Saturday, August 22, 2009

PERMATANG PASIR-‘penyamun tarbus’ berkeliaran

Kalau dilihat dari caci hina pemimpin-pemimpin PAS terhadap kepimpinan UMNO, rasanya tidak tertanggung di bahu kita betapa buruknya tanggapan puak-puak PAS.

Ungkapan kafir, penyamun harta rakyat, pegamal rasuah, pendek kata tidak ada satu pun yang baik bagi mereka melainkan buruk belaka.

Tetapi, apa yang kita lihat di PRK Permatang Pasir, puak-puak PAS sebelum ini di lihat mengambarkan ciri-ciri warak, alim, kesederhanaan, miskin, tetapi hari ini mereka juga tidak ubah seperti orang-orang UMNO yang dituduh mengumpul harta kekayaan peribadi.

Pemimpin-pemimpin PAS begitu megah dan angkuh dengan kereta-kereta mewah mereka ke hulu ke hilir, kalau hendak difikirkan dari mana puak-puak ini mencari wang untuk membeli kereta-kereta mewah sebigini.

Dari mana puak-puak PAS ini dapat kekayaan ?

Kalau pemimpin UMNO, tentulah puak-puak PAS ini kata hasil dari rasuah, merompak harta rakyat, tetapi mustahil puak-puak PAS ini buat perkara yang sama. Mereka katanya pejuang Islam tulin, menentang rasuah, atau hasil dari kutipan derma jihad dari orang-orang kampong ?

Sebenarnya mereka ini perompak nombor satu dalam Malaysia bila sudah dapat berkuasa, mereka inilah yang telah menghalalkan segala apa yang pernah mereka haramkan terhadap UMNO dulu.

Cuma cara mereka tidaklah mungkin terlalu ketara, macam segelintir pemimpin UMNO buat, mereka melakukan rompakan dengan berdalil, mendalilkan yang haram bagi UMNO, halal bagi mereka. Itulah cara ‘penyamun tarbus' ini jalankan kegiatan untuk mengaut kekayaan menipu penduduk kampung beralaskan Islam.

Cuba kita renung, bagaimana calon PAS Permatang Pasir di dakwa menyelewengkan wang dana pilihan raya berpulu-puluh ribu, itu dibongkar ahli PAS sendiri.

Dari mana datangnya duit sebanyak itu ? kalau bukan datang dari sumbangan ikhlas penduduk kampong.

Bayangkan sungguh murah hati orang-orang kampung yang kebanyakan mencari nafkah dengan menoreh getah, bersawah, berkebun menghulurkan derma jihad kepada puak-puak ini.

Apa mereka buat, dengan duit itulah ‘penyamun tarbus’ ini memenuhi tuntutan nafsu mereka. Lihat sahajalah sekarang, bagaimana ‘penyamun tarbus’ ini menonjolkan kemewahan mereka di Permatang Pasir dari hasil menyamun duit orang-orang kampung.

Kalau kawan umpamakan puak-puak ‘penyamun tarbus’ ini adalah serapan amalan pengikut-pengikut Syi’ah, mungkin agak keterlaluan, tetapi cuba kita singkap sedikit lebih kurang ciri-ciri yang ada pada ajaran Syi’ah ini ;

- Melebihkan kaum kafir dan fasiq

Tidakkah puak-puak ‘penyamun tarbus’ ini, telah mengagung-agungkan DAP yang memusuhi Islam dengan mengkafirkan orang-orang UMNO yang mengangkat martabat agama Islam.

- Hanya yang mengikut parti mereka sahaja betul

Pengikut Syi’ah sahaja yang mengakui mereka Islam, selain dari mereka adalah kafir dan najis, dan sesiapa yang berjuang atas nama parti mereka maka orang itu seorang mujahid fi sabilillah walaupun seorang penyembah kubur.

Puak-puak ‘penyamun tarbus’ yang sering mendakwa parti mereka sahaja Islam dan UMNO kafir, malah menganggap DAP lebih mulia kerana menyokong parti mereka.

- Mensucikan ulama-ulama mereka sahaja

Syi’ah hanya mengikhtiraf Imam-imam mereka maksum dan tidak ada kesalahan langsung.

Puak-puak ‘penyamun tarbus’ ini hanya mendakwa ulama-ulama yang menyokong mereka sahaja yang betul, manakala ulama yang menentang macam Mufti Perak dan Ustad Mohd Ridhuan Tee telah dihina macam ‘pelacur’.

- Taqiyah (Bermuka-muka)

Syi’ah lebih bermuka-muka dengan amalan agama. Mereka menampakkan seolah-olah membela Islam tetapi mencela Sahabat-sahabat Nabi SAW serta menonjolkan diri bahawa mereka berjuang untuk Islam, tetapi matlamat utama hanyalah dunia dan kekuasaan.

Inilah yang berlaku kepada puak-puak ‘penyamun tarbus’ sekarang.

Terserahlah kepada umat Melayu Islam di Permatang Pasir untuk menilai dengan mata hati terhadap ‘penyamun tarbus’ yang sedang berkeliaran ini untuk menipu serta memperbodohkan penduduk kampong dengan watak-watak lebai, warak, ustad, ulamak dan tok-tok guru.




6 comments:

  1. Salam..
    Selamat berpuasa dan salam persahabatan dari kami.
    Terima kasih kerana sudi layari blog kami..Harap kita dapat bekerjasama.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Saya lihat PAS lawan UMNO ada element lost lost. Yang Win DAP. Islam juga dalam situasi lost lost bila DAP dalam keadaaan win. Matlamat kena benar-benar clear..memenangkan PAS kerana Islam atau Memenangkan UMNO kerana Islam... Jangan memenangkan mana-mana tetapi yang untung musuh Islam yang nyata. Allhuwallam.

    ReplyDelete
  3. Cuba bayangkan jika Nik Aziz dulu setuju untuk kerajaan perpaduan..ccz dah cakap awal-awal..lagu mana penyokong depa nak serasi dengan penyokong-penyokong UMNO?Depa ni tak pikir..masyarakat dok perati saja tindak tanduk depa..yang ketara, depa ikut hati, buat perangai samseng tahap budak yang tak guna otak.Tang tunjuk berkereta mewah tu bukan apa..keciwi orang tua-tua cakap..depa lagi lembek lutut dengan wang..

    ReplyDelete
  4. Salam Hurmat...

    Kalau hukum hudud Allah pun boleh dipermainkan seperti lakonan sendiwara pementasan oleh PAS, maka tidak hairanlah isu-isu lain dengan mudah sahaja dipentaskan oleh PAS sekali pun tanpa skrip dan percangahan sesama mereka

    ReplyDelete
  5. Bawa2 lah bertaubat PEJUANG CYBER, dalam keadaan umur dah nak pencen ni lebih baik buta perubahan...
    Begitu juga dengan Senjaliza, JOM SERTAI PAS!

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..