Sunday, August 16, 2009

Shafie Apdal-terapkan semula sifat mengenang jasa dikalangan masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu telah diajar turun temurun dengan sifat-sifat mengenang jasa atau budi, anak-anak masyarakat Melayu wajib mengenang jasa ibubapa yang melahirkan, membesarkan serta mendidik mereka sehingga dewasa, sehingga menjadi sebahagian daripada masyarakat yang berguna serta berbakti kepada kepada ibubapa.

Budaya mengenang budi diperturunkan kepada generasi ke generasi dalam masyarakat Melayu bukan sahaja ditumpukan kepada ibubapa, tetapi kepada masyarakat seluruhnya, khusus juga kepada guru-guru dan para pemimpin yang telah berbudi dan berjasa.

Budaya mengenag jasa atau budi ini semakin hari semakin telah mula lenyap dari kalangan masyarakat Melayu dengan kehadiran elemen-elemen baru yang mengubah pemikiran dan budaya mereka.

Budaya tidak mengenag jasa atau budi yang telah menular ini, mesti diterapkan serta di bendung semula, kalau tidak ianya dikhuatiri akan menular dikalangan anak-anak yang tidak ada sifat-sifat mengenang jasa dan budi kepada ibu bapa.

Itulah sebahagian ucapan YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rompin, Pahang di Auditorium UNITEN, Muadzam Shah pagi tadi.

Mengulas ucapan Shafie, masyarakat Melayu sekarang agak sudah jauh hanyut dengan budaya mengenang jasa, orang Melayu sudah pandai mengenepikan budaya ini apabila telah ditenggelamkan dengan dakyah dan hasutan dari kalangan orang Melayu sendiri yang terlalu mengejar kuasa dan jawatan.

Sebahagian besar umat Melayu telah melupakan jasa-jasa kepimpinan UMNO terdahulu yang berjuang untuk memartabatkan bangsa dan agama.

UMNO memulakan tanggungjawab memerdekakan bumi Melayu dan umat Melayu dari penjajahan, kepimpinan UMNO yang bermula dari Tunku Abd Rahman, diteruskan oleh Tun Abd Razak, Tun Husien Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan dipertanggungjawabkan pula kepada Dato’ Sri Najib untuk meneruskan pembangunan bangsa Melayu melalui pendidikan dan ekonomi.

Orang Melayu jangan lupa, kerana kebijaksanaan kepimpinan UMNO telah meletakkan taraf orang Melayu daripada tidak berpedidikan sehingga melahirkan ramai cerdik pandai dari kalagan orang Melayu termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada sekarang.

Selain pembangunan akademik, UMNO juga merancang dasar-dasar pembangunan ekonomi, pembangunan kekeluargaab dan kemudahan-kemudahan asas dalam masyarakat Melayu diseluruh Negara.

Orang Melayu termasuk pemimpin-pemimpin PAS & PKR tidak harus menafikan jasa-jasa yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan UMNO dalam menerajui kerajaan Melaysia untuk memartabatkan bangsa dan agama.

Janganlah kerana, terlalu taksub dengan dakyah orang-orang tertentu yang begitu rakus serta bernafsu kuat untuk menrebut kuasa dan jawatan, kita berterusan hanyut sehingga membuang jauh-jauh budaya mengenang jasa dalam pemikiran kita.

Jangan jadikan diri kita golongan Melayu yang sudah hilang nilai-nilai budaya mengenag jasa UMNO kerana hasutan pengkhianat-pengkhianat ini walaupun begitu jelas dan nyata bagaimana golongan pengkhianat ini sanggup menggadai maruah bangsa dan agama semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan jawatan.

Allah SWT berfirman;

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawabnya.” [Surah al Isra’: 36]

Sabda baginda SAW daripada Abu Hurairah r.a:

“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah”. (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Kata Al-Albani: Sahih)

“…dan barangsiapa yang melakukan kebaikan kepadamu, maka balasilah dia, jika kamu tidak dapati apa-apa untuk membalasinya, maka berdoalah untuknya hingga kamu dapati bahawa kamu telah membalasinya”.(Hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i dengan sanad-sanad As-Sahihayn)










4 comments:

  1. merasa sangat tersentuh dengan ucapan datuk seri tadi,,,ianya akan menjadi panduan dan pedoman....

    ReplyDelete
  2. salam, BERSYUKUR JUGA DI TUNTUT OLEH ISLAM.

    jika tidak bersyukur maka kita Kufur nikmat.

    ReplyDelete
  3. SLM Y.G..CUKUP MENGINSAFKAN..TANAH AIR BAKAL TERGADAI KLU KITA MENDIAMKAN DIRI

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Generasi selepas merdeka harus ditekankan.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..