Saturday, August 29, 2009

Hina Raja – wanita dipenjara 18 tahun

BANGKOK - Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap seorang wanita, Daranee Charncherngsilapakul selepas dia didapati bersalah menghina pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, kata seorang pegawai.

Wanita berusia 46 tahun itu melakukan kesalahan tersebut semasa berucap dalam beberapa perhimpunan antikerajaan anjuran kumpulan Baju Merah yang menyokong bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

Perbuatan itu dilakukan di Taman Sanam Luang, di sini pada Jun dan Julai tahun lalu.

Dalam ucapannya, Daranee membayangkan bahawa rampasan kuasa oleh junta tentera bagi menggulingkan Thaksin pada 19 September 2006 didalangi Raja Bhumibol dan keluarga diraja Thai.

"Walaupun defendan menyatakan dia tidak bermaksud menghina raja atau mempengaruhi orang ramai, dia tidak terlepas daripada hukuman," kata seorang hakim.

Menghina institusi beraja adalah kesalahan berat di Thailand dan pihak yang berbuat demikian boleh dihukum penjara melalui undang-undang. - Agensiklik

'Menghina institusi Raja adalah kesalahan berat di Thailand dan pihak yang berbuat demikian boleh dihukum penjara melalui undang-undang'.

Bagaimana di Malaysia ?

Adakah rakyat Malaysia sudah menganggap institusi Raja-Raja sudah tidak perlu dihurmati ?

Ada golongan yang begitu angkuh mencabar dan memperolokkan keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang Negara. Golongan ini begitu biadab menghina institusi Raja-Raja Melayu dan sudah berani mencabar status agama Islam.

Menghormati Institusi Raja-Raja dan agama Islam sudah ada dalam Perlembagaan Negara, tetapi dalam masa yang sama, golongan yang kononnya memperjuangkan Islam dilihat lebih mementingkan kedudukan politik daripada mempertahankannya.

Malah golongan ini sentiasa beranggapan bahawa mempertahankan kedaulatan Raja-Raja serta hak istimewa kaum Melayu-Bumiputera dan agama Islam hanyalah permainan politik UMNO sahaja.

Apakah, golongan ini sudah merasakan mereka sudah lebih berkuasa daripada Raja-Raja serta undang-undang Negara ?

Pada pandangan anda, sebagai seorang rakyat Malaysia, patutkah mereka ini menerima hukuman berat di atas perbuatan menghina dan menderhaka kepada Raja-Raja ?

Atau, sekiranya, mereka-mereka dapat berkuasa, apakah mereka-mereka ini akan mempertahan kedaulatan Raja-Raja dan hak-hak Melayu-Bumiputera ?

Pada pendapat anda, patutkah mereka-mereka ini dilucutkan taraf kerakyatan Negara ini ?

12 comments:

  1. wewee..... sebegitunya kah????
    raja alim raja disembah
    raja zalim raja disanggah

    ReplyDelete
  2. Salam..Wah! Bukan main sporting lagi wanita yang telah dijatuhkan hukuman 18 tahun penjara tu kan..?macam tak ada apa-apa..so sekarang siapa yang rugi? raja zalim raja disanggah kena tengoklah dari sudut mana pulak sama ada dari segi sealiran atau dari segi tindak tanduk dan perikemanusiaan..kalau dari segi berbeza aliran itu bukan raja yang patut disanggah..

    ReplyDelete
  3. Salam sdr. yanggambi yang muda remaja, saya buat CnP (copy and paste) posting tuan untuk blog saya namun saya kink-kan juga blog tuan dari sana, harap akan lebih ramai yg melawat blog tuan pada hari ini ~ bRAVEhERART

    ReplyDelete
  4. SLM Y.G..BIBIT2 KEBENCIAN TERHADAP INSTITUSI RAJA NI DI TANAM OLEH SAPE LG KLU BKN ANUWAR!. DIA NAK JADIKAN M'SIA NI REPUBLIK!. TAKDE LG KUASA ORG MELAYU! ORG MELAYU PATUT BANGUN MEMPERTAHANKAN RAJA. BKN MENGHINA!!

    ReplyDelete
  5. UMNO juga yang sudah bantutkan kuasa raja2 semasa zaman TDM memerintah.

    Mengapa pencacai2 UMNO tidak bersuara
    Membantah? Bodo punya UMNO

    ReplyDelete
  6. Selamat berpuasa dan menyambut hari kemerdekaan,

    Terima kasihlah sahabat-sahabat jenguk blok kawan, terima kasih di atas komen.

    Kepada Wak Labu, jangan cepat memperbodohkan seseorang, bukan wak tak tahu, Raja Berpelembagaan dan Demokrasi berparlimen. Sejauh mana kusa Raja-Raja dibantutkan, kalau wak teliti betul-betul, kepada Raja-Raja yang memerintah masih utuh kedaulatan dan kuasa mereka, yang dikurangkan adalah kuasa kerabat-kerabat Raja yang tidak memerintah.

    Kalau kuasa Sultan memerintah telah dikurangkan, masakan di Kedah dan Trengganu boleh menolak cadangan perlantikkan Menteri Besar. Di Perak dulu semasa DAP, PAS & PKr berkuasa, kalau tidak kerana Sultan Perak menggunakan kuasa, kawan rasa Menteri Besar sudah pasti bukan Nizar, sudah tentulah DAP pilih dari kaum dia. Cuba wak renung betul-betul, jangan kurangkan pahala puasa wak keran perakara yang sebegini,,,,,,

    ReplyDelete
  7. salam ziarah
    mmg betol apa yg sdra perkatakan.teman setuju 200%.teruskan perjuangan.tulisan anda sgt bagus.tq

    ReplyDelete
  8. Salam,

    selain keris, raja adalah lambang Melayu lebih lagi payung Islam, klu negara luar begitu sygkan raja kenapa Malaysia tidak sdg fungsi raja sgt penting.

    ReplyDelete
  9. Betul kata wak tu, UMNO lah yang telah membuka ruang kuasa Raja dan Sultan boleh digugat.
    Bagaimana Raja2 dan Sultan2 diaibkan oleh puak2 UMNO, antaranya;
    1. Tan Sri Anuar Musa menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di bawah pokok ketapang di Peringat pada awal tahun 90an.
    2. Muhammad Muhd. Taib membawa lari (senyap2) anakanda Al-Marhum Sultan Selangor (KU Yah) berkahwin di Selatan Thai.
    3. Pada zaman Tun Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya.

    dan banyak lagi...
    Sepatutnya institusi beraja diperkukuhkan semula, tanpa apa2 sentimen..!

    ReplyDelete
  10. Salam,

    kawan sokong raja, tempat bernaun orang melayu, jika tidak ada kedaulatan raja melayu ke mana melayu ......hendakkan tongak.
    Jika kekuatan melayu telah tiada apa yang hendak dibanggakan kepada orang melayu di Malaysia.
    Kuatkan azam pertahankan negara yang ada di bumi malaysia.

    ReplyDelete
  11. Raja tu tuhankah, atau manusia biasa. Tolong baca balik Sejarah Melayu!

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..