Wednesday, August 12, 2009

Anwar Pengkhianat Bangsa Melayu - sudah takut dengan fitnah sendiri & Rajakapur Khalid – menyambung titah

Ketua Umum ‘Pakatan Rompak Rakyat’, Anwar Al Juburi Pengkhianat mahu Umno bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu secara terus-menerus melabelkannya sebagai ‘pengkhianat bangsa Melayu’.

Al Juburi ‘pengkhianat’ ini mendakwa terdapat usaha-usaha daripada pemimpin dan bekas pemimpin Umno akan lakukan sesuatu bagi mengganggu mesyuarat-mesyuarat dan program-program yang akan dia adakan.

Al Juburi ‘pengkhianat’ kini bimbang dengan keselamatannya memandangkan isu ‘PENGKHIANAT PERJUANGAN ORANG MELAYU’ yang dilontarkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading di Batu Pahat baru-baru ini berterusan mendapat sokongan rakyat, ahli parti dan badan-badan NGO.

Biasalah ‘si pengkhianat’ munafik ini, dulu masa Mohd Saiful mendedahkan kes liwat, dia kata macam itu juga, macam cacing kepanasan redah cari pejabat kedutaan asing minta perlindungan, kononnya kerajaan Malaysia hendak bunuh dia. Bila dia sedar rakyat sudah tahu penipuannya, mulalah Al juburi ini buat helah macam-macam untuk tutup tembelang dia.

Begitulah ‘si pengkhianat’ ini memainkan peranannya, dakwaan menerima ugutan bunuh, tangkap oleh Kerajaan UMNO-BN sudah menjadi bahan ceramah untuk meminta simpati rakyat.

Apakah rakyat Malaysia sudah tidak boleh berfikir, kalau betullah Kerajaan UMNO-BN dikatakan sebuah rejim yang zalim, kawan rasa sudah lama ‘si pengkhianat’ ini sudah berkubur, sama jugalah dengan pemimpin-pemimpin komunis DAP dan PAS.

Tetapi apa yang kita lihat, merekalah yang bersikap ganas dan kejam terhadap kerajaan UMNO-BN, kejam dan ganas terhadap rakyat dengan tindak tanduk yang menghuru harakan Negara. Rakyat mengalami kerugian, Negara ditakuti oleh pelabur-pelabur luar kerana perbuatan khianat puak-puak ‘pakatan rompak ini’.

'Si pengkhianat' ini yang beria-ia benar hendak menyaman RM100 juta, kini dia pula yang merasa takut dan buat isu-isu baru yang keselamatannya terancanm.

Semasa dia sodok belakang orang, tidak fakir pun keselamatan orang yang dia sodok, janji dia dapat sedap, nafsu terlampias……..

Lihat sahajalah, macam mana putar belit ‘si pengkhianat’ ini menabur fitnah sejak dari tahun 7oan lagi, bermula pembohongan isu Baling hingga ke kes-kes sodok belakang tidak habis-habis dia putar belitkan kemungkaran yang dia buat sendiri.

Rajakapur Khalid- pemerintah boneka kerajaan ‘pakatan rompak’ Selangor bertitah lagi

Kalau dulu, Rajakapur Khalid memerintahkan semua Evco serta ADUN Kerajaan Selangor, kecuali ADUN-ADUN dari UMNO-BN tidak dibenarkan disiasat oleh SPRM atau Polis diluar pejabat dan waktu pejabat. Selepas itu mengistiharkan ‘arak’ bebas dijual di permis-permis dalam kawasan majority Melayu Islam.

Hari ini, Rajakapur Khalid mengeluarkan titah baru agar semua pegawai dan kakitangan pentadbiran kerajaan Selangor tidak boleh ditemu siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar pejabat masing-masing mulai sekarang.

Dengan itu, kerajaan negeri Selangor juga mahu semua perjumpaan atau proses temu duga bagi tujuan siasatan mesti dilakukan di pejabat masing-masing dalam tempoh antara pukul 8 pagi dan 6.30 petang sahaja.

Perkara itu dinyatakan dalam Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 28 Julai 2009 yang keputusan itu dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 22 Julai lalu.

Nampak gayanya, Rajakapur Khalid benar-benar sudah berkuasa dalam kerajaan ‘pakatan rompak’. Rajakapur Khalid sudah berkuasa lebih dari Yang DiPertuan Agung dan Sultan Selangor, undang-undang kerajaan Malaysia sudah tidak boleh dipakai lagi.

Kalau begitulah titah baginda Rajakapur Khalid ini, bermakna makin bermaharajalela kuncu-kuncu samseng mereka dalam negeri Selangor, buatlah apa saja ikut nafsu, tidak perlu risau dikenakan tindakan.

Beginilah satu contoh pemerintahan yang hendak dijadikan model oleh DAP, PKR dan PAS jika memerintah Malaysia. Model kolonialisme komunis, yang mana anggota pemerintah tidak boleh didakwa, boleh buat apa saja mengikut kehendak nafsu, peraturan, undang-undang dan hukuman hanya untuk rakyat sahaja.

Minum arak bagi orang Islam, berzina sebelum nikah, meliwat, main bini orang, bertelanjang depan kamera, buka kilang-kilang haram, pusat-pusat pelacuran, permis-permis urut dan ceti haram along dihalal.

Rasuah, menyalahguna kuasa yang dilakukan mereka SPRM atau Polis jangan cuba-cuba hendak ambil tindakan sewenang-wenangnya, kalau rakyat atau orang UMNO-BN yang buat, tidak mengapa…….. SPRM & Polis mesti ambil tindakan, silakan……

Inilah yang sebahagian besar orang-orang Melayu dalam PAS dan PKR sokong, inilah bentuk penghayatan Islam yang PAS hendak bawa bersama DAP dan PKR.

Mari kita sama-sama renungi sabda Nabi SAW di bawah ini :

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi SAW bersabda: “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.” (al-Bukhari 93:8, Muslim 1:6)

Huraian:

Seseorang yang diserahkan kepadanya urusan rakyat lalu dia tidak memelihara rakyatnya dengan sempurna dan tidak mempedulikan urusan-urusan rakyatnya yang membawa mereka kepada kebaikan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat tidak akan mendapat bau syurga kerana pemimpin memegang satu jawatan besar dalam menentukan hala tuju dan masa depan sebuah negara.

Jika pemimpin cuai bala akan menimpa rakyat dan negara. Sebaliknya pemimpin yang baik akan menjadi teladan kepada rakyat dan mampu memakmurkan Negara.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

6 comments:

  1. membelit lagi si juburi ini. katanya nyawa nya terancam kerana di gelar pwengkhianat. senanarnya kita yang diancam oleh juburi ini. nampak gayanya macam nak cari alasan nak lari lagi bersembuyi di kedutaan turki kot

    ReplyDelete
  2. Salam,

    mcm cacing kepanasan, klu tak betul takkan terasa amat yek?

    ReplyDelete
  3. hairan macam mana pembelit ni mempunyai pengikut pengikut yang segar malar dengannya. Agaknya memang homoseksual tu diterima kot oleh penyokong-pnyokongnya. Tentang amaran Anwar tu abaikan jelah. Jenis manusia anggap rakyat Malaysia bodoh. Kalau masih percaya tu baik kongsi je makan rumput dengan lembu..

    ReplyDelete
  4. pening aku.....dah tau pembelit depa dok sokong gak....
    apa lah aura pembelit ni pakai...
    yang menyokong ni pulak bingai..tau sokong..sokong disebalik sokong tak tau...hampas..
    yang gambi ada mane skg....

    ReplyDelete
  5. yang jadi ketua tu si penipu, yang pengikut si bodoh...dah elok dah penipu bodohkan si bodoh

    ReplyDelete
  6. SLM Y.G..BILA AGAMA BTUL2 DH BERCAMPUR ADUK DGN KEUNTUNGAN DUNIA INI LA JADINYA..AGAMA KEMANA..AKIDAH KEMANA..PAK AJIS MAKIN MENJADI2!. KALAU NAK DI IKUTKAN KERAJAAN PATUT BAN AJE PAS NI!. TP KLU BAN NANTI DIA KATA KERAJAAN X ADIL WALHAL PAS NI CUMA PARTI YG PENUH 'HAM'PAS! TAK LEBIH DR TU!!

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..