Saturday, August 8, 2009

PAS-tersungkur lagi di tapak kaki DAP


Sebelum ini kawan ada menulis bahawa Islam PAS hanya bermegah pada kibaran bendera sahaja, nampaknya telahan kawan tidak menyipi apabila dilihat PAS tidak mampu menegakkan Islam seperti yang diwar-warkan. Dua ekor (perkataan ini di pinjam dari blog saynotomunafiqeen) Melayu Islam PAS-PKR ini tidak berdaya menghindari godaan syaitan DAP-Ronnie Liu.

DAP, dengan bantuan PKR Berjaya lagi membuat PAS tersungkur meniarap menyembah tapak kakinya. Kali ini di Selangor, apabila Menteri Besar Khalid Ibarahim akur dengan kehendak Ronnie Liu.

Kerajaan pakatan rakyat Selangor menolak cadangan Pas-Hasan Ali agar kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam.

DAP-Ronnie Liu berjaya menawan hati PKR-Khalid Ibrahim, dengan fatwanya, arak boleh di minum oleh orang Islam kerana kandungan alkohol yang sedikit. DAP-Ronnie bebas menghalang tindakan PBT merampas penjualan arak di kawasan penduduk yang majoritinya Melayu Islam.

PAS-Hasan Ali, nampaknya terpaksa tunduk dan hanya mampu bergerak melancarkan kempen penerangan besar-besaran di seluruh negeri supaya umat Islam menjauhi arak di Selangor.

Mampukah PAS-Hasan Ali mengambil tindakan terhadap orang-orang Islam Selangor yang meminum arak seperti yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah Pahang ?

Umat Melayu Islam di Malaysia perlu menilai cara kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam serta menilai juga cara perjuangan dan pendirian Pas menangani isu ini.

Selangor, semasa dibawah pentadbiran kerajaan Basional Nasional, wakil rakyat parti komponen seperti MCA dan MIC tidak akan mencampuri isu-isu sensitif yang berkaitan dengan agama Islam.

Tugas PAS-Hasan Ali bertambah berat apabila PAS di peringkat pusat juga tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pengharaman arak, seperti yang ditegaskan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Kalau dulu kita telah melihat bagaimana PAS menelapak di kaki DAP pasal kandang babi di Kedah, lepas itu PAS juga berlembut dan menelapak di kaki DAP di Pulau Pinang, bila Jeff Ooi-Parlimen Jelutung menghina Islam dengan mengatakan Islam ekstremis dan tidak layak bersama dalam pentadbiran Negeri.

Selagi PAS mengharapkan DAP dan PKR untuk berkuasa, selagi itulah PAS akan terus meniarap di bawah tapak kaki DAP, selagi itulah PAS menjadi bacul dan dayus dalam menegakkan Islam dalam Negara.

Mengapa tidak, sudah banyak kita melihat PAS tunduk dengan kerenah dan kehendak DAP, PKR pula berperanan sebagai ‘barua’ DAP yang berterusan memperdaya PAS.

Di Selangor ada Ronnie Liu, Pulau Pinang ada Jeff Ooi, Kedah ada Thomas Su, ketiga-tiga ekor terpenting DAP dalam negeri pakatan rakyat ini telah mengambil tindakan yang sama menghina dan memperlekehkan agama Islam. Niat mereka sangat jelas, tiada langsung menunjukkan rasa penyesalan, jauh sekali mahu meminta maaf kepada umat Melayu Islam PAS mahu pun di negara ini.

Inilah gambaran bentuk kerajaan yang diidam-idamkan oleh Pas jika pakatan rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan di negara ini. Sedangkan sudah jelas Pas dilayan seperti parti serpihan yang hanya menumpang kekuatan pakatan rakyat, manakala DAP dan PKR pemegang kata putus.

DAP tidak akan berhenti mencetuskan isu memperlekehkan umat Islam dan Pas kononnya berjuang untul Islam akan mempertahankannya, maka PKR menerusi pemimpinnya Anwar Al Juburi selaku ketua pakatan rakyat memuktamadkannya.

Kesudahannya perkara-perkara yang bertentangan dengan umat Melayu Islam akan mendapat restu Pas. DAP berjaya dalam tindak-tanduknya manakala PKR yang kononnya menjadi pejuang kepada masyarakat pelbagai kaum akan tunduk kepada desakan DAP.

Apakah, Pas benar-benar dapat melaksanakan undang-undang Islam jika dua sahabatnya dalam 'pakatan rakyat' secara terbuka dan terang menentangnya ?

Apakah PAS akan mencapai matlamat untuk memperjuangkan Islam jika terus kekal dalam 'pakatan rakyat' ?

Allah SWT telah memberi pertunjuk kepada kita, bahawa kepimpinan PAS sudah mula memperlihatkan wajah-wajah sebenar mereka, Islam sebagai tunjang perjuangan PAS hanya sebagai batu loncatan untuk mendapat sokongan umat Melayu Islam. Hakikat sebenarnya, PAS yang tamak kuasa ini hanya memutar belit, memecahbelah dan menipu umat Islam.

Sebab itulah kawan berani menyatakan perjuangan Islam PAS hanya sekadar bermegah pada bendera sahaja, hakikat sebenarnya tidak sebegitu. PAS tidak kurang juga dengan penganjur-penganjur ajaran sesat seperti ‘ayah pin’ untuk menyesatkan dan menghancurkan umat Islam.




10 comments:

  1. Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.

    ReplyDelete
  2. Dalam islam jelas disebutkan bahwa arak itu haram hukumnya... jadi tetap aja haram walaupun sedikit.
    Maaf ini hanya pendapat saya.
    Salam

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Terima kasih komen PC and Rachel. Sama-sama kita lihat, bagaimana kesudahannya....

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Bukan kita tak mahu PAS tapi mereka tak dominon, macam mana orang Melayu nak bersatu di bawah mereka?

    ReplyDelete
  5. PAS ingat dia paling berpengaruh dalam PR.rupa-rupanya dijadikan alat oleh PKR dan DAP.
    Sekarang mereka dah takut, kalau berbunyi nanti tak dapat sokongan dari PKR dan DAP. Baik diam je. Lama0lama agama pun mereka gadaiklan demi untuk mendapat sokongan dan jawatan.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Salam Perjuangan dari saya!

    ReplyDelete
  7. UMNO ingat dia paling berpengaruh dalam BN.rupa-rupanya dijadikan alat oleh MCA dan MIC.
    Sekarang mereka dah takut, kalau berbunyi nanti tak dapat sokongan dari MCA dan MIC. Baik diam je. Lama0lama agama pun mereka gadaiklan demi untuk mendapat sokongan dan jawatan.

    ReplyDelete
  8. jika anda terlihat ada orang islam yang berjudi dan minum arak di selangor sila laporkan kepada pihak yang berkenaan supaya kita dapat menghancurkan maksiat tersebut..

    marilah kita bersama-sama membuat pemerhatian keatas premis yang menjual air setan ini..jika ada orang islam masih membeli racun dan air setan tersebut,kita akan desak dengan lebih hebat agar perbuatan maksiat tidak berlaku di selangor..

    negeri-negeri UMNO disarankan mengikuti jejak langkah negeri selangor demi menjaga kepentingan islam di malaysia.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih sahabat-sahabat bro respon bolg kawan,

    Sdr faizal, UMNO sejak bersama lebih 50 tahun dengan MCA dan MIC belum pernah mengadaikan agama dan bangsa. MCA dan MCA tahu setakat mana hak mereka dari segi hak Melayu dan agama Islam.

    Berbeza dengan PAS dan PKR, baru setahun lebih bersama, berapa banyak hak-hak Melayu dipertikaikan, berapa ramai kaum DAP berani mencerca agama orang Melayu secara terang-terangan. Siapa mengajar mereka ?

    PAS dan PKR telah mengajar DAP dengan amalan caci, maki hamun, fitnah terhadap sesama Melayu, sesama Islam, maka tidak hairanlah DAP begitu biadap mencerca Islam.

    AlhamdulLillah, di Pahang sehingga kini kawan tetap melaporkan kepada yang berwajib setiap perlakuan orang Islam yang melanggar hukumnya. Bukan niat kawan nak menghukum, tetapi untuk memberi pendidikan, menghukum adalah hak Allah...

    Bagaimana dengan saudara di Selangor ? sejauh mana kemungkaran yang telah saudara cuba hindarkan ?

    Jangan cari kesalahan terhadap musuh-musuh kita sahaja, kita perlu adil dalam menangani kemungkaran. Tu, depan mata, pemimpin agung saudara, mengapa begitu beria-ia menafikan kemungkaran yang dilakukan ?

    Kalau benarlah UMNO yang punya angkara, mengapa masih tidak berani berhadapan Allah, mohon diberi pertunjuk kebenaran....... Bersumpah dengan nama Allah, bahawa dia telah dianiaya....

    ReplyDelete
  10. amboi pas ni tak serik serik ngan mainan DAP....
    arap ke serban jer beso tapi ati kecik tak leh nak pikir mana baik mana buruk...Tok Ajis tak dapat beza ker antara babi ngan arak...antara islam ngan kapir....antara melayu ngan bukan melayu....antara surga ngan neraka.....
    Tok Ajis Tok Ajis.....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..