Wednesday, August 19, 2009

MB Perak Dr Zambry-saya tetap turun ke surau, masjid


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, tetap akan meneruskan program melawat masjid dan surau di seluruh negeri meskipun tindakan itu tidak disenangi dan dibantah Pas.

Kenyataan dibuat Dr Zambry ekoran, Penolong Setiausaha Pemuda Pas Perak, Safarizal Saleh, itu mendakwa Zambry menyalah gunakan majlis tazkirah dan ceramah di Masjid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh di sini, pada 17 Ogos lalu.

Safarizal juga mendakwa, Dr Zambry tidak mempunyai tauliah daripada Sultan Perak dan telah melanggar titah Raja Nazrin pada 2 Julai tahun lalu yang mahu masjid dan surau di Perak bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian manakala urusan agama Islam tidak harus dibenar untuk dipolitikkan.

Begitulah jumud dan dungunya perangai puak-puak PAS ini, apakah masih tidak sedar bahawa Dr Zambry adalah Menteri Besar Kerajaan Perak, selaku ketua kerajaan belaiu tiada halangan untuk melawat mana-mana tempat termasuk Masjid-Masjid dan Surau.

Selaku ketua kerajaan, Dr Zambry bebas bertanya khabar rakyat tidak kira luar atau dalam Masjid atau Surau dan Dr Zambry juga tidak boleh dihalang untuk menyampaikan ucapan dalam Masjid sebagai seorang ketua kerajaan. Lagi pun Dr Zambry bukan orang kafir atau mengajar agama Islam macam Nga-DAP di dalam Masjid.

Kalau seorang berjawatan ketua kerajaan yang beragama Islam dilarang bertemu dengan rakyat di dalam Masjid atau Surau, kawan rasa memang teruk sangat ilmu yang diperolehi oleh puak-puak PAS ini dari Tok-Tok Guru mereka.

Cuba puak-puak PAS ini renung betul-betul, selama kerajaan UMNO menjadi ketua kerajaan di Malaysia ini, berapa banyak pemimpin-pemimpin UMNO telah menyalahgunakan Masjid dan Surau untuk kepentingan politik ?

Setahu kawan, pemimpin-pemimpin UMNO lebih kepada program mengimarakkan Masjid dan Surau untuk kesejahteraan serta menyatupadukan umat Islam.

Bukan macam pemimpin-pemimpin PAS yang mengambil kesempatan atas nama agama untuk menghasut, memfitnah serta memecahbelahkan umat Islam di dalam Masjid dan Surau.

Berapa banyak telah kita lihat, pemimpin-pemimpin PAS merampas kuasa tugas Khatib menyampaikan Khutbah Jumaat tanpa kebenaran Majlis Agama Islam setempat. Tanpa menghiraukan jemaah terus menyampaikan khutbah berupa ceramah kempen PAS dengan memfitnah, menghasut umat Islam.

Kalau dilihat bagaimana Nik Aziz menggunakan Masjid dan Surau di Kelantan untuk kepentingan politik PAS, atas nama tazkirah PAS menggunakan sepenuhnya masjid dan Surau sampai ke subuh. Malah Nik Aziz membelakangi Sultan Kelantan selaku ketua agama Kelantan mengarahkan Imam dan Khatib boleh menyampaikan khutbah berunsur politik.

Begitulah buruknya perangai puak-puak PAS ini, kalau pemimpin-pemimpin UMNO jarang dating ke Masjid atau Surau meraka kutuk macam-macam, bila pemimpin UMNO selalu ke Masjid-Surau pun dia kutuk macam-macam, sentiasa memandang serong kepada pemimpin-pemimpin UMNO.

Puak-puak PAS ini, asal boleh bercakap, boleh berceramah, boleh baca sikit-sikit ayat Quran, boleh dapat title Ustad, tiadk kiralah penyangak mana pun janji sokong PAS, macam Ustad Nga dan Ustazah Eli………

PAS, anggap Islam hanya untuk puak-puak dia orang saja, kalau puak-puak UMNO yang taat dengan ajaran Islam pun dia lebelkan kafir, tidak akan masuk syurga. Macamlah ‘syurga’ itu hak puak-puak PAS……….

Sebagai umat Melayu Islam, kita perlu merenung sehalus-halusnya penyelewengan PAS ini dari segi agama Islam, tinggalkan parti yang sentiasa menyesatkan umat Islam dan sentiasa menyebarkan fitnah untuk memecahbelahkan umat Islam. Parti ‘dajal’ yang menawarkan ‘syurga’ kepada umat Islam.









11 comments:

  1. Jangan takut atau gentar selagi apa yang kita lakukan adalah perkara kebaikan

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Syabas sahabat, bersuara demi kebenaran untuk maruah agama dan bangsa Melayu....

    ReplyDelete
  3. PAS sekarang bukan macam dulu,PAS dulu diajar oleh Tok Guru Agama, PAS sekarang diajar oleh Tok Guru DAP dan PkR.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Larang p masjid? wah sorga, sorga.

    ReplyDelete
  5. Buat dulu..tok sah dok bising2...samada rakyat nak terima atau tidak itu perkara lain..itu lain kes.
    Sebagai MB (tak kira samada sah atau tidak itu perkara lain)seorang muslim. Ziarah tu adalah digalakkan. niat tu adalah kerana Allah swt. Kalau kita nak buat kerja kerana Allah kenapa harus dok ambil kisah 'bunyi' kat luar tu???
    Kalau dok kira orang ..nanti korje tak siap yop!

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Kawan setuju dan hargai komen LanaBulu dan sahabat-sahabat yang lain. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Salam Ziarah....

    Dok kira dengan puak-puak ni sampai bila pun tak habis sokong YAB MB Perak Dr Zambry teruskan niat murni anda untuk menziarahi masjid dan surau jangan peduli apa yang depa kata.Puak PAS ni dah dikuasai oleh DAP tu yang depa jadi macam tu.

    ReplyDelete
  8. Saya datang berkunjung sahabat.
    Marhaban ya ramadhan ... maaf kalau tidak muslim lupakanlah tulisan saya ini.

    ReplyDelete
  9. SLM Y.G..MEREKA2 NI X DPT NK BEZAKAN YG MANA CERAMAH AGAMA DAN YG MANA CERAMAH MENGHINA. SB TU OTAK2 MEREKA NI MCM OTAK PLASTIK

    ReplyDelete
  10. salam, bebudak hingusan, baru nak belajar dari guru2 lapuk PAAih, cara nak berpolitik gunakan Islam...tak heran..muka dan rupa pun tak cerdik.

    Ni A Jis yang duduk atas mimbar masjid di Manek urai ceramah kempen Pilihanraya tu apa ke jadahnya... fatwa dia dibolehkan berkempen dalam masjid...phuiii punya bebudak hingusan ni.

    bro gambi pergi ke blog minagjinggo fotopages, disitu ada gambar Ni A Jis kempen dalam masjid. tunjukkan pada haprak2 tu.

    ReplyDelete
  11. Nasionalisme adalah perjuangan yang tidak selari dengan Syariat Islam.

    Sabda Rasulullah SAW:
    Bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang menyeru kepada perkauman, dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang berjuang demi kerana perkauman, dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang mati kerana perkauman.
    -Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'ie.
    Nasionalisme=perkauman sempit=kepentingan kaum sendiri=takut kepada kaum lain.
    Sepatutnya takut kepada Allah kerana tidak memartabatkan Islam.
    Semua bangsa, suku kaum, etnik apa sekalipun akan selamat apabila Islam dimartabatkan.

    Renung kembali Sejarah Gemilang Islam, Negara Islam Madinah tegak dengan Islam menjadi tunjang negara (bukan sekadar sebagai agama rasmi), maka semua umat manusia di sana muslimin, yahudi, nasrani dan majusi hidup aman, makmur, selamat, sejahtera dan berkebajikan. Begitu juga yang berlaku dibawah pentadbiran Empayar2 Islam selepasnya spt Empayar Islam Umawiyyah, Abbasiyyah, Turki Uthmaniyyah dll. Tamaddun Islam mula runtuh hanya apabila umat Islam mula berpecah belah di atas dasar perkauman bukan atas dasar persamaan akidah. Masing2 menuntut hak dan kepentingan atas dasar persamaan suku kaum masing2 sahaja, maka bermula dari situ hinggalah sekarang sebahagian besar umat Islam yang ada hari ini masih mewarisi perjuangan semangat perkauman yang serupa, dek kerana itulah tamaddun Islam di seluruh dunia masih belum dapat bangkit semula. Umat Islam dihina dicaci dipersenda dibunuh dan sebagainya.

    Oleh itu marilah kita umat Islam di Malaysia sama bersatu di bawa satu panji iaitu Panji Islam di atas satu dasar iaitu Dasar Islam, buangkan lah dasar perjuangan yang hanya berlandaskan ketakutan perkauman semata-mata kerana dasar mementingkan kaum sendiri dan takut kepada kaum lain tidak akan membawa kita ke mana melainkan ke tempat yang tidak baik di akhirat kelak...wal'iyazubillah.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..