Wednesday, August 26, 2009

KARTIKA SARI DEWI - Sepatutnya dihukum 80 kali rotan. Kalau setakat 6 kali, apa yang nak diriuhkan ? - Mufti Perak

Isu hukuman sebat kepada bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarno, pesalah minum arak yang ditangguhan hukuman sebat, telah menarik perhatian pelbagai pihak, tidak ketinggalam blog-blog untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Ada juga dikalangan blog-blog yang memberi pandangan mecaci kerajaan UMNO-BN Pahang terhadap hukuman ini, yang sedihnya cacian ini dari blogger-blogger kalangan umat Islam.

Hukuman di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen sama (pindaan 1987), Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan telah mengenakan hukuman denda RM5,000 dan disebat 6 rotan ke atas Kartika.

Keputusan menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika dikatakan bukan kerana mahu menghormati Ramadan tetapi dipengaruhi keengganan pihak Penjara Wanita Kajang untuk melaksanakan hukuman tersebut.

Demikian penjelasan Ketua Pendakwa Syarie JAIP, Datu’ Abdul Rahim Jaafar mengenai kegagalan pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika, 32, seperti yang dijadualkan sebelum ini.

"Penangguhan tersebut tidak ada kaitan dengan faktor menghormati bulan Ramadan kerana Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebelum ini memang memutuskan hukuman sebat dilaksanakan dalam bulan puasa untuk tujuan menginsafkan pesalah".

Semalam, di Masjid, Kg Bukit Ibam, Rompin, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah meminta semua pihak agar bersabar dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikan isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Baginda yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Pahang bertitah, keputusan menangguhkan hukuman tersebut perlu dihormati bagi membolehkan pihak mahkamah mencari penyelesaian sebaik mungkin dalam masa terdekat.

Hari ini, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, "Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan. Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?"

(Hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mengambil alkohol menjadi perdebatan di kalangan ahli fekah, antara 40 hingga 80 kali sebatan).

Kawan setuju sangat dengan Datuk Seri Harussani, apa yang hendak diheboh-hebohkan sangat, Cuma kawan hendak ingatkan kepada umat Islam yang kaki minum arak kena berhati-hati datang ke Pahang. Tak jumpa tak pe ………., kalau jumpa kenalah……..

Bermacam-macam kawan baca komen dan kritikan, yang paling menyedihkan apabila umpat keji dari blog pro pembangkang menuduh, “Kerajaan UMNO-BN Pahang jadikan Kartika kambing hitam untuk menunjukkan hukuman mengikut syari’at Islam"

Kalau dilihat masih ramai masyarakat Islam belum memahami mengenai undang-undang Syari’ah di Pahang, walau pun bentuk Undang-Undang Syari’ah si Pahang tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia selari dengan syarak sebagai agama rasmi persekutuan.

Sepatutnya kita menghurmati keputusan Mahkamah,
pelaksanaan hukuman ke atas Kartika, adalah berdasarkan pertimbangan Hakim sendiri yang mengadili kes berkenaan. Sedikit sebanyak boleh menampakkan kemuliaan syariat Islam supaya tidak dilihat beku atau jumud.

Semua masyarakat tahu, Kartika sendiri sudah membuat pengakuan salah. Ini men
unjukkan beliau telah insaf atas perbuatannya. Apalagi yang hendak dipertikaikan……..

Di Kelantan, kawan banyak lihat umat Islam membeli dan minum arak di permis-permis yang ada lesen arak, terutama kat salon-salon dan pusat-pusat hiburan dan bersepah tin-tin dan botol kosong arak di merata pantai……..

Mana perginya pegawai-pegawai Penguatkuasa Agama Islam di Kelantan ?


9 comments:

  1. Komen ini saya garap dari rakan blogger berbunyi:

    Rasulullah pun pernak tangguhkan hukuman sebat ke atas perempuan berzina, Mulanya ditangguhkan kerana wanita tersebut mengandung kemudain ditangguh lagi supaya wanita tersebut dapat membesarkan dan menyusukan anaknya. Apabila anak sudahpun besar, perempuan itu pergi bertemu Rasulullah untuk menerima hukuman, tetapi ketika itu usia beliau sudahpun lanjut lalu Rasulullah berkata tidak perlulah dihukum kerana sudah tua
    akhirnya beliau tidak dihukum. pengajaran di sini ialah tentang kebijaksanaan Rasulullah dan jika kita percaya bahwa Baginda tidak bertindak tanpa Izin Allah, walau sesuap makanan pun ditunggu izin Allah. maka di sini kita perlu faham tentang asal hukum hudud itu sendiri, isanya berlandaskan sifat maha mengasihani dan maha pemurah Allah bukan Tuhan yang pemarah seperti digambarkan oleh puak Wahabbi jangan dirisaukan tentang tanggungan doa, Kartika sudah redha dengan hukumannya..Allah lah yang lebih mengetahui siapa yang akan menanggung sebarang hukuman sekiranya beliau tidak dihukum di dunia ini. WallhhuAlam

    ReplyDelete
  2. Terima kasaih SL, tetapi kadang-kadang manusia hanya merujuk kepada apa yang terfikir dari kepala sahaja, kalau pro maka baiklah pandangannya, kalau tak.....macama-macamlah komennya.....

    ReplyDelete
  3. Salam,

    saja nak buat isu. inilah kudis dlm BN, hukum saja kemudian diam, empunya diri dah setuju.

    ReplyDelete
  4. Sokong Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, sokong Tengku Mahkota Pahang n sokong Senjaliza...

    ReplyDelete
  5. Salam kwn2...

    Haji Hadi kata hukum sebat tdk perlu dilakukan kpd Kartika. "Dugun" betul puak2 pemimpin Pas nih. Hj Hadi ni pun satu, pasal Nik Aziz menyokong Kapir menghentam Islam diam membisu. Pasal Nik Aziz menuduh Umno tdk memgikut ajaran islam sebenar dan tdk dpt masok syurga juga diam membisu(Sb fatwa HJ Hadi dulu pn mengkapirkan UMno bergabong dgn MCA dan MIC).Dalam soal isu arak kartika ini pula cuba nak jadi hero.
    Maknanya pemimpin2 pas ni kerja utama nya mengkritik Kerajaan/Umno sahaja - tak haram ke ambil gaji/elaun buta bln?, keje tk buat. Perjuangan yg sebenarnya mahu kpd kuasa dan harta dunia semata2 bkn berjuangan utk menengak kebenaran di negara ini.
    Pakmie sokong pandangan Yang Gambi,SL,Junah dan Kuda kepang itu.

    Asalamualaikum...slmt berpuasa dan salam perjuangan.

    ReplyDelete
  6. Ingat! jgn ngade2 nk wat tak tentu pasal kat Pahang kalau kat Klate bole le sbb kt sane cakap je lebih tindakan sifar.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Setuju pandangan Dr. Harussani dan KDYTM Tengku mahkota Pahang bagi menyelesaikan kes ini.
    Seharusnya yang dikenakan harus bersabar dan kambali kepangkal jalan, sebagai umat muslim.

    ReplyDelete
  8. Jom kita sama sama ulang ulang nasihat kepada kawan kawan yang pro bangkang tu. Tak payah lah nak semak kerja orang dan dok cari sudut mana boleh kata tak kena je. Semak diri tu je. Diri tu je biar betul. Yang dah cakap tu buat je. Jangan nak tutup sendiri cakap tapi tak buat dengan dok cakap tak kena tak kena tak kena orang je.
    Dulu kat Terengganu mereka buat undang2 tak boleh buat mesjid kalau tapaknya tak diwakafkan secara kekal. Pah tu mereka sendiri langgar. Kat Kg. Bujal di Kemaman. Ingat tak...???
    Buat kerja sendiri je la. Jangan komen bodoh melulu kerja orang. Kalau tak tahu diam dah.

    ReplyDelete
  9. Μy гelatives eѵeгy time sаy that I am
    killing mу time here at ωeb, еxcept I know I am gettіng famіliaгity everyday by reading thes
    niсe poѕts.

    Here is mу blog post :: online loans

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..