Rohaizat Othman sejak hari pertama diumumkan sebagai calon, PAS telah bertalu-talu mengaitkan belaiau dengan tindak tanduk firma guamannya mengendalikan satu kes yang melibatkan pelanggan mereka, sebuah koperasi Bumiputera di Pulau Pinang berhubung soal pembelian tanah sehingga menyebabkan lesen amalan guamannya ditarik balik oleh Majlis Peguam.
Sedangkan, Rohaizat dan pemimpin UMNO-BN telah memberikan penjelasan bahawa isu tersebut diselesaikan secara baik antara Rohaizat dan pelanggan firma gaumannya itu malah Rohaizat tidak dicaj di mahkamah atas apa jua pertuduhan atau disabitkan dengan apa jua kesalahan sivil mahupun jenayah.
Tetapi puak-puak PAS yang diterajui Mahfud masih berterusan menyerang Rohaizat dan UMNO, Mahfud Omar, selaku Pengarah Pilihan Raya PAS sudah melilau macam ‘kucing hilang anak’ apabila isu calon PAS Mohd Salleh Man terbongkar di laman-laman blog, bertambah-tambah lagi pendedahan penyelewengan calon PAS ini datang dari puak-puak mereka sendiri.
Ciri-ciri Islam yang selama ini menjadi tulang belakang PAS untuk menagih undi dari kalangan orang Melayu, nampaknya lansung sudah tidak diguna pakai oleh PAS dan Mahfud. Ketelusan PAS dan Mahfud untuk menangani kepincangan calon mahu pun parti lebih menampakkan kemungkaran PAS sendiri.
Mahfud dan PAS telah termakan sumpah fatwa, fitnah, khianat dan caci maki mereka sendiri, semua yang dilemparkan kepada UMNO, kepimpinan UMNO telah berpatah balik kepada muka-muka PAS sendiri.
Mari kita lihat bagaimana Mahfud dan PAS menggunakan kelicikan muslihat dan pembohongannya menangani kepincangan mereka;
PERTAMA - Mursyidul Am PAS Nik Aziz berkata, ‘anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin’.
Nik Aziz mati-matian menafikan pernah berkata demikian, walhal rakaman percakapan dia amat jelas sekali. Apabila Nik sudah terasa malu dengan taraf tok gurunya, mula mengugut untuk menyaman akhbar dan media yang menyiarkan berita tersebut.
Selain itu, Nik Aziz juga mencabar untuk bersemuka dengan jawatankuasa muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga. Walau bagaimanapun, Nik Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa ajaran Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga.
KEDUA – Rohaizat di senarai hitam oleh Majlis Peguam, walau pun Raohaizat dengan secara terbuka menjelaskan yang beliau telah tidak dicaj di mahkamah atas apa jua pertuduhan atau disabitkan dengan apa jua kesalahan sivil mahupun jenayah.
Puak-puak PAS mengambil jalan baru dengan mengheret bekas rakan kongsi Rohaizat ke pentas ceramah PAS, Yusri Isahak tampil memberi penjelasan kononnya bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.
Kalau kita renungi, Rohaizat ikhlas mengakui perkara itu berlaku dan beliau telah menyelesaikannya, kalau tidak, masakan KPGNPP mengeluarkan kenyataan bahawa Rohaizat tidak lagi dalam dakwaan.
Lagi pun penggunaan wang koperasi bukan disengajakan, yang menjadi malangnya firma beliau gagal menjual keseluruhan tanah sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan, bukannya bertujuan menipu atau songlap duit koperasi.
Tetapi apa yang lebih menariknya, walau pun Mahfud dan PAS cuba menambat Yusri untuk memalukan Rohaizat, Yusri menyatakan, jika berpeluang untuk mengundi, beliau akan mengundi Rohaizat, kerana Rohaizat adalah kawan dia.
Bukan macam calon PAS, Mohd Salleh Man, mendiam membantu dengan dakwaan mengisi poketa sendiri wang dana pilihan raya berjumlah beratus ribu…..
KETIGA - Isu calon PAS, Salleh telah mengelapkan wang parti sebanyak RM600,000 di dalam blog. Salleh juga sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada sebuah bank perdagangan kerana urusan pinjaman yang tidak berbayar.
Mahfud dan PAS macam ‘lipas kudung’ mengambil langkah segera untuk membersihkan nama Salleh dengan meminta penulis blog yang membuat dakwaan Salleh menggelapkan wang parti supaya tampil membuat kenyataan secara terbuka bersama bukti.
Mahfuz dan PAS mencabar dan mendakwa penulis blog itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak berani tampil untuk membuat aduan kepada mana-mana pihak berkuasa sekiranya perkara itu benar.
Hendak kata bisu, tidak juga, kalau betul Salleh hanya difitnah, Mahfud sepatutnya bawa Salleh keseluruh Masjid dan Surau atau ke markas-markas PAS di Permatang Pasir, bersumpah, junjung Quran dihadapan penyokong-penyokong PAS untuk menafikannya.
Takut apa, bukankah selama ini PAS dan kepimpinannya berjuang berlandaskan Islam, berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah, kembalilah kepada jalan Islam……
Atau pun Salleh macam Anwar juga, takut, bacul hendak bersumpah dengan nama Allah ?
Macam mana pula dengan cerita
KEEMPAT - Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hasan, mendakwa Rohaizat mempunyai isteri kedua yang bernama ‘Hafizah’ yang dikahwini oleh Rohaizat pada tahun 2005 juga merupakan ketua kerani, yang berkerja di pejabat Rohaizat, lapan tahun lalu dan kini tinggal di Jengka, Pahang.
Rohaizat menafikan fitnah baru yang dibawa Ustad Tantawi ini, ‘Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan.
"Ini adalah pembohongan semata-mata. Saya tidak mempunyai isteri bernama Hafizah. Isteri saya seorang sahaja," pengakuan Rohaizat.
Kalau benar sekali pun Rohaizat mempunyai dua Isteri, apakah Rohaizat telah melanggar hukum agama ?
Setakat ini, tidak ada dengar pun gadis bernama ‘Hafizah’ membuat tuntutan di mana-mana Mahkamah Syri’ah, yang dia diseksa atau tidak diberi nafkah.
Tetapi kalau cerita Ketua Dewan Ulama PAS Perlis adalah, isterinya mendakwa di Mahkamah Syari’ah pasal kena seksa dan hanya diberi nafkah sekali sahaja dalam tempoh sepuloh tahun bernikah.
Satu lagi kes isteri muda ADUN di Kelantan, menuntut nafkah sampai RM3 juta.
Dan lagi, kalau tidak silap dengar, Presiden PAS Hadi Awang pun dengar ceritanya beristeri lebih dari satu, mungkin dua atau tiga ? itu sahabat dari Trengganu yang cerita……
Bagaimana dengan Nasaruddin sendiri ?
Tidakkah, semasa Nasaruddin tinggal di Bandar Muadzam Shah, Pahang kecoh juga rumah tangga pasal Nasaruddin bernafsu hendak berbini lagi ?
KELIMA - Wang palsu RM100 untuk undi BN.
Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada PRK, 25 Ogos ini.
Kalau difikir, adakah UMNO-BN yang buat kerja-kerja tidak bermoral macam itu, kalau bukan dari perbuatan pengkhinat-pengkhianat ini.
Begitulah ghairahnya Mahfud dan PAS berbelit-belit menipu pengundi-pengundi Melayu di Permatang Pasir, macam ‘cacing kepanasan’ Mahfud dan PAS mencari idea untuk menumbangkan calon UMNO-BN.
Perjuangan PAS yang berlandaskan Islam, sudah berkubur di Permatang pasir, hendak cerita Islam apa lagi pada penduduk kampong, kalau PAS sudah jadi dayus dan bacul mempertahankan Islam di Pulau Pinang, Kedah dan yang paling teruk di Selangor.
Umat Melayu di Permatang Pasir bukan bodoh lagi wahai Mahfud, sudah terlalu lama umat Melayu dan pengundi-pengundi Permatang Pasir diperbodohkan. Mereka sudah sedar sekarang, mereka akan mengundi calon Barisan Nasional demi maruah bangsa dan agama. InsyaAllaah………
Bukan Isteri Rohaizat, kot isteri dia,cuba siasat.
ReplyDeleteSuruh dia (Nasrudin Hassan) cabut lah serban atas kepala tu, kalau dok tuduh orang sebegitu rupa atau biar Rohaizat ajak dia berdebat tentang isu kahwin dua ni. kan dia minat berdebat.Alahai apa nak jadi dengan puak PAS ni, Lepas ni kena pegi jumpa Pak nik ajiz, tanya dia kalau tudoh orang boleh masuk Syurga tak ?.
Nasionalisme adalah perjuangan yang tidak selari dengan Syariat Islam.
ReplyDeleteSabda Rasulullah SAW:
Bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang menyeru kepada perkauman, dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang berjuang demi kerana perkauman, dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang mati kerana perkauman.
-Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'ie.
Nasionalisme=perkauman sempit=kepentingan kaum sendiri=takut kepada kaum lain.
Sepatutnya takut kepada Allah kerana tidak memartabatkan Islam.
Semua bangsa, suku kaum, etnik apa sekalipun akan selamat apabila Islam dimartabatkan.
Renung kembali Sejarah Gemilang Islam, Negara Islam Madinah tegak dengan Islam menjadi tunjang negara (bukan sekadar sebagai agama rasmi), maka semua umat manusia di sana muslimin, yahudi, nasrani dan majusi hidup aman, makmur, selamat, sejahtera dan berkebajikan. Begitu juga yang berlaku dibawah pentadbiran Empayar2 Islam selepasnya spt Empayar Islam Umawiyyah, Abbasiyyah, Turki Uthmaniyyah dll. Tamaddun Islam mula runtuh hanya apabila umat Islam mula berpecah belah di atas dasar perkauman bukan atas dasar persamaan akidah. Masing2 menuntut hak dan kepentingan atas dasar persamaan suku kaum masing2 sahaja, maka bermula dari situ hinggalah sekarang sebahagian besar umat Islam yang ada hari ini masih mewarisi perjuangan semangat perkauman yang serupa, dek kerana itulah tamaddun Islam di seluruh dunia masih belum dapat bangkit semula. Umat Islam dihina dicaci dipersenda dibunuh dan sebagainya.
Oleh itu marilah kita umat Islam di Malaysia sama bersatu di bawa satu panji iaitu Panji Islam di atas satu dasar iaitu Dasar Islam, buangkan lah dasar perjuangan yang hanya berlandaskan ketakutan perkauman semata-mata kerana dasar mementingkan kaum sendiri dan takut kepada kaum lain tidak akan membawa kita ke mana melainkan ke tempat yang tidak baik di akhirat kelak...wal'iyazubillah.
Kalau dah dasar perjuangan tak betul, tak ikut kehendak syariat, nabi tak mengaku ummat, boleh ke masuk syurga Allah SWT???
ReplyDeleteSaya rasa boleh...
Boleh jika bertaubat dan kembali kepada Islam sebenar...
AKUM SALAM RAMADHAN AL-MUBARAQ SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI OLEH ALLAH DARI BALA DAN MALAPETAKA. UNTUK PENDUDK PERMATANG PASIR SELAMAT MENGUNDI DAN PILIH LAH CALUN YANG SESUAI DENGAN KEHENDAK RAKYAT JANGAN PILIH CALUN YANG MEMPERJUANGKAN PERIBADI DAN TIDAK JUJUR. NAK BUKTIKAN ADA ISTERI KEDUA ATAU TIDAK KAN MUDAH JER YANG ORANG YANG KENA TUDUH MINTALAH BUKTI NIKAH KAT MANA ADA TAK SIJIL NIKAH NYA APA NAK BERTEGANG LEHER BERKENAAN PERKARA ITU BELIAU SEORANG PEGUAM KAN LEBIH TAHU BERKENAAN UNDAN2 SYARIAH. JANGAN KELIRUKAN RAKYAT DAN PENGUNDI DAH NAMA NAK PILIH PEMIMPIN MESTILAH KENA ADA CIRI2 JUJUR IKHLAS DAN DIYAKINI OLEH SEMUA PIHAK.KALAU DAH PERNAH TERLIBAT DENGAN PECAH AMANAH MACAM MANA NAK KATA DIA BAIK DAN JUJUR PULAK FIKIRKAN LAH. BAGI SAYA KALAU UBN KALAH MEMANG HAIRAN KERANA JENTERANYA MANTAP INI KATA KETUA PENERANGAN UMNO DAN RAKYAT TELAH MENERIMA GELOMBANG PERUBAHAN YANG DAHSYAT KATA PARA JUAK2 UBN LAH ITU KATANYA BUKAN KATA AKU. SELURUH SALURAN TV BAIK YANG SWASTA MAHUPUN KERAJAAN KEMPEN NYA LAGI KALAH CERAMAH. AKHIR NYA FIKIRKANLAH APAKAH UBN INI MASIH MENEPATI CITA RASA PARA PENGUNDI MASA KINI? ATAU AKAN LUPUT DITELAN ARUS GELOMBANGNYA SENDIRI. PADA PRU13 NANTI UBN AKAN TENGGELAM DILAUTAN TIDAK AKAN ADA ORANG YANG MEMBANTUNYA. FIKIRAN DAN MINDA KITA MESTILAH TERBUKA UNTUK MEMAHAMI KEADAAN SEMASA SUPAYA KITA TIDAK RUGI MASA KINI DAN AKAN DATANG. WSLM
ReplyDeleteRamadhan mubarak sis YangGambi..met menjalankan ibadah puasa maaf lahir dan bathin ya.Owh ya, di bloga saya ada Award untuk anda. simpan ya.
ReplyDeleteSalam Hurmat...
ReplyDeleteTiga Soalan untuk Pakatan Pembangkang
1.Pertama sekali, isu pengundi hantu di pilihanraya kecil
2.Kedua, PAS dan DAP masing-masing tidak lagi dapat menjawab persoalan mengapa PAS tidak mendapat kerusi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang meskipun Kerajaan Negeri ini dilabel sebagai "Kerajaan Pakatan Rakyat"?
3.Ketiga, sudahlah calon PAS di DUN Permatang Pasir ini tidak diberi penghargaan sewajarnya oleh DAP, rakyat Permatang Pasir ini pun seolah-olah tidak diendahkan. Dalam kempen PRK ini,langsung tak mendengar sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang menjadi wakil rakyat.
Terima kasih komen sahabat-sahabat blog,
ReplyDeleteKepada, Kuda Perang, pendapat anak muda tidak ada yang salah, tetapi jangan pandangan itu dibuat di atas dasar arah kiblat politik anak muda. Kita harus juga lihat dari sudut keadaan negara terkini.
Bagaimana dengan PAS, dulu pernah mengkafirkan UMNO kerana bersekongkol dengan MIC dan MCA, kini rela dihina dan diperkudakan oleh DAP semata-mata ingin melihat UMNO yang memperjuangkan martabat bangsa dan agama rebah.
Anak muda mungkin lahir dari perut ibu yang berbangsa Melayu Islam, yang sudah tersedia segala kenikmatan hidup di dunia, dan mungkin tidak pernah menyingkap sejarah bagaimana bangsa Melayu diletakkan kelas ketiga oleh kaum pendatang, sebelum tragedinya 13 Mei...
Beri pandangan, dari hati yang tidak memihak...
bagi ccz, tak salah kalau menikah dua..lagipun apa halnya yang nak londehn kain orang..yang gambi, orang tua-tua dulu walau ilmu agama penuh di dada tak berani nak pakai serban sebab kalau pakai serban tu makna dia tinggi ilmu ugama.taraf imam..lepas tu tengok pulak panjang mana ekor serban..lagi panjang maknanya lagi kemas ilmu dia..tapi orang-orang cerdik pandai dulu tak berani nak dabik dada nak tunjuk megah dengan ilmu yang depa ada..
ReplyDeletetapi puak yang bernama orang pas ni terbalik..lagi panjang ekoq serban bukan makna lagi banyak ilmu tapi lagi panjang dusta depa.cuba tengok, ada ke kita nampak depa ni merendah diri dan tidak riyak?CCZ tak nampak pun Islam yang suruh umatnya jangan takbur dan sombong dalam ahli Pas..banyak hanya di pakaian tapi tidak dalam percakapan dan perbuatan. depa nilah yang merosakkan imej Islam.
Salam,
ReplyDeleteBetul cakap awak CCZ, orang sekarang baru je pergi sekali dengan ceramah PAS, mula akai kopiah serban, lepas itu tuding-tuding jari kat orang.
Akhlak Rohaizat terlalu rendah untuk menjadi sebagai seorang wakil rakyat, Rohaizat sepatutnya menafikan segala tuduhan terhadapnya, kerana orang ramai berhak nak tahu akhlak bakal wakil rakyat mereka, soal tuding-tuding jari tak timbul
ReplyDeleteSesiapa juga yang menjadi rakyat mereka sudah tentu mahukan wakil yang baik dan berakhlak, sepatutnya UMNO mencalonkan wakil Pemuda di Permatang Pasir !
Rohaizat berpeluang cerah dalam PRK Permatang Pasir..
ReplyDeletePAS akan jadi PASir nanti kerana kebodohan mereka merangka strategi hingga terlampau batas mengutuk dan menfitnah berkenaan bini muda Rohaizat.
Syabas bro !
Mudah-mudahan PPC, insyaAllah kemenangan berpihak kepada BN......
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa dab solat sunat Tarawih.
Teruskan perjuangan....
salam sahabat
ReplyDeleteYakin BN akan menang di Permatang Pasir
Zaman Nabi dulu pun Abu Jahal yang jelas kekafirannya pun turut berdoa kepada Allah "Ya Allah Engkau tewaskanlah pasukan Muhammad itu!"
ReplyDeleteBagi kami menang ke kalah ke bukan persoalan, tetapi perjuangan menegakkan kalimah Allah itulah objektif yang paling utama..jika menang itu adalah suatu bonus daripada Alla SWT..
Apa jenis kawan yang follow Yanggambi dlm followers list tu, sungguh tak senonoh....
ReplyDeleteKuda Perang, inilah akibatnya apabila kawan buat artikel dalam bolg bertajuk "GAY-apakah Malaysia akan jadi seperti di Eropah" bulan Julai lalu, silah anak muda buka kalau nak tahu lebih lanjut.
ReplyDeleteGolongan ini sudah marah pada kawan dan bertalu-talu membuat follower dalam blog kawan. Terima kasih kerana bertanya.....