Pengarah pilihan raya PAS, Mahfud nampaknya kepanasan lebih tiga kali ganda dari ‘cacing kepanasan’.
Apa tidaknya, belum pun sempat hendak meredakan isu keluarga dan calon PAS kaki kapor duit derma, timbul pula calon PAS kaki kebas bini orang, datang pula bala lebih 200 ahli-ahli PKR Padang Serai dan ADUN Lunas keluar dari ‘pakatan rompak’. Ini bukan lagi macam ‘cacing kepanasan’, sudah macam cacing kena goring ini………
Mahfud dan PAS nampaknya terpaksa meningkatkan lagi tatik kotornya membongkar segala isu-isu peribadi calon UMNO-BN Rohaizat.
Maka sudah tentulah kaki samseng ‘penyamun tarbus’ Nasrudin Ketua Dewan Pemuda PAS, menjadi tukang canang untuk menambahkan lagi aib Rohaizat calon UMNO-BN dipersada pentas cermah PAS.
Orang tua-tua kata, ‘tak dapat tanduk, teliga hendak dipulas’ begitulah niat jahat yang terpendam dalam hati puak-puak ‘penyamun tarbus’ ini.
Selepas mengheret Yusri dengan isu penyelewengan wang koperasi, Pak Samad dengan isu PPSMI, hari ini Nasrudin yang menamakan diri ‘Tantawi’ (lepas ini dipanggil Takjawi) mengheret pula yang didakwanya bapa mentua (bapa Rafizah) Rohaizat ke pentas PAS untuk menambahkan lagi keiaban Rohaizat.
ISU ISTERI KEDUA
Rohaizat diberi tempoh sehingga tengah mala mini supaya mengakui bahawa ‘Rafizah’ adalah isteri kedua Rohaizat, atau pun Rohaizat perlu menarik diri sebagai calon PRK Permatang Pasir.
Inilah cara Islam yang PAS hendak tonjolkan untuk dijadikan sebagai model sebuah Negara Islam di
Nasrudin Takjawi ini mendakwa, tujuan dia isu ini semata-mata untuk menjelaskan betapa Calon BN ini telah melakukan kezaliman dan penganiayaan ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau. Nasruddin Takjawi juga mendakwa, ini bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala.
Begitulah munafiknya perkataan Nasrudin Takjawi ini, kalau benarlah dakwaan murni Nasrudin Takjawi bukan kerana politik, tetapi kerana hendak membongkar kejahatan ahli-ahli politik terhadap kaum wanita, mengapa tidak dibongkarkan sekali perbuatan kejam dan nafsu buas orang politi pemimpin PAS ?
Yalah, macam kekejaman dan buasnya nafsu pemimpin-pemimpin PAS macam Dwean Ulamak PAS Perlis, ADUN di Kelantan, Presiden PAS Hadi Awang dan banyak lagi sehingga tidak terkira.
Nafsu buas diri Nasrudin Takjawi terhadap kaum manita macam mana ?
Bawalah sekali dalam ceramah-ceramah PAS, masih ada masa dua malam lagi untuk Nasrudin Takjawi buat kerja-kerja amal macam ini. Kawan berjanji pada hari ini, kalau Nasrudin membongkar semua perbuatan ganas dan buas nafsu syawat pemimpin-pemimpin politik tidak kira dari PAS, PKR dan UMNO, kawan akan mendaftar diri kawan untuk menjadi ahli PAS…….. kawan cabar awak Nasrudin Takjawi……….
Kalau betul sekali pun Rohaizat telah menganiaya isteri keduanya bernama ‘Rafizah’, mengapa wanita ini tidak mengadu kepada pejabat-pejabat Agama yang terdekat di Pahang ? Tuan Ibrahim Tuan Man bukan Pegawai agama mana-mana Daerah, dia hanya seorang bekas wakil rakyat PAS yang tidak menuanikan janji di Jengka.
Dan kenapa selepas 7 bulan dikatakan diseksa zahir dan batin, baru sekarang baru ‘Rafizah’ hendak mendedahkannya ?
Pendapat kawanlah, kalau si Rafizah ini seorang muslimat yang baik dan bermaruah (mohon maaf dengan Rohaizat, kalau wanita ini benar isteri), Rafizah mesti lebih tahu hukum-hukum isteri menjaga maruah suami dan keluarga walau apa keadaan sekali pun.
Hak-hak ‘Rafizah’ sebagai seoarang isteri dan wanita muslim ada undang-undangnya dan tempatnya. Di Malaysia, undang-undang keluarga Islam dan Mahkamah Syari’ah ada disetiap negeri dan daerah. Mengapa ‘Rafizah’ tidak menggunakannya ?
APAKAH Tuan Ibrahim Tuan Man tidak ajar ‘Rafizah’ bagaimana ciri-ciri untuk menjadi seorang wanita muslim sejati dan seorang isteri ahli ‘syurga’ ?
Jangan ‘Rafizah’ terlalau yakin hanya mengundi PAS sudah pasti masuk ‘syurga’ macam kata Tok Guru. Syirik jadinya……….
Tidak keterlaluan kalau dikatakan ‘Rafizah’ (maaf sekali lagi dengan Rohaizat, kalau ya..) bukanlah seorang wanita yang bermaruah, mengapa dikatakan begitu ?
Pertama ; Sudahlah ‘Rafizah’ tidak ada maruah menikahi suami orang dengan cara sembunyi-sembunyi tanpa meminta izin dari isteri pertama Rohaizat. Tidak mengapalah, mungkin pada waktu itu ‘Rafizah’ terlalu kuat kepada nafsu, ‘Rafizah’ rela juga menjadi isteri kedua Rohaizat, tetapi selepas menikah, apakah ‘Rafizah’ tidak merasa bertanggungjawab untuk memohon restu isteri pertama Rohaizat ?
Kedua ; ‘Rafizah’ seorang wanita yang tidak bermaruah kerana menikahi Rohaizat, sedangkan ‘Rafizah’ tahu suaminya seorang penyokong kuat UMNO. UMNO dan penyokong-penyokong UMNO telah dikatakan ‘kafir’ dan tidak boleh masuk ‘syurga’, tetapi ‘Rafizah’ lebih rela tidak masuk ‘syurga’ kerana mengikut nafsu.
Ketiga ; ‘Rafizah’ lebih tidak bermaruah kerana tidak amanah menjaga maruah suami dengan mengaibkan suami, sepatutnya ‘Rasfizah’ dan keluarga memberi sokongan dan semangat kepada Rohaizat selaku suami ketika suami dalam keadaan memerlukan, bukannya menambahkan beban suami.
Bapa kepada ‘Rafizah’ juga tidak bermaruah, kenapa sekarang baru hendak mendedahkan keaiban menantu sendiri ? sanggup diperkuda PAS semata-mata hendak masuk ‘syurga’. Tidakkah ini juga maruah anak gadis sendiri, malah beliaulah yang menikahi Rohaizat dan Rafizah, kemudian mengaibkannya pula.
Pendek kata, janganlah ‘Rafizah’ dan ibubapa mengadai maruah diri dan keluarga kerana termakan pujukkan dan hasutan syaitan yang berwajah ulama ini. Mereka bukan hendak menolong menyelesaikan masalah ‘Rafizah’, malah mengaibkan lagi keluarga ‘Rafizh’. Puak-puak ‘penyamun tarbus’ ini semata-mata ingin mengambil keuntungan nafsu serakah politik PAS sahaja.
‘Penyamun tarbus’ PAS ini sanggup menjaja maruah orang Islam lain untuk mencapai kemenangan di Permatang Pasir, sifat-sifat kemanusiaan yang ada dalam diri ‘penyamun tarbus’ PAS ini sebenarnya sudah lama lenyap, yang tinggal hanya nafsu-nafsu haiwan yang sedang membara mengejar kuasa dan jawatan. Sebab itu mereka sudah tidak mempedulikan lagi halal haran, tidak peduli lagi agama Islam dan bangsa Melayu digadaikan, asal cita-cita jahat mereka tercapai.
Kepada ‘Nasrudin Takjawi’, tidakkah anda merasa berdosa dengan perbuatan anda ? Tidakkah dengan perbuatan ini, anda boleh dikatakan telah meruntuhkan sebuah Masjid ?
Itulah rupa sebenar ‘penyamun tarbus’ PAS disebalik jubah, serban, janggut dan jambang, tersimpan bisikan-bisikan syaitan dan iblis untuk memghancurkan umat Melayu dan Islam dalam Negara
Berapa Ringgit BAPA mertua ini dapat untuk buat statement ini? Dah janda kee anak dia ni? Wawww pasti masuk group janda Kampucea the janda millioner club..
ReplyDeleteNamun Kemurkaan Allah SWT dan Azabnya pasti akan datang terutama bila niatnya menyeleweng dan menjadi nait untuk semata-mata mengaibkan sesama Islam. Allhuwallam.
salam Ramahdan
ReplyDeleteKenapa dengan PAS ini...masih lagi menyerang secara peribadi sedarkah mereka berdosa menabur fitnah terutama dibulan yang mulia ini...hairan saya jika PAS memerintah harus dok sibuk tabur fitnah jee kot...hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui NYA
Salam,
ReplyDeletemat Put buka aib orang, Allah buka aib dia pula.
padan muka mahfuz dah lah anak penagih. malam ni dia ajak rohaozat berdebat dengan yusri. saya dengar berita tadi yusri dah buat kenyataan sokong rohaizat. kah kah kah. kemmetot le mahfuz dan pas kali ini
ReplyDeletekita menongkah arus...
ReplyDeletetapi saya suka blog saudara....
sebabnya saya pun tak yau.....
mungkin ada fakta kut......
bila kita jumpa...kita minum-minum ..saya selalu gi keratong.....dan tabung haji.
Terima kasih sahabat-sahabat, meruangkan masa komen dalam blog kawan.
ReplyDeleteGayaPeneroka, insyaAllah kita akan berjumpa suatu hari dan minum bersama....
Bukan main seronok nampaknya Yang Gambi belasah Rafizah. Yang menyokong pun datanglah berbondong-bondong. Ada yang sekadar sokong dan ada pula yang menokok tambah.
ReplyDeleteNamun, apa asasnya. Kebenaran? FITNAH? Mencaci?
"Syirik. Tidak bermaruah. Terlalu kuat kepada nafsu.Tidak amanah. Menggadai maruah keluarga. Termakan pujukan syaitan. Syaitan berwajah ulama."
Semata-mata nak menangkan calun di pilihanraya kecil Permatang Pasir? Sehingga sanggup menuduh seorang wanita dan ayahnya sebegitu.
Saya sangat berharap agar Yang Gambi dapat lebih berhati-hati di masa akan datang. Kita wajar berusaha untuk mengelakkan diri dari melakukan kesalahan dan bukan sebaliknya, berusaha untuk berbuat salah.
Jam 8mlm esk kita pakat tengok apa keputusan PRK N11 DUN Permatang Pasir. Biar apa pun juga keputusannya... Terima dengan redha...
ReplyDelete