Tuesday, August 25, 2009

Siti Aishah-tuntutan mutaah RM3 juta ditangguh lagi


KOTA BAHARU: Perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor (Pas), Wan Ismail Wan Jusoh, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini ditangguhkan kepada 3 Disember kerana Hakim Syarie Abdullah Man berkursus di Kuala Lumpur. Peguam Syarie Mohd Sibri Ismail, yang mewakili bekas isteri Adun itu, Siti Aishah Chou Abdullah, berkata perbicaraan kes itu dijadualkan berlangsung hari ini setelah ianya ditangguhkan 29 Julai lalu akibat masalah kerosakan pendingin hawa di bangunan mahkamah.

Siti Aishah tiba di Mahkamah Tinggi jam 11 pagi bersama keluarganya menerima surat penangguhan itu oleh pegawai pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah. Klik

Komen ;

Mula-mula Mahkamah mengalami kerosakan aircond, kali ini Hakim Syarie Abdullah Man berkursus di Kuala Lumpur.

Begitulah nasib janda muda bekas isteri kedua ADUN Melor (PAS), Wan Ismail Wan Jusoh kalau mengharapkan pengadilan kerajaan Islam PAS yang terkenal dengan tipu helah dan putar belit kalau terkena batang hidung puak-puak PAS.

Bukan Siti Aishah sahaja yang menerima nasib macam ini di Mahkamah Syari’ah dalam negeri Kelantan, kalau kes-kes yang bersabit dengan puak-puak dan kuncu-kuncu PAS jangan haraplah hendak mendapat pembelaan setimpal.

Kalau kita ingat kes Mat Sabu ditangkap khalwat dengan bini orang dalam hotel di Kota Bharu, no bilik 121. Bagaimana peranan Nik Aziz menyelamatkan Mat Sabu sehingga terlepas dari kena hokum.

Itulah merupakan permulaan segala kebusukan dan penipuan dalam Pas yang dikatakan pejuang Islam.

Kalau kes calon BN-Rohaizat, kita tengok Mahfuz dan Nasrudin bukan main lagi melalaknya di Permatang Pasir mengaibkan orang. Sedangkan kes rumahtangga Mahfuz sendiri lebih dari itu.

Kalau pengundi-pengundi Permatang Pasir tidak menilai ini semua, tak tahulah kawan nak kata apa lagi…….

Barisan Nasional menang di Permatang Pasir, insyaAllah……


5 comments:

  1. Pemimpin PAS samalah seperti melihat kuman di tengah lautan,sedangkan gajah mati di depan tangga tak nampak.

    ReplyDelete
  2. Kalau kena batang hidung sendiri memang tak ngaku,kalau salah orang lain kecil nyamuk pun jadi macam babi hutan.

    ReplyDelete
  3. Mahkamah Syariah adalah kuasa Judiciary, siapa pulak yang mangkuk nak campurtangan... Hakim lah yang berkuasa... Mangkuk betui....

    Kuasa Eksekutif lain, Kuasa Legislatif lain n Kuasa Judiciary jugak lain, masing2 ada had kuasa masing2 tak boleh campur...

    ReplyDelete
  4. Kuda Perang, awak yang mangkuk, budak kurang ajar....

    Cuba kalau mahkamah itu di bawah kerajaan BN, puak-puak munafik macam awaklah yang buat cerita mahkamah dipengaruhi UMNO. Kalau kena batang hidung sendiri, kata orang mangkuk..... awak lah mangkuk bosoh macam kaldai.

    ReplyDelete
  5. Salam Yang Gambi,

    Begitulah sikap puak-puak PAS bila kena kepada mereka mecam-macam cari helah menyalahkan puak UMNO tepi itulah cara mereka.
    Mereka cuma pandai dapat perempuan lepas dapat doibiarkan.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..