Friday, August 7, 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu – mampukah PAS mempertahankannya jika memerintah ?


Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:

  • Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

  • Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

  • Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Adakah PAS akan mempertahankan ketujuh-tujuh wasiat Raja-Raja Melayu tersebut ?

Kawan rasa tidak, kerana kepimpinan PAS tidak berminat untuk memperjuangkan bangsa Melayu, PAS hanya berminat untuk mendapatkan kuasa, PAS hanya berminat untuk melihat UMNO tumbang rebah ketanah. Itu sahaja matlamat utama PAS….

Tetapi, PAS memperjuangkan Islam, menegakkan Islam sebagai ‘addin dan mengwujudkan sebuah Negara Islam tulin di Malaysia ?

Itu semua hanya ada pada bendera PAS sahaja, semuanya itu sudah dilemparkan ke atas bendera yang berkibar seluruh pelusuk bumi. Islam yang diperjuangkan PAS hanya dapat dimegahkan pada benderanya sahaja……..

Kita lihat sahaja gelagat pemimpin-pemimpin PAS sekarang, semuanya bercawat ekor apabila berdepan dengan DAP, orang-orang Melayu yang menjadi pendokong PAS dan PKR sudah menjadi bacul, dayus tidak bersuara menentang DAP.

Bagaimana PAS menangani tindak tanduk DAP di Kedah ?

Kerana kandang babi PAS sanggup menggadai agama dan kepentingan umat Melayu. Melutut kepada DAP agar jangan keluar dari ‘pakatan rakyat’.

Bagaimana PAS dipergula-gulakan di Pulau Pinang ?

Mana hilangnya kemegahan suara wakil-wakil rakyat PAS dan segelintir wakil-wakil rakyat Melayu PKR ?

Bagaimana pemimpin PAS dan PKR menangani penghinaan Jefri Ooi, Ahli Parlimen Jelutung juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, apabila mendakwa Islam adalah ekstrem dan tidak layak digunakan dalam pentadbiran.

Bagaimana pula ketegasan suara wakil-wakil rakyat PAS menangani kebiadapan Ronnie Liu, Exco Selangor menghina umat Islam dengan mengatakan ‘beer’ tidak haram diminum oleh orang-orang Islam.

Bagaimana PAS menjadi barua DAP di Perak ?

Lihat sahaja bagaimana Nizar bersikap kurang ajar kepada Sultan Perak, Nizar lebih bersedia menderhaka kepada Sultan Perak daripada melanggar sumpah ikrar taat setia dengan DAP.

Bagaimana Nizar telah mencabul 7 wasiat Raja-Raja Melayu, dengan memberi tanah rezab Melayu kepada kaum Cina ?

Mengapa Dewan Pemuda PAS diterajui Nasharuddin Hassan tidak mahu mengumpul pemuda-pemuda Islam, atau pun upah para remaja untuk berhimpun beramai-ramai di Sekangor dan Pulau Pinang mendesak wakil-wakil rakyat DAP ini dilucutkan jawatan ?

Buatlah demonstrasi macam mana yang dibuat untuk memansuhkan ISA…..

Ketua Dewan Pemuda PAS, ekor telah bercawat, batu telah termasuk, berani hanya paada sesame Melayu, sesame Islam sahaja………. Dengan DAP kafir laknat tunduk menyembah bumi………… inilah Melayu bacul !!!!!!!!

Bagaimana pula dengan Tuan Guru Nik Aziz ?

Kenapa tidak mengeluarkan fatwa macam mana Nik Aziz memfatwakan UMNO sebuah parti ajaran sesat, UMNO kafir, pergi jahanam dengan UMNO, itulah ungkapan-ungkapan Nik Aziz yang bergelar tuan guru, ulama agung yang fasih berbahasa arab, mempunyai ijazah pengajian Islam, sama taraf dengan para wali.

Presiden PAS, Hadi Awang dikecam hebat oleh Nik Aziz dan erdogan-erdogan PAS kerana mengwujudkan idea ‘kerajaan perpaduan”, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa diarah meletak jawatan serta dipulau dalam kempen PRK Manek Urai kerana menjadi dalang pertemuan dengan kepimpinan UMNO, Rosalan Shahrir, Setiausha Politik, Hadi Awang dipecat, juga kerana itu.

Sebenarnya, inilah pertunjuk dari Allah kepada umat Melayu Islam bahawa PAS bukan memperjuangkan Islam, PAS hanya menggunakan Islam untuk menipu umat Melayu Islam. PAS sebenarnya tidak mampu serta tidak berniat untuk mempertahan maruah bangsa dan Islam jika memerintah bersama ‘pakatan rakyat’.

Harapkan bantuan PKR, pemimpin Melayu PKR lebih munafik dari PAS, kalau umat Melayu Islam masih berterusan mengharap PAS dan PKR untuk perjuangkan bumi Melayu ini, tunggulah akan kehancurannya……….


13 comments:

  1. salam saudara...
    Kwn tau niat saudara utk lihat Melayu bersatu.Kwn pun harap sgt Melayu akan bersatu krn dgn bersatu Melayu juga akan dpt kebaikan.

    ReplyDelete
  2. Hanya bangsa Melayu sahaja yang dapat memahaminya..jika tiada kekuatan dan perpaduan dalam bangsa itu sendiri..maka nk wat camne kan..xkan bersatulah n sentiaslah mencari kesalahan bangsanya sendiri..ketika mana mereka berkrompomi dengan kekawan mereka itu..mereka sudah tidak pentingkan bangsanya..tetapi pentingkan parti semata2...bagaimanakah caranya hendak menyatupadukan bangsa yang kita cintai ini????

    ReplyDelete
  3. Pemimpin PAS akan kata Wasiat tu dah tak Releven dah sekarang ni......wasiat tu rasis..mementingkan satu kaum je..PAS tak kira kaum tapi yang penting "MEMBVANGUN BERSAMA ISLAM ALA DAP DAN PKR"

    ReplyDelete
  4. Diharapkan RTM menyiarkan gambar rakaman yang asal di semua saluran TV di negara ini supaya semua bangsa melihat dan mendengar sendiri wasiat Raja-Raja Melayu, pada 6.Ogos 1957.
    Supaya faham bagai mana orang melayu berkorban
    demi kesejahtraan nagara.

    ReplyDelete
  5. SLM Y.G..MUNGKIN PADA KITA MUDAH NAK SATUKAN TP PAYAH BG MEREKA NAK MULAKAN. AKHIRNYA YG MERANA ADALAH ORG MELAYU TU SENDIRI. BAGAIKAN GAJAH SAMA GAJAH BERTEMPUR, PELANDUK DI TENGAH2 KETAWA TERBAHAK2 MELIHAT KITA JAHANAM SESAMA SENDIRI

    ReplyDelete
  6. ehehe.. thanks for the info..

    salam singgah dari ku.. ;p

    ReplyDelete
  7. Yang Gambi! Adakah UMNO dikatakan mengekalkan system beRaja dgn meminda perlembagaan untuk membenarkan dan membolehkan si kapal sigh tu saman sultan ku?

    ReplyDelete
  8. Salam semua,

    Terima kasih sahabat-sahabat sudi singgah blog kawan dengan komen yang dijadikan panduan.

    Sahabat LananBulu,setahu kawan, UMNO masih utuh mempertahan sistem Raja Berpelembagaan dalam negara, berhubung dengan pindaan perlembagaan, kawan rasa hanya mengugurkan beberapa perkara yang mengurangkan kuasa Sultan, tetapi tidak melupuskan kuasa Raja seperti yang dicadangkan "Malayan Union".

    UMNO tidak akan sekali-kali mencabul hak-hak Melayu termasuk Raja-Raja macam mana berlaku Raja-Raja Melayu yang dilucutkan oleh Belanda dan British di kepulauan Riau.

    ReplyDelete
  9. Pindaan Perlembagaan hanya membuka sedikit ruang bagi membincangkan hal-ehwal Raja-Raja didalam Dewan bukannya lesen besar untuk mempertikaikan kedaulatan dan Ketuanan Raja-Raja. Immuniti Raja juga kekal melainkan tindak-tanduk Raja2 dalam urusan peribadinya terhadap apa-apa kesalahan2 dibawah mana-mana undang2 bertulis Negara. Maksudnya, Raja2 tetap memiliki dan menikmati kedudukan, keistimewaan selari dengan kedaulatan dan Ketuanan Baginda-Baginda Tuanku.


    Maka jangan beranggappan Raja sekadar simbolik kerana Kuasa sememangnya ditangan Raja2 jelas termaktub didalam Perlembagaan.



    Beberapa Petikan dari blog diatas Marhean apa yang Prof Aziz kata;"Bagaimana pun Aziz bersetuju bahawa sultan tidak boleh diseret ke mahkamah kerana baginda masih kebal di dalam mahkamah biasa. Katanya sultan hanya boleh diseret ke Mahkamah Khas yang bagaimanapun hanya menangani soal-soal peribadi seperti gagal membayar hutang dan seumpamanya.


    Meskipun begitu beliau tidak nampak mengapa kritikan tidak boleh dibuat." Prof Dr Aziz ujar lagi; "Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok," ujarnya."Dalam dua kenyataan Prof Dr Aziz Bari ini cukup sebagai pengendosan akan Ketuanan dan Kedaulatan Tuanku.


    Naspazi dari negeri mana – takkan tidak ada Tuanku yang memerintah dinegeri itu? Apakah saya bias atau awak (Naspazi)? Nampaknya, Beginilah, Naspazi sebenarnya tidak faham apa yang dipindapun – baca betul2 ucapan Tun Dr Mahathir sekali lagi apa yang sebenarnya dipinda. Tun Dr Mahathir sememangnya setia (Lahir dan batin)kepada Raja2 Melayu. Inilah masaalahnya bila tidak faham apa yang dibaca.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih sdr Arif Omar membantu menjelaskan lagi berhubung kuasa Raja-Raja, harap-harap bagi pihak yang hanya dengar cerita dapat memahaminya... terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  11. SALAM ZIARAH BRO...TERUSKAN PERJUANGAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

    HADIR2 LAH DI BLOG TEMAN....

    ReplyDelete
  12. Maklumat dan mesej diterima.
    TQ

    ReplyDelete
  13. Maaf... saya terfikir sejenak melihat ayat yang pertama... wasiat terang menyatakan sepatutnya tanah air kita ini DINAMAKAN dan DIPANGGIL dengan nama "PERSEKUTUAN TANAH MELAYU" tapi tidak dengan nama "MALAYSIA". Kenapa sudah diwasiatkan tetapi menukar lagi nama?

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..