Monday, August 3, 2009

DEMO MANSUH ISA-Pengkhianat Al Juburi, tuntut Muhyiddin minta maaf

Ketua Pembangkang, Anwar Al Juburi mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia.

Anwar Al Juburi berang dengan laporan muka depan Utusan yang memetik Muhyiddin menuduh Anwar pengkhianat' kepada perjuangan Melayu dan menuduhnya memutarbelit fakta mengenai usaha martabatkan Melayu.

Muhyid
din membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Sri Gading di Johor semalam.

Berikutan itu, Anwar mahu Muhyiddin menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Begitulah kerja Melayu murtad ini, sama jugalah dengan komunis yang sorang lagi, menuduh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bertindak 'membalas dendam' terhadapnya dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain kerana mereka mengadakan perbincangan meja bulat Parlimen minggu lalu, yang mendesak supaya KPN baru dilantik bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang selamat.

Komunis ini juga mengecam Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak atas tindakan ganas kira-kira 5,000 anggota polis ke atas peserta perhimpunan anti-ISA dan pentadbiran Najib akan menjadi lebih kejam daripada kerajaan semua Perdana Menteri sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Pengkhianat Anwar Al Juburi, tidak boleh menerima apabila Muhyiddin menganggap dia “PENGKHIANAT”, tetapi hakikatnya Anwar Al Juburi sememangnya pengkhianat bangsa, agama dan Negara.

Pengkhianat bangsa Melayu, apabila sanggup mengadai hak-hak Melayu-Bumiputera bersekongkol dengan DAP semata-mata untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Pengkhianat agama, apabila mempermainkan hukum hakam agama Islam bersama PAS memutar belit agama menipu, memecahbelah perpaduan umat Melayu Islam dalam Negara.

Pengkhianat Negara apabila menghasut rakyat yang tertipu untuk menjadikan Malaysia dalam keadaan huru hara, merosakkan harta benda rakyat, menjadi dalang kepada yahudi.

ISA dikatakan zalim, tetapi menuntut kes liwat digugurkan, "Persoalan saya, apa bezanya tindakan beliau memfailkan permohonan itu dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - tahan 'tanpa bicara' yang dituduh kononnya zalim?” soal Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, dalam blognya di mohdsaifulbukhari.blogspot.

Pengkhianat Lim komunis pula menuduh Ketua Polis Negara sengaja mengambil kesempatan untuk membalas dendam kerana usul “pakatan rompak” agar KPN diganti.

Pengkhianat Lim komunis juga menuduh Dato’ Sri Najib, Perdana Menteri yang lebih kejam dari Perdana Menteri yang lain. Persoalannya, kalau semua Perdana Menteri Malaysia zalim, mengapa Lim komunis anak beranak boleh hidup sampai sekarang ?

Kalau komunis yang memerintah Malaysia, kawan rasa Lim dan keluarganya hanya dapat dilihat kubur saja oleh anak cucunya.

Inilah dia cakap-cakap pengkhianat Negara, mereka yang buat huru hara, mereka yang suka main belakang orang, mereka juga yang menyalahkan orang lain, sehinggakan Mufti Perak dilebelkan sebagai "pelacur UMNO" kerana memberi nasihat agar demo mansuh ISA tidak diadakan.

Mereka yang telah menyusahkan rakyat, mereka yang mengheret rakyat untyuk mengadakan huru hara nak salahkan Polis dan Kerajaan UMNO-BN ?

Kawan setuju sangat dengan gesaan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA agar polis menahan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Hadi Awang serta Lim Kit Siang.dalang-dalang kepada penganjuran demonstrasi besar anti-ISA.

Mereka-mereka ini adalah pengkhianat Negara yang tidak memikirkan ketenteram dan keharmonian rakyat.

Inikah pemimpin-pemimpin yang bakal memerintah Negara ?

Amat malang sekali orang-orang Melayu yang menganggap pengkhianat-pengkhianat ini sebagai pejuang bangsa, agama dan Negara……..



1 comment:

  1. Bang Nuar dianugerahkan BAPA PERPECAHAN MELAYU.
    Laporan lanjut hanya di http://ohpolitik.blogspot.com

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..