Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu akan mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Rajmah Hussain yang telah bersara pada Jun tahun lepas.
Sekalung tahniah kepada Dato’ Sri JJ, juga Ahli Parlimen Rompin dan Ketua UMNO Bahagian Rompin yang telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.
Sebelum ini, Rompin telah dianugerahkan seorang Timbalan Menteri di Kementerian Sumber Manusia, YB Senator Dato’ Maznah Mazlan, merangkap ADUN Muadzam Shah dan YB Dato’ Mohamad Shafri Abd Aziz, dilantik Exco Kerajaan Negeri Pahang, ADUN Bukit Ibam.
Rompin, juga tidak ketandusan tokoh kepimpinan yang berwibawa sebelum kemunculan tiga tokoh tersebut, Dato’ Hasan Arifin juga pernah dilantik jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang, bekas ADUN Tioman dan Bukit Ibam yang sekarang ini memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin.
Di atas perlantikan Dato’ JJ sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat, sementara waktu ketiadaan Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Rompin dibarisi Timbalan Ketua, Dato’ Hasan Arifin, Naib Ketua Dato’ Maznah Mazlan dan Ketua Pemuda Dato’ Mohamad Shafri.
yanggambi mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri JJ dan selamat menjalankan tugas di Amerika Syarikat bermula dari September 2009.
TAHNIAH
Tahniah..Datok telah berjaya..hhmmm
ReplyDeleteBetambah bebas lah nanti di sana tu..kan
heee..hee
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih LB menjenguk blog kawan.
Memang dah minat, nak buat camno..........hee..he..