Saturday, August 15, 2009

PKR-buat demo UMNO pengkhianat & PR-sebulat suara kutuk Umno hina Islam

Selepas penyokong Umno dan kumpulan NGO berdemonstrasi menyokong kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin, ‘Anwar pengkhianat bangsa Melayu’, para penyokong ‘Anwar pengkhianat’ pula berdemostrasi membantah Muhyidin.

Demonstrasi di hadapan Masjid Kubang Semang, Permatang Pauh selepas solat Jumaat semalamdikatakan disertai para penyokong Pakatan Rakyat (PR) itu diadakan dengan pelbagai sepanduk serta luahan rasa oleh penyokong-penyokong PR seperti 'Siapa Pengkhianat', 'Siapa Yang Sebenarnya Mengkhianati Bangsa' dan juga laungan takbir. (lebih kurang bunyinya ‘take beer’)

Petang kelmarin, di Tropicana Goft Resort ‘pakatan rompak’ telah mencapai kata sepakat berhubung isu arak di Selangor, malah sebulat suara mengutuk berpuluh tindakan Umno menghina Islam dan sensitiviti kaum Cina di Malaysia.

Dakwa ‘Anwar pengkhianat’, masalah arak di Selangor, Anthony Loke (DAP) menghina Islam serta gelaran 'pengkhianat' yang dilabelkan ke atas dirinya itu hanya sandiwara UMNO semata-mata demi menutup salah laku Umno menghina Islam dan kaum Cina.

Pulak dah………….

Semuanya ini berlaku selepas Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, ‘Tak apa kalau DAP hina Islam, DAP hina Islam pasal dia bukan Islam’.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat. "Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang,"

Inilah bapak segala pengkhianatan kepada umat Melayu yang menghalalkan segala perkara demi menjaga kepentingan politik.

Apakah Nik Aziz tidak merasa malu kalau Anwar pengkhianat dan pencaci-pencaci PAS menyerang peribadi Dato’ Sri Najib seorang pemimpin Malaysia ?

Mungkin kerana Nik Aziz sendiri telah melebelkan UMNO kafir dan ajaran sesat, maka pencaci-pencaci PAS dihalakan menghina peribadi pemimpin-pemimpin UMNO ?

Bagaimana dengan DAP, apakah DAP itu lebih Islam dari UMNO ?

Nik Aziz tidak rasa malukah, bila Hasan Ali ADUN PAS diperlekehkan oleh Ronnie Liu dari DAP ?

Nik Aziz faham kah, apa yang diperjuangkan Hasan Ali ?

Hasan Ali mempertikaikan penjualan arak di kawasan yang mana majotiti penduduknya adalah orang Melayu Islam, bukannya Hasan Ali menentang penjualan arak di Selangor.

Nik Aziz tidak rasa malukah, bila Jeff Ooi mendakwa Islam itu ekstrim dan tidak boleh di bawa untuk pentadbiran Negara ?

Nik Aziz tidak rasa malukah, bila Anthony Loke menghina seorang ulamak seperti Mohd Redhuan Tee ?

Kalau sekali pun Mohd Ridhuan Tee bukan dari keturunan Melayu, tetapi hurmati dia sebagai saudara sesama Islam.

Nik Aziz tidak rasa malukah Anthony Loke menghina Raja Nazrin Shah ?

Tidak malukah Nik Aziz bila pencaci-pencaci blog PAS menghina Mufti Perak dengan perkataan ‘pelacur’ ?

Apa, Nik Aziz tidak rasa sedikit pun malu membela seorang yang terkenal dengan kemungkarannya yang suka meliwat ?

Oleh kerana mereka-mereka ini sekutu dalam ‘pakatan rompak’, maka segala perbuatan mereka ditafsirkan halal bagi Tok Guru Nik Aziz.

Memandangkan UMNO adalah musuh nombor wahid PAS, Nik Aziz tanpa rasa malu dan segan melebelkan UMNO kafir, ajaran sesat walau telah terbukti UMNO selama ini memperjuangkan martabat bangsa Melayu dan agama Islam dalam Negara.

Hanya bagi manusia-manusia yang buta, tuli dan bodoh sahaja yang masih menafikan perjuangan UMNO selama ini.

Hanya bagi manusia-manusia yang bacul dan dayus sahaja masih bersekongkol dengan PAS, PKR dan DAP ‘pakatan rompak’ ini.



8 comments:

  1. SLM Y.G...MEREKA SAJE NK REVERSE SAIKOLOGI. MEREKA TAU MEREKA DH TERLANJUR TP OLEH KERANA SB TAKSUB MAKA MEREKA MANIPULASI TINDAKAN UTK MENGHALALKAN PERBUATAN PEMIMPIN AJARAN SESAT MEREKA. INILAH YG DI NAMAKAN BAPAK BOREK ANAK RINTIK!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam 1Malaysia dan salam kemerdekaan,
    Nikkie ajis memang hebatnya fatwanya, si harakahdaily.net hebat pula dengan bongoknya.. nak tahu crita? ushar http://ohpolitik.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. ALIH-ALIH UMNO PULAK DIKATAKAN HINA ISLAM. PANDAI BETUL PAS DAN RAJA PUTAR BELIT JUBURI INI PUSING BALIK. TAPI YANG AKU HAIRAN TU, PENYOKONG MEREKA INI BOLEH BETUL PULAK TU TERIMA BULAT-BULAT. MEMANG MATA HATI MEREKA SEMUA INI DAH DIBUTAKAN OLEH ALLAH.

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah...

    Ala puak2 pembangang @ pembangkang ni memang jenis ni tak payah kita dok heran..Apa yang depa buat semua betoi alih2 tala kat UMNO pulak yang salah

    ReplyDelete
  6. Salam 1Malayia Yanggambi,

    PAS ini sebenarnya adalah satu parti yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Telah luput tarikh. Sapa-sapa yang percaya dengan apa yang dibisik oleh Mursyidul Am DAP+PAS Nik Aziz itu maknanya mereka sengaja menempah maut.

    Nik Aziz, orang tua ini 100% cakap dia tidak boleh dipegang lagi, apa saja yang terkeluar dari mulut Nik Aziz semuanya adalah dusta, penipuan sama saja dengan Anwar Ibrahim yang suka bermain dengan kata-kata palsu mereka.

    Yang sangat-sangat menghairakan saya ialah bagaimana Nik Aziz mengizinkan orang bukan Islam untuk menghina agama Islam..jadi maknanya Nik Aziz juga merustui DAP untuk menghina Nabi Muhamad SAW. Menghina Islam sama juga dengan menghina Nabi Muhamad SAW. Jadi sekiranya perkara ini dilakukan di negara Islam lain, nescaya penghina-penghina ini akan dihukum pancung kepala...

    ReplyDelete
  7. salam, bro...dah tersepit diorang ni bro... macam tu lah perangai yang nak di harap perintah Malaysia...tak pernah nak mengaku silap dan salah...ni semua politik beruk bro....

    Ingat!!!! orang yang mula2 melangkah masuk neraka jahanam...para ulamak yang menyesatkan. lu fikir lah sendiri...

    ReplyDelete
  8. Salam semua bro,

    Terima kasih membantu,

    Kalau semua orang Melayu sedar akan tipu helah mereka, Malaysia akan aman, kaum lain tidak akan besar kepala.....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..