagi, gerhana bulan separa dijangka berlaku dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi. Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi.

Bukan soal gerhana bulan yang hendak diperkatakan, tapi secara kebetulan tahun 2010 disambut oleh parti PAS dengan pelbagai kenangan tidak manis sepanjang tahun 2009. Seolah-olah sedikit demi sedikit sepanjang 2009, gerhana bulan sudah melanda parti PAS yang akan menghadapi tahun 2010.

Penghujung tahun 2009, satu persatu tembelang kemungkaran kepimpinan PAS terserlah,bermula dengan kerajaan perpaduan dari idea Presiden Hadi Awang sehingga muncul kumpulan erdogan dan UG, isu arak Selangor melihatkan Dr Hasan Ali terpinggir.

Belum reda kebaculan kepimpinan PAS menangani karenah DAP menghina Islam bersama sekutunya PKR, timbul pula isu rasuah Haji Menteri Besar, PMBK dikuasai anak menantu, Ketua Penerangan bawa lari anak dara orang dan macam-macam lagi lah………..

PAS juga menghadapi penentangan beberapa pemimpin akan tindak tanduk Nik Aziz dalam mentadbir kerajaan Kelantan…….. habislah Anwar…… kalau Nik Aziz terguling nanti…….

PAS juga akan menghadapi tuntutan saman syarikat balak RM800 juta kepada kerajaan PAS Kelantan, itu pun tuduh dari hasil kerja Kerajaan UMNO……

Kalau ia pun kes itu dari zaman kerajaan UMNO, PAS telah ambil alih sepenuhnya sejak 1990, bererti kerajaan PAS kena ambil alih keseluruhan permasalahan yang belum dapat diselesaikan dari kerajaan UMNO dulu…… kenapa dibiarkan sampai sekarang berlarutan ?

Dengar cerita sepanjang pemerintahan kerajaan PAS, banyak, hutan, gunung, bukit bukau habis licin balak-balak ditebang……….. mana pergi duitnya ?

Mudah sangat kalau macam tu……

Pengakhirnya hari 2009, hari ini kita lihat inilah hasil perjuangan Islam PAS bersama PKR dan DAP apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut dan akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Dengan keputusan itu, bererti gereja, The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain dibolehkan mengguna perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Inilah hasil perjuangan menegakkan Islam PAS hasil bersekedudukan dengan DAP dan PKR……

InsyaAllah, hasil doa-doa tok guru Nik Aziz untuk melihat kebinasaan dan kehancuran UMNO akan kembali kepada PAS…….. satu persatu kepincangan, kemungkaran, penipuan kepimpinan PAS akan dipentunjuk Allah…………


Ching Peng diiktiraf sebagai ‘bumiputera’ ?


Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari atau Zahid Zahari telah memberi hujah yang kukuh dalam wawancara bersama wartawan MerdekaReview sebagai mengulas isu kepulangan Chin Peng, Setiausaha Agung PKM ke Malaysia.

Said Zahari menyatakan bahawa Chin Peng lahir di bumi Malaya, dia lahir di satu tempat, namanya Setiawan yang mana adalah sebahagian daripada bumi Malaya dan kalau dia lahir di bumi Malaya, maka dia adalah bumiputera Malaya.........

Kata Said Zahari bahawa undang-undang dunia mana sekali pun menyatakan di mana seseorang itu lahir maka di situlah tanahair mereka dan hujah Said Zahari lagi dari segi undang-undang, tidak ada seorang yang boleh mengatakan Ching Peng tidak ada hak untuk balik ke tanahair sendiri.

Ching Peng bukan Cina, bukan Taiwan, bukan Hong Kong dan Ching Peng adalah Setiawan……. Begitulah hujah Said Zahari dengan tegas dan lantang.

Yang Gambi ; Kawan bukan hendak mempersoalkan sama ada Chin Peng boleh balik atau tidak atau mempersoalkan hak-hak Chin Peng untuk dibenarkan pulang ke bumi Malaysia ini, sekarang ini bukan disebut Malaya……….

Kawan Cuma hendak mempersoalkan bagaimanakah seseorang itu layak diberi pengiktirafan sebagai hak bangsa Melayu, hak Bumiputera dan hak seoarang warganegara dalam Negara yang telah diberi nama Malaysia, itu sahaja……

Bagaimana ada yang mengatakan bahawa Ching Peng komunis ini dari keturunan Melayu ? jauh sekali panggang dari api………

Bagaimana pula kalau Ching Peng komunis dikatakan seorang Bumiputera ? adakah dia dari keturunan Melayu Asli, Kadazan, Murut, Rungus. Bajau, Iban, Melanau, Bugis, Jawa, Banjar, Bawyan, Temai, Jakun, Senoi atau apa-apa sajalah……..

Atau pun Ching Peng komunis dikatakan warganegara Malaysia ?

Apakah Ching Peng sudah mengakui bahawa negara berdaulat ini diberi nama Malaysia ?

Apakah Ching Peng mengakui Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai Raja Berpelembagaan ?

Apa yang kawan tahu, Ching Peng dan saki baki komunis yang ada tetap juga mengatakan bahawa Malaysia ini adalah sebuah Republik, Perdana Menteri dipanggil Ketua Menteri ………….. kalau tak percaya cuba layari blog matamin2.blogspot, lihat apa mereka-mereka ini anggap Malaysia ini……..

Kalau Ching Peng komunis ini mahu menuntut hak warganegara, mengapa selepas Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Ching Peng bersama anggota-anggota pengganas PKM masih mengganas, membuat huruhara menentang kerajaan Malaysia ? ini bererti Ching Peng juga telah menentang Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung…………..

Bagi kawan, adalah mustahil Ching Peng komunis ini layak diberi pengiktirafan Bumiputera atau warganegara di Malaysia, dan bagaimana pula dengan anda semua ? Terserah apa anggapan anda……… bagi kawan Ching Peng bukan sesiapa di bumi Malaysia ini……..



Wednesday, December 30, 2009

Juara “Singapore Idol-3”- Disebabkan Sezairi ‘Melayu”, dipandang sinis media Cauvanis Singapura

Beginilah nasib bangsa Melayu di Singapura, apa seorang anak muda berbangsa Melayu bernama SEZAIRI SEZALI yang diumumkan sebagai juara dalam rancangan Singapore Idol-3 anjuran MediaCorp.

Inilah luahan rasa dari penulis dalam blog neutraldaily untuk renungan kita bersama :

Agak malang Sezairi Sezali hanya disebabkan dirinya adalah Melayu, media di negara seberang tambak Singapura tidak memperbesarkan kemenangannya sebagai Singapore Idol 3, tidak diraikan oleh banyak pihak dan tidak dijadikan tajuk berita hiburan utama . Walaupun kemenangan beliau dipilih menerusi sistem undi daripada mereka yang yakin beliau merupakan pilihan yang lebih baik.

Malangnya kemenangannya dipertikaikan beberapa pihak yang mahu melihat Sylvia Ratonel (seorang bukan Melayu )menjulang gelaran Singapore Idol yang diadakan buat kali ketiga dinegara republik tersebut. Ada yang merasakan Ratonel mempunyai 'pakej' yang lebih lengkap untuk pasaran hiburan, tetapi ada juga yang sekadar memberi pandagan mahu melihat seorang wanita, atau lebih tepat, seorang bukan Melayu, dipilih menjadi juara kali ini. Sebelum ini juara kali pertama dan kedua Singapore idol juga adalah seorang Melayu Singapura.

Stadium Tertutup Singapura hujung minggu lepas gegak gempita dengan suara peminat untuk menyaksikan peringkat akhir pertandingan nyanyian realiti itu, dan kebanyakkan peminat menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada Ratonel, kerana sentimen orang Singapura sekarang (majotiti Cina) mereka tidak perlukan lagi seorang Singapore Idol Melayu.

Sebelum ini akhir pertadingan pihak Mediacorp (penganjur pertandingan bersikap terbuka tentang jumlah undi yang diterima pemenang lalu - Taufik Batisah sebanyak 62 peratus daripada sejuta pengundi dan Hady Mirza sebanyak 70 peratus daripada hampir sejuta pengundi, kali ini mereka dikatakan enggan mendedahkan peratusa yang dimenangi Sezairi. Jurucakap Mediacorp hanya menyatakan keputusan undi adalah rahsia. Apakah Sezairi memperolehi undi yang jauh lebih tinggi?

Berdasarkan reaksi orang ramai di Singapua seperti yang dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai kemenangan Sezairi, jelas banyak pandangan sinis beranggapan Singapore Idol akan hanya di monopoli orang Melayu.

Kalau tidak mahu melihat bakat Melayu menang dalam pertandingaan akan datang, saya sarankan agar pihak penerbit sekat terus penyertaan peserta Melayu. Atau untuk 'memaniskan' keadaan agar tidak dilihat bersikap perkauman, para juri boleh pangkah terus peluang mereka daripada mara ke peringkat Top 20.

Atau pastikan peserta Melayu yang masuk Top 20 itu merupakan yang paling teruk dan sukar menang. Yelah, takkan kita mengundi semata-mata kerana bangsa? Kita pun ada 'citarasa', bukan mengundi secara membabi-buta!

Yang Gambi : Dibawah ini pula adalah petikan dari sebuah akhbar berbahasa Melayu di Singapura :

MASYARAKAT umum mengalu-alukan pemenang Singapore Idol terbaru, Sezairi Sezali, dan menganggap kemenangan beliau adalah kerana persembahannya yang mantap sepanjang musim pertandingan dan bukan semata-mata kerana beliau seorang Melayu. Klik

Singapore Idol pertama kali dianjurkan pada 2004 dan dimenangi Taufik Batisah yang meraih 62 peratus daripada 1.1 juta undi.

Pada 2006, Hady Mirza muncul sebagai johan Singapore Idol musim kedua dengan mendapat 70 peratus daripada hampir sejuta undi.

Bagi Singapore Idol musim ketiga ini, MediaCorp dilaporkan enggan menyiarkan jumlah dan pecahan undi yang diterima kedua-dua finalis, Sezairi dan Sylvia Ratonel.

Sezairi, 22 tahun, menewaskan Sylvia, 21 tahun, di pusingan akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura di depan 8,000 penonton dan ramai lagi menyaksikannya di televisyen.

Kejayaan Sezairi telah menimbulkan polemik di kalangan peminat Singapore Idol dengan suara-suara sinis menyatakan kemenangan seorang lagi peserta Melayu telah merubah Singapore Idol menjadi Malay Idol.

Sama-samalah kita fikirkan, apakah Melayu Pulau Pinang juga akan menerima nasib yang sama ? atau mungkin di Perak ? mungkin di Selangor ?




Tuesday, December 29, 2009

Bekas model Kartika – ‘terharu menemui tok guru Nik Aziz’




HarakahDaily melaporkan : Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Yang Gambi : Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya yang ingin kembali kejalanNya…….. InsyaAllah

Kawan bukan hendak mempertikaikan bekas model yang berumahtangga dengan seorang Melayu muslim warga Singapura ini pergi menemui tok guru Nik Aziz……

Apa yang kawan agak musykil cara berita yang di buat oleh HarakahDaily yang menyebut “Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.”

Apakah penulis ini tidak tahu kepimpinan UMNO sebenar tiak mempertikaikan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di atas kesalahan Kartika minum arak di khalayak umum lima tahun lalu.

Kepimpinan UMNO, malah Perdana Menteri Dato’ Sri Najib sendiri memberi nasihat agar bekas model ini membuat rayuan di atas hukuman tersebut.

Perlu diingatkan, penangguhan hukuman ke atas Kartika kalau mengikut penjelasan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar hukuman sebat masih belum dapat dilaksanakan kerana menunggu proses rayuan.

Bagitu juga dengan penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang, Dato’ Mohd. Sahfri Abdul Aziz menjelaskan hukuman tidak dapat dijalankan kerana menghormati bulan Ramadan. Bukan sengaja hendak lambat-lambat hukuman…….

Kenapa sikit-sikit hendak memburuk-burukan UMNO …………..

Perlu diingatkan juga, bekas model sambilan ini adalah diantara lima pesalah yang dijatuhi hukuman penjara dan sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas kesalahan minum arak di khalayak umum, dua daripada mereka adalah wanita termasuk Kartika Sari Dewi binti Shukarno.

Terserahlah apa kata atau pandangan umum berhubung hukuman samaada di atas kerelaan, kesedaran atau keinsafan Kartika, atau pun kerana hendak cari publisiti….. hanya Allah sahaja yang tahu niat sebenar apa yang tersirat di dalam hati Kartika……..

Persoalannya, apakah Kartika seorang wanita Islam akan datang rasa insaf, sedar dan ingin bertaubat kalau bukan kerana Pegawai Penguatkuasa JAIP mencekup Kartika ketika sedang menogok arak bersama suaminya ?

Andaikata Kartika tidak dicekup pada malam itu, mungkin juga sampai sekarang Kartika akan meneruskan amalan minum arak ?

Terserah pada pendapat atau apa-apa sahaja jawapan yang ada dipemikiran anda untuk menilainya…………..

Bagi pendapat kawan, sebagai seorang umat yang mengaku Islam, walau pun sudah berumahtangga dengan warga asing dan bermastautin di Negara yang tidak ada Undang-Undng Jenayah Syari’ah, perlu sedar bahawa di Malaysia tidak kira di negeri mana kita berada harus tahu larangan kepada umat Islam Negara ini meminum arak dikhalayak ramai.

Tak tahulah pulak kalau di Selangor………. Boleh kot…… Ustaz Ronnie dah buat kenyataan ‘beer tidak haram bagi umat Islam minum’…….

Mungkin juga, oleh kerana tok guru Nik Aziz boleh menjanjikan ‘syurga’ kepada sesiapa yang menyokong PAS, maka ramailah pendosa-pendosa datang mengadap memohon taubat kot…………




Monday, December 28, 2009

Desak keluar pakatan – mudahnya ‘Mahfuz hamPAS’ tuduh UMNO

Beginilah agaknya sikap muka-muka yang kononnya akan menjadi pemerintah Negara, semua kepincangan mereka dalam parti hamPAS, semuanya dituding kepada UMNO………

“itu kerja orang UMNO” kata seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz apabila ada kumpulan yang menggelar diri mereka Badan Bertindak Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas Negeri Selangor (GKPPNS) mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu. Klik

Kalau semalam Naib Presiden PAS, Salahuddin menafikan kumpulan ini adalah ahli-ahli PAS, kini rata-rata kepimpinan tertinggi PAS juga mengeluarkan berbagai-bagai hujah menafikan kumpulan pendemonstrasi ini bukan ahli-ahli PAS……

Mungkin benar mereka ini bukan ahli-ahli PAS, tetapi mereka ini mengakui adalah penyokong dan pengundi PAS yang memberi kemenangan kepada calon-calon PAS di Selangor……..

Mereka inilah sebahagian dari pengundi-pengundi yang memberi mandat kepada kerajaan pakatan rakyat memerintah Selangor……

Lupakah PAS ?

Wan Hilman Wan Ibrahim adalah salah seorang yang membantu PAS mencapai kemenangan di Selangor ?

Mereka cuma mahukan Pas terus kekal sebagai parti politik dan tidak perlu bersekutu dengan PKR dan DAP itu sahaja.

Mereka tidak mahu PAS dipermain-mainkan oleh PKR dan DAP dalam membuat keputusan melibatkan pentabdiran negeri termasuklah dalam menangani isu-isu sensitif melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.

Sebagai penyokong dan pengundi, mereka meminta kepimpinan PAS bersikap realistik dalam menyelesaikan isu orang Melayu dan Islam, bukannya mengikut kehendak pakatan rakyat yang didominasi oleh Anwar Ibrahim.

Mereka mahukan agar kepimpinan PAS melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan Perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu serta kedudukan agama Islam di Selangor. Itu sahaja……….

Inilah balasan yang diterima oleh penyokong-penyokong dan pengundi-pengundi parti yang mendakwa memperjuangkan Islam iaitu PAS tetapi sebenarnya hamPAS……..

Kepimpinan PAS hanya tahu mengkritik, mencaci, memfitnah serta memecahbelahkan masyarakat Melayu dalam Negara, tetapi mereka tidak boleh menerima teguran, kritikan atau desakan segala kepincangan dalam diri mereka.

Demi jawatan dan kuasa yang sedikit, pemimpin-pemimpin PAS lebih rela bersikap bacul dan dayus, lebih rela menghapuskan hak-hak bangsa Melayu-Bumiputera, lebih rela agama Islam dicaci hina serta dipersenda, lebih rela mengkafirkan umat Islam sendiri seperti UMNO…….. dan lebih malang mereka lebih rela bersekongkol dengan parti rasis DAP untuk melihat kemusnahan kuasa Melayu UMNO…..

Sedarlah wahai saudara-saudaraku yang dulu menyokong, yang dulu mengundi PAS, inilah habuan yang akan diterima jika terus memberi kepercayaan kepada kepimpinan hamPAS……..





Sunday, December 27, 2009

Tragedi Bas Ekspres – wajarkah kita hanya menuding jari ?


Kita dikejutkan lagi dengan tragedy yang menyanyat hati apabila 10 penumpang terbunuh, manakala dua cedera, termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, awal pagi semalam.

Sejauh mana perasaan yang kita semua rasakan, sedih, ngeri, marah, tetapi haruskah kita meletakkan semua kesalahan kepada pihak lain setiap kali tragedy berlaku ?

Lihat sahajalah betapa ceteknya pemikiran penulis blog ini mentafsirkan sesuatu tragedy seperti kemalangan bas ekspress semalam :

Dulu, Kini dan Selamanya ... semuanya sama

Ape komen JPJ?
Apa komen menteri?
Hampeh ... !

Klik

Walau pun hanya sekadar tiga soalan yang ditulis, tetapi penulis ini seolah-olah meletakkan kelemahan dan kesalahan kepada pihak-pihak tertentu yang berkaitan dengan kerajaan UMNO-BN……

Cuba kita sama-sama merenungnya, kalau hendak salahkan pengusaha bas, bas yang terlibat hanya beberapa bulan menjalankan operasi, bererti bas barulah….. semuanya dalam keadaan baik dan selamat untuk berada di jalan raya.

Kalau hendak salahakan pemandu 100% tidak juga, kerana pemandu berkenaan baru sahaja bertukar shif dan ini bermakna ianya baru lepas berehat…….

Kenapa kita tidak memikirkan perkara lain selain hendak menujal dikepala pihak-pihak tertentu ?

Kawan tertarik dengan dengan tulisan dari blog msomelayu.blogspot yang pada pandangan kawan kita semua patut merenungi bersama daripada kita mudah meletakkan kesalahan pada orang lain.

Inilah tulisan dari blog msomelayu klik


Antara Kesilapan Dan Takdir

JODOH pertemuan, ajal dan maut semuanya tergenggam dalam tangan Tuhan. Ia merupakan takdir Allah s.w.t. Ia telah ditetapkan demikian. Tidak boleh dipercepatkan atau ditangguhkan walaupun sesaat. Itulah kehebatan Allah.

Kita sebagai hamba-Nya harus menerima dengan penuh redha atas apa yang berlaku. Anggap dan terimalah sesuatu yang ditakdir itu penuh dengan hikmah yang tersirat yang bukan mudah untuk kita selongkari.

Begitulah juga dengan tragedi malang, kemalangan mengeritkan yang berlaku ke atas bas Sani ekspress dua tingkat di lebuh raya Utara – Selatan pagi semalam. Kejadian itu ia sudah ditetapkan berlaku demikian. Adapun punca kejadian itu kerana pemandu terlelap adalah isbatnya sahaja.

Walaupun kita tidak berpuas hati dan kesal kerana isbat manusia itu, namun itulah ketentuan dari Maha Pencipata dan Penguasa.

Kesemua mereka yang maut dalam kemalangan itu sudah ditetapkan sejak diazali lagi. Bahawa mereka akan kembali menemui penciptaan-Nya dalam keadaan seperti itu pada tempat, masa dan hari berkenaan.

Kepada keluarga mangsa harusnya menerima dengan penuh tabah dan keredhaan. Tiada ucapan seaman itu untuk mereka. Kata orang berat mata menadang berat lagi bahu memikul. Tahziah.

Bagaimana pun demikian ketetapan Allah kita tidak boleh menerima begitu saja tanpa memikirkan kesan, akibat serta mencari punca-punca kelemahan manusia bagi mengatasinya. Setiap kejadian harus diambil iktibar agar ia tidak mudah berulang. Kalau sesuatu kejadian itu tidak dijadikan iktibar nescaya ia akan berulang dan berulang.

Yang pastinya kejadian itu kerana kelemahan dan kelalaian manusia. Selalunya kesilapan akan berlaku kerana kelemahan manusia. Jika manusia berhati-hati dan waspada kesilapan boleh dikurangkan kalaupun tidak boleh dielakkan langsung kerana sudah tertakdir begitu.

Kelemahan ini boleh diatasi. Kerana itu kita disarankan agar berdoa, berikhtiar bagi mendapat sesuatu dan meloloskan diri kita dari apa jua kecelakaan. Apakah kalau kita berdoa apa yang ditetapkan itu akan tertangguh? Bukankah sesuatu kejadian itu telah ditetap sejak azali lagi?

Soal tertangguh atau tidak itu kerja Allah s.w.t. Kita makhluk yang kena jadi diminta berbuat demikian. Kita tertakluk dalam kehendaknya. Dia suruh kita berusaha, meminta dan berikhitar tentulah ada muslihat baginya. Sama ada ianya mendatangkan hasil atau tidak, itu soal lain. Sebab itu setelah berdoa, berikhtiar kita diminta pula berserah (tawakal) kepadanya.

Mengenai kemalangan ngeri di kilometer 272.8 lebuh raya Utara – Selatan itu ia boleh dielakkan kalau pemandu itu tidak terlelap. Dia tidak letih dan tidak mengatuk. Di sini kesihatan, kewarasan dan kebijaksanaan pemandu mengawal diri adalah penting dalam berjihad dan berkebajikan membawa bas.

Begitu juga dengan ciri-ciri keselamatan lain. Kalau kita berakal, bijak berikhitar dan berusaha mengelak kemalangan mungkin ia boleh diatasi. Takdir Allah tidak sesiapa yang tahu. Tetapi akal kita boleh menjangkau apa yang harus kita lakukan menerusi pengalaman, sejarah dan kejadian-kejadian lampau.

Misalnya, kalau pagar jalan itu dibina tinggi atau pun diganti dengan tembok, mungkin keadaan yang menimpa bas itu tidak akan berlaku sekejam itu. Besi penghadang jalan itu tidak akan merodok ke dalam perut bas yang boleh memenggalkan kepala dan memburaikan isi perut penumpang.

Besi penghalang yang ada di lebuh raya kini umpama peluru atau anak panah yang siap menanti untuk menikam pemandu lalai dan leka. Ia akan memancung kepala sesiapa saja. Adalah adil kalau ia memancung kepala pemandu yang liar, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, tetapi malangnya ia kadang-kadang mengorbankan penumpang yang tidak berdosa yang sedang lena tidur.

Begitu juga harus difikir penggunaan bas dua tingkat. Mungkin ianya tidak stabil dan sesuai dengan keadaan lebuh raya kita yang berbinggul-binggul dan tidak sekata. Mungkin Jabatan Pengkutan Jalan (JPJ) dan pihak berwajib lain boleh membuat kajian mengenai tahap keselamatan bas berkenaan. Kita tidak seharusnya bermegah dengan kehebatan rupa bentuk bas tetapi yang lebih penting ialah keselamatannya. Penumpang menggunakan perkhidmatan bukan untuk bersantai tetapi untuk tiba ke destinasinya.

Aspek-aspek lain ialah mengenai penguatkuasaan daripada pihak polis dan juga jabatan pengakutan jalan raya. Penguatkuasaan hendaklah berterusan dan bukan bermusim pada musim perayaan sahaja. Polis trafik seharusnya bukan kerja memerangkap untuk menyaman tetapi bertindak sebagai penegur, tampil secara fizkial dijalan raya dan nasihat terus pemandu yang liar.

Begitu juga dengan warga pemandu bas dan pengguna jalan raya seluruhnya. Mereka harus memandu atau mengguna jalan raya umpama mereka sedang meniti satu titian halus yang panjang. Anggaplah memandu sebagai satu cabaran besar yang meletakkan nyawa sebagai sandaran.

InsyaAllah kalau kita berusaha keras, berikhtiar menjaga keselamatan, kematian yang begitu rapuh seperti berlaku ke ata penumpang bas Sani ekspress itu dapat dielakkan.

Akhirnya sekali lagi TAKZIAH kepada seluruh keluarga penumpang yang maut. Marilah kita berdoa semoga kejadian itu tidak akan berulang dan ia merupakan penamat dan penutup kepada tahun 2009, dan kejadian ngeri begitu tidak lagi berlaku selamanya. Kita wajib berdoa! [wm.kl 9:55 am 27/12/09]







Saturday, December 26, 2009

Zahid – Enjin pesawat hilang : ‘Pengkhianat dan penderhaka berada di mana-mana’


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang dan tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku.
"Penyiasatan dilakukan secara menyeluruh dan saya tidak fikir syarikat penyelenggara pesawat itu terlibat secara langsung kerana ia melibatkan sebuah syarikat pembeli yang berpangkalan di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran.

"Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus.

Begitulah serius Kerajaan untuk menangani isu kehilangan enjin pesawat F-5E, tetapi terlalu banyak blogger-blogger pro atau mirip-mirip pro pembangkang membuat andaian untuk memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan UMNO-BN.

Ada juga yang terlebih dahulu menghukum Perdana Menteri Dato’ Sri Najib dengan pelbagai tuduhan, tetapi tidak pula puak-puak ini mempertikaikan atau menghukum dengan karenah pemimpin-pemimpin mereka macam Anwar al-jub yang berdalih seribu tingkah dalam kes liwatnya. Begitu juga dengan kes Nik Aziz dan menantu yang berdalil, berfatwa dalam isu PMBK.

Kawan begitu tertarik dengan memaparkan tulisan yang dikirimkan oleh seorang sahabat melalui facebook untuk kita renungi bersama :

Ali Baba Bujang Lapok pada 26hb Disember pukul 1.04 pagi

Oleh Lebah Kota

Semasa dua enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang pada 2007, Menteri Pertahanan ketika itu adalah Perdana Menteri kita sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mendengarkan sahaja nama Najib, maka bersorak gembiralah blog-blog dan pemimpin pembangkang di negara ini dengan meletakkan sepenuhnya kesalahan kejadian itu ke atas bahu beliau.

Nampak macam ada lojik dan perkaitan bahawa kehilangan enjin itu perlu dipertangungjawabkan ke bahu Najib.

Namun, adakah kita bersikap adil dengan membuat rumusan menyalahkan Najib dalam kejadian itu?

Pertama sekali, kita perlu melihat secara umum dahulu.

Menteri di setiap kementerian ada tanggungjawab masing-masing, itu tidak boleh dinafikan.

Tetapi kita harus ingat dan berfikir dengan baik bahawa tanggungjawab seorang menteri adalah dari segi dasar dan polisi kementerian.

Menteri akan mempengerusikan mesyuarat dan membincangkan hala tuju kementerian dan program-program yang diperlukan untuk membantu rakyat.Menteri akan memantau pergerakan bajet yang diberikan kepada setiap kementerian.

Soal operasi sesuatu kementerian bukan tanggungjawab menteri. Komponen lain dalam kementerian iaitu Ketua Setiausaha dan pegawai-pegawai lain yang perlu melihat dari segi operasi.

Untuk menerangkan lagi kenyataan di atas, kita kembali kepada persoalan Najib menjadi Menteri Pertahanan ketika dua buah enjin pemintas itu hilang.

Sebagai Menteri Pertahanan, peranan Najib ketika itu sudah tentu dari segi dasar dan polisi Kementerian Pertahanan.

Antaranya, beliau ketika itu perlu melihat perjalanan ke arah program pemodenan pertahanan negara.

Beliau perlu melihat apakah aset-aset yang perlu ditambah ke dalam inventori pertahanan negara yang sejajar dengan tuntutan proses pemodenan angkatan tentera itu.

Bukan sama sekali peranan beliau untuk memastikan apakah dua buah enjin jet pemintas yang rosak sampai ke destinasi pembaikkan atau tidak.

Itu adalah soal operasi angkatan tentera. Tenteralah yang perlu melihat kepada perkara-perkara seperti itu.

Peranan Menteri Pertahanan mungkin menilai keperluan negara untuk memiliki pesawat pemintas seperti F-5E, namun selepas pesawat sudah dibeli, cara ia digunakan, bagaimana ia diselenggara dan sebagainya jatuh dalam aspek operasi aset pertahanan yang perlu dijaga oleh pihak tentera.

Menteri Pertahanan mungkin tahu di mana sesuatu aset pertahanan negara berada, tetapi keluar masuk aset berkenaan untuk baik pulih dan sebagainya bukan tanggungjawab beliau.

Kalau ada enjin rosak pun seorang menteri juga perlu ambil tahu dari A hingga Z, baik juga menteri ambik tahu kalau pagar mana-mana kem tentera yang hendak runtuh.

Kalau ada pagar yang rosak, maka salahkan Menteri Pertahanan tersebut.

Wajarkah pemusatan tanggungjawab yang begitu tinggi di bahu Menteri Pertahanan atau mana-mana menteri sekalipun di kementerian masing-masing?

Jadi, bila enjin pesawat pemintas hilang, sama sekali tidak adil untuk meletakkan kesalahan itu di bahu Najib.

Bukan hendak mempertahankan Najib, tetapi kalau kita hendak melihat kesalahan itu patut berada di bahu siapa, maka penulis melihat Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin yang ketika itu merupakan Panglima Tentera Udara yang sepatutnya dipersalahkan.

Aspek operasi adalah di pihak tentera dan beliau selaku pemimpin tertinggi TUDM (cabang di mana kejadian enjin hilang berlaku) perlulah memikul tanggungjawab.

Sepatutnya beliau yang perlu ambil tahu ke mana enjin itu dihantar, siapa yang hantar, kenapa dihantar, bila dihantar, bila terima balik dan sebagainya.

Nyata beliau telah gagal memainkan peranan yang sewajarnya dalam kejadian itu.

Jeneral Azizan yang perlu memikul tanggungjawab kerana kehilangan berkenaan.

Kini, selaku Panglima ATM, tanggungjawab beliau semakin besar. Dan kejadian kehilangan dua enjin pesawat pemintas yang memalukan negara itu harus beliau jadikan teladan dan segera memperbaiki aspek operasi serta keselematan aset-aset angkatan tentera kita.

Kalau beliau gagal, maka lepas ini bukan setakat enjin, takut ada jet pejuang sendiri yang hilang atau dilarikan ke luar berlaku, maka Azizan perlu sangat meletak jawatan terus.

Nanti orang buat lawak, selama ini kapal pejuang hilang akibat terhempas, sekarang pulak hilang pasal diterbangkan terus ke negara lain.

Rumusan yang tepat, dalam kejadian kehilangan dua enjin itu, pihak tentera yang perlu bertanggungjawab dan lebih spesifik, Jeneral Azizan perlu memainkan peranan yang lebih effektif selepas ini.



Friday, December 25, 2009

PAS - UMNO bermain isu perkauman untuk membeli hati pengundi Melayu


Apabila UMNO Pulau Pinang mendesak agar jawatan Pengerusi BN dikembalikan kepada UMNO, maka terpacullah berbagai-bagai kecaman dari puak-puak pembangkang menempelak UMNO, yang berlebih-lebihnya adalah PAS.

Kenapa perlu dipertikaikan, tidak salah rasanya UMNO menuntut jawatan itu kerana UMNO Pulau Pinang telah mencapai kemenangan yang banyak dalam PRU12 berbanding Gerakan dan MCA, jauh sekali MIC.

Naib Presiden PAS, Mahfuz menyifatkan UMNO memperjuangan serta mencetus isu perkauman apabila UMNO Pulau Pinang mendesak jawatan Pengerusi BN diberi kepada UMNO.

UMNO dikatakan lebih mementingkan politik perkauman daripada memperjuangkan kepentingan rakyat Pulau Pinang. Klik

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man pula menyifatkan UMNO hanya menjalankan propaganda untuk meraih simpati serta sokongan dari orang-orang Melayu yang sudah pudar.

Salleh menganggap tindakan UMNO sudah tidak relevan lagi kerana rakyat sudah menerima UMNO lagi kerana kepimpinan yang lemah dan tidak telus. Klik

Itulah yang ada dalam pemikiran pemimpin-pemimpin Melayu PAS.

Disebabkan terlalu bernafsu untuk menumbangkan serta meranapkan kuasa Melayu dalam UMNO, mereka ini sanggup mengenepikan kepentingan orang Melayu. UMNO kononnya pengamal politik perkauman yang sempit, inilah permainan poltik yang dimainkan PAS, PKR dan DAP.

Apakah hanya UMNO yang mengamalkan politik perkauman ?

Bagaimana dengan DAP ?
Tidakkah DAP juga meniup serta mengamalkan politik perkauman ?

PAS tidak sedarkah bagaimana DAP bersama PKR menggunakan politik perkauman sebagai senjata utama mencapai kemenangan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Kerana terlalu teruja untuk berkuasa, pemimpin dan penyokong PAS menerima apa sahaja yang disarankan DAP tanpa memikirkan dalam keadaan sekarang DAP dengan bantuan PKR bakal melakukan pelbagai helah untuk menghakis satu persatu hak-hak Melayu dan umat Islam.

Adakah di kalangan pemimpin Melayu PAS dan PKR bersedia menghapuskan hak-hak Melayu-Bumiputera dan agama Islam semata-mata untuk meraih keuntungan politik ? atau semata-mata untuk melihat kuasa Melayu UMNO tersungkur ?

Diharapkan Melayu Islam-Bumiputera, lebih-lebih lagi yang menjadi penyokong-penyokong PAS & PKR perlu berhati-hati dengan perangkap DAP. Jangan dek kerana terlalu bernafsu untuk berkuasa atau melihat kerebahan UMNO kita semua akan didatangi kerugian yang besar terhadap bangsa Melayu-Bumiputera dan umat Islam sendiri ……..




Tuesday, December 22, 2009

Hadi – ‘penulis blog jangan sebar fitnah’


Berkata ketika merasmikan Konvensyen Blogger di Taman Melewar semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan agar penulis-penulis blog dapat menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat.

Hadi juga berkata, “Bukan semua maklumat boleh didedahkan kepada umum kerana adakalanya boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat walaupun ianya benar. Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul dan bukannya blogger yang mahukan upah semata-mata untuk berbohong”.

Yang Gambi : Betul sangat saranan Presiden PAS ini, lebih sepuluh tahun pembangkang mengunakan media cyber dalam menabur fitnah, memaki hamun, menghina mempengaruhi pemikiran generasi muda yang lebih berminat mendapatkan cerita-cerita politik yang memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan UMNO-BN.

Tidak dinafikan peranan blogger-blogger pembangkang memainkan peranan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO-BN, lihat sahaja bagaimana kesannya pada PRU ke 12, hasil sebaran fitnah melalui media cyber pakatan rakyat dapat menawan beberapa buah negeri.

Pembangkang agak terperanjat bila UMNO memulakan serangan balas dengan menggunakan blogger-blogger pro kerajaan, menangkis segala fitnah, menyerang balas setiap tomahan yang tidak berasas tanpa bukti. Malah ada penulis-penulis upahan pembangkang yang membawa fitnah cabut lari keluar Negara takut di dakwa…….

Bagimana dengan tataetika penulis-penulis blog pro pembangkang ?

Di bawah ini salah satu contoh penulisan yang kawan petik dari salah seorang blogger pembangkang yang disiarkan oleh detikdaily : Klik

Buat seketika media-media barua perkauman UMNO pun "menghembus-hembus" bara agar menjadi api, api perkauman! Celakanya UMNO!

Dan buat seketika UMNO diangkat seolah-olah sebagai pejuang ugama!

Berbalik kepada UMNO, kita merasa pelik bin ajaib mengapa begitu bersungguh UMNO "membela" Islam?

Rekod UMNO selama 52 tahun perintah Malaysia, sememangnya UMNO celaka! UMNO umpama ayam jantan yang berkokok tapi ekornya berlumuran tahi!

Itulah wajah hodoh UMNO. Siapa patut di"sembelih" ayam jantan atau UMNO?

Itulah sebahagian yang dapat kawan paparkan betapa buruknya perangai penulis-penulis blog pro pembangkang yang memainkan peranan lebih dari sepuluh tahun.

Kawan pernah membalas dengan penulisan serta gambar yang agak keterlaluan juga, maka banyaklah komen-komen yang marah, memberi nasihat, mengeluarkan tafsiran dan hadis.

Kalau Presiden PAS benar-benar dapat menasihati penulis-penulis blog pro pembangkang agar sentiasa beretika, kawan rasa amatlah baiknya, tulislah yang benar dan berasas, biar masyarakat sendiri menilai mana yang benar, bukan dengan tulisan yang kotor dan ceramah yang jahat untuk mendapat sokongan……

Saturday, December 19, 2009

Tarzan PR melaung lagi – ‘tolak prinsip perkauman sempit’ - Anwar


Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini, Anwar macam biasalah dengan kepetahan mengeluarkan hujah menyeru semua kaum supaya menolak amalan prinsip perkauman yang dianggap sempit serta perlu keluar dari kepompong perkauman yang gemar mempertahankan kuasa berdasarkan keturunan dan warna kulit bagi memastikan kesepakatan amalan sosial di negara ini. KLIK

Mungkin kalau dalam cerita ‘tarzan’, si tarzan ini bolehlah cakap macam-macam pada sahabat-sahabat binatang disekeliling si tarzan. Kalau dengan si ‘beruk’ dia cakap bahasa beruk, kalau bercakap dengan si ‘ular’ (pambu dalam bahasa Tamil) dia cakap bahasa ular dan kalau bercakap dengan si ‘babi’ dia cakap bahasa babi pulak.

Kenapa si tarzan ini diikuti cakapnya oleh sahabat-sahabat si beruk, si ular dan si babi ?

Tidak lain dan tidak bukan kerana si tarzan ini cerdik sedikit dari binatang-binatang lain dalam hutan rimba, biasalah kalau si tarzan ini melolong yang paling banyak melopong mulut dari kumpulan beruk-beruklah……… kumpulan ular tidak kesah sangat, janji dapat dia membelit dia belit dan kumpulan babi kerjanya menyondol siang malam, si babi ini kurang peduli sangat hendak ambil tahu apa si tarzan cakap, kerjanya mencari akal macam mana nak masuk dalam kebun orang, lebih-lebih lagi dalam kebun orang-orang Melayu……

Apakah Lim Guan Eng dengan parti perkaumannya DAP yang sentiasa meniup api kaum Cina dari belakang si babi menyondol siang malam mencari kesempatan untuk menghapuskan kuasa dan ketuanan Melayu ?

Ikhlaskah DAP menerima hujah-hujah Anwar ?

Lupakah Anwar apa yang dia pernah cakap dengan siapa DAP perkauman ini ?

" Rakyat perlu mengenepikan pengkhianat pembangunan dikalangan orang Melayu sendiri yang sebenarnya didalangi oleh DAP. Agenda DAP untuk memastikan kaum Bumiputra terus kekal miskin dan hidup dalam keadaan daif.”

" DAP akan mengamalkan 'Dasar Cincang' jika diberi peluang memerintah negara ini. DAP juga mengamalkan nepotisme. Rakyar perlu menolak cita-cita DAP untuk menguasai kerjaan negara ini bagi memastikan dasar pembangunan yang dilaksanakan oleh kerjaan UMNO-BN berterusan.”

Ini kata-kata Anwar sewaktu berucap dimajlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Warisan Negeri, Kangar, Perlis pada 22 Januari 1995.
Rujuk blog Seratah

Macam mana pula denga PAS ?

PAS yang selalu menuding jari menuduh UMNO sebagai ‘assobiyah’ kerana memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi PAS lebih rela mengorbankan dasar perjuangan berlandaskan Islam semata-mata untuk melihat UMNO berkubur.

PAS pernah mendakwa UMNO ‘kafir’ kerana bersahabat dengan MCA dan MIC, tetapi kerana jawatan dan kuasa PAS lebih kafir sanggup bersekongkol dan bersuhabat dengan DAP yang terang-terang menentang menwujudkan sebuah Negara Islam di Malaysia.

PAS takut dilebelkan ‘racis’ oleh sahabat-sahabat kafirnya, sebab itu rela mengubah dasar yang pernah mereka perjuangkan dan yang pernah mereka tujahkan kepada UMNO……. Inilah dasar perjuangan PAS yang mempergunakan Islam untuk mendapat kuasa dan jawatan…….


Lupakah Anwar apa yang pernah dikatakan pada PAS ?

“PAS yang suka menyemaikan permusuhan sesama Islam dan bertindak melulu menyokong useha-usaha golongan pelampau yang mahu Dasar Ekonomi Baru, Hak Istmewa orang melayu dihapuskan akan menghancurkan orang melayu sendiri.”

“PAS memainkan peranan sebagai pembangkang bukan untuk membangun bangsa Melayu sebaliknya membawa bangsa Melayu kapada keruntuhan. Para pemimpin dan ahli PAS perlu menghentikan segera segala amalan fitnah memfitnah dan memaki hamun sesama bangsa kerana orang lain hanya akan mentertawakan sahaja orang Melayu bergaduh sesama sendiri.”


“Perjuangan parti PAS hanya semata-mata atas tujuan politik bukan perjuangan untuk menegakkan agama Islam yang sebenar, dan dalam menjalankan useha mencari pengaruh kini mereka sudah berada dalam keadaan tersepit.”

Kata-kata Anwar ketika berucap dalam perhimpunan jihad anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis pada 24 Fabruri 1985. Rujuk blog Seratah

Macam cerita si tarzan’ tadilah, Anwar ini tidak ubah macam tarzan yang pandai bercakap dengan binatang-binatang rimba yang hanya mahu mengikut undang-undang rimba. Kerana si tarzan ini dari sepsis cerdik sikit, maka dialah yang lebih banyak bercakap, merancang mengikut bahasa-bahasa yang dianuti binatang itu sendiri…….


Walau bagaimana pun, binatang tetap binatang, ular sawa kalau ada peluang, rusa tetap dibelitnya, ditelannya……. Babi kalau ada peluang, habis kebun-kebun orang dia sondol……….. beruk macam biasalah, si beruk jantan yang kuat, dia jadi ketua yang berkuasa, beruk-beruk jantan lain meloponglah kalau nak mengawan, semua betina dia sekor je yang punya….






Friday, December 18, 2009

Majlis Kristian mahu pengetahuan ‘BIBLE’ untuk peperiksaan SPM

PETALING JAYA: Majlis Sekolah-sekolah Kristian Malaysia meminta Kementerian Pelajaran untuk memasukkan Pengetahuan Bible sebagai antara mata pelajaran pilihan untuk dua subjek tambahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusi majlis itu Yap Kok Keong berkata keputusan kerajaan untuk menghadkan subjek tambahan kepada Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil akan memberi kesan kepada jumlah calon Pengetahuan Bible.

Pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata terdapat 1,350 calon yang ingin mengambil subjek Pengetahuan Bible pada peperiksaan SPM.

"Sekarang, kami perlu memberitahu mereka yang telah mengikuti subjek Pengetahuan Bible selama setahun bahawa mereka tidak boleh mengambil subjek itu dalam SPM kerana ia di luar kuota dan ia menyedarkan kami bahawa ramai pelajar akan menggugurkan subjek itu.

"Akhirnya, ia akan menamatkan satu subjek penting dalam kurikulum sekolahkita," katanya.

Yap berkata, pihak majlis meminta kementerian supaya memberikan pilihankepada calon untuk memilih dua subjek tambahan yang ingin mereka ambil dalampeperiksaan itu. – BERNAMA klik disini

Yang Gambi : pada pendapat kawan Yap Kok Keong mungkin tersalah pandang, kesemua mata pelajaran bahasa Cina, India, serta Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil bukan mata pelajaran agama, ianya mengikut bahasa ibunda dari pelbagai etnik di Malaysia.

Bagi mata pelajaran agama Islam di sekolah-sekolah, ianya berdasarkan Perlembagaan Negara yang memperuntukan bahwa Islam adalah agama rasmi Negara. Maka kawan rasa Yap Kok Keong tidak perlu memperbesarkan atau mempertikaikan isu ini lagi……..



Surat kepada Melayu PKR & PAS – mampukah pertahankan Melayu-Bumiputera dan Islam dengan muslihat DAP ?


Kalau dilihat dari petikan Lim Guan Eng dalam blognya, apakah orang-orang Melayu yang mendokong PKR dan PAS lebih meyakini peranan DAP dapat menerima perjuangan mereka untuk bangsa Melayu-Bumiputera.

Nik Aziz dan PAS berkata akan berdakwah kepada DAP dan PKR dan sekarang pun kononnya sudah berusaha ke arah itu sehinggakan ada kalangan pemimpin DAP dan PKR boleh berceramah menggunakan ayat-ayat suci Quran untuk mentarbiah orang-orang Islam PAS.

Tetapi bila bilangan kerusi Parlimen Pas tidak dapat menandingi kerusi DAP dan PKR, apakah PAS akan jadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat dan mampukah PAS melaksanakan pemerintahan secara Islam sepenuhnya di Malaysia ?

Kalau dilihat kepimpinan PAS ‘menikus’ berhadapan dengan DAP dan PKR, mampukah mereka melaksanakannya ?.

Mungkin jika pakatan rakyat dapat berkuasa, orang Melayu-Bumiputera tidak merasa bimbang selagi Raja dan Sultan ada, kuasa Melayu tetap terjamin.

Jawatan Perdana Menteri mungkin dari kalangan orang Melayu, tetapi barisan kabinet akan dipenuhi dari DAP dan PKR.

Lihat sahajalah apa yang berlaku kepada kerajaan pakatan rakyat di Selangor dan sedikit masa dulu di Perak. Exco-exco DAP lebih berkuasa dari Menteri Besar, walaupun jawatan Menteri Besar dilantik oleh Sultan tetapi urusan pentadbiran negeri DAP yang berkuasa.

Menteri Besar dan exco-exco PAS & PKR menjadi bacul bila diherdik oleh DAP dan tidak mampu menentang segala tindak tanduk DAP, tetapi terlalu jaguh bila berhadapan dengan UMNO.

Begitulah keadaannya jika pakatan rakyat berjaya memerintah Malaysia, pemimpin-pemimpin PAS dan Melayu PKR akan terus ditundukkan oleh DAP.

Kalau dalam Perlembagaan, kekebalan Raja boleh dirombak, apakah DAP akan berdiam diri atau tidak mahu buat rombakan ke atas Artikel 153 jika mereka sudah berkuasa ?

Apakah tidak mustahil kuasa Sultan, Raja-Raja Melayu dan hak Melayu-Bumiputera juga akan berakhir jika mereka-mereka ini memutar-belitkan fakta di atas nama keadilan dan undang-undang ?

Kalau dilihat dari jumlah kerusi milik PAS dalam pakatan rakyat hari ini, PAS sudah dicebik juih serta diperlekehkan oleh DAP, apatah lagi jika pakatan rakyat berjaya menguasai Negara dengan keadaan jumlah kerusi yang sama dalam PRU13 akan datang.

Lihat sahajalah bagaimana DAP-Lim Guan Eng menjadi pemerintahan di Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terlalu banyak membuat perubahan yang bakal menenggelamkan hak-hak orang Melayu-Bumiputera di Pulau Pinang.

Ungkapan Lim Guan Eng dalam blognya untuk memastikan kekuasaan dan ketuanan Melayu akan terhakis, dominan Melayu akan hancur akan tercapai akibat gara-gara orang Melayu sendiri.

Maka tinggallah bangsa Melayu-Bumiputera yang tidak bermaruah menjadi penghuni bumi Melayu ini apabila dominan kekuasaan Melayu sudah hancur dan apabila orang Melayu sudah hilang kuasa.

Maka pada masa itu kelihatan genarasi Melayu-Bumiputera mengigit jari apabila berkuasanya kaum bukan Melayu yang tidak perduli terhadap Melayu lagi.

Kita perlu ingat, generasi muda Melayu-Bumiputera juga perlu tahu, bahawa kerana perpaduan bangsa Melayu jugalah yang menjadi senjata paling ampuh menghancur leburkan rancangan Malayan Union.

Kerana perpaduan Melayulah yang mencetuskan kemerdekaan negara. Kerana perpaduan Melayulah maka termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, kedaulatan Raja-Raja dan bangsa Melayu dalam Perlembagaan negara.

Itulah perjuangan UMNO……………………..

Perjuangan Pas, walaupun mereka mengatakan memperjuangkan Melayu dan Islam, tetapi setakat ini PAS masih belum menunjukkan kemampuan sebenar dalam memastikan hak Melayu-Bumiputera dan Islam tidak terus tercabar.

Pas sanggup membuang slogan untuk menegakkan negara Islam semata-mata hendak bermadu kasih dengan DAP, walaupun sudah nyata dan jelas DAP menentang hasrat PAS mengwujudkan sebuah Negara Islam tulen di Malaysia.

Macammana dengan perjuangan PKR, apakah nasib orang Melayu-Bumiputera boleh diharapkan kepada mereka ?

Kalau kita lihat daripada peratus pemimpin Melayu dalam PKR yang tidak sampai separuh, apakah orang-orang Melayu Islam di dalam PKR mampu menentang kuasa-kuasa DAP ?

Kerana inginkan jawatan Perdana Menteri serta untuk menjaga hati DAP, pemimpin Melayu macam Anwar sanggup menjadi pengkhianat bangsa sendiri, sanggup perjudikan matlamat perjuangan bangsa Melayu-Bumiputera semata-mata mahu bergabung dengan DAP.

DAP yang licik dan khianat mengambil peluang keemasan mempergunakan Pas dan PKR untuk menghancur dan memecahbelahkan orang Melayu-Bumiputera kerana kerakusan kepimpinan PAS dan PKR.

Lebih enam dekad UMNO berbakti kepada bangsa Melayu-Bumiputera, UMNO masih relevan dalam perjuangan menegakkan hak-hak orang Melayu. Rekod UMNO telah membuktikan bahawa UMNO mampu memimpin masyarakat majmuk daripada perspektif 'unity in diversity' sambil mengangkat martabat Melayu.

Sama ada suka atau tidak, UMNO sahajalah sebuah parti yang bakal mempertahankan maruah untuk anak cucu kita seterusnya di bumi Malaysia ini.

Bersatu, itulah benteng terakhir bangsa Melayu-Bumiputera……... Itupun jika masih ada naluri-naluri bangsa dikalangan Melayu di dalam PAS dan PKR……….

Renunglah kata-kata Lim Guan Eng-DAP di bawah ini :

"Saya berharap semua ahli DAP berhati-hati dalam menjalankan gerakan kita. Kita semakin hampir dan DS Anwar Ibrahim tidak boleh berbuat apa-apa. Ingat, gerakan kita adalah untuk anak bangsa kita yang selalu dikeji oleh Melayu. Ayuh, bangsa Cina, kuasai dan rebut apa yang Melayu tidak mampu. Jangan kita terhutang budi dengan Melayu...."

Wednesday, December 16, 2009

Di mana silapnya ? - Buang susu segar ke dalam parit


ROMPIN - Lebih 75,000 liter susu segar keluaran First Dairy Farm (M) Sdn. Bhd. (Fidaf) di sini yang sepatutnya dihantar ke kilang setiap hari sejak sejak bulan lalu terpaksa dibuang begitu sahaja ke dalam parit ladang berkenaan.

Ia jelas satu pembaziran tetapi kepada pengurusan Fidaf, mereka berbuat demikian untuk membuka mata pihak berkuasa selepas tiga syarikat pengilang susu enggan membeli hasil ladang syarikat tenusu terbesar di Semenanjung Malaysia itu atas dakwaan ia mengandungi bakteria selain desakan harganya diturunkan.

Susu keluaran Fidaf pada masa ini dijual RM2.40 seliter dan dikatakan mahal sedikit berbanding produk susu import dari Australia dan New Zealand.

Kesan daripada tindakan itu, Fidaf beroperasi lebih setahun lalu terpaksa menanggung kerugian lebih RM210,000. KLIK


Kenapa pihak FIDAF bertindak sedemikian rupa ?

Apakah benar seperti yang didakwa berlakunya birokrasi ke atas pengeluaran susu lembu segar dari FIDAF ? mengandungi bacteria dan harga mahal dari susu import ?

Apakah kerana FIDAF tidak memberi peluang kepada syarikat-syarikat bukan bumiputera untuk memasarkan hasil ladang atau syarikat-syaraikat berkenaan sengaja untuk memboikot ?

Apakah juga kerana sudah menjadi rutin harian rakyat Malaysia sudah kurang minat minum susu segar dari Negara Malaysia ? atau lebih berminat dengan susu-susu dari luar Negara lebih-lebih lagi dari Indonesia ?.....

Apakah sudah tiada sesuatu jalan bagi membantu pengeluar-pengeluar susu tempatan yang semakin tersepit kerana susu import yang telah menguasai 95 peratus di pasaran dalam Negara ?

Di mana harus dipersalahkan dengan pembaziran ini, atau masih adakah pembeli-pembeli tenusu dalam Negara yang masih tidak faham, masih tidak mahu bekerjasama dengan konsep 1 Malaysia…….



AHLI PARLIMEN BN BOIKOT BAJET NAJIB ? – Cubaan Anwar ‘tumbangkan kerajaan BN’ gagal lagi



Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan pembangkang melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menggulingkan’ kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.

Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya. KLIK

Bajet 2010, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam.

Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu. KLIK

Persoalannya ?

Berdasarkan amalan, jika bajet tidak diluluskan, dalam bahasa mudahnya, kerajaan sedia ada dianggap telah tumbang dan diganti dengan kerajaan baru. Tidak hairanlah Anwar sebelum ini jarang berada di Parlimen hingga lewat malam, tetapi kerana usaha-usaha menumbangkan kerajaan BN berterusan, Anwar memastikan seramai mungkin Ahli Dewan Rakyat pembangkang tetap berada di Dewan.

Apakah Ahli-Ahli Dewan Rakyat BN tidak berfikir akan pentingnya pengundian untuk meluluskan bujet ? atau mereka tidak tahu peraturan Dewan ? atau sengaja hendak memboikot pembentengan bujet Najib ?

Apakah akan terjadi sekiranya pada siding dewan malam tersebut pengundian berpihak kepada pembangkang ?

Mengikut makluman, senario seperti ini sering terjadi yang mana kehadiran Ahli-Ahli Dewan Rakyat BN yang kadang kala tidak sampai 50 orang di dalam Dewan.

Anwar dapat merancang untuk menumbangkan kerajaan BN berdasarkan pemerhatiannya terlalu ramai Ahli Dewan Rakyat BN yang tidak hadir atau tidak berada di Dewan. Mujurlah rancangan Anwar kali ini gagal juga…..

Senario yang sama juga telah dirancang oleh pembangkang sewaktu pembentang bujet 2010 di Dewan Negeri Pahang, apabila pembangkang cuba mencari jalan agar pembentangan bujet 2010 dibentangkan semula.

Alasan pembangkang bahawa pembentang bujet 2010 oleh Dato’ Sri Adnan Yaakub tidak sah dan perlu dibentang semula adalah satu perangkap untuk menumbangkan kerajaan BN di Pahang.


Melihat kepada situasi ini, apakah Wakil-Wakil Rakyat BN tidak boleh berfikir betapa pentingnya setiap pembentangan di Dewan ?

Ketidakpekaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat/Negeri BN yang mungkin sentiasa merasa selesa menyebabkan pembangkang sentiasa mengintai peluang untuk mengambil kesempatan menumbangkan kerajaan.

Sepatutnya Wakil-Wakil Rakyat BN tidak mengambil mudah dalam perkara kehadiran persidangan Dewan serta perlu lebih sedar akan kelicikan pembangkang yang sentiasa mencari kesempatan di atas kecuaian Wakil-Wakil Rakyat BN.

Datuk Sri Najib selaku Perdana Menteri, perlu juga memastikan KPI kepada Wakil-Wakil Rakyat yang cuai ini agar tidak berulang ………….







Sunday, December 13, 2009

Melayu bodoh bercerita – ‘Projek pembodohan orang Melayu’

Inilah hujah-hujah penjilat Anwar Al-jub yang terlalu lama merempat keluar dari bumi Melayu, manusia Melayu yang suatu masa dulu malu jadi rakyat Melayu Malaysia, malu memijak bumi Melayu Malaysia, tetapi akhirnya terpaksa juga balik ke Malaysia.

Sahabat-sahabat bolehlah baca pendapat bodoh p
enjilat ini bila sudah mula pandai bercakap Melayu :

Projek pembodohan Melayu ini sebahagian daripada strategi politik United Malays National Organisation. Selama lebih 50 tahun, proses pembodohan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini, mereka akan hilang kuasa untuk memerintah. KLIK

Cara pertama:Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan - orang Cina. Kaum ini dijadikan “momok” untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Cara kedua:Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Dakwaan ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Cara ketiga:Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion dikatakan menentang Islam. Dakwaan ini juga projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkutpautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Ahkirnya: Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ertinya, ia menjadi sebahagian daripada proses pembudayaan fikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Yang Gambi : Mengapa ada Melayu bodoh yang sanggup memperbodohkan Melayu kerana upahan mengisi perut yang sedikit……

Bagaimana penjilat Anwar Al-jub ini masih mahu pulang ke Malaysia serta duduk di Negara ini semata-mata untuk menjumudkan pemikiran orang Melayu……





Tun Dr Mahathir-jangan pertikai kenapa ramai Bumiputera di IPTA


Tun Dr Mahathir berkata, “peluang memasuki universiti awam yang diberikan kepada lebih ramai kaum Bumiputera berbanding kaum lain di negara ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.”

“Adalah tidak adil untuk melabelkan kerajaan mengamalkan sifat perkauman dan meminggirkan kaum-kaum lain,” katanya lagi.

Tun berkata, memberi peluang kepada lebih ramai Bumiputera berbanding kaum lain adalah bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan yang akan hanya memberikan pelbagai kesan negatif.

“Ini adalah kerana jumlah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kini hampir sama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kemasukan pelajar Bumiputera amat kecil iaitu hanya di sekitar 10 peratus sahaja dan selebihnya kaum-kaum lain.”

“Perkara itu berlaku kerana tidak ramai kaum Bumiputera mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS disebabkan masalah kewangan yang terhad.”

"Kalau kita buat banci jumlah (keseluruhan) pelajar di universiti kerajaan dan swasta... pelajar bukan Bumiputera lebih banyak dari Bumiputera. Itulah sebabnya kita beri tumpuan dan lebih banyak tempat kepada Bumiputera.

"Oleh itu, kita tidak harus berasa bersalah (semata-mata) kerana kita adakan tempat untuk Bumiputera. Kita ada hak untuk dapat kedudukan seimbang di negara ini. Kita nak hak secara berpatutan," katanya dalam ucaptama bertajuk 'UUM 25 Years Expectation vs Reality' di Konvensyen Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) 2009 semalam. KLIK

Yang Gambi : Berapa ramai anak-anak Melayu-Bumiputera sedar akan hakikat ini ?

Berapa ramai anak-anak Melayu-Bumiputera tahu yang mereka diberi peluang dengan pelbagai kemudahan untuk belajar di IPTA ?


Dan berapa ramai pula anak-anak Melayu-Bumiputera lupa daratan serta mengabaikan tanggungjawab mereka untuk belajar di IPTA………

Berapa ramai pula anak-anak Melayu-Bumiputera sudah merasakan mereka lebih pandai, lebih berkuasa sehinggakan sudah begitu megah menghina pemimpin-pemimpin kerajaan, mengugut kerajaan…….

Belajar tidak sebijak mana, berlagak akulah lebih pandai, menghentam kerajaan, menghina kepimpinan kerajaan, kononnya akulah pejuang tulen…….

Tapi bila disemak keputusan peperiksaan tidak sampai pun ke paras 3 pointer…….. inilah sikap anak-anak Melayu-Bumiputera yang diberi peluang…….

Yang paling menyedihkan, ada juga puuk-puak ini mempertikaikan kononnya kerajaan zalim, kerajaan berat sebelah kepada kaum-kaum lain……..

Inilah pemikiran jumud anak-anak Melayu-Bumiputera yang sudah dilatih oleh pembangkang seawal usia empat tahun………. Tidak diajar dengansikap bersyukur dan berterima kasih……