Monday, August 24, 2009

Nik Aziz – bidas UMNO, desak ADUN Galas letak jawatan


Semalam, Nik Aziz meluahkan rasa dukacita dengan sikap sesetengah pemimpin parti lawan yang mendesak ADUN Galas dari PAS, Chek Hashim Sulaiman, supaya meletakkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Sepatutnya semua pihak mendoakan supaya kesihatan orang yang sedang sakit itu, terutama wakil rakyat, kembali berkhidmat kepada rakyat, katanya. Malaysiakini.com

Nik Aziz mengulas kenyataan ADUN Kok Lanas, Datuk Alwi Che Ahmad, yang menyarankan supaya ADUN Galas yang kini menjalani rawatan di luar negeri, meletakkan jawatan.

Menyingkap kembali cerita ADUN Galas, Che Hashim Sulaiman, 45, yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Guangzhao, China kerana barah usus dikatakan sedang berada di dalam keadaan kritikal dan menjalani pembedahan dengan biayaan kerajaan Pas Kelantan berjumlah RM200,000.

Sebagai saudara sesama Islam, kita wajib mendoakan supaya kesihatan beliau kembali seperti sedia kala, dan seterus dapat menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan rakyat kepada beliau.

Tetapi kawan rasa Nik Aziz juga tidak perlu terburu-buru melahirkan rasa dukacita di atas saranan ADUN Kok Lanas tersebut, mungkin juga niat ADUN Kok Lanas ingin melihat rakyat di kawasan ADUN Galas berterusan mendapat khidmat dari wakil rakyat yang mereka pilih.

Pada pandangan, Alwi Che Ahmat, Kok Lanas, rawatan Che Hashim Sulaiman, Galas memakan masa yang panjang dan demi menjaga nama baik ADUN Galas agar tidak menjadi rungutan rakyat, maka adalah wajar Alwi menyarankan agar ADUN Galas meletak jawatan.

Jadi kawan rasa, saranan ADUN Kok Lanas adalah logik dan pihak Nik Aziz dan kerjaan Kelantan perlu menimbangnya dengan hati yang terbuka.

Nik Aziz perlu melihat juga, bagaimana Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, telah menghantar surat kepada SPR Kedah memaklumkan bahawa keanggotaan DUN, Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif hilang keanggotaannya setelah didakwa gagal menghadiri sidang DUN dua hari berturut pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

Nik Aziz juga perlu mengambil kira, bagaimana Speaker DUN Kedah terlalu gopoh dan bernafsu untuk melucutkan keanggotaan DUN Seputeh, sedankan Abu Hasan Sarif mempuyai sebab mengapa beliau tidak dapat hadir, tetapi ADUN tersebut masih berterusan memberi khidmat kepada rakyat di dalam kawasan yang dia wakili.

Kalau direnung dengan dua isu ini, adalah lebih baik Nik Aziz bersikap lebih rasional sebelum membuat kenyataan memperbesar-besarkan isu ADUN Kok Lanas. Sebagai seorang pemimpin yang terkenal dengan fatwa-fatwa, adalah lebih baik Nik Aziz lebih kepada memikirkan permasalahan kemajuan di Kelantan daripada memperbesarkan isu semacam ini semata-mata untuk menutup segala kepincangan pimpinan PAS dalam menghadapi PRK DUN Permatang Pasir.

















11 comments:

  1. SALAM HURMAT..

    MUNGKIN SATU HARI NANTI BILA NICK AJIS SAKIT, AHLI PAS AKAN MEMINTA NICK AJIS MELEPASKAN JAWATANNYA... DAH LAMA SANGAT DAH NI!! SEMAKIN LAMA SEMAKIN MERAPU!! AKU KESIAN JUGAK NGAN NICK AJIS, SEPATUTNYA NICK AJIS DAH LAMA BEREHAT DAN MENGHABISKAN SISA-SISA USIANYA BERAMAL IBADAH DI MEKAH! ITU YG SEBAIKNYA...

    YGAMBI SAYA BARU UPDATE LINK ARTIKEL INI DIDALAM BLOG SAYA... DIBAHAGIAN ARTIKEL PERLU DIBACA

    SALAM PERJUANGAN...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas sokongan PC pada blog kawan...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    pergi jahane lah UMNO, 27 julai, 31 julai adun ptg pasir meninggal, sekarang ada lagi yg sakit. Doa tidak baik selalu balik pada tuannya.

    ReplyDelete
  4. nik aziz pun patut juga letak jawatan dah uzur dah nyanyuk . bagi2 la orang lain pulak tapi jgn la bagi kat husam . lagi teruk la jadi nya

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Kalau Menteri Besarnya pun merapu macam orang nyanyuk bukan setakat adun Galas je yang patut letak jawatan, BUBAR terus je DUN Kelantan tu biar rakyat buat pilihan semula..

    ReplyDelete
  6. tapi jaga..ingat pakatan jahanam ni nak ke dengar kata orang umnoBN..last2 nanti mesti dia kata umnoBN telah rasuah dan beli org mereka..itu je..jawapan yang nak menyedapkan hati

    ReplyDelete
  7. SALAM, BRO, ZALIM BETUL NI A JIS NI... UMNO NASIHAT PERKARA YANGBAIK PUN TAK TERIMA..UMNO KESIAN KALAU DAH TAK SEHAT ELOK LAH LETAK JAWATAN..BEREHAT..BUAT AMAL IBADAT BANYAK2..TUMPU PADA KELUARGA..MAKLUMLAH JADI ORANG POLITIK KEKADANG MAKAN PUN LUPA..TAK KE JEJAS KESIHATAN...

    BETUL NI A JIS ZALIM PADA JEMAAH SENDIRI.

    ReplyDelete
  8. pelik jugak kawan nengok pengikut blog awok ni..banyak halaman seks lak..kawan rase awok ni gemor benda benda gini ekk

    ReplyDelete
  9. Kawan hargai dan terima kasih komen sahabat-sahabat di blog kawan...

    Buat pengetahwan kelambuharimau, blog-blog negatif ini sengaja follow kawan selepas kawan buat cerita golongan gay dalam blog bulan Julai lalu.....nak buat macam mana, mungkin dia marah sangat kat kawan.....(KH, jangan jadi PAS pulak asyik nak pandang serong kat kawan)

    ReplyDelete
  10. Salam yang Gambi,

    Begitulah sikap pimimpin yang digelar Tok Guru oleh pengikut PAS. Kalau orang mereka dipertahankan.. kalau kena pihak lawan berbagai cara suruh letak jawatan untuk diberikan kepada puak mereka.

    ReplyDelete
  11. N.ajis pun doakan keburukan untuk orang lain, tak guna nak nasihat org lain..

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..