Friday, August 14, 2009

DATO’ SRI JAMALUDDIN JARJIS, PARLIMEN ROMPIN-siasahdaily buat komen


Disalin dari blog siasahdaily

Friday, August 14, 2009

Lagi mahu Jamaluddin Jarjis lepaskan kerusi Parlimen Rompen

KUANTAN: Sebelum ini, seorang aktivis PAS di Rompin menggesa Jamaluddin Jarjis meletak jawatan sebagai Ahli parlimen kerana telah dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat.
Aktivis PAS tersebut, Fadly Ramly membuat desakan tersebut berpandukan kepada beberapa asas di antara masa keberadaannya bersama rakyat Rompin akan menjadi terhad kerana lokaliti kerja beliau sudah berpindah ke seberang laut, apa lagi kata beliau, Jamaluddin seperti mana diketahui umum bukan suka sangat berada di kawasan Rompin dan paling jarang turun padang.

Dalam tinjaun susulan Siasah, ternyata ramai yang merasakan wajar sekiranya Jamaluddin melepaskan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen supaya rakyat di daerah tersebut dapat memilih wakil rakyat baru yang boleh memberi tumpuan lebaih banyak masa di kawasan.

“Apalah nasib rakyat Rompin, dulu Maznah Mazlan yang menang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah telah ditarik ke Kuala Lumpur dilantik menjadi Timbalan Menteri. Kini Jamaluddin Jarjis yang menang kerusi Parlimen Rompin ditarik ke Amerika pula.

“Apakah pihak kerajaan sudah ketandusan tokoh atau rakyat Rompin sendiri tidak penting sehingga wakilnya yang dipilih sebagai amanah rakyat dalam pilihan raya boleh menjalankan kerja-kerja wakil rakyat secara remote control,” demikian rungut seorang penduduk Rompin ketika mengulas pelantikan Ahli Parlimen Rompin selama lima penggal Datuk Seri Jamaluddin Jarjis oleh kerajaan Malaysia sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ini merupakan kali kedua wakil rakyat Rompin yang menang dalam pilihan raya lalu ‘ditarik’ ke tempat lain.

Sebelum ini bekas exco Pahang Datuk Maznah Mazlan yang dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui tiket senator tetapi dalam masa yang sama mengekalkan kerusinya sebagai Adun.

Kini giliran Jamaluddin pula dilantik sebagai duta mewakili negara dan dalam masa yang sama masih kekal sebagai Ahli Parlimen Rompin.

Bagi seorang penduduk tempatan, Mazlan Mohd Yasin, kewajaran pelantikan Jamaluddin dilantik menjadi duta adalah tidak munasabah kerana menampakkan pimpinan negara yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menghargai mandat rakyat.

Bagi beliau, tidak mungkin tidak ada orang lain yang boleh dilantik menjadi duta.

“Pada saya perlantikan duta tidak semestinya orang politik . Mereka boleh dilantik dari kalangan ahli akademik, pemikir, strategis, bekas panglima tentera dan seumpamanya. Jika dari kalangan ahli politik pun biasanya yang telah bersara daripada wakil rakyat”

“Apakah tindakan ini sekadar untuk merihatkan Jamaluddin yang selama ini dikenali sebagai ‘orang Najib’ tetapi tidak dilantik menjadi Menteri setelah Najib jadi Perdana Menteri?” soal Mazlan.

Mazlan merasa pelik dan mempersoalkan bagaimana Jamaluddin mampu melaksanakan tugas sebagai ahli parlimen selepas ini terutama bagi menangani aduan-aduan penduduk setiap hari dan bagaimana jika mereka yang memerlukan khidmat wakil rakyat mereka. Sedangkan dia di luar negara.

Komen yanggambi ;

Kawan rasa penulis blog ini hanya Nampak apa yang dibuat oleh Wakil-Wakil Rakyat BN sahaja, mereka tidak nampak kah Wakil-Wakil Rakyat pakatan rompak sendiri, apa mereka buat.

Macam mana dengan wakil-wakil rakyat pakatan rompak yang dijadikan calon payung terjun macam Ahli-Ahli Parlimen Bachok, Kubang Krian, Kuala Krai dan banyak lagi yang bukan dari kalangan penduduk setempat.

Apakah mereka-mereka ini hari-hari datang jumpa dengan pengundi-pengundi dalam kawasan mereka ?

Setahu kawan, wakil-wakil rakyat pakatan rompak hanya tahu datang pada sebelah malam sahaja, dating hanya untuk berceramah menghasut penduduk bukan dating hendak menjenguk permasalahan rakyat setempat, lepas itu kutip derma dengan orang kampong dengan alas an untuk ‘jihad’, padahal untuk perut mereka.

Sebagai wakil rakyat, sepatutnya melawat kawasan untuk meninjau kawasan-kawasan yang masih ketinggalan dari segi pembangunan dan kemudahan asas untuk kesejahteraan rakyat disamping membantu menyelesaikan permasalahan rakyat.

Cuba penulis blog ini lihat, apa yang dibawa oleh wakil-wakil rakyat pakatan rompak dalam kawasan mereka ?

Kalau ada pun, itu semua datang dari peruntukan-peruntukan kerajaan UMNO-BN, kalau hendak harapkan mereka, jadilah kampung itu macam Malaysia tahun-tahun 60an.

Mana wakil-wakil pakatan rakyat ini hendak ambil tahu hal-hal rakyat kalau datang hanya pada waktu malam, bukannya nampak apa yang kurang dalam kawasan mereka. Datang pun kalau ada program ceramah, lepas itu hasut rakyat dengan cerita-cerita fitnah, maki hamun pemimpin Islam dalam UMNO-BN.

Kawan rasa, penulis tidak payah risau pasal wakil rakyat Rompin, walau pun Dato’ Sri JJ telah dilantik Duta Besar ke Amerika Syarikat, ada tiga ADUN yang membantu beliau menyelesaikan masalah rakyat di Rompin.

Kawan rasa Rompin terus membangun, wakil-wakil rakyat UMNO-BN dalam Rompin tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan rakyat, apa kurangnya dengan Dato’ Maznah Mazlan, ADUN Muadzam Shah dan Timbalan Menteri, apa kurangnya Dato’ Mohd Shafri Aziz, ADUN Ibam, Exco Kerajaan Pahang dan apa kelemahan Kpt (B) Joharai Hussin, ADUN Tioman dengan rakyat ?

Kalau penulis hendak bawa cerita pasal pentadbiran UMNO Bahagian Rompin, apa kurangnya dengan kelebihan dan pengalaman Dato’ Hasan Arifin, Timbalan Ketua Bahagian untuk mentadbir politik dalam bahagian Rompin.

Hanya penyokong-penyokong ‘pakatan rompak’ sahaja yang tidak nampak semua pembangunan yang ada di Rompin, sebab telah dibutakan oleh penipu-penipu dalam ‘pakatan rompak’

Kawan bukan hendak membodek sesiapa, Dato’ Sri JJ pun tidak kenal kawan, tetapi bagi kawan, setiap wakil-wakil rakyat UMNO-BN sejak dari Dato’ Hasan Arifin menerajui UMNO Rompin pada tahun 1995 sehinggalah kepada pemimpin-pemimpin baru, Rompin tidak pernah diabaikan oleh mereka.

Sebab itu PAS & PKR berkubur setiap kali pilihanraya di Rompin. Penduduk Rompin bukan semua boleh dibodohkan oleh PAS & PKR, kalau ada yang menyokong pun kebanyakkan orang-orang luar yang datang ke Rompin kerana menumpang cari makan, orang-orang yang tidak diajar oleh PAS & PKR untuk berterima kasih pada kerajaan Negeri Pahang.

Kalau ditakdirkan ada pilihan raya kecil di Rompin, sorrylah kalau PAS & PKR hendak menang........ tanyalah dengan Fadly Ramly, berapa kali PAS & PKR menang di Rompin ?


2 comments:

  1. Salam Yang Gambi,

    Ahli Parlimen tempat lain pun terpaksa dipinjamkan tapi tak bising pun. Contohnya Shafie Afdal yang dipinjamkan ke Kedah atas tiket Perhubungan UMNO Negeri. Lagi jauh, tak kecoh pun..Lagipun, Rompin sepatutnya bangga sebab ada nama besar siap jadi Duta Malaysia lagi. Yang macam ayam riuh sekampung tu dok buat apa kat Rompin tu sendiri? Ntha pagi-pagi sembang di kedai kopi saja.

    bagus sangat ke dalam PR bila ada ahli parlimen turut pegang adun.nampak sangat tamak haloba. boleh buat kerja ke tu?

    ReplyDelete
  2. SLM Y.G..BIASA LA BRO..SKET PUNYE HAL PUN DIORANG PUNYE KECOH NGALAHKAN AYAM BETELOR EMAS KEHKEHKEH. TP KLU DIORANG PUNYE YB BUAT HAL, SEMUA TUTUP MATE. PIRAHHHH MABOK!!..PTUIHH!!

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..