Sunday, August 16, 2009

SPRM-bagi pembangkang tiada yang betul

Semalam cubaan penahan Wong Chuan How, pembantu Ronnir Liu, Exco Kerajaan Tempatan Selangor oleh pegawai-pegawai SPRM, sekali lagi telah eksploitasikan oleh ‘pakatan rakyat’.

Wong tercedera di bahagian kaki selepas didakwa ditolak oleh pegawai-pegawai SPRM sewaktu mereka cuba menyiasat Wong dalam kes salah guna wang peruntukan DUN, di pusat khidmat DAP, Sungai Pelek.

Selepas tragedi penanhan Teoh Beng Huat, nampaknya DAP seratus peratus mengambil kesempatan untuk menenggelamkan perbuatan-perbuatan merompak wang rakyat Selangor.

DAP dengan dibantu kuncu-kuncu PKR dan PAS dalam ‘pakatan rompak’ begitu Berjaya mempengaruhi rakyat bahawa SPRM seolah-olah telah bertindak zalim dalam menjalankan siasatan perbuatan rasuah mereka.

Pendeknya, SPRM dapat dibayangkan oleh ‘pakatan rompak’ adalah satu badan yang dipengaruhi UMNO dan bertindak kejam macaam ISA.

DAP telah Berjaya membuat nama SPRM amat tercemar berikutan kematian Teoh Beng Hock, sehingga ketika demontrasi memansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu, puak-puak ‘pakatan rompak’ ini memberi gambaran yang SPRM itu bermaksud, ‘suruhanjaya pembunuh rakyat Malaysia’. DAP juga mengambarkan SPRM sama kejam dengan ISA.

Sehinggakan, kes penahanan ADUN di Kemaman bersama dua lagi rakannya pada 2 Ogos lalu adalah satu perancangan UMNO dan Dato’ Sri Najib untuk memulihkan maruah SPRM. ‘Pakatan rompak’ ini membuat fitnah bahawa penahan ADUN tersebut adalah sebagai ‘kambing hitam’ bagi menjaga maruah Najib. (harakahdaily-7 Ogos 2009)

‘Pakatan rompak’ terusan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa SPRM adalah alat kerajaan Barisan Nasional, walau pun PM menafikan dakwaan ‘pakatan rompak’ ini, sedangkan rakyat semua mengetahwi bahawa SPRM adalah satu badan bebas dan mereka tidak pilih bulu dalam menangani kes-kes rasuah dan penyalahguna kuasa.

Inilah kerja-kerja ‘pakatan rompak’ untuk mendapat sokongan simpati rakyat. Semua yang ada kaitan untuk mengambil tindakan di atas perbuatan pelanggaran undang-undang ‘pakatan rompak’ seperti Polis, SPRM, ISA, Institusi Kehakiman, dan Mahkamah akan menjadi bahan cemuhan, hinaan dan ejekan yang jahat dari mereka.

Apakah semua pemimpin ‘pakatan rompak’ ini terlalu bagus, amanah dalam menerajui Negara ?

Sebenarnya, rakyat Malaysia sudah lama ditipu oleh pemimpin-pemimpin ‘pakatan rompak’ yang diketuai Anwar Aljuburi, rakyat telah diputarbelit oleh sikap penipu mereka yang bernafsu binatang.

Selama ini ‘pakatan rakyat’ telah mengwar-warkan bahawa UMNO-BN sebuah rejim yang menyamai pemerintahan rejim zionis Israeil. Tetapi apabila satu persatu penyelewengan yang mereka lakukan di Selangor, maka ‘pakatan rompak’ ini terasa amat malu sekali dan inilah tindakan yang sedang mereka buat ;

Menipu rakyat !!!!

SPRM, teruskan perjuangan anda untuk menghapuskan penyelewengan harta Negara demi Negara Malaysia dan rakyat Malaysia. Jangan rasa gentar dan takut untuk menegak kebenaran ……………..



5 comments:

  1. astagfirllah... sungguh kejam mereka itu.

    ReplyDelete
  2. semarak betul warna warni tulisan kawan satu ni, betul2 punya sense tersendiri, walau tak paham perihal politik, saye tetaplah ketuk pintu kawan yang gambi, selamat dan salam selalu dari patahati, sebenarnya patah sudah hati ini.

    ReplyDelete
  3. SLM Y.G..DIORANG NI KLU KERAJAAN BUAT SEMENYE X BTUL PD PANDANGAN DIORANG. KLU KT NEGERI2 PAKATAN SENDIRI SEME BAIK2 BELAKA..SEMENYE IKUT DLM BUKU..AHAA BUKU PERATURAN MENJAHANAMKAN RAKYAT!!..HARKK PTUIHH!!

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Aku tgk kat TV tiba2 dia kena sawan babi, sp pun xkcu dia.

    ReplyDelete
  5. KALAU SI AH CONG TU PUNYA BERLAKON....TNGK JE MUKA DIA...MELUAT AKU...PENJAWAT AWAM MELYU GAK YANG KENA...ORANG MELAYU YANG DAH TAK TAHU MELAYU PLAK SOKONG.....KNAPE AH CONG NI TAKUT KALAU X BUAT...MCM2 HELAH...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..